AKU NAMPAK DIA 2.0

Bab 4

Esoknya lepas kuliah, Rashida bagi kat aku satu tiket. “Kita naik lain-lain flight tau.” Katanya. “Kenapa pula?” Aku tanya. Mulalah aku panik ni. Aku ni jangankan naik kapal terbang, selain dari universiti dan rumah mak aku pun aku tak pernah pergi.

“Kita beli lambat. Tiket dah habis. Tapi aku dah ambil waktu yang dekat-dekat. Cuma aku pergi awal setengah jam. Jadi aku akan sampai sana setengah jam awal dari kau. Aku tunggu kau kat airport. Kau jangan risau. Kau keluar je dari kapal terbang, aku dah tunggu kau kat sana,” kata Rashida.

“Dari sini macammana?” aku tanya Rashida.

“Dari sini, kita pergi ke airport sama-sama. Nanti aku tunjuk kau naik ikut mana ok. Jangan risau, nanti bila kau dah sampai sana, kau akan faham. Sekarang kalau aku cakap, kau tak faham. Nanti makin aku cakap, kau makin salah faham. Sekarang ni, kau rileks je. Minggu depan kita pergi kampung aku ok. Jangan takut sangat, takde apa la. Chill ok. Ini first time kau nak tengok dunia luar.” Kata Rashida memujuk aku. Aku pun diam, nak kata apa kan.

Entah kenapa, sejak kebelakangan ni, aku selalu nampak bayang putih kat tepi katil Rashida. Mula-mula aku rasa itu hantu la. Tapi bila dah setiap malam aku nampak, dan benda tu pun tak lari walau dia tahu aku nampak dia. Dia Cuma pergi bila Rashida tutup lampu dan baring di atas katil. Susah untuk aku cakap dengan Rashida. Nanti dia takut pulak.

Tapi aku makin hari makin nak tahu, siapa lembaga putih tu. Kenapa dia berdiri di tepi katil Rashida.

“Shida, aku nak tanya sikit boleh?” aku tanya Rashida pada satu hari selepas kami habis kuliah.

“Sejak bila kau kena minta izin nak bertanya aku ni?” Rashida tanya aku semula.

“Sejak kebelakangan ni, kau ada rasa apa-apa yang pelik tak?” aku tanya.

“Contoh? Pelik pasal universiti ni ke? Pelik pasal kau ke? Pelik pasal aku ke?” Rashida tanya aku semula sambil letakkan beg kat sebelahnya. Kami kat kafe masa tu. Kuliah habis pukul 1.20 hari ni. Jadi, kami makan siap-siap dulu. Nanti dah masuk bilik, malas nak keluar dah.

“Pelik pasal apa-apa la. Kot kau nampak aku pelik ke? Atau kau ada nampak apa-apa benda lain yang pelik ke?” aku tanya.

“Entah, aku tak rasa apa-apa yang pelik pun. Kalau kau ada nampak apa-apa yang pelik, kau bagitahulah aku.” Kata Rashida.

“Takde apalah. Perasaan aku je agaknya,” kataku. Tak tahulah kenapa berat sangat mulut aku nak cakap pasal bayangan putih tu kat Rashida. Selalunya aku senang je bercerita dengan dia. Mungkin aku begitu panik nak naik kapal terbang sendirian ni kot.

Sampailah hari penerbangan aku dan Rashida. Macam yang Rashida cakap, dia akan pergi awal setengah jam dari aku.  Rashida dah tunjuk kat aku, kat mana aku perlu tunggu. Pintu mana aku perlu masuk. Taklah susah mana, macam tunggu bas ekspress untuk balik ke rumah mak aku je.

Aku tengok Rashida naik kapal terbang dia. Dia nampak happy je dua tiga hari ni. Maklumlah, nak balik kampung dia. Lepas mak dan ayah dia meninggal dunia, dia agak murung. Memang kesian betul aku kat dia. Sampailah masa dia ajak aku balik kampung dia. Waktu tu dia nampak macam gembira sikit. Sebab tu aku tak sampai hati nak tolak ajakan dia.

Rashida seorang gadis yang happy. Kalau aku tengah sedih pun, kalau dok berborak dengan dia, hilang sedih aku. Bukan aku je rasa macam tu. Semua kawan kat universiti akui perkara yang sama. Mereka selalu kata aku bertuah sebab dapat sebilik dengan dia.

Tak lama pun lepas kapal terbang Rashida berlepas, pintu untuk masuk ke kapal terbang aku pun dibuka. Dengan agak berdebar-debar, aku masuk dan cari tempat duduk aku. Gemuruh tu jangan cakap la. Rasa bergerak badan aku menahan gemuruh di dada. Harap-harap semua ok.

Aku pejamkan mata masa kapal terbang nak naik ke udara. Gayat weh. Pening rasa nak muntah. Dah la gitu, telinga aku jadi pekak, tak dengar apapun. Rashida tak cakap pula macam ni rasanya. Tanpa segan silu, aku tepuk orang sebelah aku, aku bagi isyarat aku nak muntah. Baiknya hati dia, seorang wanita melayu dalam usia 30-an, dia hulurkan kertas muntah yang disediakan di situ kat aku. Aku tak kira dah. Aku muntah, tapi tak keluar pula. Iyelah, aku tak makan apa-apa sejak pagi, nak muntahkan apa pula.

“Gayat ke?” wanita sebelah aku bertanya. Aku jeling kat dia. Lawa orangnya. Aku anggukkan kepala.

“Kali pertama?” dia tanya lagi. Dan aku mengangguk juga.

“Takpe, sekejap je. Nanti bila dah kat atas, semua ok dah. Lagi lembut dari naik bas,” kata wanita itu lagi. Aku diam. Cuba pejamkan mata.

Lima belas minit berlalu. Aku buka mata sebab rasa macam dah ok. Takde rasa pening atau pekak lagi. Aku pandang wanita kat sebelah aku.

“Dah ok?” dia tanya aku sambil senyum. Aku anggukkan kepala perlahan.

“Akak dulu pun macam tu, masa mula-mula naik kapal terbang. Lepas tu bila dah terpaksa berulang alik ke sabah setiap bulan, dah tak rasa apa dah.” Katanya.

“Akak selalu berulang ke sabah ke?” aku tanya dia pula.

“Haah, akak mengajar di Semenanjung. Tapi suami dan keluarga akak semua kat Sabah.” Kata wanita itu.

“oo…” aku anggukkan kepala.

“Nak ke mana ni? Makan angin ke?” wanita itu bertanya aku.

“Saya temankan kawan balik kampung dia.” Sahutku.

“Mana kawan tu?” wanita itu tanya aku.

“Tu la. Dia ambil tiket lambat. Flight dah penuh. Terpaksalah dia pilih flight lain yang masanya lebih kurang sama. Dia dah naik flight lain setengah jam awal dari saya. Nanti dia tunggu saya kat Lapangan terbang KK,” kataku.

“Ooo… Takpe. Jangan risau. Sabah negeri yang best. Orang-orang sabah baik-baik.” Kata wanita itu lagi, lalu menoleh semula ke tingkap. Aku menjeling sikit je ke tingkap, takut nak tengok lebih-lebih. Aku ingat gayatlah duduk tepi tingkap. Aku bayangkan naik kapal terbang, nanti aku nampak bumi ni. Rupanya tak. Nampak awan je. Laut pun nampak macam peta je.

Lebih kurang dua jam aku sampai ke Lapangan terbang Kota Kinabalu. Sempat juga wanita tadi bagi nombor telefonnya. Katanya kalau perlukan apa-apa kat Sabah, boleh hubungi dia. Tapi dia memang dah beritahu aku awal-awal, Sabah ni besar. Untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain, ambil masa berejam. Dengan kemudahan yang tak berapa nak mudah, selalunya masa akan habis di dalam perjalanan je. Sebab tu sesiapa yang nak bercuti di Sabah, perlu ambil masa yang lebih lama. Bukan sebab banyak tempat nak pergi, tapi sebab masa yang banyak habis di atas jalan untuk pergi dari satu tempat ke tempat lain.

Aku pun anggukkan aje la. Manalah aku tahu pasal Sabah. Tapi aku tahu Sabah tu besar. Aku ni semenanjung pun tak habis lagi aku jelajah.

Sesampai aku di Lapangan terbang, panjang tengkuk aku cari kelibat Rashida. Tapi dia takde. Ahh sudah! Aku mula berpeluh dingin. Aku memang ada panik attack. Berdarah gemuruh. Aku tengok jam tangan, dah pukul 5 petang. Tapi suasana dah macam pukul 7 di semenanjung. Dah gelap. Kalau tak jumpa Rashida, ke mana aku nak pergi ni.

Aku call Rashida, “nombor yang anda panggil tidak dapat dihubungi” Ahhhhhh sudahhhhhh…. Aku dah mula rasa nak pitam. Orang yang ada panic attack je tahu perasaan ni. Dari pagi aku tak makan sebab berdebar-debar nak naik kapal terbang buat pertama kali. Dah la perut kosong, sekarang aku kat tempat orang, hari pulak dah malam, Rashida yang berjanji nak tunggu aku kat Lapangan terbang pulak takde. Aku nak nangis. Aku dah mula buruk sangka, Rashida tipu aku!

Tengah aku tercari-cari tempat nak duduk bertenang, aku nampak ramai orang berkerumun kat satu tempat. Rashida ada cakap, kami perlu cari kereta sewa untuk sampai ke rumah neneknya. Aku rasa mereka yang berkerumun tu sedang menunggu kereta sewa agaknya. Aku nampak satu kerusi di tepi tiang besar. Cepat-cepat aku melangkah ke situ dan duduk. Kepala aku dah pening sangat, tunggu masa je nak muntah. Aku panik. Jantung aku bergerak pantas, kepala aku rasa panas, kaki dan tangan aku rasa sejuk.

“Alin!” tiba-tiba aku dengar suara orang memanggil aku. Aku pandang keliling. Aku nampak Rashida berlari-lari datang kepada aku sambil menarik beg pakaian.

Ya Allah, Tuhan je tahu macammana perasaan aku masa tu. Satu perasaan lega yang tak tahulah macammana nak cakap.

“Apasal kau lambat? Bukan kau sampai setengah jam awal dari aku ke? Aku dah nak pitam ni sebab panic attack tahu tak? Dah la hari dah gelap. Padahal baru pukul 5. Kalau aku tak jumpa kau, entahlah apa nasib aku kat sini,” rungutku sendirian. Kesal juga sebab Rashida lambat jumpa aku.

“Sorry sangat. Aku ada hal tadi. Aku ingat kapal kau, lambat lagi. Tak sangka cepat pula.” Kata Rashida.

“Kan dah kata beza setengah jam je,” sahutku masih tak hilang rasa panik tadi.

“Ok ok, aku minta maaf ok. Kan aku dah janji, aku akan tunggu kau. Aku takkan tinggalkan kau. Kau kenal aku kan, aku seorang yang pegang janji,” kata Rashida lagi. Aku diam tapi muncung aku sedepa.

“Kita naik kereta sewa tu. Jom. Nanti kita cari kedai makan. Kita makan dulu sebelum sampai rumah nenek aku,” kata Rashida sambil tarik tangan aku. Aku menurut je. Takkan nak gaduh lama-lama kat situ. Itu bukan tempat aku.

Kami menaiki kereta sewa. Sejuk dingin je malam tu. Aku tengok jam, baru pukul 6.30 petang, tapi gelapnya macam pukul 9 malam. Lampu jalan tak banyak. Kalau ada pun, kedudukan setiap tiang adalah berjauhan. Kiri kanan hutan. Kedai kebanyakannya dah tutup.

Aku tak banyak cakap dengan Rashida kat dalam kereta sewa. Rashida pun diam je. Dia pun lapar agaknya.

“Shida, kau ingat lagi ke rumah nenek kau? 10 tahun kot kau tak balik sini kan?” aku tanya.

“Aku ingat. Jangan risau. Ini tempat lahir aku la,” kata Rashida perlahan sambil memicit-micit kepalanya. Pening agaknya. Mukanya pun nampak pucat.

“Kau ok ke tak ni?” aku tanya.

“Aku sakit kepala ni,” kata Rashida sambil menyandarkan kepalanya di kepala kerusi dan pejamkan mata. Aku pun taknak kacau dia, biar dia rehat.

“Apa cik cakap?” pemandu kereta sewa tu menegur.

“Takde apa, saya cakap dengan kawan saya,” sahutku.

“Sekejap lagi sampailah. Alamat yang cik bagi tu, jauh di pedalaman. Itu sebab lambat. Balik rumah saudara ke?” pakcik kereta sewa tu tanya aku.

“Balik rumah nenek kawan saya. Tapi nenek kawan saya ni pun dah takde. Rasanya tiada siapa kat rumah tu,” sahutku. Rashida dah tak lalu nak jawab. Biarlah aku jawab. Betul ke salah, itu belakang cerita. Janji jawab. Kikiki…

“Takpe, nanti pakcik berhenti kat kedai makan sebelum naik bukit ke rumah yang cik bagi alamat tu. Cik beli makanan dulu. Sebab dah sampai rumah tu nanti, jauh nak keluar beli makanan.” Kata pakcik tu lagi. Baiknya orang sabah ni.

“Terima kasih pakcik,” kataku sambil senyum.

Lebih kurang setengah jam, pakcik tu berhentikan keretanya di tepi sebuah kedai makan kecil. “Pergilah beli makanan dulu. Rasanya dah tak banyak pilihan. Tapi lebih baik dari takde,” kata pakcik tu.

“Shida, kau nak turun beli makanan ke?” aku tepuk bahu Shida perlahan.

“Aku tak lalu sangat ni. Kau belikan untuk aku boleh?” kata Rashida.

“Kau nak apa?” aku tanya lagi.

“Apa-apa je la,” Rashida menyahut. Jelas sangat dia dalam keadaan sakit. Rashida memang mudah kena migrain. Tapi dia tak suka makan ubat. Tambahan perut kosong macam tu.

“Pakcik tunggu kat sini kejap ye. Saya beli makanan,” kataku kepada pakcik kereta sewa tu yang dari tadi pandang aku semacam. Aku cuba buang rasa buruk sangka. Dalam keadaan macam ni, aku kena percayakan orang. Aku yakin pakcik tu baik.

Aku melangkah ke kedai kecil tu. “Iye cik. Semua tinggal sisa saja. Nasi ada lagi sikit. Atau cik nak makanan lain, kami boleh masak. Mee atau bihun,” seorang makcik muncul dari dalam kedai. Ada tiga orang sedang makan di situ. Mereka semua pandang aku, macam tak pernah nampak orang. Aku cuba husnuzon, mungkin mereka dapat rasakan aku bukan orang situ.

Aku tengok lauk yang tinggal. Tak banyak. Ada yang tinggal kuah saja. Aku minta makcik tu bungkuskan dua nasi, letak kuah lemak kalau tak silap aku dengan ayam goreng je. Itu je pun yang masih tinggal. “Cik nak ke mana?” Makcik tu tanya.

“Nak ke rumah nenek kawan saya,” sahutku.

“Orang semenanjung?” dia tanya lagi. Aku teragak-agak nak mengangguk. Entahlah, tiba-tiba rasa seram sejuk bila dia tanya macam tu sambil diperhatikan oleh lelaki yang sedang makan kat situ.

“Jangan takut. Makcik tanya je. Sebab dah jauh malam ni. Makcik dengar loghat bukan orang sabah. Makcik pun ada anak mungkin sebaya cik,” kata makcik tu lagi, rasa lega sikit.

“Iye, saya dari semenanjung. Kawan saya memang orang sini, dia ada menunggu di kereta tu. Saya pergi dulu ye makcik.” Kataku sambil membayar harga makanan aku dan Rashida.

“Iyelah, hati-hati ya. Kalau naik atas lagi, maknanya kamu masuk kampung pedalaman. Semangat kena kuat,” kata makcik tu lagi. Aku anggukkan kepala walau aku tak faham apa maksud dia semangat kena kuat. Mungkin sebab tempat yang aku nak pergi ni jauh masuk hutan kot.

Bersambung….

One thought on “AKU NAMPAK DIA 2.0

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s