AKU NAMPAK DIA 3.0

Bab 8

“Tak payah cari dah, aku rasa ada orang lain dah ambil arca tu,” kataku perlahan. Lalu menggapai tuala dan keluar ke bilik air untuk mandi dan solat subuh. Zaiton hanya diam memerhatikan aku, dia tak berani tegur aku. Dia tahu aku sedang marahkannya.

Iya, memang aku marahkannya sebab ambil semula arca keris yang aku dah buang tu. Tapi aku lebih tertanya-tanya, kalau betullah Doktor Wani yang ambil arca tu, kenapa dia nak ambil? Apa kena mengena Doktor Wani dengan arca tu? Yang paling aku nak tahu, apa kena mengena Doktor Wani dengan Rashida?

Ketika matahari telah naik di ufuk timur, jam dah menghampiri pukul 8 pagi. Aku cadang nak keluar ke kafe, nak makan sarapan tapi belum sempat aku keluar, Ustaz Malik dan Ustaz Fariz dah sampai kat bilik aku. Mereka bawa roti dan kopi panas untuk aku dan Zaiton.

“Kamu sarapanlah dulu. Saya nak tengok bilik ni sekejap, boleh?” Ustaz Fariz bertanya. Aku hanya menganggukkan kepala lalu duduk di meja tulis. Zaiton pun duduk kat meja tulisnya, di sebelah aku. Tak berani tegur aku pun. Tak berani pandang aku pun.

“Dah la tu, tak payah nak merajuk sangat. Aku yang patut merajuk dengan kau, tahu tak?” aku tegur Zaiton.

“Aku minta maaf sangat. Aku tak tahu benda ni boleh jadi serius,” kata Zaiton pandang aku.

“Iyelah, aku pun salah sebab tak beritahu kau.” Kataku sambil menyuap roti yang telah dicicah di dalam kopi panas tadi. Sedap.

“Dalam almari ni ada satu. Tapi dia macam terkunci,” aku dengar Ustaz Fariz cakap kat Ustaz Malik.

“Ada satu apa?” kata Zaiton. Terkejutlah dia sebab Ustaz Fariz tunjuk almari dia.

“Takde apa. Macam ni la, Zaiton mungkin perlu tunggu di luar. Alin perlu bersama kami,” kata Ustaz Fariz. Zaiton pandang aku. Aku pegang tangan dia. “Kau pergilah tunggu di luar. Doakan semuanya selamat,” kataku perlahan.

Zaiton tak membantah. Selepas sarapannya habis, dia keluar dari bilik. Tinggallah aku dengan Ustaz Malik dan Ustaz Fariz.

“Alin, arca-arca yang saya ambil dari kamu, ada 6 kesemuanya, saya dah bakar dan abunya telah saya taburkan di anak sungai. Saya tak pasti apa yang dah terjadi, Semalam arca-arca tu muncul semula di halaman rumah saya. Saya memang terkejut. Saya cuba berhubung dengan Haji Alias, katanya arca tu sepatutnya ada 7. Bermakna masih ada 1 yang berkeliaran di luar. Dan perkara yang paling susah untuk diterima, yang masih bebas tu la ketua di antara mereka. Haji Alias kata, selagi ketua masih bebas, yang lain takkan boleh dihapuskan. Tapi kalau ketua dah dihapuskan, semua yang lain turut terhapus.” Kata Ustaz Fariz.

“Itu saya tak tahu. Saya tak buka langsung beg bungkusan yang saya ambil dari rumah nenek Shida. Saya Cuma bawa balik dan ustaz yang buka bungkusan tu.” Kataku.

“Saya tahu. Sekarang ni kita perlu cari satu lagi arca yang hilang tu,” kata Ustaz Fariz.

“Takkan saya perlu ke Sabah lagi? Saya tak sanggup,” kataku.

“Tak perlu ke Sabah. Kamu tahu di mana arca tu lagi satu kan?” Ustaz Fariz menduga aku.

“Maksud ustaz, arca yang Zaiton jumpa dia bawah bantal Rashida tu ke?” aku tanya macam orang baru sedar dari pengsan. Entahlah kepala aku blur semacam je dua tiga hari ni. Perkara simple pun aku tak boleh nak proses cepat.

“Ya,”  Ustaz Fariz menyahut ringkas.

“Dah takde kat dalam bilik ni. Saya rasa dah ada orang ambil,” kataku.

“Siapa ambil?” Ustaz Fariz tanya. Aku teragak-agak nak cakap Doktor Wani sebab aku takde bukti Doktor Wani yang ambil. Lagipun kalau aku sebut nama Doktor Wani, mesti Ustaz Malik tak percaya. Itu pensyarah kolej kami kot. Lagipun Doktor Wani takde apa-apa hubungan dengan aku.

“Siapapun yang ambil arca tu, dia ada kepentingan. Kita perlu cari dia. Saya risau dia menghidupkan semua rangkaian kuasa syaitan itu, memenuhi kehendak atau amanat orang yang disayanginya. Kalau rangkaian tu dah dihidupkan semula, susah kita nak kawal nanti,” kata Ustaz Fariz.

“Dan yang paling utama kamu perlu tahu, arca itu adalah milik ketuanya. Bermakna dialah yang paling berkuasa di antara yang lain,” Ustaz Fariz terus mendesak aku.

“Saya pasti arca tu dah dibawa keluar dari sini,” kataku masih tersekat nak sebut nama Doktor Wani.

“Tak, arca tu masih di sini. Sebab makhluk tu masih terkunci di dalam almari tu,” kata Ustaz Fariz.

“Makhluk apa?” aku tanya.

“Pergilah tengok sendiri. Kamu ada anugerah untuk lihat dia,” kata Ustaz Fariz.

Aku pun dengan penuh rasa ingin tahu, dan sebab aku tengok kat luar cerah, lepas tu ada dua orang ustaz bersama aku, maka tahap keberanian aku meningkat. Aku bangun dan menjenguk ke dalam almari Zaiton.

Aku nampak sesuatu seperti kelawar besar persis vampire dalam filem Barat. Ianya berwarna hitam, sayapnya menyelimuti tubuhnya yang sama besar dengan aku kot. Matanya berwarna merah memandang aku. Meremang bulu roma aku.

“Dah, jangan tengok lama-lama. Kamu tak cukup kuat,” kata Ustaz Fariz.

“Berapa lama dah dia kat dalam tu?” aku tanya.

“Sejak kuncinya di simpan kat dalam tu,” kata Ustaz Fariz.

“Sebulan dah kot Zaiton kutip balik arca tu,” kataku.

“Maknanya dah sebulan la dia menumpang kat dalam bilik kamu ni,” kata Ustaz Fariz.

“Tapi kenapa selama ni elok je Zaiton ambil dan simpan pakaiannya kat dalam almari ni?” aku tanya lagi. Aku makin keliru.

“Sebab tiada yang memberi kuasa kepada kuncinya.” Kata Ustaz Fariz lagi.

“Maksud ustaz, sekarang dah ada yang menghidupkan kunci tu?” aku terus tanya dan tanya. Ustaz Malik terus diam kat tepi bilik aku.

“Ya, sebab itu saya perlu tahu siapa dah ambil kunci tu?” Ustaz Fariz tanya.

“Saya syak Doktor Wani,” kataku terus. Ustaz Malik pandang aku tanpa berkelip matanya.

“Dah kenapa pula Doktor Wani tu nak ambil benda tu. Dia takde kena mengena dalam hal ni.” Kata Ustaz Malik.

“Siapa Doktor Wani tu ustaz?” Ustaz Fariz tanya Ustaz Malik.

“Dia pensyarah kami yang baru bertukar ke kolej ni. Baru seminggu kot dia kat sini,” kata Ustaz Malik.

“Kenapa kamu rasa Doktor Wani yang ambil?” Ustaz Fariz tanya aku.

“Sebab masa yang saya terkunci di dalam bilik semalam, Doktor Wani ada bersama saya. Arca keris tu ada di tangannya. Saya nampak,” kataku.

“Tapi semalam kan kamu terkunci sendiri? Masa kamu terkunci tu, Doktor Wani dah balik rumah dia,” kata Ustaz Malik lagi, masih tak boleh nak percaya cakap aku.

“Sebab tu saya tak berani nak cakap. Tapi kali terakhir saya nampak arca tu, ia berada di dalam tangan Doktor Wani. Saya tak pasti saya sedar atau tak, tapi itulah yang terakhir saya nampak,” kataku dengan penuh yakin.

“Doktor Wani tu berada di mana sekarang?” Ustaz Fariz tanya.

“Kat rumah dia la kot. Mana saya tahu. Sebab kami tutup kuliah untuk seminggu, sementara perkara ni selesai.” Kata Ustaz Malik.

“Rumah dia di mana? Dia tinggal di kuarters pensyarah sini ke?”  Ustaz Fariz tanya.

“Taklah, dia menyewa dengan kawan dan anak saudara dia di Klang. Jauh juga dari sini, lebih kurang sejam kalau jalan tak sesak,” kata Ustaz Malik.

“Kalau dia di sana, kenapa benda tu berada di sini?” Ustaz Fariz tanya.

“Apa maksud ustaz?” aku tanya pula.

“Benda tu akan berada dekat dengan kuncinya. Dia hanya berada di mana kuncinya berada. Antara benda tu dengan kuncinya, tak boleh berjarak lebih dari anggaran jarak satu tubuh manusia,” kata Ustaz Fariz.

Kali ni aku kerutkan dahi. Maknanya arca tu berada di dalam bilik ni? Tapi memang aku dah buang arca tu. Zaiton? Dia kata dah takde dalam almari dia?

“Itu almari Zaiton, maknanya Zaiton yang simpan kuncinya?” kata Ustaz Malik. Aku tak dapat cakap apa-apa. Zaiton kelihatan macam tak tahu apa-apa langsung pasal arca tu. Dulu dia ambil arca tu sebab dia kata arca tu cantik.

“Macam ni la. Kita tak boleh nak tuduh sesiapa. Fitnah itu dosa. Nampaknya kamu perlu cari dulu siapa pegang kuncinya. Dan buat masa ni, kamu perlu siasat Zaiton,” kata Ustaz Fariz.

“Nak siasat macammana? Saya dah tanya, dia kata dah takde kat dia. Dia pun bukannya berani sangat nak simpan benda-benda macam tu. Takde kepentingan pun untuk dia. Dia dan Rashida takde hubungan pun,” kataku.

“Dan kamu tuduh Doktor Wani sedangkan Doktor Wani pun takde hubungan dengan Rashida. Masa Doktor Wani mula mengajar di kolej ni pun, Rashida dah sebulan koma. Dan tentu mereka tak mengenali sesama sendiri,” kata Ustaz Malik pula mempertahankan Doktor Wani.

Aku diam.

“Ok. Sekarang saya akan keluar. Saya akan ‘balik’ tempat saya. Semua akan beranggapan begitu. Saya tiada di dalam kolej ini. Anggap segalanya seperti biasa sebelum saya datang ke sini. Kamu sembanglah dengan Zaiton seperti segalanya dah ok macam dulu. Boleh?” Ustaz Fariz bertanya.

“Apa yang saya perlu buat?” aku tanya.

“Kamu perhatikan gerak gerinya. Jika betul dia menyimpan benda tu, pasti kamu akan perasan kelainan pada dirinya. Makhluk tu lapar, dia pasti buat sesuatu supaya kehadiran makhluk tu tak disedari oleh orang lain,” kata Ustaz Fariz.

“Berapa lama pula tu?” kataku, panik juga sebab perasaan aku takkan sama seperti sebelum ni terhadap Zaiton. Walaupun aku yakin bukan Zaiton punya angkara.

“Hingga kamu nampak benda yang pelik tu. Selagi tak nampak, kamu buatlah seperti biasa dengannya. Bagi masa sehingga matahari naik sekali lagi di ufuk timur. Jika masih tiada perkara pelik berlaku, bermakna bukan Zaiton yang simpan benda tu,” kata Ustaz Fariz.

Aku anggukkan kepala tanda faham.

Ustaz Malik dan Ustaz Malik keluar dari bilik aku. Aku panggil Zaiton balik ke bilik. Masa tu dah pukul 10 pagi.

“Dah selesai ke?” Zaiton tanya aku.

“Dah,” sahutku ringkas tanpa pandang Zaiton. Entahlah kenapa perasaan aku dah tak sama seperti sebelum Ustaz Fariz datang tadi. Aku dah prejudis kepada Zaiton.

“Takde benda pelik dah dalam almari aku tu?” Zaiton tanya.

“Kenapa? Kau ada simpan benda pelik ke kat dalam almari kau?” aku mula memancing.

“Takdelah, kan almari aku tu yang selalu bergerak la, macam ada benda kat dalam tu la, tadi ustaz tu kata ada satu kat dalam tu kan. Apa benda?” Zaiton tanya.

“Kau ni betul tak tahu atau sengaja buat tak tahu?” aku terus tanya Zaiton.

“Tak tahu apa?” Zaiton tanya aku balik.Aku mengeluh panjang. Keliru.

“Takde apalah. Dah takde apa. Buatlah hal kau. Aku nak buat assignment,” kataku sambil berpaling ke meja tulis aku.

Zaiton melangkah ke almarinya. Aku perhatikan dari tepi anak mata aku. Dia buka almarinya perlahan-lahan. Dia pandang ke dalam almari. Lepas tu dia senyum, “Iyelah, takde apa,” katanya kepada aku. Aku diam. Aku tak nampak macam Zaiton adalah orangnya.

Segalanya berjalan seperti biasa. Tiada yang pelik. Aku langsung tak keluar dari bilik, sebab itu yang Ustaz Fariz pesan kat aku. Jangan tinggalkan bilik selain dari ke bilik air. Makanan pun aku minta tolong Zaiton belikan, atas alasan assignment aku urgent, kena siapkan segera.

Sampai maghrib, segalanya masih sama. Zaiton keluar membeli makan malam di kafe. Aku kirim je. Masa Zaiton keluar, aku perhatikan almarinya, dan keliling bilik. Tiada yang pelik. Zaiton balik ke bilik dengan nasi goreng aku, kami makan sama-sama. Tiada yang pelik juga. Bahkan Zaiton pula yang kata aku pelik dari biasa sebab katanya aku nampak stress. Aku bagi alasan assignment la.

“Assignment apa pula? Kan kita masih cuti kuliah? Dan seingat aku la, kau ni lebih rajin dari aku. Kalau ada assignment, mesti kau siapkan dulu dari aku,” kata Zaiton menegur aku.

“Ada la kerja aku,” sahutku pendek.

“Kringggggg!” Telefon aku berbunyi. Mak aku call.

“Assalamualaikum mak,” aku beri salam.

“Waalaikumussalam. Kamu sihat? Dah makan?” mak aku tanya.

“Dah mak. Alin sihat Alhamdulillah.” Sahutku.

“Semua ok ke? Ustaz Fariz masih di kolej kamu ke?” mak aku tanya.

“Tak tahu. Alin tak pasti,” sahutku.

Sedang aku berbual dengan mak aku, aku dengar bunyi pintu almari Zaiton terbuka sendiri, pelahan-lahan. Aku pandang keliling, cari Zaiton tapi Zaiton tiada dalam bilik tu. Aik! Tadi dia ada je kat dalam bilik tu. Dan ada satu je pintu keluar dari bilik tu. Pintu tu pula kat tepi aku ni je. Takkan aku tak nampak kalau dia dah keluar.

“Mak, Alin ada kerja sikit. Nanti bila free, Alin call mak balik ye. Mak jangan risau, semua ok kat sini. Mak tu jaga kesihatan, jangan stress selalu,” kataku lalu memutuskan talian.

Aku letak telefon. Masih memandang keliling, mencari Zaiton. Takde tempat nak menyorok pun bilik tu. Aku melangkah perlahan-lahan ke arah almari Zaiton. Baru je aku nak jenguk melalui pintu almari yang terbuka tu, tiba-tiba pintu almari tu tertutup sendiri. Terkejut aku.

“Kenapa Alin?” dan aku terkejut lagi bila Zaiton berdiri kat tepi aku, pandang aku dengan dahi berkerut.

“Bila masa kau masuk bilik ni?” aku tanya.

“Aku memang dari tadi kat bilik ni Alin. Tadi kau sembang dengan mak aku kan. Lepas tu kau pandang almari aku. Kau jalan slow-slow macam nak tangkap ayam, pergi kat almari aku. Lepas tu kau terkejut. Entah apa-apa entah.” Kata Zaiton.

Aku garu kepala yang tak gatal. Dari cerita Zaiton, itu menunjukkan Zaiton memang ada kat bilik tu tapi aku tak nampak dia? Sekarang ni aku nampak dia sebagai manusia atau sebagai hantu? Atau dia di alam lain? Atau aku yang sekarang berada di alam lain?

Bersambung…

One thought on “AKU NAMPAK DIA 3.0

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s