DIA IKUT AKU

Bab 2

Malam tu masa semua anak aku dah tidur, Syuhada duduk kat tepi aku. “Abang yakin ke anak-anak kita cuma berkhayal?” Syuhada tanya aku. Aku pandang dia, lalu letakkan handphone aku ke tepi. Aku tarik nafas panjang sambil usap muka aku dengan tangan disertai dengan keluhan panjang.

“Kenapa awak tanya macam tu?” aku tanya balik sambil pandang wajahnya.

“Kalau Alif seorang yang cakap, mungkin kita boleh kata dia berkhayal. Tapi kalau dah Amani dan Aisyah pun cakap perkara yang sama, tak ke abang rasa mereka memang ada nampak sesuatu?” Syuhada tanya aku lagi.

“Habis tu, awak nak abang buat apa? Hal Alif tak selesai lagi, abang taknak campur aduk hal anak-anak ni. Nanti yang satu tak selesai, kita sibuk fikirkan yang lain. Last sekali, apapun tak selesai,” sahutku.

“Tapi mana tahu kalau cerita mereka bertiga tu memang saling berkaitan. Mana tahu penyakit Alif tu puncanya dari apa yang Aisyah dan Amani nampak tu,” kata Syuhada lagi.

“Maksud awak?” aku tak faham apa yang Syuhada cuba nak sampaikan. Mungkin kerana aku terlalu fokus pada Alif, sampai aku tak boleh fikir tentang Aisyah dan Amani.

“Mungkin ada sesuatu dalam rumah ni, atau sesuatu yang mengacau anak-anak kita.” kata Syuhada cuba menyampaikan apa yang bermain dalam mindanya.

“Sesuatu tu apa? Hantu? Jangan mengarutlah Syu. Awak pun dah terikut dengan khayalan anak-anak,” kataku.

“Abang, dalam islam pun kata ada alam lain selain dari alam kita. Maknanya perkara tu memang wujud, bukan tahyul atau syirik. Memang hantu tak wujud, tapi mungkin jin atau syaitan yang nak mengganggu.” Syuhada meneruskan hujahnya.

“Syu, jin atau syaitan tu nak mengganggu pun mesti ada sebab. Kita tak solat, rumah kita kotor. Kita yang menggalakkan mereka ganggu kita. Yang penting sekarang, kita buat segala perintah Allah. Kita solat, anak-anak solat, kita semua mengaji. Jadi jangan risau, Allah hantar Malaikat jaga kita.” Sahutku masih tak boleh terima apa yang cuba disampaikan oleh Syuhada.

Syuhada diam. Samada dia akui kata-kata aku, ataupun dia malas nak berbahas dengan aku.

Sedang kami menonton tv tu, tiba-tiba terdengar bunyi pinggan berlaga di dapur. Aku dan Syuhada berpandangan sesama sendiri.

“Siapa kat dapur tu?” Aku tanya Syuhada.

“Entah, Amani kot. Dia nak minum agaknya,” Syuhada menyahut. Dan aku diam.

Seketika kemudian, terdengar bunyi air paip terpasang. Dan sekali lagi aku dan Syuhada berpandangan sesama sendiri.

Aku bangun. Lalu melangkah ke dapur. “Kakak?” aku panggil Amani. Tiada sahutan.

Aku jenguk ke dapur, Syuhada mengikut di belakang aku. Tiada sesiapa di dapur, tapi ada cawan di lantai. “Kenapa ada cawan di lantai tu?” aku tanya Syuhada.

“Entah, saya dah kemas semua tadi. Rasanya tiada yang tertinggal.” Syuhada menyahut sambil mengambil cawan tersebut dan membasuhnya di sinki.

“Siapa yang buat bunyi kat dapur tadi?” aku tanya, Syuhada angkat bahu.

“Kreeekkkk” Pintu bilik air di tepi dapur terbuka sedikit, seperti ada orang yang menarik dari dalam bilik air. Dan lagi aku dan Syuhada berpandangan sesama sendiri.

“Kakak? Aisyah? Siapa kat bilik air tu?” Aku memanggil. Tiada sahutan.

Aku melangkah ke bilik air, pasang lampu dan menolak pintu bilik air. Aku jenguk ke dalam bilik air, tiada sesiapa. Aku melangkah keluar dari bilik air.

“Mama, nak minum,” tersentak aku bila terdengar suara Aisyah meminta air. Aku menoleh melihat Aisyah yang menggosok-gosok matanya kerana mengantuk. Aku tutup lampu bilik air.

Syuhada mengambil air lalu memberikannya kepada Aisyah. “Tadi Aisyah ada datang ke dapur tak?” Syuhada tanya setelah Aisyah selesai minum. “Takde” Aisyah jawab lalu menyerahkan cawan kepada Syuhada.

“Dah, pergi tidur. Esok nak sekolah,” kata Syuhada.

“Mama, tadi Aisyah nampak kat bilik depan ada orang. Tapi lampu tak pasang,” kata-kata Aisyah membuatkan Syuhada pandang aku.

“Kakak kot,” aku jawab.

“Taklah, kakak ada tidur kat atas katil,” kata Aisyah.

Aku memang tangan Aisyah. “Jom, ayah tengok ye,”

Kami tidur di tingkat atas. Bilik depan sekali memang dikhaskan untuk tetamu yang datang. Bilik tengah adalah bilik aku dan Syuhada. Alif pun tidur bersama kami. Aisyah dan Amani tidur di bilik belakang. Bilik di tingkat bawah ada dua. Satu kami jadikan bilik ibadat untuk kami solat, mengaji, pembelajaran anak-anak dan sebagai bilik menjahit Syuhada juga, semua kat situ. Dan bilik satu lagi kami khaskan untuk mak ayah aku atau mak ayah Syuhada sekiranya mereka datang bermalam di rumah kami. Bermakna jika mereka datang, kami tak perlu mengemas lagi, bilik memang dah tersedia untuk mereka.

Syuhada ke ruang tamu, mengangkat Alif yang terlena di sofa untuk dibawa ke bilik. Aku mengikut langkah Aisyah menaiki anak tangga sampai ke tingkat atas. Dia tunjukkan pintu bilik tetamu yang terbuka sedikit.

“Aisyah pergi masuk bilik ye. Nanti ayah tengok siapa kat bilik tu,” kataku menyuruh Aisyah masuk ke biliknya. Aisyah akur, dia melangkah ke biliknya. Sebaik Aisyah tutup pintu bilik, aku melangkah perlahan ke bilik tetamu. Walau aku tak begitu yakin ada orang lain atau benda lain kat dalam rumah aku tu, tapi aku tetap berdebar setiap kali anak-anak aku mengadu ternampak orang lain kat dalam rumah tu.

Dum! Pintu bilik tertutup sendiri ketika aku hampir sampai ke bilik tetamu. Merah padam muka aku masa tu akibat terkejut. Memang jelas ada seseorang yang menolak pintu tu dari dalam.

“Siapa bang?” Syuhada yang sedang mendukung Alif, menegur aku dari arah belakang, membuatkan darah aku berderau lagi akibat terkejut.

“Awak pergi bawa Alif masuk bilik.” Kataku. Syuhada akur.

Aku melangkah ke bilik tetamu. Aku pulas tombol pintu. Berkunci. Aku cuba beberapa kali, pintu tu memang berkunci. Sedangkan selama aku tinggal kat rumah ni, tak pernah pula aku atau Syuhada kunci mana-mana pintu bilik.

Aku pergi ke kotak kunci yang terletak kat bahagian dinding di tepi tangga. Sebaik aku dapat kunci bilik tetamu, aku melangkah laju ke bilik tersebut. Belum sempat aku masukkan anak kunci ke dalam tombol pintu, pintu tersebut terbuka sendiri. Kreeeekkkkkk! Dan aku dapat rasa ada angin yang bertiup ke wajah aku dari bilik itu. Meremang bulu roma aku. Aku gosok lengan aku yang kesejukan.

Tiba aku terasa ada seseorang berdiri kat belakang aku. Aku menoleh. Sekali lagi aku terkejut bila Syuhada berdiri kat belakang aku sambil pandang aku dengan mata tak berkelip.

“Kan abang dah cakap, masuk bilik. Tunggu saja di bilik,” kataku mula rasa nak marah. Tak berhenti aku terkejut malam ni. Dah rasa menggigil tangan aku ni. Rasa sejuk tapi tak tahu datang dari mana angin ni.

Syuhada tak menyahut, hanya pandang aku.

Aku melangkah perlahan, menolak pintu bilik tetamu. Tangan aku meraba suis di dinding tepi pintu. Lampu terpasang, terang benderang bilik tu. Langsir berkibar seakan ditiup angin. Aku merapati langsir dan selak langsir tu. “Laa, dah kenapa tingkap bilik ni terbuka? Kan abang dah pesan, tingkap bilik ni jangan buka, nanti habuk. Kita ni bukannya banyak masa nak kemas semua bilik,” rungutku kepada Syuhada yang sedang berdiri memandang aku di pintu bilik.

“Dah, pergi tidur. Takde apa kat sini. Aisyah tu mengigau kot,” kataku. Syuhada melangkah keluar bilik dan aku mengekorinya lantas menutup suis lampu dan tutup pintu. Syuhada melangkah menuruni tangga ke tingkat bawah.

“Awak nak ke mana?” aku tanya Syuhada. Syuhada tak menyahut, dia cuma pandang aku sekilas dan terus turun ke tingkat bawah. ‘Dia nak minum agaknya’ bisik hati kecil aku. Aku terus masuk ke bilik, risau juga tinggalkan Alif sendirian. Dia selalu mengigau dan meracau dalam tidurnya. Aku biarkan lampu di luar bilik terpasang sebab Syuhada masih di tingkat bawah. Nanti dia akan tutup.

Aku masuk ke bilik, hanya lampu tidur yang menyala. Aku baring di tepi Alif. Masa ni aku rasa macam ada pergerakan di tepi Alif. Aku dah risau semula. Aku bangun dan pasang lampu. Syuhada menutup wajahnya dengan tangan. “Kenapa pasang lampu tu? Saya baru nak lena. Tutuplah, nanti Alif tersedar pula,” kata Syuhada yang terbaring di tepi Alif.

“Eh, bila masa awak masuk sini?” aku menegur.

“Tadi kan abang yang suruh saya bawa Alif masuk bilik?” sahut Syuhada.

“Tapi kan tadi awak ikut abang masuk bilik tetamu tu? Lepas tu awak turun bawah.” Kataku sambil tutup lampu semula.

“Abang tu yang mengigau sekarang ni. Saya masuk bilik ni dengan Alif tadi. Takde keluar dah,” kata Syuhada sambil pejamkan matanya.

“Habis tu, siapa yang kat luar tadi tu?” aku tanya. Syuhada dah tak menyahut. Dia tidur.

Aku tak puas hati, aku bangun semula dan keluar dari bilik. Aku melangkah menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Aku jenguk ke dapur. Gelap je. Aku pandang ke ruang tamu, juga gelap. Aku pandang keliling, hanya kegelapan.

Aku menggaru kepala yang tak gatal. Aku pandang jam dinding, dah pukul 12.30 tengah malam dan aku masih mencari sesuatu yang tak pasti di dalam rumah aku sendiri.

Aku melangkah anak tangga ke tingkat atas. Baru anak tangga yang aku naiki, aku dengar bunyi air paip di sinki dapur berpasang. Sekejap kuat dan sekejap perlahan, seakan ada yang mengawalnya. Aku turun dua anak tangga semula dan menjenguk ke arah dapur. Kali ni lampu berpasang. Aku kerutkan dahi, sah sangat tadi aku dah tengok, lampu dapur tak berpasang, gelap je. Tapi sekarang dah terang benderang pula.

Aku berfikir dua kali, samada nak pergi jenguk dapur atau tak. Aku nak tahu siapa di dapur, dalam masa yang sama, aku akui aku dah mula rasa takut.

-Bersambung-

One thought on “DIA IKUT AKU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s