DIA IKUT AKU

Bab 8

“Ada sesuatu yang tak sama dengan kita kat sini.” Kata Imam Rosli buatkan aku garu kepala yang tak gatal.

“Kamu ada simpan apa-apa barang orang ke? Atau ada orang minta tolong kamu simpankan barang mereka?” Imam Rosli bertanya dan aku berfikir sejenak.

“Takde rasanya Imam. Kenapa?” aku tanya lagi. Aku memang bukan jenis simpan barang orang.

“Syuhada?” Imam Rosli tanya lagi.

“Kalau dia saya tak pasti. Maklumlah, dia kan ambil upah jahit baju orang. Kot ada dia simpan barang orang. Nanti saya tanyakan dia,” baru je aku nak melangkah ke bilik kami, Imam Rosli menahan langkah aku.

“Tak perlu tanya dia. Saya cuba cari di bilik dulu sebab benda tu ada di sini,” kata Imam Rosli.

“Benda apa Imam?” aku tanya, makin tak faham. Imam Rosli tak menyahut. Dia melangkah masuk ke dalam bilik tetamu tu. Aku berdiri di tepi pintu, memerhatikan segala tindakan Imam Rosli.

Imam Rosli berdiri di satu sudut. Dia berpeluk tubuh dan pejamkan mata dengan mulut terkumat-kamit, sesekali aku dengar di abaca surah-surat dalam Al Quran. Entah la kenapa macam ada angin sejuk je kat dalam bilik tu. Air-cond tak pasang pun. Sejuknya sampai ke tulang. Walhal kat luar tadi panas membahang.

Hampir 15 minit Imam Rosli berkeadaan begitu. Tiba-tiba aku dengar suara jeritan dari tingkat bawah. Aku nak keluar bilik tapi Imam Rosli menahan. Dia suruh aku tunggu di dalam bilik tu dengannya.

“Siapa menjerit tu Imam?” aku bertanya separuh berbisik.

“Benda tu la,” kata Imam Rosli.

“Tadi Imam kata benda tu ada kat bilik ni?” aku tanya lagi tapi Imam Rosli tak jawab.

Telefon aku berbunyi. Mujurlah aku letak telefon tu dalam poket baju aku, kalau tak memang aku tak dengar la bunyi telefon tu dah.

Syuhada call aku, aku jawab panggilannya.

“Siapa menjerit tu bang? Bunyi macam dari tingkat bawah,” kata Syuhada di talian.

“Tak tahulah. Awak duduk je kat dalam bilik tu dengan anak-anak. Kunci pintu.” Kataku.

“Saya risau itu suara Makcik Zabedah je. Dia yang duduk kat bilik bawah tu,” kata Syuhada.

“Takpe, Sulaiman ada kat tingkat bawah. Dia akan tengokkan Makcik Zabedah,” sahutku.

Syuhada letak telefon. Aku pandang Imam Rosli. Bunyi jeritan tadi dah berhenti.

“Dalam bilik ni ada sesuatu. Tapi saya tak pasti apa tu. Cuma saya dah tawarkan tarikannya kepada pihak satu lagi. Jadi, kamu dan anak isteri kamu boleh tidur. Jangan tegur kalau nampak apa-apa yang pelik. Sekarang pukul 12.30 malam. Kamu terus tidur, kunci pintu. Jangan keluar selagi belum azan subuh. Saya perlu balik dulu. Ada beberapa perkara yang saya perlukan. Saya tak bawa sebab saya tak sangka begini rupanya masalah rumah kamu ni. Esok nak balik kampung kan? Nanti dah balik ke sini, panggil saya. Saya usahakan untuk cari benda tu,” kata Imam Rosli.

“Maknanya saya jangan keluar bilik sampai azan subuh esok?” aku tanya lagi.

“Iye, jangan keluar. Saya balik dulu, dah jauh malam sangat ni,” kata Imam Rosli lalu melangkah menuruni tangga ke tingkat bawah. Sulaiman masih berdiri luar pintu bilik tetamu.

Aku nampak Imam Rosli seakan berkata sesuatu kepada Sulaiman dan Sulaiman beri isyarat ke arah dalam bilik tetamu. Dan Imam Rosli anggukkan kepala.

Setelah mengunci pintu belakang, aku mengambil sebotol air dari dalam peti sejuk, untuk bawa ke bilik. Sebab Imam Rosli dah pesan jangan keluar bilik sampai azan subuh. Nanti buatnya anak-anak aku dahaga nak minum, susah pula.

Aku tutup suis lampu dapur. Ketika aku melangkah ke tangga, aku nampak Makcik Zabedah sedang berdiri di anak tangga nak naik ke atas.

“Makcik nak ke mana?” Aku tanya. Makcik Zabedah pandang aku. Keliling matanya hitam, tak macam tadi masa mula-mula dia datang ke rumah aku.

“Makcik nak naik atas cari apa ye?” aku tanya lagi. Masih tiada sahutan tapi dia hanya memandang aku. Masa ni aku teringat kata-kata Imam Rosli supaya tak menegur apa-apa yang aku nampak pelik. Tapi Makcik Zabedah ni dalam kategori pelik ke?

Tapi aku tak bertangguh lagi bila Makcik Zabedah pandang aku dan mula tersengih. Seram sejuk aku tengok mukanya. Aku pun terus panjat anak tangga, masuk ke bilik aku dan kunci pintu. Berderau darah aku.

Aku tengok Syuhada dan anak-anak aku dah tidur. Aku letak botol air kat atas meja kecil kat tepi katil. Aku kembali ke pintu, aku dekatkan telinga aku di pintu. Aku dengar ada bunyi tapak kaki di depan pintu bilik aku. Bunyi tu macam berulang alik dari bilik paling depan iaitu bilik tetamu hingga ke bilik belakang iaitu bilik anak-anak aku. Bunyi tapak kaki itu berulang alik aku rasa hampir 10 kali. Aku tengok jam dah pukul 1 pagi. Tapi mata aku tak mengantuk.

Seketika kemudian, bunyi tiada lagi. Aku ambil toto, bentang kat tepi pintu. Aku baring di situ. Aku cuba pejamkan mata tapi aku memang tak mengantuk langsung.

“Tok tok tok!” aku terkejut bila pintu bilik aku diketuk. Aku termenung memandang pintu tu.

“Tok tok tok!” sekali lagi dan kali ni makin kuat. Aku dah cuak berkali-kali.

“Siapa tu bang?” tiba-tiba Syuhada bercakap kat tepi aku dan aku melompat sikit akibat terkejut.

Bila aku dah tenang semula, aku bagi isyarat kat Syuhada suruh dia diam.

“Tok tok tok!” sekali lagi bunyi ketukan di pintu. Syuhada pandang aku, aku bagi isyarat biarkan dan suruh dia tidur semula.

“Takut Makcik Zabedah nak apa-apa,” bisik Syuhada ke telinga aku.

“Takpe, biarkan dia. Imam dah pesan, jangan keluar dari bilik ini sampai azan subuh,” aku beritahu Syuhada.

“Kalau takde Makcik Zabedah tu, saya tak kisah bang. Ni masalahnya sekarang kita ada tetamu. Kan tak elok kalau kita biarkan? Sekurang-kurangnya abang tanyalah siapa tu,” kata Syuhada yang masih tak faham maksud aku suruh dia diam dan biarkan.

“Syu, dengar cakap abang. Syu pergi baring tepi anak-anak. Biarkan je yang kat luar tu. Itu bukan Makcik Zabedah, percayalah cakap abang,” aku cuba pujuk Syuhada. Dan akhirnya Syuhada akur, dia kembali ke tempat tidurnya walaupun dengan wajah penuh tanda tanya.

Aku kembali baring di toto yang aku bentang di tepi pintu. Aku pandang Syuhada. Syuhada masih celikkan mata dan pandang aku. Aku bagi isyarat kat dia suruh diam dan tidur. Lalu dia pejamkan matanya semula.

Aku pun sama. Aku pejamkan mata dan cuba tidur. Bunyi salakan anjing bertalu-talu kat luar rumah aku. Sesekali dengar bunyi kucing bergaduh. Tak tahulah kucing tu bergaduh dengan apa sebab cuma dengar bunyi seperti ia menegur sesuatu.

“Dum!” Aku dengar bunyi pintu bilik tetamu dihempas kuat. Aku bangun duduk, begitu juga dengan Syuhada.

“Siapa tu bang?” Syuhada tanya aku.

“Awak diam je. Jangan tegur apa-apa. Baring, pejam mata ambil bantal, tutup telinga awak.” Kataku.

“Ayah, nak minum,” tersentak aku sekejap bila tiba-tiba Amani berdiri kat tepi aku minta air. Bila masa pula dia bangun dari tempat tidurnya. Mujurlah aku dah sedia bawa air, kalau tak, jenuh juga aku nak turun ke dapur ambil air. Dengan entah apa yang berada kat dalam rumah aku tu.

Selesai minum, Amani tidur semula. Dan aku kembali jadi pengawal pintu bilik.

“Tok tok tok!” sekali lagi aku terkejut bila ada orang ketuk pintu bilik. Amani angkat kepalanya. Tak tidur lagi rupanya budak bertuah tu.

“Ayah, siapa ketuk pintu?” Katanya.

“Kakak tidur. Jangan peduli bunyi apapun. Tutup telinga dengan bantal.” Kataku.

“Tok tok tok!” Kali ni lebih kuat. Amani peluk aku dengan tangan menggigil.

“Takde apa, ayah ada kat sini.” Aku pujuk Amani.

“Kakak takut. Tadi nenek yang tumpang tidur kat bilik opah kat bawah, mata dia warna putih. Dia panggil kakak masuk bilik tapi kakak tak pergi. Kakak takut, rupa dia dah macam nenek yang selalu kakak dan Along nampak tu. Tapi nenek tu rambutnya kerinting dan mengerbang. Nenek yang kat bawah tu rambut dia berikat elok,” kata Amani.

“Bila masa nenek tu panggil kakak masuk bilik dia?” aku tanya.

“Masa tu ayah pergi masjid. Mama kat dapur tengah hidangkan makanan. Tapi kakak dengar mama sedang sembang kat dapur. Bila kakak pergi dapur, kakak nampak nenek tu ada kat dapur tengah sembang dengan mama. Habis tu yang kat dalam bilik tu siapa?” Amani yang memang petah berbicara telah membuatkan lidahku kelu.

“Takde apalah. Perasaan kakak je tu. Dah, mari sini baring dengan ayah. Ayah peluk kakak ye,” kataku terus memujuk. Amani akur, dia ambil bantal dan anak patungnya, lalu baring di sisi aku. Sekejap je, dia dah lena. Dan aku pun ikut lena bila jam dinding berbunyi tiga kali.

Aku sedar bila azan subuh berkumandang. Aku buka mata. Syuhada dah tiada di tempatnya. Aku bergegas bangun dan cari dia. Pandang keliling bilik, dia tiada di dalam bilik. Dan aku rasa lega bila terdengar bunyi air paip di bilik air yang berada di dalam bilik aku.

Amani masih memeluk aku. Aku angkat dia dan baringkan di sebelah Aisyah. Seketika kemudian, Syuhada keluar dari bilik air. Dah mandi dan bersiap nak solat subuh.

“Jadi ke kita hantar Makcik Zabedah balik kampung hari ni?” Syuhada tanya aku.

“In Shaa Allah.” Sahutku. Aku pun tak pasti lagi suasana kat luar bilik tu nanti macammana.

“Kalau jadi, saya nak masak lebih sikit. Buat bekal kita kat atas jalan nanti,” kata Syuhada.

“Kita makan kat luar je la. Tak payah masak. Lepas ni terus siap, kejutkan anak-anak dan kita terus pergi. Kita sarapan la kat mana-mana,” kataku.

“Takpelah, saya boleh masak. Lagipun awal lagi. Kampung abang tu bukannya jauh sangat, sejam setengah sampai dah,” kata Syuhada.

“Kali ni awak rehat. Tak payah masak. Kita sarapan kat luar. Nanti dah nak sampai rumah mak, kita beli lauk siap-siap. Abang pun lupa nak call mak beritahu kita akan balik hari ini. Nanti kelam kabut pula dia nak memasak. Kita beli je ye,” kataku memujuk Syuhada.

“Betul ni?” Syuhada tanya aku semula. Memang patut dia pelik, sebab selalunya aku yang suruh dia memasak untuk bekalan. Aku kurang suka makan kat kedai, atau beli makanan dari kedai.

“Betul,” sahutku sambil mengambil tuala. Syuhada terus solat. Aku kembali ke pintu bilik, aku buka sedikit pintu bilik dan intai keluar.

Aku nampak Makcik Zabedah sedang berdiri di pintu bilik tetamu. Dia hanya berdiri di situ.

Aku buka pintu dan buat-buat terpandang ke arahnya. “Eh, makcik buat apa kat sini?” aku tanya.

Makcik Zabedah tak menjwab, tapi dia terus melangkah menuruni tangga dan masuk ke biliknya di tingkat bawah. Aku masuk semula ke bilik aku. Syuhada berada di pintu dengan kain telekungnya, buatkan aku terkejut lagi.

“Kenapa bang? Abang tegur siapa kat luar tu?” Syuhada tanya aku.

“Takde apa. Awak tak payah keluar lagi. Awak bersiap je. Lepas tu kejutkan anak-anak. Siapkan mereka. Kita turun bawah sama-sama nanti,” kataku dan terus masuk ke bilik air.

-Bersambung-

One thought on “DIA IKUT AKU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s