BEBASKAN AKU

Bab 1

Hari ni hari akhir aku bekerja sebelum aku bercuti panjang kat kampung. Aku dah janji dengan anak-anak aku untuk bercuti bersama mereka di kampung halaman aku pada cuti sekolah tahun ni. Aku kerja kat sebuah syarikat penerbitan buku kat kotaraya. Kerja aku adalah melukis design untuk kulit buku. Macam-macam buku yang aku lukis, romantic, seram, masyarakat, remaja dan macam-macam lagi.

Aku dah beritahu kepada bos aku sejak tiga bulan lepas. Jadi, dia tak boleh tahan aku daripada pergi bercuti dengan anak-anak aku kat kampung aku kat Terengganu. Jadi sebab itu aku agak kelam kabut menyelesaikan baki-baki tugas. Memang aku lagi dua orang pelukis design kat syarikat tu tapi aku la yang paling senior. Walhal aku nak cuti dua minggu je. Nak didik anak-anak aku belajar hidup di kampung, berkubang dalam lumpur, bermain layang-layang, panjat pokok, mandi kat tali air. Selalu dah aku bawa anak-anak aku bercuti kat pekan-pekan besar, laut dan air terjun, dalam negara luar negara. Kali ini aku nak bawa mereka kat kampung pula.

Mula-mula mereka agak memberontak juga. Sebab mereka tahu kat kampung tu takde apa. Balik raya dua tiga hari tu pun mereka dah jemu, macammana nak duduk sana dua minggu. Tapi Nina, isteri aku pujuk mereka. Isteri aku ni cikgu, jadi dia punya ayat motivasi muhasabah diri tu agak berjaya dari aku. Maka anak-anak aku semuanya setuju untuk bersama-sama bercuti di kampung aku pada tahun ni.

Selesai waktu kerja, aku bagi lambaian akhir sebelum bercuti kat bos aku. Dia pun sambut je la lambaian aku, nak buat apa lagi kan. Memang tiap hujung tahun aku akan ambil cuti seminggu hingga dua minggu untuk bawa anak-anak aku bercuti. Aku bukannya selalu ambil cuti. Cuti sakit lagi la tak pernah aku ambil. Dulu-dulu aku merungut juga sebab cuti sakit aku luput begitu saja tanpa aku gunakan walau sehari. Tapi biasalah, isteri aku muhasabahkan aku, katanya aku patut bersyukur tak pernah ambil cuti sakit sebab itu menunjukkan aku seorang yang sihat.

Lepas tinggalkan beberapa pesanan kat junior dan beberapan staff lain, aku bergerak meninggalkan pejabat dan terus balik ke rumah. Esok awal pagi kami akan bergerak meninggalkan bandar besar untuk meneroka kehidupan di kampung. Tanpa kesesakan, tanpa pencemaran, tanpa internet, tanpa kesibukan bekerja.

Sampai kat rumah, Nina dan anak aku, Qaiyum dan Haikal menyambut kami dengan wajah ceria. Anak sulung aku, Azrin je muka kelat sikit sebab dia dah remaja, tanpa gajet hidupnya tak berseri. Tambahan bila aku beritahu kat kampung nanti internet takde. Dia mati kutu. Tapi sebab aku dah guna kuasa dictator aku sebagai ayah dan Nina gunakan kuasa manipulasinya sebagai ibu, maka dia terpaksa ikut.

Semua beg dah siap kat tepi pintu. Esok kami Cuma perlu bergerak meninggalkan rumah je.

“Semua dah siap ye?” aku tanya Nina. Nina anggukkan kepala.

“Azrin ok?” aku tanya Azrin. Azrin pandang aku dan anggukkan kepalanya perlahan sambil hujung matanya memandang ibunya yang duduk di tepi aku. Adalah lagi yang ditarbiah dek ibunya hari ni agaknya. Aku pandang Nina, Nina kenyit mata kat aku. Aku ketawa perlahan.

Lepas makan malam, semuanya masuk tidur. Awal mereka tidur sebab teruja untuk perjalanan jauh esok pagi. Aku jenguk Azrin di biliknnya. Dia masih menghadap telefonnya. Aku melangkah masuk ke biliknya dan duduk di sebelahnya. Azrin letakkan telefonnya bila menyedari aku duduk kat sebelahnya.

“Azrin marah ayah ke sebab buat keputusan ni?” aku bertanya.

Azrin gelengkan kepala dan mengambil semula telefonnya dan kembali membuka group whatsapp dengan kawan-kawannya. Aku tengok dia tak taip apa-apapun, dia Cuma membaca cerita kawan-kawannya.

“Kenapa tak balas message kawan-kawan tu?” aku tanya. Azrin gelengkan kepalanya.
“Kenapa?” aku tanya lagi.

“Takde apa nak sembang,” kata Azrin, masih melihat kat handphonenya.

“Ada beritahu kat kawan tak, Rin nak habiskan cuti kat kampung?” aku tanya. Azrin geleng kepala.

“Kenapa tak beritahu mereka?” aku tanya lagi.

“Apa yang bestnya?” Azrin tanya aku balik.

“Kawan-kawan Rin semua ke mana cuti ni?” aku terus bertanya.

“Macam-macam. Ada pergi luar negara, ada pergi pantai, ada pergi langkawi, sabah,” sahutnya.

“Takde yang balik kampung?” aku tanya lagi. Azrin geleng kepala.

“Haa… beritahulah mereka bahawa Rin akan bercuti dengan suasana kampung. Rare apa? Orang lain pergi bandar, sedangkan kita memang dah duduk di bandar. Rin cari kelainan, Rin pergi ke kampung, melihat perkara yang tiada di bandar. Bukankah itu berbeza?” kataku masih cuba memujuk.

Azrin pandang aku dengan mata kuyunya. Dia cuba untuk faham tapi kehendak jiwa remajanya memberontak untuk tidak faham apa yang aku cuba sampaikan. Kekecewaan dah menguasai hatinya hingga dia tak dapat terima apa yang akalnya mahu terima sebenarnya.

“Semua kawan-kawan Rin pergi bercuti ke?” aku tanya lagi. Azrin geleng kepala.

“Maknanya masih ada yang tak bercuti ke mana-mana la kan?” aku jawabkan untuknya. Azrin anggukkan kepala.

“Kenapa mereka tak kemana-mana? Mereka orang susah?” aku tanya terus.

“Ada yang susah, ada yang senang,” Azrin menyahut acuh tak acuh.

“Yang susah tu mereka mungkin tak mampu kan?” aku bertanya. Azrin mengangguk.

“Yang senang tu?” aku tanya.

“Mak ayah diorang sibuk kerja, takde masa nak pergi bercuti,” sahut Azrin.

“Kalau mak ayah mereka kerja, siapa jaga mereka?” aku tanya.

“Mereka orang kaya, ada orang gaji dua tiga orang la ayah,” sahut Azrin.

“Jadi, Rin tak rasa ke bahawa Rin lebih bertuah dari mereka. Makan pakai Rin, ibu ayah yang jaga. Rin celik mata, Rin nampak ibu nampak ayah, bukan nampak bibik. Bila Rin lapar, ada ibu masakkan. Bila Rin nak duit, ada ayah berikan. Rin tak rasa Rin bertuah ke?” aku bertanya, memulakan tazkirah aku. Azrin letak telefonnya di atas katil. Tundukkan wajahnya memandang jari kaki yang menguis-nguis lantai.

“Rin, dalam hidup ni, kita kena banding diri kita dengan orang yang lebih susah dari kita. Sebab itu akan buat kita bersyukur. Kalau kita banding dengan orang yang lebih baik dari kita, sampai bila pun kita akan rasa kita ketinggalan. Kita takkan pernah bersyukur,” kataku juga sambil memandang kaki yang menguis lantai yang kosong.

“Rin bukan tak bersyukur. Cikgu BM ada bagi tugasan. Suruh kami buat karangan pasal tempat kami pergi masa cuti sekolah ni. Nanti Rin nak tulis apa kalau balik kampung? Takde apa yang menarik,” kata Azrin.

“Mana Rin tahu tiada yang menarik?” kataku.

“Kita selalu balik raya tu, takde apa pun,” sahut Azrin.

“Kita balik raya, itu hari raya. Kita pergi ke rumah saudara mara, makan dan balik. Takde aktiviti. Tapi kita pergi kali ni, ayah akan bawa Rin dan adik-adik menikmati suasana kampung, kehidupan ayah masa kecil dulu, tempat ayah bermain. Semua tu ayah nak Rin dan adik-adik rasa,” kataku.

“Tapi takkanlah nak tulis cerita kampung dalam karangan?” Azrin tanya aku, tapi kali ni dia pandang aku.

“Apa salahnya? Cikgu ada kata tak boleh buat karangan kisah di kampung ke?” aku tanya lagi, juga memandang dia. Azrin gelengkan kepala.

“Rin tak cuba lagi, Rin mana tahu. Kita cuba dulu. Mana tahu, karangan Rin nanti lebih panjang dari karangan kawan-kawan Rin,” kataku.

“Betul ni ayah?” Azrin tanya aku lagi.

“Iye, takkan ayah nak tipu. Cerita kampung lagi banyak dari cerita bandar tau,” kataku.

“Ayah janji?” Azrin angkat tangannya, keluarkan ibu jari dengan anak jari je, bagi isyarat suruh aku berjanji.

“Ayah janji,” kataku sambil membuat isyarat yang sama dengannya lalu menyentuh hidungnya.

Barulah ada manis sikit kat wajahnya.

“Dah, tidurlah. Esok kita nak keluar awal. Kampung ayah kan jauh. Petang baru sampai.” Kataku. Azrin terus baring dan aku selimutkannya.

Aku melangkah keluar dari bilik Azrin setelah menutup lampu. Nina memerhati aku di luar bilik.
“Tak habis pujuk lagi ke?” tanyanya sambil senyum.

“Dia takut tak boleh buat karangan BM dia. Dia ingat kat kampung takde cerita,” kataku sambil ketawa kecil dan diikuti oleh Nina.

“Esok kita nak keluar pukul berapa?” Nina tanya aku.

“Lepas solat subuh, kita gerak la,” kataku. Nina tak jawab. Dia sebaliknya bangun dan terus masuk ke bilik. Aku pula ambil remote tv, tengok cerita tamil.

Sebaik terdengar azan subuh, aku tersedar dari tidur. Nina dah takde kat sebelah aku. Aku bangun perlahan-lahan. Ambil tuala dan melangkah ke pintu. Dalam bilik aku memang ada bilik air tapi aku jarang guna bilik air dalam bilik aku. Nina je yang selalu guna. Aku tak selesa. Kalau aku tak sihat atau aku terjaga nak buang air tengah malam, baru aku guna bilik air tu. Kalau tak, memang aku akan ke bilik air kat dapur.

Aku buka pintu bilik. Sebaik terbuka pintu bilik, dah terbau sedap dah. Nina dah siap memasak bekalan untuk dibawa dalam kereta nanti. Nina memang macam tu. Kalau nak ke mana-mana, dia akan siapkan bekalan untuk kami isi perut masa dalam kereta nanti.

Aku melangkah ke dapur. Nina sedang bancuh air.

“Dah bangun? Saya pun dah siap masak ni. Lepas ni nak mandi dan siap-siap. Kalau abang siap awal nanti, tolong kejutkan Qaiyum dan Haikal ye.” Kata Nina sebelum berlalu ke bilik semula tanpa menunggu aku membalas kata-katanya. Aku pun terus mandi.

Sebaik selesai solat, aku ke bilik Haikal dan Qaiyum. Haikal berusia 10 tahun dan Waiyum 6 tahun. Azrin pula dah sekolah menengah, 14 tahun. Memang jarak antara anak-anak aku agak jauh. Bak kata Nina, setiap anak berhak merasai nikmat hidupnya sebelum terpaksa berkongsi kasih dengan adiknya.

Masa aku masuk ke bilik Haikal dan Qaiyum, mereka dah jaga dan duduk di katil. Bila nampak je aku masuk ke bilik, mereka pandang aku dengan senyuman meleret.

“Awalnya bangun?” aku tanya.

“Ayah, kita nak balik kampung hari ni kan?” Haikal tanya aku.

“Iye, nak balik kampung ayah. Siapa nak ikut?” aku bertanya.

Kedua-duanya melompat dan mengangkat tangan sebagai isyarat nak ikut aku balik kampung.

“Kalau nak ikut, bangun cepat, pergi mandi dan bersiap. Kalau siap cepat, kita gerak cepat. Nanti boleh cepat sampai,” kataku memujuk. Dan dengan pantas mereka turun dari katil dan mengambil tuala masing-masing.

Aku tak susah nak jaga Qaiyum walaupun dia masih di sekolah tadika sebab dia suka mengikut abangnya. Nak pula abangnya rajin melayan dia. Mandi, bersiap semua dengan abangnya.

Aku keluar dari bilik mengikut langkah Haikal dan Qaiyum ke bilik air di dapur. Aku nampak Nina mengetuk bilik Azrin. “Azrin, bangun dah ke?” aku dengar Nina memanggil.

“Dah ibu. Baru lepas solat,” aku dengar suara Azrin menyahut dari dalam biliknya.

Tepat jam 7.30 pagi, sebaik selesai sarapan, kami semua dah bersedia untuk perjalanan jauh. Perjalanan kami akan ambil masa 5 jam. Tapi kami mungkin akan ambil masa berhenti di hentian rehat di tepi lebuhraya beberapa kali, jadi mungkin ada pertambahan masa lagi sejam di situ. Bermakna kalau kami bergerak sekarang, aku bajet dalam pukul 1 tengahari nanti kami sampai ke kampung, In Shaa Allah.

-Bersambung-

One thought on “BEBASKAN AKU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s