C-3-16 BBS 2.0

Bab 5

“Siapa tu Sue?” Aliya tanya aku.

“Mana aku tahu,” sahut aku.

“Macammana ni?” Aliya tanya aku lagi.

“Entah,” sahut aku.

“Tapi sekali je dia ketuk. Kita salah dengar kot.” Kata Aliya.

“Habis tu kau nak tengok keluar?” aku tanya Aliya. Aliya geleng kepala.

Aku tengok jam, dah hampir pukul 12 tengah malam. Aku melangkah ke pintu, cuba mendengar bunyi di luar bilik. Senyap sunyi, tiada sebarang bunyi.

“Takde bunyi dah. Nak keluar ke?” Aliya tanya aku.

“Kau rasa?” aku tanya Aliya.

“Tak payah la, Kita dah kunci pintu utama. Lampu kat ruang tamu tu biarlah terpasang. Kita tidur je la. Dah tengah malam ni.” Kata Aliya.

“Aku ikut je. Lagipun dah jauh malam ni. Aku pun tak berani nak keluar tengok apa benda semua tu,” Sahutku.

Aliya melangkah ke katilnya. Aku pun ikut sekali.

“Tapi kan, kau berani ke tidur dalam keadaan ni? Boleh lena ke? Aku tak rasa aku boleh lena selagi aku tak pastikan memang sesiapa kat dalam rumah ni selain kita berdua,” kataku perlahan.

“Kan? Buatnya masa kita tidur nanti, ada perompak ke apa ke kacau kita, macammana pulak kan?” kata Sue. Dia pun sebenarnya ada perasaan yang sama macam aku. Tapi kami sama-sama cuba tenangkan diri sendiri tapi dengan cara menipu diri sendiri.

“Aku nak tanya kau ni, tapi tak tahulah masa ni sesuai atau tak,” kataku kepada Aliya.

“Kau nak tanya apa?” Aliya tanya aku.

“Pasal Kak Piah,” kataku.

“Hishhhh… Esok je la kau sebut nama tu. Aku tak boleh la dengar nama tu malam ni. Aku cuba padam nama tu dalam kepala aku ni. Sekarang boleh tak kita fokus apa yang berada di ruang tamu rumah ni dari tadi dok berbunyi sendiri,” kata Aliya.

“Maaflah kalau kau taknak dengar nama tu. Tapi entahlah, hati aku kata semua yang kita lalui ni ada kena mengena dengan dia,” kataku. Memang sejak aku mimpikan Kak Piah malam kelmarin, aku dah rasa macam ada sesuatu yang tak kena dengannya. Lepas tu kami nampak dia di atas bas, di atas jambatan.

“Dah la, sekarang ni kau rasa kita perlu keluar dari bilik ni dan periksa seluruh rumah tak? Atau kau nak kita call polis je terus?” Aliya tanya aku.

“Aku tak rasa kita perlu call polis. Takut nanti kita call, mereka kata kita buat panggilan palsu pula,” kataku. Hati aku kuat mengatakan bukan perompak di dalam rumah tu.

“Habis tu, kita nak call siapa ni?” Aliya tanya aku.

“Tok tok tok,” tersentak kami berdua bila pintu bilik diketuk sekali lagi seperti tadi.

Aku dan Aliya berpandangan sesama sendiri. Masing-masing buat muka cuak.

Aku bangun perlahan-lahan dari katil. “Kau nak ke mana?” Aliya tanya aku berbisik.

“Kita tak boleh duduk diam kat sini. Aku nak pergi tengok,” kataku. Dia takut, aku takut, apa sudahnya. Takkan Aliya nak call mak dia yang jauh. Dan takkan aku nak call mak aku yang sama jauh macam mak Aliya. Nak call Maksu, rasa serba salah. Nak call polis, lagi la rasa bersalah. Nak call Pak Manap, nanti isteri dia yang jawab, dah jadi kes lain pula. Apasal nak call suami orang pada waktu macam ni. Nak call jiran, tak tahu nombor. Nak call kawan, macam tak kena pula. Hishhhh……

Aku memegang tombol pintu, bersedia untuk buka pintu. Aliya menghampiri aku, dia pegang tangan aku. Tangan dia sejuk menggeletar. Tangan aku pun.

Aku pulas tombol pintu. Klik. Terbuka dah. Aku tarik daun pintu. Aku jenguk keluar, tiada sesiapa. Aku melangkah keluar bilik perlahan-lahan. Aliya mengikut aku di belakang.

Aku pandang keliling. “Kau tengok sama, jangan tunduk je. Jalan perlahan-lahan, kita jangan terpisah,” kataku. Aliya anggukkan kepala, mukanya macam nak nangis dah. Aku pun takut, tapi dalam keadaan ni, aku terpaksa beranikan diri.

Aku melangkah ke ruang tamu tingkat atas tu. Cari bola dan guling yang berbunyi tadi. Tak nampak pun. Sebab aku tahu, Maksu akan simpan semua mainan anak-anaknya dalam bilik kat tingkat bawah sebelum tidur. Dia takkan biar mainan anaknya bersepah.

Maksu dah trauma. Dulu Maksu pernah jatuh sebab terpijak guli yang berselerak di ruang tamu rumah. Lama Maksu menderita sakit pinggang sebab tulang belakang  Maksu retak akibat jatuh masa tu.

“Takde apa kat sini. Jom kita turun bawah,” kataku.

“Tak payahlah turun bawah. Kita tengok dari atas ni je,” kata Aliya.

“Masalahnya dari atas ni tak nampak bawah sana. Kalau nampak, aku pun taknak turun.” Kataku. Aliya diam. Tapi dia tetap ikut langkah aku menuruni anak tangga ke tingkat bawah.

Sampai ke anak tangga terakhir, tiba-tiba mainan kereta polis Iqbal berbunyi. Aliya pegang tangan aku kuat-kuat.

“Kereta polis tu bukan dah rosak ke?” kata Aliya.

“Sebab dah rosak la kot, sebab tu dia berbunyi sendiri,” sahutku. Aliya diam.

Kami mencari bunyi kereta polis mainan milik Iqbal. Dan tib-tiba kereta polis mainan tu bergerak melintasi kami. Aku ikut kereta mainan tu dan angkat kereta mainan tu. Aku buka tempat letak bateri. Tapi bateri tiada di dalamnya.

“Macammana boleh bergerak kalau takde bateri?” Aliya tanya aku. Aku letak semula kereta mainan tu. Dan kereta mainan tu berhenti berbunyi.

Turun dari tingkat atas, kami akan bertemu bahagian dapur kering. Kami perlu berjalan melalui satu lorong untuk ke ruang tamu pula. Begitulah rumah moden, nak dibuat banyak ruang tapi mempunyai kawasan yang sempit. Aku lebih suka rumah kampung dulu-dulu. Rumah mak aku pun cukuplah. Luas, takde sekat sana sekat sini. Dalam rumah boleh main bola lagi. Lurus je ruang tamu, boleh main aci kejar. Tapi rumah moden sekarang tak sama.

Aku dan Aliya melangkah perlahan-lahan ke ruang tamu. Belum pun sampai kat ruang tamu, kami dengar bunyi televisyen berpasang. Aku berhenti melangkah. Aliya tarik tangan aku, dia menggeletar. Aku bagi isyarat diam kat dia.

Kami melangkah perlahan-lahan, cuba mengintai dari balik dinding. Aku nak tengok betul ke televisyen berpasang.

Dari sebalik dinding tu, kami nampak televisyen berpasang. Dan kelihatan seseorang duduk di sofa menghadap televisyen dan membelakangkan kami. Seorang perempuan, dan kelihatan seperti kami pernah melihatnya dari bentuk parasnya dari arah belakang.

“Kak Piah ke tu?” Aliya tanya aku perlahan. Aku angkat bahu. Tapi dada aku berdebar.

“Intai apa tu?” tiba-tiba ada suara perempuan menegur di belakang kami. Aliya menjerit. Aku menoleh, tapi tiada sesiapa. Aku memandang kembali ke arah perempuan yang sedang duduk di sofa tadi. Dia pun tiada di situ. Jantung aku makin laju. Aku dah berpeluh-peluh.

Keadaan sunyi seketika. Kami masih berdiri di tempat tadi. Televisyen pun tak berpasang lagi. Masa ni la anjing kat luar rumah nak melolong panjang. Aduh! Selalu je aku dengar bunyi anjing melolong panjang macam tu tapi takde la rasa segelabah macam sekarang.

‘Ketang ketung’ kami dengar bunyi pinggan berlaga di bahagian dapur. Aliya peluk pinggang aku. Dia dah mula menangis. “Kau diamlah, jangan nak menangis sekarang ni. Aku pun takut juga. Cuba kau call Pak Manap, takde pilihan dah ni.” Aku cakap kat Aliya.

“Telefon aku tinggal kat bilik,” Aliya menyahut. Aku tepuk dahi. Aku pun tak bawa telefon.

“Pilihan kita sekarang ni, naik ke bilik semula atau lari keluar rumah. Kau nak yang mana?” aku tanya Aliya. Aliya geleng kepala, dah tak boleh berfikir agaknya.

“Naik ke bilik, kita masih kat dalam rumah ni. Kalau lari ke luar, aku tak yakin ada orang kat luar rumah waktu macam ni. Dengan anjing melolong macam tu. Seram aku,” kataku. Aliya masih diam.

Tap! Sekali lagi Aliya menjerit. Keadaan rumah gelap gelita. Elektrik takde. Lampu semua padam.

“Sue, aku takut,” kata Aliya menangis sambil peluk aku.

“Aku rasa susia utama jatuh kot. Kau jangan lepaskan tangan aku. Aku cuba cari peti suis utama tu. Rasanya kat area pintu juga.” Kataku memujuk Aliya.

“Tak payahlah, kita keluar je dari rumah ni.Cuba la ketuk pintu jiran sebelah. Itu je yang aku terfikir sekarang ni,” Kata Aliya.

Aku terdiam. Banyak perkara terlintas kat dalam kepala aku. Kalau kami keluar, dah tentu selamat ke? Tapi kalau aku cari suis utama, sekurang-kurangnya boleh cerahkan rumah tu.

“Jom cepatlah kita keluar,” kata Aliya masih dalam tangisnya. “Ok ok, sekejap aku cari pintu,” sahutku berhenti berfikir dah. Maka, meraba-rabalah kami mencari pintu keluar rumah.

“Nak ke mana tu?” tiba-tiba kami dengar suara seorang perempuan. Aku dan Aliya berhenti melangkah. Suara tu seperti berada dekat je dengan kami. Seketika kemudian, aku nampak dua cahaya seperti mata sepasang anak patung, bergerak ke arah kami dari arah bilik kecil di dapur. Bilik itulah selalunya Maksu simpan mainan anak-anaknya.

“Aliya, tengok kat belakang kau tu,” kataku. Aliya menoleh ke belakangnya. Terdengar bunyi tawa anak patung milik Irma berkumandang di ruang tamu.

“Ya Allah, apa benda pulak tu?” kata Aliya.

“Anak patung tu memang berbunyi ke?” aku tanya balik.

“Haah, tapi pakai bateri. Aku rasa Maksu dah simpan sebab dia taknak Irma main dengan anak patung tu lagi.” Kata Aliya. Walaupun dia sedang ketakutan, sempat lagi dia mengingati mainan sepupunya.

Aku tak peduli dah dengan anak patung yang semakin menghampiri kami. Aku terus meraba dinding untuk ke pintu. Kami perlu keluar dari rumah ni, walau apapun yang terjadi.

Sebaik aku dapat pegang tombol pintu untuk keluar rumah, aku terus pulas tombol tu. Pintu terbuka. Lampu terang. Aku melihat keliling. Kami berada di dalam bilik kami!

“Aliya, bukan kita dah turun tingkat bawah ke tadi?” aku tanya Aliya. Aliya tak menyahut. Aku menoleh ke belakang aku, Aliya tiada bersama aku. Ah sudah! Mana pula perginya budak ni.

“Aliya!” aku panggil Aliya dengan suara yang seperlahan yang boleh. Tiada sahutan.

Aku makin kecut perut ni. Tadi ada Aliya, rasa berani sikit walaupun Aliya tak bantu aku. Tapi bila aku seorang diri macam ni, lagilah cuak aku. Bila masa pula kami terpisah?

“Sue,” aku dengar nama aku dipanggil. “Aliya? Kau ke tu? Kau kat mana?” aku panggil Aliya. Kat dalam rumah tu hanya aku dengan Aliya je. Kalau ada suara, dah tentu suaran Aliya.

“Sue,” aku dengar lagi suara tu memanggil aku. Aku cuba melangkah mengikut suara tu. Aku masuk ke dalam bilik sebab suara tu seperti di dalam bilik.

“Sue,” aku dengar lagi suara tu, macam dari arah almari baju.

“Aliya, kau kat mana?” aku panggil.

“Kat sini,” Aliya menyahut. Aku ikut suara tu. Sampai kat almari baju. Kat pintu almari baju tu, ada cermin. Aku pandang cermin tu sebab seperti ada sesuatu di sana.

Dan dari dalam cermin tu aku nampak diri aku. Dan di belakang aku ada seorang perempuan. Terbeliak mata aku. Perempuan tu amatlah aku kenal. KAK PIAH!

Aku menoleh ke belakang aku, tiada sesiapa. Aku pandang semula ke cermin, Kak Piah masih berdiri di belakang aku sambil tersenyum.

-Bersambung-

One thought on “C-3-16 BBS 2.0

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s