AKU TAKKAN DEGIL LAGI 2.0

Bab 5

“Macammana Paksu tahu? Siapa yang ambil? Sejak bila?” aku soal bertalu-talu.

“Paksu tahu masa hari kenduri kahwin kami dulu. Itupun sebab Paksu jumpa jelmaan arwah. Paksu mulanya tak kenal siapa dia. Tapi yang Maksu tahu, ‘barang’ tu dah hilang lama. Rasanya tak sampai setahun lepas kejadian tu.” sahut Maksu tanpa pandang aku.

“Maknanya dah 11 tahun benda tu hilang?” aku tanya balik.

“Lebih kurang tu la. Maksu pun takdelah tahu banyak. Opah yang cakap, sebab Tok beritahu Opah,” kata Maksu.

“Kalau macam tu, kenapa benda tu tak ganggu orang kampung?” aku tanya lagi.

“Itu Maksu tak tahu. Pergilah tanya Opah,” kata Maksu lagi.

Aku tak puas hati, terus cari Opah. Opah tengah sembang dengan ayah kat pangkin bawah pokok jambu di tengah laman. Mata aku melilau mencari mak.

“Kamu cari siapa?” ayah tanya.

“Mak mana?” aku pula tanya.

“Mak kamu tengah masak kot kat dapur.” Sahut Opah.

“Opah, nak tanya sikit boleh?” aku bersuara perlahan. Ayah pandang aku.

“Nak tanya apa?” Opah tanya aku semula.

“Tok ada cerita apa-apa tak pasal arwah Tok Majid?” aku tanya terus. Takde kias-kias lagi. Ayah terus pandang aku tanpa kedip.

Opah diam. Opah tarik nafas panjang. Ayah dah jegilkan mata kat aku. Aku tahu semua orang tak suka aku tanya pasal ni kat opah. Mak dan ayah aku lagi la, dah warning sejak awal dulu, jangan buka cerita pasal arwah Tok Majid lagi. Tapi aku ingin tahu. Entahlah kenapa aku rasa macam kejadian jelmaan Tok semalam ada kaitan dengan arwah Tok Majid atau dalam kata mudahnya, ada kaitan dengan ‘benda’ yang Tok Majid bela.

“Kamu sibuk sangat nak tahu tu dah kenapa? Benda dah lama berlalu kan? Tak payah nak ungkit lagi. Tak baik ungkit keburukan orang yang meninggal dunia,” kata ayah dengan nada agak tegas.

“Takdelah. Mana tahu ada kena mengena dengan kejadian semalam. Wani tanya je,” sahutku.

“Dah, itu serahkan pada orang yang lebih dewasa. Kamu tu fikir nak cari kerja je sekarang ni,” kata ayah.

“Wani dah habis belajar kan?” tiba-tiba Opah tanya.

“Iya opah. Semalam last paper. Lagi 2 minggu keluar result. Lepas tu graduate, boleh cari kerja dah. Kalau dapat kerja kat sini kan best, boleh duduk dengan Opah,” kataku perlahan.

“Opah pun suka kalau Wani tinggal dengan Opah. Ada kawan gurau senda. Dah jemu asyik tengok Maksu kamu je,” kata Opah berseloroh bila dia nampak Maksu lalu di tepi kami.

“Amboi mak. Tiba-tiba jemu pula ye,” kata Maksu. Opah senyum je.

Opah turun dari pangkin. Dia melangkah terus ke arah dapur.

“Kan ayah dah cakap, jangan cakap pasal Tok Majid bagai semua ni dah, terutama depan Opah. Nanti Opah sedih,” ayahku sambung bebelnya yang tadi.

“Bang, macammana? Kita nak tunggu lagi sehari dua ni ke?” Paksu tegur ayah.

“Tok Imam kata takut semalam kebetulan. Jadi, kita tunggu lagi dua tiga hari. Kalau masih ada, baru kita cari ‘benda’ tu,” kata ayah.

“Benda apa ayah?” aku tanya.

“Kamu jangan sibuk boleh tak? Pergi ke dapur, tolong mak kamu masak,” kali ni suara ayah memang keras sikit. Paksu bagi isyarat suruh aku pergi.

Aku muncungkan mulut. Aku nak tahu, kenapa tak boleh beritahu aku? Aku turun dari pangkin dan melangkah dengan menghentakkan kaki ke tanah. Nak tunjuk protes la tu.

“Haa, eloklah tu. Tegur sikit, hentak kaki. Awak tu perempuan, jalan la elok sikit,” ayah menegur lagi tapi aku dah nak sampai ke pintu dapur dah. Aku tutup telinga. Pun tanda protes.

“Kamu buat apa lagi Wani? Kenapa suara ayah keras macam tu?” Mak aku tanya bila aku terconggok kat pintu dapur. Aku tak menyahut pun. Terus masuk ke ruang tamu. Mak hanya gelengkan kepala tengok aku. Opah senyum je. “Sabarlah, budak tengah membesar, memang macam tu,” kata Opah.

Aku call Rosnita. Minta dia maklumkan pihak university bahawa aku akan ambil barangan aku dalam tempoh tiga hari. Rosnita kata dia memang dah maklumkan kepada Puan Halimah untuk bagi aku masa selama seminggu. Puan Halimah pun faham. Lagipun bilik kami tiada yang guna hingga semester baru dibuka.

***********************

Lepas Asar, aku keluar berjumpa dengan kawan-kawan aku. Dah janji dengan diorang nak jumpa kat warung tepi tali air yang dekat dengan kawasan perkuburan. Sebelum jumpa diorang, aku nak ziarah kubur Tok.

“Semalam kecoh betul kan? Orang kampung terserempak dengan jelmaan Tok kau,” kata Aiman memula bicara. Agaknya dah lama dia simpan nak sembang dengan kami pasal tu.

Zayanah cuit bahu Irfan dan jegilkan mata. “Takde benda lain ke nak cakap?” Zayanah tanya. Irfan diam.

“Takpe, memang aku nak sembang dengan korang pasal ni. Aku memang tak percaya sama sekali jelmaan tu adalah milik Tok aku. Aku kenal Tok aku. Orang kalau mensyirikkan Allah, takkan solat. Takkan mampu jejakkan kami di masjid pun. Tapi Tok aku siak kot. Bukan Jemaah biasa.” Sahutku.

“Tu lah, aku pun fikir macam tu. Dan kau jangan risau, seluruh kampung pun kenal Tok kau. Diorang pun akan fikir sama macam kita,” sahut Hazirah.

“Tapi aku tetap nak tahu, siapa punya kerja tu. Dan korang tahu kan cerita Tok Majid. Kan kita kena kacau dengan dia masa aku tinggal kat rumah Tok aku dulu?” aku tanya. Hazirah, Zayana, Roslan, Haikal dan Aiman anggukkan kepala. Mestilah diorang tahu, merekalah rakan subahat aku dulu.

“Aku dengar khabar, benda yang anak dia tanam kat belakang rumah tu, dah hilang. Ada orang ambil,” kataku.

“Iye ke? Bila?” kata Zayana dan Hazirah serentak. Mereka mengusap tangan masing-masing, tiba-tiba rasa sejuk meremang bulu roma.

“Tak lama lepas rumah tu dijual kepada orang baru,” sahutku.

“Takkan orang baru tu yang ambil? Dia mana tahu benda tu ditanam di sana.” Kata Haikal.

“Dan kalau betul pun orang tu ambil sejak sepuluh tahun lepas, kenapa baru sekarang benda tu muncul?” Roslan pula bertanya.

“Itu yang aku nak siasat ni. Aku rasa Opah aku tahu pasal ni. Mesti Tok aku ada sembang dengan dia. Tapi masalahnya, ayah aku, Maksu aku, mak aku semua tak bagi aku tanya benda ni kat Opah aku. Taknak Opah aku sedih. Kan Tok aku baru je meninggal dunia,” sahutku.

“Betullah tu. Takkan kau nak tanya Opah kau pasal ni sekarang.” Sahut Hazirah.

“Tapi aku nak tahu. Kenapa jelmaan tu muncul pada malam kematian Tok?” kataku.

“Nak balas dendam kot,” sahut Haikal.

“Dendam?” kami di situ membalas serentak.

“Dah nak maghrib ni weh… Taknak balik rumah ke?” Pak Samad pemilik kedai makan kat tepi tali air tu melaung kat kami. Dia sedang turunkan bidai kedai tanda kedai tutup sekejap untuk solat maghrib.

“Yelah, dah nak maghrib. Rasa macam baru je kita jumpa. Malam ni tahlil kat masjid kan? Bukan kat rumah Opah kau,” kata Hazirah.

“Haah, kat masjid. Tapi aku tak pergi kot. Ayah aku dan Paksu je pergi.” Sahutku sambil bangun dan libaskan seluar membuang kotoran yang melekat.

“Kau bila nak balik university?” Zayana tanya aku.

“Lusa kot,” sahutku.

“Kita jumpa sebelum kamu balik tempat kau ye,” kata Hazirah.

“In Shaa Allah.” Aku menyahut. Dan kami semua balik ke rumah masing-masing.

Sampai kat rumah, ayah dan Paksu aku dah pergi masjid. Mak aku kata, ayah aku membebel sebab aku belum balik walau dah nak maghrib. Katanya kalau dia nampak aku, memang dia hambat aku balik rumah. Mujurlah dia tak jumpa aku. Walaupun aku berada tak berapa jauh dari masjid. Masjid tu sebelah kawasan perkuburan je.

Aku capai tuala. Terus ke bilik air belakang rumah. Opah kat dalam bilik sebab aku dengar suara dia mengaji tadi. Maksu ke masjid sebab dia bantu orang sediakan makanan untuk majlis tahlil malam. Mak kata kata dia akan pergi masjid lepas solat. Sepatutnya mak aku ikut sekali dengan Maksu tadi tapi sebab aku takde kat rumah, takkan mak nak tinggalkan Opah sendirian.

Aku buka pintu dapur. Terdengar jelas bacaan Al Quran dari masjid sementara menunggu waktu maghrib. Aku terus masuk bilik air dan dan sangkut tuala di tali ampai dalam bilik air tu. Baru je aku nak buka baju, aku dengar bunyi dari sebelah luar tepi bilik air. Dengar bunyi macam sesuatu bergerak di situ.

Aku diam seketika, cuba mendengar dengan lebih jelas. Aku dengar orang bersiul perlahan. Aku rapatkan telinga aku di dinding. Aku dengar bunyi tin dan botol kosong yang Opah kumpul di tepi bilik air, seakan dilanggar seseorang.

“Maksu?” aku panggil. Tiada sahutan.

“Mak? Opah?” aku panggil lagi. Tiada sahutan. Tapi bunyi tin dan botol serta siulan berhenti.

“Siapa tu?” aku panggil lagi.

“Hmmmm……” aku dengar bunyi mendehem di pintu bilik air. Masa ni bulu roma aku meremang. Aku dah mula panik.

“Siapa tu?” aku bersuara lagi.

“Hmmm…” dia masih menyahut begitu.

Aku beranikan diri melangkah ke pintu bilik air. Aku cari lubang-lubang kecil dari dalam bilik air untuk aku intai siapa yang sedang berdiri di luar pintu bilik air tu. Sebab aku dengar bunyi sesuatu bergesel dengan pintu dan lantai simen di luar bilik air.

Aku jumpa satu lubang kecil. Aku intai keluar. Aku nampak susuk tubuh seseorang. Itulah susuk tubuh yang aku nampak semalam, juga berkeliaran di bilik air ni. Aku teruskan intai sebab aku nak tengok wajahnya. Dari semalam aku hanya nampak bahagian belakang badannya. Dia memakai jubah labuh berwarna putih.

Sedang aku asyik mengintai tu, tiba-tiba susuk tubuh tu berpaling ke arah aku. Aku nampak tapi tak berapa jelas sebab suasana dah mulai gelap. Tapi dari bentuk muka, aku yakin, itu bukan Tok. Orang itu menghampiri ke tempat aku sedang mengintai. Dan tiba-tiba cari lubang aku aku sedang intai, aku nampak mata seseorang. Dia sedang pandang aku! Masa ni aku memang takut dah. Aku beralih dari lubang tu.

Dan tiba-tiba pintu bilik air diketuk dari luar. Kaki aku dah menggigil.

– Bersambung –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s