JANGAN BACA SAMPAI HABIS

Bab 9 (AKHIR)

“Pernah dengar kisah kotak Pandora?” Haji Alias bertanya.

“Kotak Pandora tu bukan cerita kartun ke?” Iqmal tanya.

“Kotak Pandora tu mitologi Yunani. Segala keburukan disimpan di dalamnya. Semuanya. Bila dibuka, segalanya tersebar. Segalanya yang buruk tapi ada satu kebaikan, iaitu harapan,” kata Haji Alias.

“Apa kena mengenanya kotak Pandora dengan kisah kami ni?” aku bertanya.

“Takde kena mengena pun.” Sahut Haji Alias membuatkan kami berpandangan sesama sendiri.

“Habis tu Tn Haji? Kami betul-betul buntu ni. Kawan kami dua orang kat dalam hospital sebab baca cerita dalam blog saya. Saya nak buka blog pun tak boleh,” kataku tak sabar.

“Sekarang ni, semua keburukan dah keluar. Kenapa keburukan itu keluar? Sebab kamu terlalu nak tahu. Kamu nak tahu apa rahsia disebalik sebuah cerita, hingga kamu merungkainya sehingga tamat. Tanpa kamu sedar, kamu sedang diperdaya. Kamu terlalu percaya pada cerita mistik hingga kamu lupa mengambil kebaikannya.” Kata Haji Alias, dan kami masih tak faham.

“Macam ni, kamu balik ke rumah masing-masing. Rumah di mana kamu bermula melihat benda ni semua. Kamu nampak dia dan kamu percaya itu hantu, kan? Apa yang buat kamu fikir itu hantu? Sebab kamu baca cerita yang direka. Sedang kamu sedar hantu itu tidak wujud, tapi kamu percaya yang kamu lihat itu hantu. Apakah wujud hantu dalam islam?”

Kami masih diam.

“Hantu tak wujud. Tiada istilah hantu dalam islam. Yang ada cuma syaitan dan jin. Kembali kepada kepercayaan asal. Pertama, Syaitan, ternyata dia musuh agama, kamu tahu itu. Tapi kami masih sebutnya sebagai hantu. Kedua, jin, dia buka musuh agama, dia juga makhluk Allah yang hidup seperti kita, beribadat, ada yang jahat ada yang baik.. Tapi kamu masih sebutnya sebagai hantu. Sekarang apa kepercayaan kamu?”

Kami tertunduk diam, seakan hampir mengerti apa yang Haji Alias cuba cakap.

“Berbalik kepada kotak Pandora, bila keburukan terbuka, segala aib terkeluar, dan bersatu dengan kepercayaan yang salah, maka yang benar nampak salah, yang salah nampak benar,”

“Balik rumah, cari keburukan kamu. Kamu solat tapi kamu mempercayai sesuatu yang tiada dalam agama. Tidakkah keburukan itu ada dalam diri kamu sendiri?”

“Maksud Tn Haji, benda tu semua keluar kerana kami terlalu percaya?”

“Kalau itu yang kamu rasa,”

“Tapi kenapa ada kawan kami yang tak baca habis, dia tak alami perkara yang kami alami sebab kami baca habis?”

“Kerana dia berjaya mengawal keinginannya untuk terus membaca hingga terabai perkara yang sepatutnya dilakukan dalam hidupnya. Dia tiada keinginan membuka kotak Pandora yang telah diarahkan untuk tidak dibuka,”

“Jadi sekarang ni, kami kena balik ke rumah kami dan fikirkan keburukan kami?”

“Keburukan kamu, hanya antara kamu dengan Allah. Cuma sekarang ni, kamu perlu perbetulkan fahaman kamu. Tiada hantu, yang ada cuma jin dan syaitan. Apa yang menghantui kamu adalah apa yang kamu percaya. Kamu percaya ada hantu, keluarlah hantu. Sedangkan kamu sendiri tahu hantu itu tiada. Tepuk dada tanya hati, iman kamu di mana? Jika hati beriman kepada Allah, kenapa nak percaya perkara yang tiada? Kalau tak percaya, kenapa nak takut? Pernah dengar hantu bunuh orang? Tiada kan. Kalau ada pun, sebab terlalu takut kerana percaya hantu itu wujud, lalu jatuh, kena serangan jantung semua tu,”

“Macammana arwah adik saya muncul semula? Dia dah mati tiga bulan lepas?”

“Orang dah mati takkan bangun balik. Putarlah macammana pun, takkan bangun balik. Lepas mati, hanya ada dua keadaan. Terlalu indah atau terlalu teruk, hingga mereka tiada masa nak fikirkan alam sini lagi.”

“Jadi, itu adalah syaitan?”

“Syaitan yang nak kamu percaya hantu itu wujud. Hingga terpesong akidah kamu,”

“Saya nyaris lemas sebab benda tu. Itu apa? Syaitan atau jin?”

“Segala yang menyesatkan adalah syaitan.”

“Tn Haji, kami rasa kami faham apa yang Tn Haji cuba beritahu kami. Kami akan cuba ubah.”

“Tapi macammana dengan cerita yang ditulis di blog saya tu? Kenapa saya tak boleh buka blog saya? Takkan jin dan syaitan boleh guna blog? Dan reka cerita?” aku masih tak puas hati.

“Syaitan lebih dahulu dah tahu tentang teknologi dari kita, sebab janjinya untuk hidup hingga kiamat. Apa kamu ingat syaitan tu akan masih bersikap sama macam zaman nabi dulu ke? Dia pun akan berubah mengikut tamadun manusia,”

“Syaitan tulis cerita dalam blog?” aku tanya lagi.

“Kalau itu yang kamu percaya, begitulah jadinya. Wallahu a’lam. Itu semua kuasa Allah.”

“Apa saya perlu buat dengan blog tu?”

“Kamu hanya perlu betulkan diri kamu, tak perlu pedulikan blog atau cerita atau hantu yang kamu jumpa. Kamu akan jumpa jalannya. In Shaa Allah,”

“Maksud Tn Haji?”

Haji Alias melepaskan nafas panjang. “Jangan baca blog tu lagi,” jawabnya perlahan.

Kami semua diam. Haji Alias meminta diri untuk pulang. Kami? Masih terpinga-pinga.

“Dah, jom kita balik dulu. Nanti mak aku risau. Lepas tu, kita pergi ziarah Fikri. Aku rasa aku faham apa yang Tn Haji cuba sampaikan kat kita,” kata Rostam perlahan. Nampak seperti dia dah kembali normal, tak macam ketika kami melihatnya di rumahnya tadi.

Sampai kat rumah, mak Rostam dah sediakan makanan. Kami yang memang kebetulan lapar, makan dengan penuh berselera.

“Tam, kau tak nampak adik kau lagi ke?” Zubir berbisik kat Rostam.

“Jangan cakap pasal tu lagi. Selagi kita cakap, itu bermakna kita percaya, maka selagi tu la dia ada.” Kata Iqmal. Dan kami semua diam. Aku perasan, Rostam tak angkat mukanya. Matanya hanya pandang ke lantai di sepanjang masa. Aku taknak tanya walau aku tahu kenapa.

Selepas makan, kami keluar ke hospital, melawat Fikri. Sebaik sahaja nampak kami, Fikri berpaling ke arah lain.

“Ri, kau sihat?” Aku bertanya. Tiada sahutan.

“Kami semua alami apa yang kau alami Ri. Kami nampak semua dalam cerita tu. Sekarang kami nak bantu kau.”

“Korang tak nampak apa yang aku nampak. Korang tak rasa bila mayat berbungkus tu berjalan tepi aku. Masa aku tidur dia baring kat tepi aku. Aku duduk dalam rumah, dia ketuk pintu. Bila aku jenguk kat tingkap, aku nampak mayat berbungkus putih sedang berdiri depan pintu rumah aku. Korang tak rasa,” kata Fikri dengan nada agak bengang.

“Memang kami tak nampak apa yang kau nampak tapi kami nampak benda lain seperti dalam cerita dalam blog Azman. Kami dah jumpa ustaz, dia tiada penjelasan tentang blog tu tapi dia suruh kita yang betulkan diri kita, kepercayaan kita, akidah kita. Kau percaya cerita itu dari Azman, maka kau bencikan dia. Kau nak putuskan silaturrahim dengannya. Dan akhirnya apa jadi? Kau ikut hasutan syaitan tu.” kata Iqmal. Dia yang nampak begitu yakin kini.

Fikri diam.

“Kau faham kan apa yang aku cuba cakap? Buat masa ni, kita kena kawal diri kita. Bukan biarkan benda tu kawal kita. Kau kemalangan kenapa?”

“Masa tu aku bawa motor, baru balik kerja. Pukul 12 tengah malam. Aku lalu jalan yang biasa aku lalu tu la. Tengah aku laju tu, tiba-tiba pocong tu berdiri depan aku. Tak terbabas ke aku? Aku memang nampak dia. Aku nampak. Sebelum tu, aku nampak dari cermin sisi, seakan benda tu membonceng belakang aku. Itu yang aku bawa laju,”

“Kau percaya benda tu ada, jadi sebab tu dia ada,”

“Kau tak kena, kau mana tahu,” balas Fikri.

“Ri, aku ni, sampai adik aku yang dah mati, aku nampak dia berkeliaran kat dalam rumah aku. Kau masih rasa apa yang kau nampak tu paling teruk?” tiba-tiba Rostam bersuara setelah lama diam. Dan Fikri pandang Rostam.

“Sekarang ni, kita buang pemikiran pasal hantu ni. Kita cuba. Sekarang ni tiada orang boleh tolong kita. Hanya kita yang boleh betulkan keadaan ni. Jangan diperdaya lagi,”

“Kau pula Man, kena warwarkan kepada semua follower blog kau, jangan baca cerita kat blog kau lagi. Suruh mereka unfollow blog tu. Tak tahu apa syaitan yang boleh tulis cerita kat dalam blog,”

Aku diam. Tak sangka perkara ni boleh jadi sampai macam ni. Padahal pasal blog je kot.

Seminggu berlalu. Tiada siapa membuka cerita pasal blog aku kat dalam perbualan. Aku, Iqmal, Zubir, Rostam dan Fikri. Aku cuba menahan diri untuk bertanya samada mereka dah ok atau tak. Semakin hari, aku makin melupakan tentang blog aku. Dan tiada lagi yang bertanya pasal cerita baru dalam blog. Ada sedikit ketenangan di situ.

Sehinggalah satu hari, aku nampak seseorang di dalam bilik aku, duduk di tempat aku selalu menulis cerita, iaitu di meja laptop aku. Aku pandang dia, dia seperti aku. Yati pernah beberapa kali beritahu aku, dia nampak aku di dapur sedangkan masa itu aku di halaman rumah. Jika sebelum ini, aku hanya mendengar cerita mereka yang nampak benda tu semua, tapi kali ini, aku sendiri nampak. Aku nampak diri aku sendiri!

Setelah beberapa kali aku nampak ‘diri aku’ dalam rumah tu, aku hilang sabar. Aku bertemu dengan seorang ustaz. Ustaz tu kata, ada sesuatu yang mengikut aku. Yang sedang belajar untuk jadi seperti aku. Bila aku tanya, apakah itu, katanya itulah jin dari keturunan aku yang terdahulu, yang ingin mendampingi aku. Mendengarkan ini, aku cuak semula.

“Agaknya sebab itulah saya sering lemah dulu. Saya selalu rasa sakit. Rasa tak selesa, lenguh badan, jantung berdegup laju. Sampai saya masuk hospital, masih juga pihak hospital tak dapat cari punca penyakit saya, sampai akhirnya mereka kata saya cuma gastrik,”

“Mungkin. Kita tak boleh percaya 100%. Kamu tetap perlu buat check up. Itu tanggungjawab kita. Cuma sekarang ni, kamu kena jauhkan diri dari benda yang tak sepatutnya.”

Hantu tak wujud. Dan kini jin. Macammana aku nak lari. Jin itu memang wujud, aku tak boleh nak buat-buat tak percayakan jin pula. Dalam Islam, alam ghaib itu wujud.

“Rajin-rajinkan membaca Al Quran di dalam rumah. Selalulah solat berjemaah. Banyakkan zikir. Kurangkan perkara lagho. Kemaskan rumah sentiasa agar jin tak masuk ke dalam rumah kita. Bila dia tak boleh masuk ke rumah kita, makin hari dia akan makin jauh. Dia akan cari tuan lain yang mahukan dia. Dan paling bernasib baik kalau dia kembali semula ke alam dia dan tak ganggu kita lagi,”

Dan sekali lagi ustaz itu mengulangi ayat yang sama, “Tiada siapa dapat mengubah diri kita, selain diri kita sendiri. Itu yang kita mahu, itulah yang kita dapat”

Alhamdulillah keadaan makin tenang. Kesihatan aku makin baik. Kawan-kawan aku dah bersatu semula.

“Weh korang ada dengar berita tak?” perbualan dalam group whatsapp sebulan selepas kejadian.

“Berita apa?”

“Asma masuk wad gila,”

“Ya Allah, kenapa?”

“Dia meracau. Ada hantu kacau dia katanya. Hantu perempuan dukung anak, minta dia ambil anak tu,”

Aku baru teringat. Kami tak jumpa Asma. Kami tak pulihkan dia sebagaimana kami memulihkan diri kami.

“Nanti kita pergi jumpa dia,”

“Tapi maknya kata, dia dah tak kenal sesiapapun termasuk ahli keluarganya,”

“Kita bantu dia. Nanti kita jumpa dia. In Shaa Allah,” sahutku.

“Apa kes dengan Asma weh? Kenapa aku tak tahu? Macammana boleh masuk wad gila?”

“Kita tutup cerita tu. Yang mana tahu, tahulah. Yang mana tak tahu, kita jangan sebarkan cerita yang tak elok. Kita tutup cerita ni ok,”

Diam seketika.

“Man, lama kau cuti tulis cerita. Semalam macam aku nampak cerita kat blog kau lalu kat wall aku. Boleh baca kan?” Irfan bertanya.

“Ada lagi ke?” Iqmal bertanya. Aku dah cuak.

“JANGAN BACA SAMPAI HABIS. Paling baik, jangan baca langsung kalau kau taknak terpesong. Jangan buka cerita pasal blog aku lagi, aku taknak dengar.”

Sejak itu tiada lagi sesiapa yang berani membuka blog aku mahupun membuka cerita tentang blog aku di depan aku. Kalau ada yang bagi hint pasal blog aku, aku terus blok mereka!

– T A M A T-

Kalau Azman jumpa password dia balik, kita sambung JANGAN BACA SAMPAI HABIS 2.0

3 thoughts on “JANGAN BACA SAMPAI HABIS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s