BILA BULAN TERBELAH DUA

Bab 8

“Tadi bukan kita dah lalu jalan ni ke?” Sofea bertanya sambil matanya melilau memandang keluar kereta yang dipandu Linda.

“Haah, aku pun rasa macam tu. Macam dah tiga ke empat kali kita lalu kawasan ni,” balas Salma pula.

“Betul, aku pun rasa macam tu,” sahut Suria pula.

“Tapi aku rasa aku ikut jalan kita masuk tadi. Satu jalan je pun untuk kita sampai ke pondok pengawal tu kan. Kiri hutan, kanan sungai, memang takde laluan lain,” sahut Linda, masih memandu tapi perlahan.

“Dan rasanya bukannya jauh sangat kawasan kita lepak tadi dengan pondok pengawal tu. Sepuluh minit sampai kot. Ini aku rasa dah dekat 45 minit kita masih berpusing-pusing kat tempat sama ni,” kata Sofea lagi.

“Kan? Hari pun dah nak gelap ni.” Sahut Suria.

“Korang perasan tak, kita tak nampak sesiapa pun kan? Masa kita datang tadi, macam ramai je orang berkelah kat sini. Tapi sepanjang kita ikut laluan ni, aku tak nampak seorang manusia pun. Takde berselisih dengan kereta atau kenderaan lain pun kan?” Kata Salma.

“Haah, aku perasan juga tu. Takkan semua orang pun dah balik kot.” Kata Sofea pula.

“Pengawal tu tadi ada cakap kan, nanti orang dia akan meronda suruh kita kosongkan tempat ni bila dah sampai masanya. Tapi takde pun pengawal sampai. Maknanya kita belum terlebih masa.” Kata Salma.

“Pengawal tu pun cakap pukul 7 baru kosongkan tempat ni kan. Sekarang belum pukul 7 lagi,” kata Linda yang masih memandang kiri kanan sambil memandu, seakan cuba mengecam jalan.

“Ok, jom kita buat tanda. Kau berhenti kejap Linda. Aku ikat kain kuning kat pokok di tepi tebing ni. Lepas ni kita jalan. Kalau kita masih jumpa dengan kain kuning ni, sah la kita berpusing di tempat yang sama,” kata Sofea pula memberi cadangan.

“Ok jugak tu,” sahut Linda lalu memberhentikan keretanya. Sofea keluar dari kereta lalu mengikat tuala kecilnya berwarna kuning di salah satu ranting pokok di tepi sungai. Kemudian dia masuk semula ke dalam kereta. Linda terus memandu. Masing-masing diam dan fokus. Matahari makin hilang.

Lebih kurang lima belas minit, mereka berjumpa semula dengan kain tuala kuning yang Sofea ikat di ranting pokok tu. Linda tekan pedal brek. Dia pandang kawan-kawannya.

“Weh, sah dah. Kita memang berpusing kat tempat sama,” kata Salma perlahan.

“Tapi korang tengok kan aku drive. Aku tak pusing ke buat u-turn ke. Aku jalan straight je. Macammana pula kita boleh patah balik ke tempat sama?” kata Linda.

“Cuba kau pergi tengok, betul ke itu tuala yang kau ikat tadi? Mana tahu orang lain punya,” kata Suria, masih nak cuba tenangkan hati.

Sofea keluar dari kereta. Dia ambil tuala kuningnya semula. Memang betul itu tuala miliknya yang dia ikat tadi. Sofea pandang keliling.

“Hello!” Sofea melaung, mana tahu ada orang lain kat situ. Tapi suaranya bergema seakan mereka berada di satu tempat besar yang tertutup oleh satu dinding menyebabkan suara terpantul semula.

“Sofea, masuklah.” Salma memanggil Sofea untuk masuk ke dalam kereta. Sofea akur.

“Kalau macam tu, apa kata kita patah balik ke tempat Zahid dan yang lain-lain tadi. Harap-harap diorang masih kat sana,” kata Suria memberi cadangan.

“Ok jugak tu.” sahut Salma.

“Tapi nanti kita kena masuk ke dalam balik. Takpe ke?” kata Sofea, hatinya mula tak tenang.

“Kita cuba,” kata Linda. Lalu memasukkan gear ‘D’ dan patah semula ke kawasan perkelahan mereka tadi.

“Diorang dah takde kat sini la. Kereta Zahid pun dah takde. Diorang dah balik kot,” kata Sofea sebaik sampai ke tempat perkelahan mereka tadi.  Masa ni matahari dah turun hampir keseluruhan. Alam sedang senja. Warna oren kelihatan dari ufuk barat di mana tenggelamnya sang mentari.

“Weh, apa benda tu?” Suria menunjukkan ke arah sesuatu, di pondok nombor 81 yang mereka gunakan tadi. Semua mata memandang ke arah yang ditunjuk oleh Suria.

“Macam gorila kan? Berbulu hitam lebat, besar.” Sahut Linda sambil terus memerhati pada makhluk yang sedang duduk di pondok tersebut sambil membelakangkan mereka.

“Ada gorilla ke kat sini?” Salma bertanya.

“Tak mustahil. Kat kiri kanan sungai ni kat hutan belukar.” Sahut Sofea.

“Tapi cara dia duduk tu, tak macam gorilla. Macam orang biasa. Cuma dia kelihatan macam gorilla,” kata Suria.

“Maksud kau?” Salma tanya Suria. Suria ni pula minat dalam hal-hal haiwan. Bercita-cita nak jadi doktor haiwan.

“Kau pernah pergi zoo tak? Gorila, monyet, ungka, kaki mereka tak lurus macam manusia. Badan mereka tak tegak macam kita. Kau tengok gorilla tu, dia duduk di atas pangkin tu, labuhkan kaki ke bawah sambil kaki yang berjuntai tu berhayun-hayun. Macam manusia. Cuba tengok betul-betul,” kata Suria lagi.

Dan empat sekawan itu terus memandang ke arah makhluk hitam berbulu lebat yang duduk di pondok nombor 81 tu. Sedang mereka fokus memandang tu, makhluk hitam tu menoleh ke arah mereka. Masing-masing terkejut. Makhluk itu berwajah manusia, seperti seorang lelaki dengan matanya yang berwarna merah menyala, lebih terang warnanya dari oren si matahari.

“Ya Allah, apa benda tu weh? Seram aku. Dah la senja ni.” Kata Salma dengan nada suara menggigil.

Makhluk berbulu lebat itu turun dari pangkin pondok nombor 81 dan melangkah ke arah kereta mereka.

“Wehhhh, dia datang kat kita. Jalan la Linda. Jangan tunggu lagi. Ni bukan sebarang binatang ni,” Jerit Sofea ketakutan.

Baru je Linda nak masuk gear, “Tok tok tok!” tiba-tiba cermin tingkap Linda diketuk. Masing-masing menjerit terkejut dan terus memandang ke arah cermin tingkap. Kelihatan beberapa ekor monyet sedang bergayut dan melompat di atas bumbung dan bonet depan kereta Linda.

Ada yang bergayut di cermin depan sambil menyeringai dan menunjukkan giginya kepada gadis-gadis yang ketakutan di dalam kereta. Ada yang melambai-lambai, ada yang melompat-lompat seperti sedang mentertawakan mereka.

“Linda, jalan cepat. Jalan je. Tinggalkan tempat ni,” Sofea menjerit lagi. Suaranya menggigil. Dia menangis. Linda tak tunggu lagi. Terus tekan pedal minyak. Laju sekali dengan tangan yang menggeletar.

Mereka memandang ke arah belakang kereta. Monyet-monyet dan makhluk seperti gorilla tadi berdiri dan memandang ke arah kereta mereka. Matahari dah hilang. Hanya cahaya dari lampu kereta sahaja yang menjadi menunjuk jalan mereka sekarang.

“Apa benda tu weh? Ya Allah, aku takut sangat ni,” kata Salma.

“Macammana sekarang ni?” Linda tanya sambil memandu perlahan. Semua diam. Tiada pendapat yang mampu dilontarkan. Semua buntu.

“Kalau aku pandu terus ni, aku takut nanti kita akan berpusing lagi kat tempat yang sama. Silap gaya kita bertembung lagi dengan monyet-monyet tadi. Kalau bertembung lagi, aku tak tahulah apa jadi,” kata Linda.

“Semua orang pun takde line ke?” Salma bertanya sambil mengetuk-ngetuk telefonnya. Suria, Sofea dan Linda pun mengeluarkan telefon masing-masing.

“Bukan je takde line, telefon langsung takde tulisan. Kosong. Cuma bercahaya je. Pelik betul,” kata Suria.

“So, macammana ni? Apa kita nak buat?” Salma bertanya.

“Nak taknak, pilihan yang kita ada tunggu sini sampai esok pagi, atau sampai ada orang lalu.” Kata Sofea. Tiada sahutan dari kawan-kawannya.

“Kita cuba jalan ke depan sikit. Kita cuba sekali lagi. Lepas tu kalau kita masih berpusing kat tempat sama, kita guna idea Sofea je. Tunggu sampai ada orang datang atau tunggu sampai esok pagi,” kata Linda. Kawan-kawan yang lain hanya anggukkan kepala.

Lalu Linda memandu semula dengan perlahan. “Dum!” kereta Linda melanggar sesuatu. Linda berhentikan kereta, masing-masing saling memandang antara satu sama lain di dalam kereta.

“Kau langgar apa Linda?” Sofea bertanya.

“Aku tak tahu. Tak nampak apa-apapun,” sahut Linda.

“Sekejap aku pergi tengok,” kata Linda sambil tangannya membuka kunci pintu kereta. Tapi dikunci semua oleh Salma.

“Kau undur sikit, tengok apa yang ada kat depan,” kata Salma. Linda akur. Dia masukkan gear ‘R’ lalu berundur sedikit. Di hadapan kereta kosong, tiada apa-apa.

“Takde apapun,” kata Linda.

“Dah, kau jalan je terus. Tak selamat untuk kita keluar buat masa ni,” kata Salma. Linda akur. Masuk gear ‘D’ dan pandu terus.

“Dum!” kali ni bumbung kereta pula berdentum seperti ada benda yang jatuh di atasnya. Linda tekan brek. Semua yang berada di dalam kereta memandang ke atas. Bau busuk tiba-tiba memenuhi ruang dalam kereta.

“Masa ni la korang nak buang angin,” kata Suria sambil menutup hidungnya.

“Bukan aku,” sahut Linda.

“Bukan aku,” sahut Sofea.

“Bukan aku juga,” sahut Salma.

“Habis tu, bau apa ni? Busuk betul ni, rasa nak muntah. Pengsan kita nanti.” kata Salma sambil tangannya dah memegang tombol buka tingkap. Tapi di tahan oleh Sofea.

“Jangan buka. Kita tak tahu apa yang jatuh kat atas bumbung kereta tadi. Mungkin bau dari benda tu, masuk melalui lubang air-cond,” kata Sofea. Salma membatalkan hasratnya membuka tingkap kereta.

“Apa tu?” kata Suria sambil menunjukkan ke arah depan kereta. Masing-masing merenung ke hadapan kereta. Kelihatan dua makhluk. Satu berupa seorang perempuan dengan rambut mengurai panjang hingga ke ponggong, berpakaian putih, wajahnya yang pucat sambil mengangkat tangannya dengan kuku yang panjang dan hitam. Satu lagi satu objek seakan mayat yang berbungkus dan diikat dibahagian leher, pinggang dan lutut.

“Langsuir? Pocong?” terpacul dua nama tu dari mulut Suria. Dan mereka semua menjerit histeria.

“Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Ya Allah, Kaulah sebaik-baik pelindung. Lindungilah kami dari segala macam bencana yang tak mampu kami lalui.” Dengan suara terketar-ketar tenggelam timbul berselang seli dengan jeritan dan tangisan kawan-kawannya, Salma cuba untuk bertenang.

“Korang, ingat Allah. Kita kena kuat semangat, kalau tak nanti benda tu mudah kacau kita.” Kata Salma.

“Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,” Linda berhenti menjerit, cuba ucapkan nama Allah walau dengan terketar-ketar.

“Sofea, Suria. Berhenti menjerit, berhenti menangis. Ingat, semua kejadian, semua makhluk adalah dengan izin Allah. Jangan mengalah. Ingat Allah ada dengan kita,” kata Salma, masih menggigil.

Sofea dan Suria berhenti menjerit. “Aku takut. Serius aku takut.” Kata Sofea.

“Ya, kita semua sama. Tapi ingat, kita ada Allah.” Kata Salma. Suria masih menutup mukanya dengan tangan. Salma mengurut belakang Suria perlahan-lahan, cuba menenangkannya.

“Benda tu dah takde,” kata Linda sambil pandang ke hadapan. Sofea dan Salma pun ikut memandang ke hadapan. Dua makhluk tadi dah tiada di sana.

“Linda, kau boleh drive kan? Jangan henti zikir. Kau jalan terus.” Kata Salma.

“Nak jalan sampai mana? Kita takde arah tuju,” kata Linda. Takpe, kau jalan sikit lagi ke depan. Cuma cari kawasan yang lapang sikit. Berhenti kat tengah-tengah. Jangan berhenti kat tempat banyak pokok.” Kata Salma.

Linda tiada pilihan. Dia memandu perlahan, mencari kawasan yang dikatakan oleh Salma. Tak sampai seminit mereka bergerak dari tempat langsuir dan pocong tadi, seseorang melambai-lambai di hadapan seperti menahan kereta mereka.

“Siapa tu?” Sofea menegur.

“Nampak macam lelaki usia 60-an, pakai jubah putih. Nak berhenti ke?” Linda bertanya.

“Korang jangan cari nahas. Dari petang tadi kita pusing tak nampak orang, yang kita jumpa cuba makhluk-makhluk aneh dan menyeramkan, takkanlah tiba-tiba ada satu manusia pakai jubah putih ada kat kawasan ni di waktu macam ni?” kata Sofea.

“So, jalan terus?” kata Linda.

“Ya, jalan terus,” kata Salma. Lalu Linda teruskan pemanduan dan tak berhenti. Mereka sempat memandang ke arah lelaki tersebut yang berwajah pucat, bongkok kerana seperti ada sesuatu di atas bahunya dan paling jelas, matanya berwarna putih.

“Seram je rupa dia,” kata Sofea.

Tak jauh dari situ, kereta Linda berhenti tiba-tiba. Enjin mati. “Kenapa Linda?” Salma bertanya.

“Entah, tiba-tiba mati,” kata Linda sambil freekan gear dan cuba hidupkan enjin semula.

“Takde minyak kot,” kata Sofea. Linda pandang skrin minyak, ada lagi separuh.

“Ya Allah, sekarang apa pula?” Sofea mengeluh.

– Bersambung –

One thought on “BILA BULAN TERBELAH DUA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s