JANGAN BACA SAMPAI HABIS

Bab 3

Malam tu, Asma left group whatsapp. Kami tertanya-tanya juga kenapa dia left group tanpa beritahu. Takkan telefon dia problem kot sebab Asma ni bekerja kat kedai telefon, dia boleh repair telefon orang yang rosak, takkanlah telefon dia problem dia tak boleh nak repair.

Aku cuba pm Asma, dia dah blok aku! Terkejut juga aku, apa aku dah buat? Apa yang dia marah sangat kat aku sampai dia blok aku? Aku memang nak cakap lagi dengan dia sebab dia je yang baca cerita terbaru kat blog aku tu.

“Korang, kenapa Asma left?” aku tanya kat group whatsapp kitorang.

“Entah, takde cakap apapun,”

“Cuba korang pm dia tanya. Aku tak boleh nak pm dia, dia dah blok aku. Itu yang aku nak tahu sangat, kenapa dia blok aku. Apa yang aku dah buat salah kat dia? Macam marah sangat pula,”

“Dia blok aku juga la,” kata Zara.

“Dia pun blok aku la,” sahut yang lain, bermakna dia dah blok kami semua yang berada dalam group whatsapp tu.

“Kenapa dengan dia?” aku tanya, betul-betul nak tahu.

“Entahlah, handphone dia problem kot. Nanti la kalau aku jumpa dia, aku tanyakan.” Kata Zara di akhir perbualan.

Malam tu aku tak boleh nak lelapkan mata. Aku asyik terfikirkan tentang blog aku. Siapa yang pos cerita kat blog aku? Siapa yang ada ID dan password aku? Siapa yang dah hack blog aku?

Kenapa Asma blok aku? Apa yang dia marah sangat kat aku? Sebab aku tak percayakan kata-kata dia bahawa ada cerita baru kat blog aku ke? Memang aku tak percaya sebab aku betul-betul takde pos apa-apa cerita kat blog tu sejak sebulan yang lepas.

Tapi, bukan Asma seorang yang baca cerita baru aku kat blog. Iqmal dan Zubir pun ada baca. Dan mereka juga hilang lepas baca cerita kat blog aku tu. Apa benda semua ni? Takkanlah aku dah gila kot.

Sedang aku berfikir sambil berbaring tu, tiba-tiba pintu bilik aku tertutup sendiri dengan kuat, macam ada orang yang menutupnya. Aku cuba capai suis kat bahagian kepala aku untuk pasang lampu kat tempat aku, tapi tangan aku tak sampai. Dalam kabur-kabur tu aku nampak ada satu bayangan putih berjalan perlahan datang ke arah katil kosong sebelah aku. Dia berhenti di situ dan pandang ke arah aku.

“Kau siapa?” Tiada sahutan.

Aku pandang ke arah tiga lagi katil kat dalam bilik aku tu, semuanya kosong. Bilik terus gelap.

Aku nampak bayangan putih tadi naik ke atas katil sebelah aku dan duduk mencangkung di situ. Jantung aku laju macam nak tercabut. Aku nak jerit tapi suara aku tak keluar, tersekat kat kerongkong. Nak angkat tangan pun takde daya dah. Aku memang takut.

Tiba-tiba je bayangan putih kat katil sebelah aku tadi merangkak berulang alik di atas katil tu sambil memandang ke arah aku. Ia nampaknya seperti seorang perempuan berambut panjang. Tapi tak begitu jelas.

Dalam panik tu, tiba-tiba bayangan putih tadi melompat terjun ke bawah katil. Aku pun turun sama tunduk melihat ke bawah katil dan bayang putih tadi mencangkung di lantai kat tepi katil aku sambil pandang aku. Ya Allah, aku memang tak boleh ingat satu pun ayat Quran untuk dibaca. Doa apapun aku tak ingat dah. Rasanya mati la aku malam ni. Selama ni aku tulis cerita hantu, tapi malam ni hantu tu datang cari aku.

Tiba-tiba aku rasa tangan aku sejuk, seperti ada satu tangan yang menggenggam tangan aku. Aku lihat bayangan putih tadi berada betul-betul kat depan mata aku. Dia pegang tangan aku, aku tak berdaya menolak. Dia tarik aku dan aku jatuh ke lantai. Sakitnya Allah yang tahu, kepala aku terhantuk kat besi katil.

“Encik, encik! Encik ok ke?” aku dengar suara seorang perempuan.

Aku rasa ada tangan yang panas sedang menepuk pipi aku. Aku buka mata perlahan-lahan. Ada dua orang misi kat depan aku.

“Encik ok?” salah seorang bertanya kat aku. Aku pandang keliling.

“Tadi ada hantu kat sini,” kataku membuatkan dua orang misi tu berpandangan sesama sendiri.

“Encik mimpi ni. Kami datang tadi sebab dengar encik menjerit-jerit dan jatuh ke lantai,” kata salah seorang dari mereka.

“Hantu tadi yang tarik tangan saya sampai saya jatuh,” aku menyahut.

“Encik, naik ke atas katil dulu. Nanti kami panggilkan doktor untuk periksa encik,” kata misi tu lagi.

Aku naik ke atas katil perlahan-lahan. Aku pandang keliling. Dua orang misi tadi masih memandang aku dengan wajah kehairanan.

“Misi, tadi pintu bilik ni siapa yang tutup?” aku tanya.

“Pintu bilik ni tak pernah bertutup encik. Ia sentiasa terbuka untuk kami pantau keadaan pesakit,” sahut misi tadi.

“Tapi pintu tu tertutup sendiri tadi, kuat bunyinya macam ada orang tutup,”

“Encik, masa kami datang tadi, pintu tu memang terbuka. Kalau pintu tu tertutup, kami takkan dengar suara encik menjerit di dalam ni,”

Dan aku diam. Aku pandang keliling. Mungkin betul aku bermimpi. Tapi aku belum tidur tadi. Tapi mungkin aku terlena di kala aku berbaring. Mungkin, mungkin, mungkin. Itu saja yang aku boleh fikirkan secara waras buat masa ni.

Lepas aku dah tak banyak tanya, dua orang misi tadi nak keluar dari bilik aku tapi aku tahan. “Misi, jangan tinggal saya kat sini, boleh tak saya tidur kat wad biasa, yang ramai orang tu. Saya rasa ada orang lain kat sini walaupun nampak macam saya seorang,” tanpa silu aku berkata.

“Encik tak perlu risau, meja jururawat ada dekat depan tu je. Sekejap lagi doktor datang,” kata misi cina tu lalu mereka berdua pergi meninggalkan aku.

Aku tengok jam, pukul 2 pagi. Ada ke doktor waktu macam ni? Doktor bukan datang waktu pagi je ke? Tadi tu betul ke misi yang datang jumpa aku? Entah-entah…. Eeee, seram sejuk pula aku memikirkannya. Aku baringkan badan aku. Cuba pejamkan mata. Bismillahirrohmaanirrohim. Aku lena.

Sedar-sedar dah pagi. Misi semalam kata nak panggil doktor, takde pun. Aku bangun, mandi dan solat subuh. Kepala aku rasa berdenyut-denyut. Mungkin sebab aku jatuh katil semalam.

Pukul 9 pagi, macam biasa, doktor datang melawat.

“Encik sihat hari ini?”

“Alhamdulillah, sihat doktor. Dah dapat tahu punca sakit saya kan doktor? Gastrik dan tak cukup rehat je kan? Saya boleh balik hari ni ke doktor?”

“Semalam apa yang jadi?” tiba-tiba je doktor tu tanya. Aku jeling kat misi yang datang kat aku semalam.

“Saya mimpi agaknya doktor,” sahutku.

“Mana-mana hospital yang saya pergi, mesti ada benda-benda macam ni. Kami kakitangan pun selalu nampak, Cuma kami buat tak tahu je selagi dia tak mengganggu,” kata doktor tu sambil menulis di buku rekod kesihatan aku.

“Saya tak pasti samada apa yang saya nampak tu betul nyata atau mimpi. Tapi saya anggap itu mimpi je doktor. Sebab misi kata takde siapa tutup pintu,” kataku. Risau pula bila doktor tulis banyak sangat kat buku rekod aku tu. Nanti nak cari penyakit lagi, sakit lain pula yang muncul.

“Ok, macam ni. Kami akan bagi ubat gastrik. Ada sejenis ubat encik kena beli kat farmasi sebab hospital tiada bekalan ubat tu sekarang ni. Nanti misi bagi nama ubat tu. Dan encik boleh keluar hari ni, saya akan bagi tarikh untuk pemeriksaan lanjut. Masa tu nanti encik kena datang hospital ye,” kata doktor muda tu sambil menyangkut semula buku rekod aku di bahagian bawah katil aku.

“Terima kasih doktor,” seronoknya aku boleh balik. Dulu aku sendiri memang nak ke hospital. Tapi sekarang aku nak balik, rasanya terlalu banyak benda yang aku perlu selesaikan.

Aku on data telefon aku. Ada beberapa message masuk. Zara pun ada pm aku. Aku buka message dari Zara.

“Man, Asma masuk hospital. Dia jatuh dari balkoni rumah dia. Mak dia jumpa dia dalam keadaan tak sedar diri kat depan rumah pagi tadi,”

“Hospital mana?”

“Hospital yang sama dengan kau la,”

“Wad berapa?”

“6B kata maknya tadi,”

“Ok , nanti aku pergi tengok dia,”

“Jangan dulu. Sebab maknya kata, masa dia sedarkan diri pagi tadi, dia kata dia taknak jumpa kau Man. Menggeletar dia masa sebut nama kau. Maknya la kata,”

Aku terdiam. Kenapa pula ni. Lepas sorang-sorang kawan aku lari dari aku. Aku berdiam diri seketika.

Pukul 12 tengahari, Yati datang melawat aku. Dia juga bawa surat pelepasan aku dari hospital. Dengan wajah riang dia beritahu aku bahawa aku dah boleh balik. Aku pun bersiap, tukar baju. Yati kemaskan barangan aku di rak tepi katil.

Masa berjalan keluar, aku cakap kat Yati bahawa aku nak pergi wad 6B, nak ziarah kawan. Yati pun pelik juga, wad 6B tu wad perempuan. “Siapa masuk wad pulak,” tanyanya.

“Asma. Zara bagitahu abang tadi, dia jatuh dari balkoni rumahnya. Abang tengok dia kejap je,”

Yati akur. Dia ikut aku ke wad 6B. Aku dan Yati melangkah masuk ke wad 6B. Memandangkan masa tu belum lagi waktu melawat, orang tak ramai sangat. Masing-masing sedang menikmati makanan tengahari. Nampaknya sedap, tapi tak semua makan hospital tu sedap. Dah duduk dalam baru tau.

Kat katil nombor 17, aku nampak Asma. Dia terbaring dengan kaki kiri dan tangan kanannya berbalut. Aku berjalan perlahan ke katilnya. Belum sempat aku menghampiri katilnya, seorang misi tegur aku.

“Encik nak ke mana? Belum waktu melawat lagi. Dan ini wad perempuan, encik tak boleh masuk melainkan ada kemudaratan,”

“Saya minta maaf. Saya pun pesakit hospital ni. Baru discharge. Perempuan kat katil tu kawan saya, saya nak jumpa dia sekejap je.” Misi tu pandang aku dan Yati, lepas tu pandang Asma.

“Dia tak serius, Cuma kaki dan tangannya terseliuh sikit. Pergilah jumpa dia sekejap je. Kalau ikutkan, memang dilarang sama sekali,” kata misi tu. Aku dan Yati anggukkan kepala.

Sampai kat depan katil Asma, aku panggil nama dia. Asma angkat muka dan pandang aku. Berkerut muka dia bila pandang aku. Dia macam nampak hantu. Dia macam nak menjerit tapi tak boleh. Dia menggeletar.

Yati merapati Asma sambil menggosok-gosok bahu Asma.

“Asma, ini Azman. Suami saya. Dia kawan Asma. Jangan takut,” Yati pujuk Asma.

“Dia ada bela hantu. Dia hantar hantu untuk tolak saya dari balkoni semalam,” kata Asma separuh berbisik. Suaranya masih menggigil ketakutan.

“Dia kat hospital semalam. Sekarang ni baru discharge.” Kata Yati.

“Tolong bawa dia pergi dari sini. Tolong,” kata Asma kepada Yati.

Yati bangun dari katil Asma. Dia merapati aku dan mengajak aku pergi dari situ. Mulanya aku nak juga bercakap dengan Asma tapi Yati kata itu akan menyebabkan keadaan lagi sukar. Lebih baik kami balik dulu dan cari sebab kenapa Asma jadi macam tu. Yati kata kalau aku berdegil takut akan memudaratkan Asma. Dan misi yang bagi keizinan tadi mungkin terpaksa menghadapi masalah kerana benarkan kami melawat pesakit yang tiada talian darah pada bukan waktu melawat. Jadi aku akur walaupun hati aku nak sangat bercakap dengan Asma.

-Bersambung-

One thought on “JANGAN BACA SAMPAI HABIS

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s