TETAMU ASING

Bab 5

Aku pegang tangan mak. Mak tarik aku duduk dekat dengan Atok. Aku pegang tangan Atok. Mak ke dapur. Aku tak tahu mak nak buat apa, tapi tak lama lepas mak ke dapur, aku dengar bunyi penukul. Aku bangun nak ke dapur tengok mak, tapi Atok pegang tangan aku kuat. Aku duduk semula.

“Atok ok?” Aku tanya Atok. Atok anggukkan kepala perlahan.

“Biarkan mak kamu dulu. Dia tahu apa yang perlu dilakukan,” kata Atok. Aku pun diam tapi aku masih risau.

Seketika kemudian mak muncul dari arah dapur, dengan penukul dan satu paku besar ditangannya.

“Mak buat apa tu?” aku tegur mak. Tapi mak palau aku, dia tak pandang aku pun. Atok suruh aku diam.

Aku perhatikan je gerak geri mak. Mak paku semua papan di bahagian atas tingkap. Akhir sekali mak nak paku papan bahagian atas pintu depan. Tapi belum sempat mak paku, pintu itu diketuk berkali-kali. Mak berhenti memaku. Mak berundur dua langkah ke belakang dan memandang tepat ke pintu.

Lepas beberapa ketika bunyi ketukan di pintu, ketukan beralih ke tingkap rumah pula. Keliling rumah pulak tu. Aku dah menggeletar, tapi aku tak lepaskan tangan Atok. Mak masih berdiri kat depan pintu.

“Zira! Kak Timah!” tiba-tiba aku dengar sayup-sayup suara seseorang memanggil nama aku dan mak dari luar rumah.

“Mak, ada orang panggil nama kita mak,” aku cakap kat mak. Mak bagi isyarat suruh aku diam.

Dan dum! Bunyi pintu depan ditendang dengan kuat.

“Acu kamu kot,” Atok aku bersuara. Dan masa tu aku tengok jam dinding.

“Mak, Acu kot.” Aku cakap kat mak. Mak pun terus tengok jam. Dan dengan tergesa-gesa mak buka pintu. Acu berdiri kat luar pintu memandang ke dalam rumah dengan muka macam singa nak terkam mangsa.

“Dah kenapa semua orang tak dengar? Orang kat luar tu terpekik terlolong la menjerit bagi salam bagai, takkan tak dengar? Kan dah pesan, jangan selak pintu tu kalau nak tidur. Kunci je, orang bawa kunci, nanti orang buka sendiri, takdelah nak panggil orang bukakkan pintu,” kata Acu membebel sambil masuk ke dalam rumah.

Mak dan aku hanya perhatikan Acu yang masuk sambil membebel. Entah dah berapa lama dia kat luar, kami tak buka pintu.

“Tu Kak Timah pegang penukul dengan paku tu, nak paku apa? Pontianak?” Acu bertanya sambil menyangkut tudung kepalanya di paku dinding. Masih ada sisa marahnya yang tak habis. Aku hanya diam memandang Atok. Mak masih berdiri kat tempatnya tadi.

“Kat luar tu, atas pangkin, siapa punya bungkusan letak kat situ?” Acu terus membebel sambil bertanya.

“Bungkusan? Bungkusan apa?” mak aku tanya.

“Manalah orang tahu. Orang ni dari luar, orang kat rumah ni la yang sepatutnya lebih tahu,” kata Acu sambil mengambil tuala dan terus ke bilik air untuk mandi.

Mak melangkah perlahan-lahan, menjenguk ke luar rumah melalui pintu yang masih terbuka.

“Mak, jangan keluar. Tutup pintu tu dulu. Esok je kita tengok. Dah tengah malam ni,” aku memanggil mak. Mak pun tak jadi keluar. Dia terus tutup pintu dan selak pintu. Lepas tu mak terus ke dapur. Aku dengar mak tanya Acu kat bilik air samada Acu nak makan, sebab mak nak panaskan lauk. Tapi Acu kata dia dah makan.

Mak terus ke ruang depan semula, mengangkat tilam dan bantal lalu membentangnya di tempat yang selalu dia tidur.

“Kamu pergilah tidur.” Kata mak.

“Mak, Zira tak berani tidur seorang. Zira tidur kat sini dengan mak ye. Suruh Acu tidur kat bilik.” Kataku.

“Ikut suka kamu la. Kang Acu marah kang, mak tak tahu,” kata mak aku sambil membetulkan tempat tidurnya. Aku tak peduli, aku terus baring kat tepi mak aku.

“Itu kenapa tak tidur kat bilik tu Zira?” Acu tanya aku sebaik dia keluar dari bilik air.

“Acu tidur la kat bilik. Zira tidur dengan mak malam ni ye,” kataku.

“Macam-macamlah kamu ni,” kata Acu lalu terus masuk ke dalam bilik.

“Marah lagi Acu tu mak,” kataku perlahan.

“Mau tak marah, entah berapa lama dia tunggu orang bukakan pintu kat luar tu tadi,” kata mak.

“Bungkusan apa kat luar tu mak? Tadi mak duduk dengan Mak Uda kat pangkin luar kan? Mak Uda ada bagi bungkusan ke?” aku tanya mak.

“Takde pula dia bagi apa-apa. Dan mak yakin masa dia balik, takde apa pun kat pangkin depan tu,” kata mak. Aku terdiam, berdebar juga hati mengenangkan kejadian tadi.

Aku tersedar bila aku dengar bunyi seperti sesuatu menggelupur kat depan rumah. Aku tepuk mak, mak bagi isyarat suruh aku diam. Rupanya mak dah terjaga dulu sebelum aku.

“Bunyi apa tu mak?” aku berbisik.

“Mak tak tahu. Macam ada yang sedang bergelut. Macam bunyi lembu merengus pun ada,” kata mak, juga berbisik.

Tapi aku dan mak tak bangun. Kami hanya memasang telinga dari tempat tidur. Keadaan itu berterusan selama hampir setengah jam. Sedang kami memasang telinga, tiba-tiba Acu berdiri kat pintu bilik dan memandang ke arah pintu. Dia melangkah perlahan ke pintu.

Cepat-cepat mak bangun dan pegang bahu Acu sampai Acu terkejut. Mak bagi isyarat suruh Acu diam.

“Bunyi apa tu kak?” Acu tanya mak. Mak angkat bahu tapi mak masih bagi isyarat suruh Acu diam.

Lama juga kami bertafakur di dalam rumah. Lepas bunyi pergelutan, terdengar bunyi rengusan lembu disembelih. Lepas tu dengar bunyi seakan daging dilapah dengan bunyi sedutan yang agak panjang. Meremang bulu roma, aku peluk mak, Acu pun macam tu. Bunyi anjing melolong panjang bersahut-sahutan dan terdengar juga bunyi anjing seakan merengus menegur sesuatu kat depan rumah.

Lepas sejam kami memasang telinga, barulah keadaan kembali sunyi. Mak bangun dan melangkah ke pintu. Acu pegang tangan mak. “Biar dulu kak, esok je kita tengok,” Mak anggukkan kepala.

Kami bertiga terlena kat ruang tamu di tepi katil Atok. Bunyi alarm jam Acu pukul 6 pagi mengejutkan kami. Acu bingkas bangun. Haritu Hari Ahad, aku tak sekolah, tapi biasanya aku akan tolong Acu kat pasar.

Sebaik Acu bangun, aku dan mak pun bangun sekali.

“Acu nak meniaga juga ke pagi ni?” aku tanya.

“Kenalah meniaga. Sebab semalam Acu dah keluarkan ikan dari peti. Kalau tak jual pagi ni, takut ikan busuk pulak,” kata Acu.

“Takpelah, pergi je. Akak boleh tinggal macam biasa. Zira tolong Acu ye.” Kata mak aku yang sedang melangkah ke dapur.

“Kak, jom tengok apa yang jadi kat depan rumah tu?” Acu mengajak mak.

“Tunggulah hari cerah sikit. Gelap lagi kat luar tu,” kata mak lalu terus ke dapur.

Acu bangun dan melangkah ke pintu. “Acu, jangan buka dulu. Kan mak kata tunggu cerah sikit,” kataku menegur Acu. Risau pula aku bila melihat Acu dah pegang selak pintu.

Acu berdiri lama kat pintu tu. Tapi Acu tak buka pintu. Tiba-tiba terdengar bunyi Tompok mengiau kuat di luar pintu. Dan itu buatkan Acu terus membuka pintu. Sebaik pintu terbuka, Acu berdiri tegak memandang terus ke luar rumah. Aku tengok Acu seperti terdiam kaku kat situ.

“Acu?” aku panggil Acu tapi Acu tak menyahut apatah lagi bergerak.

Aku bangun dan berlari ke arah Acu. Aku pun pandang keluar. Terbeliak mata aku bila melihat kepala lembu yang masih terbuka matanya yang tepat memandang kami, diletakkan di atas pangkin kayu depan rumah. Dengan darah merah masih mengalir dari lehernya yang terpotong. Tompok pula terus berlari masuk ke dalam rumah dalam keadaan takut.

“Yaa Allah, Ya Rabbi. Apa benda ni?” Mak aku tiba-tiba bersuara dari belakang kami membuatkan aku dan Acu melompat terkejut.

Mak tarik aku dan Acu masuk ke dalam rumah. Mak terus tutup pintu semula dan kunci. Aku nampak mak menggeletar, muka mak pucat. Begitu juga dengan aku dan Acu.

“Kak, siapa punya kerja tu? Takkan manusia buat macam tu,” kata Acu dengan suara antara dengar dengan tak. Mak tak jawab.

Tak sampai beberapa saat, tiba-tiba telefon bimbit yang baru je Mak Uda bagi semalam kat ma semalam, berdering. Mak berlari mendapatkan telefonnya.

“Waalaikumussalam.” Aku dengar suara mak menyahut.

Mak pandang aku dan Acu lepas tu berjalan ke dapur. Seperti taknak kami dengar perbualannya. Acu pandang aku, aku angkat bahu.

“Acu nak pergi meniaga juga ke?” aku tanya Acu. Aku angkat bahu.

Acu capai tuala, terus mandi dan solat. Aku pula selepas Acu. Aku jenguk mak. Mak masih termenung di dapur.

“Mak?” aku panggil mak dengan perlahan. Mak pandang aku.

“Siapa telefon tadi?” aku tanya.

“Mak Uda,” mak jawab sepatah.

“Mak Uda kata apa?” aku tanya. Mak aku gelengkan kepala dan terus menangis teresak-esak.

“Mak, kenapa ni?” aku tanya mak.

“Nenek kamu dah meninggal dunia,” kata mak aku dalam esak tangisnya. Aku terduduk, dalam tak sedar air mata aku mengalir deras.

“Mak baru je bincang dengan Mak Uda nak jumpa nenek dalam masa terdekat ni. Tapi nenek dah pergi dulu. Mak tak sempat jumpa nenek, minta maaf dari nenek. Ya Allah,” mak aku terus menangis tersedu-sedu.

“Kenapa ni?” Acu muncul dan bertanya.

“Nenek meninggal dunia,” aku beritahu Acu.

“Ya Allah, Innalillahi wainna lillahi rojiun. Meninggal kenapa?” Acu tanya.

Aku angkat bahu, belum sempat mak bercerita panjang.

“Takpelah, Akak dan Zira pergilah balik ke rumah mak akak dulu. Saya tak pergi meniaga la hari ni. Cuma nak pergi pasar kejap, simpan balik ikan masuk peti sejuk beku. Saya jaga ayah hari ni,” kata Acu. Mak tak menyahut.

“Macammana nak pergi sana?” Acu tanya. Acu cuma ada sebiji motor tua milik Atok, itupun takde cukai jalan.

“Uda akan datang ambil kami,” kata mak masih dalam esaknya.

“Pergilah siap. Saya pergi pasar kejap,” kata Acu lalu melangkah ke pintu untuk keluar. Tapi langkahnya terhenti sebaik pintu terbuka.

“Yang kat luar ni macammana?” Acu tanya sebaik saja dia buka pintu. Kami pun dah lupa pasal kepala lembu yang masih berdarah segar yang bertenggek kat depan rumah kami.

“Akak pun tak tahulah Acu. Akak betul-betul tak boleh fikir sekarang ni,” kata mak.

“Takpe. Saya pergi pasar. Saya minta tolong kawan lelaki kat sana.” Kata Acu dan terus keluar.

Aku kunci pintu semula. Bersiap sementara tunggu Mak Uda sampai. Mak mengambil beg dan mengisi beberapa barang ke dalam beg. Aku pergi dapatkan Atok.

“Atok, Zira dan mak keluar kejap ye. Nenek Zira meninggal dunia. Acu jaga Atok hari ni. Dah selesai kat sana nanti, Zira dan mak balik sini ye,” kataku sambil pegang tangan Atok. Atok genggam tangan aku.

“Hati-hati,” kata Atok perlahan. “Baik Atok. Atok pun jaga diri ye,” kataku.

-Bersambung-

One thought on “TETAMU ASING

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s