BEBASKAN AKU

Bab 8

Ketika sampai di rumah, mak aku dah tunggu di muka pintu dengan wajah ingin tahu. Nina dan anak-anak aku berada di halam dapur rumah mak aku, nampaknya Nina sedang mengajar mereka menanam anak pokok yang aku belikan sebelum balik ke kampung tempohari. Memang aku nak Azrin tanam sepohon pokok dan jadikan ianya sebagai ‘anak angkat’ sepanjang berada di rumah tok dan opahnya. Biar dia belajar rindukan pokok yang ditanamnya, biar dia rasa bertanggungjawab walaupun dia dah balik ke rumah kami kelak.

“Macammana bang? Bomoh Samad mati kenapa? Dengar cerita polis jumpa mayat baby juga kat dalam rumah dia, iye ke?” mak aku tanya bertalu-talu kat ayah aku. Ayah aku tak menyahut, dia menjirus air di kakinya dengan menggunakan air dari tempayan yang diletakkan di tepi pintu masuk ke rumah. Memang dari dulu macam tu, mak aku pesan, walau datang dari mana sekalipun, nak masuk rumah, basuh kaki dulu.

Ayah aku terus masuk ke rumah. Mak aku pandang aku. “Apa dah jadi?” mak aku tanya aku. Belum sempat aku menyahut, ayah aku dah menyahut dari dalam rumah.

“Aku belum balik rumah lagi, awak dah dapat berita. Mana awak tahu ada baby la semua tu? Laju sangat wartawan kampung ni kalau bab macam ni. Kalau minta bantuan kat masjid, lambat je menyahutnya,” kata ayah aku tanpa pandang aku mahupun mak aku.

“Bukan apa, saya pun nak tahu juga. Dah selesai ke hal Pontianak yang mengacau kampung kita ni. Nanti takde la saya takut nak keluar kelas mengaji kat dewan tu,” kata mak aku sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Aku mengikuti langkah mak aku.

“Selagi aku tak cakap apa-apa, selagi takde pengumuman dari pihak ajk kampung, awak tak usah dengar apapun orang kampung bercakap. Macam-macam cerita nanti. Lepas tu awak gabungkan, dah jadi satu tayangan gambar pula.” Kata ayah sambil duduk di sofa lalu membuka suratkhabar yang terletak di atas meja.

Mak aku tak menyahut lalu terus ke dapur dengan wajah tak puas hati. Aku pula terus ke halaman belakang mendapatkan Nina dan anak-anak aku.

“Rin, Haikal, jom ikut ayah pergi sungai. Ada air terjun kat sana. Sejuk je airnya,” kataku mengejutkan mereka yang sedang leka menjirus pokok yang baru ditanam.

“Yey yey! Pergi sungai. Nak ikut, nak ikut,” Qaiyum yang menyahut menyanyi sakan.

“Awak nak ikut sama ke?” aku tanya Nina.

“Tak payah le. Abang pergi la dengan anak-anak. Biar saya tolong mak memasak untuk makan tengahari nanti,” kata Nina.

“Ok juga tu. Nanti kami balik, boleh makan terus.” Sahutku.

Aku mengambil kunci kereta. Azrin, Haikal dan Qaiyum dah menunggu di kereta. “Nak ke mana Lan?” ayah aku bertanya. “Nak bawa anak-anak pergi sungai kejap, mandi air terjun kat tepi batu besar,” kataku.

“Baik-baik bawa anak-anak tu. Batu-batu besar kat sana licin. Air pun laju walaupun tak dalam,” ayahku berpesan dan kembali melihat halaman suratkhabarnya. Aku Cuma anggukkan kepala dan terus keluar mendapatkan anak-anak aku yang dah happy sangat. Azrin pun nampaknya ceria, macam dah lupa apa yang terjadi semalam. Memang itu yang aku nak. Aku nak dia dapat pengalaman yang seronok, bukannya pengalaman yang menakutkan.

Sampai di sungai, aku berhenti di satu tempat yang agak perlahan airnya. Keadaan sungai itu yang terletak di lereng gunung, membuatkan airnya amat sejuk. Menjerit Azrin ketika mula-mula dia menjejakkan kakinya ke dalam air sungai, Tapi mula-mula je, lepas tu dia yang lebih-lebih bermain dalam air dan melompat dari batu ke batu. Aku hanya tersenyum melihat gelagatnya bersama Haikal. Cuma Qaiyum berada bersama aku.

“Ayah, ini pokok apa?” aku dengar Azrin memanggil. Dan masa ni aku mendongak memandangnya yang dah sampai ke seberang sana sungai, di bawah sebuah pokok besar. Dan masa ni, kaki aku menggeletar. Aku nampak seseorang berdiri di belakang Azrin, berdiri kaku sambil memandang Azrin dan Haikal yang sedang membelakangkannya.

“Ayah?” Azrin panggil aku lagi. Tapi mata aku terpaku melihat perempuan berbaju putih menyeret ke tanah, tak jauh dari Azrin. Aku cuba amatinya, dialah Sahira, perempuan yang menumpang kereta aku beberapa lama sebelum ini. Lidahku kelu.

“Rin, bawa Haikal balik sini. Cepat!” aku panggil dengan kuat.

“Ayah bagitahu dulu ini pokok apa,” kata Azrin.

“Datang sini dulu, nanti ayah bagitahu,” aku jerit kuat melawan bunyi arus sungai.

Azrin dan Haikal melangkah meredah air sungai ketika Sahira makin hampir nak menyentuh rambutnya. Seram weh. Aku nampak Sahira dengan jelas. Rambutnya panjang sampai ke pinggang, mukanya pucat, matanya hitam tanpa mata putih. Dia bukan manusia. Tapi kenapa aku boleh lihatnya di kala siang begini.

Masa ni Qaiyum menangis sambil menekup mukanya ke badan aku. Aku yakin dia dah nampak Sahira di seberang sana. Aku mendukung Qaiyum dan masuk ke dalam air untuk mendapatkan Azrin dan Haikal yang masih main-main di dalam air.

Sebaik aku dapat capai tangan Azrin, aku terus tarik mereka ke daratan. “Ayah ni kenapa?” Azrin bertanya agak bengang sebab aku tarik tangannya sekuat hati.

“Dah, jom kita balik.” Kataku.

“Ayah kata nak beritahu itu pokok apa,” kata Haikal sambil menoleh dan melihat pokok besar itu. Di masa ni, Sahira dan berdiri di atas batu di tengah sungai. Aku pun tak perasan macammana dia boleh bergerak sampai situ.

“Ayah, itu kan kakak yang tumpang kita haritu,” kata Haikal.

“Dah, jom balik. Masuk kereta,” kataku sambil membuka pintu kereta. Azrin tak menyahut, aku rasa dia tahu apa yang aku rasa waktu tu.

Aku masukkan Qaiyum ke dalam kereta. Menarik tangan Haikal dan terus masuk ke kereta. Azrin dah masuk ke bahagian sebelah pemandu. Aku terus masuk kereta dan hidupkan enjin kereta.

“Ayah, cepat ayah. Dia dah dekat!” Azrin jerit kat aku. Dan masa ni aku sempat menoleh. Sahira berada betul-betul di tepi kereta aku. Aku pun tak tahu dah enjin dah start ke belum, aku terus masuk gear dan tekan minyak.

“Pinnnnnnnnn!” terdengar bunyi hon sebuah van yang sedang lalu di jalan itu. Pemandunya memandang aku dengan marah sebab aku masuk ke jalan tanpa melihat vannya sedang lalu di situ. Memang aku salah, dah mujurlah van itu tak laju. Kalau laju, memang kenderaan aku dan dia dan bertembung dan tak tahu apa terjadi lepas tu.

Setelah keadaan reda sikit, barulah aku boleh bernafas dengan tenang dan menekan pedal minyak dengan betul. Tadi, kejap aku tekan pedal minyak, kejap aku tekan pedal brek. Kalau kereta manual, memang dah lama enjin mati. Qaiyum pun dah tertidur sebab penat menangis tadi.

“Ayah, itu ke hantu? Macam tu ke Pontianak?” Azrin tanya aku.

“Manalah ayah tahu. Seumur hidup ayah, ini kali pertama ayah lalui pengalaman ni,” kataku.

“Bukan ke hantu keluar waktu malam je?” Azrin tanya aku lagi.

“Hantu tak wujud Rin,” aku menyahut.

“Habis tu, kalau orang dah mati, tapi dia masih muncul depan kita, itu kita panggil apa?” Azrin tanya lagi.

“Siapa yang dah mati kakak?” Haikal tanya Azrin. Azrin buat isyarat suruh Haikal diam. Aku pun diam, tak tahu nak jawab apa. Nak jawab syaitan kang, dia tanya macam tu ke rupa syaitan. Aku jawab jin kang, dia tanya soalan sama juga. Baik aku diam.

Sampai di rumah, aku angkat Qaiyum yang terlena. Tapi dia sedar sebaik sahaja aku nak angkat dia. Dia buka mata dan melilau melihat keliling, matanya hitamnya asyik ke atas. Aku suruh Nina bawa Haikal masuk ke dalam rumah. Aku letakkan Qaiyum di atas sofa. Ayah aku datang dari dapur.

“Awal balik,” ayah aku tanya. Tiada sahutan dari kami.

“Kenapa Qaiyum tu?” ayah aku tanya lagi.

“Ayah, tadi kami nampak Sahira.” Aku memberitahu. Muka ayah aku berubah.

“Kat mana?” ayah aku tanya dengan berbisik.

“Kat sungai. Dia ikut kami,” sahutku. Ayah aku menghampiri Qaiyum yang masih kelihatan takut.

“Rin, pergi ambil air segelas, cepat!” ayah aku bagi arahan. Azrin berlari ke dapur dan datang semula dengan segelas air.

Ayah aku bacakan sesuatu kepada air dalam gelas tu. Lepas tu dia menitiskan sedikit ait ke tapak tangannya lalu mengusapkan ke ubun-ubun kepada Qaiyum lalu turun sampai ke bawah dagu. Ayah aku ulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali, lepas tu barulah mata hitam Qaiyum memandang kami seperti biasa dan dia terus menangis dengan kuat. Dia peluk aku sekuat-kuatnya, mungkin baru sedar. “Ayah, Ayum takut. Ada hantu,” Qaiyum menjerit.

“Takde hantu. Jangan takut, ayah ada kat sini,” kataku sambil memeluknya erat.

Masa ini mak aku dan Nina muncul dari arah dapur. Mungkin kerana terdengar suara jeritan Qaiyum.

“Kenapa ni? Azrin pun tadi kelam kabut ambil air, tak jawab pun opah tanya, ibunya tanya,” kata mak aku menegur.

“Takde apa mak.” Aku menyahut. Nina pandang aku. Aku bagi isyarat suruh dia ambil Qaiyum dari pelukan aku. Nina menarik tangan Qaiyum. Qaiyum pula sebaik nampak ibunya, terus peluk ibunya pula sambil menangis.

“Dah dah. Ibu ada kat sini. Jangan nangis lagi. Nanti ibu taknak kawan Ayum,” kata Nina memujuk Qaiyum. Tangisan Qaiyum perlahan sikit. Nina mendukung Qaiyum lalu membawanya ke bilik. Azrin mengikut Nina masuk ke bilik manakala Haikal duduk kat tepi aku.

“Ayah, Lan memang nampak jelas. Dia mengikut kami,” kata aku sekali lagi beritahu ayah aku.

“Dia tu siapa?” mak aku tanya. Dan aku terdiam, baru perasan mak aku masih berdiri kat situ. Ayah aku tak jawab, dia bangun dari duduknya, lalu mencapai kunci motor dan melangkah keluar.

“Kenapa Lan? Siapa ikut kamu?” Mak aku tanya lagi.

“Kakak yang tumpang kereta ayah haritu tu. Tapi dia nampak macam hantu,” tiba-tiba Haikal menyahut di sebelah aku. Aku pandang Haikal, nak marah pun tak boleh, dia dah lepas cakap. Muka mak aku berubah.

“Kamu nampak Sahira?” Mak aku tanya. Aku anggukkan kepala.

“Siang hari?” mak aku tanya lagi. Dan aku mengangguk lagi.

Mak aku menggosok lengannya dan memandang keliling terutama di tingkap. Lepas tu dia terus tutup tingkap dan pintu semua. “Mak, siang hari ni, takkan nak tutup semua tingkap pintu,” aku tegur.

“Mak takut. Buatnya dia ikut kamu sampai sini. Entah-entah dia ada berdiri kat luar rumah ni ha.” Kata mak aku membuatkan bulu roma aku pun naik sama. Dan dalam tak sedar, aku tolong mak aku tutup tingkap semua.

“Kenapa dia masih mengacau?” mak aku tanya aku perlahan, dalam gelap tu. Hanya cahaya yang menembusi masuk melalui lubang dicelah antara dua papan tingkap. Aku diam, tak jawab apa-apa.

Setengah jam kemudian ayah aku balik. Dia bagi salam. Aku buka pintu. Dia pandang kami dengan wajah penuh tandatanya.

“Dah kenapa tutup semua tingkap pintu ni? Bukannya malam lagi,” kata ayah aku .

“Saya takut kalau Pontianak tu ikut Lan ni balik. Mana tahu dia ada kat keliling rumah ni,” kata mak aku.

“Hish awak ni. Melampau sangat. Sebab tu aku taknak cerita apa pun kat awak. Dah, buka tingkap pintu tu semua. Awak dah siap masak ke?” ayah aku tanya lagi.

“Dah siap ayah. Nina sedang hidang ni,” aku dengar Nina menyahut dari dapur. Ayah aku pandang mak aku dengan jelingan tajam dan terus berlalu ke dapur. Aku mengikut langkah ayah aku. Kat dapur, Nina dan Azrin sedang berhidang di meja makan. Qaiyum dan Haikal pun dah duduk di sana.

Masa makan, mak aku tanya ayah aku lagi pasal Pontianak tu. Tapi ayah aku tak jawab apapun. Aku bagi isyarat kat mak aku suruh diam dulu. Sian mak aku. Sebenarnya tak salah mak aku untuk nak ambil tahu pasal ni. Sebab dia pun takut. Seluruh kampung takut. Kalau dah sampai membunuh, maknanya Pontianak tu makin bahaya.

Semalam, aku pun dah suarakan hasrat aku nak bawa keluarga aku balik rumah aku juga. Tapi Nina kata tunggulah sampai selesai hal kat kampung tu. Nanti mak tinggal seorang diri waktu ayah keluar ke masjid atau uruskan hal-hal kampung. Jadi, aku akur.  Entah kenapa aku rasa Nina lebih tenang dari aku, walhal dia yang bersembang dengan Sahira kat dalam kereta malam tu.

-Bersambung-

One thought on “BEBASKAN AKU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s