KEKASIH JELMAAN 2.0

Bab 1

Selepas Hidayat berkahwin dengan Jamilah, aku sambung pengajian aku kat Pusat Pengajian Guru. Ayah aku suruh aku jadi cikgu. Aku taklah minat sangat tapi dalam banyak-banyak pekerjaan yang aku layak mohon mengikut kepada kelulusan aku, cikgu je yang aku rasa aku boleh teruskan. Alhamdulillah, aku dah tamat pengajian dan sekarang aku dah jadi seorang guru di sebuah sekolah menengah kat tempat aku. Rezeki menyebelahi aku sebab aku dapat berkhidmat di tempat aku, tak perlu berpindah ke tempat lain. Cuma aku sampai sekarang tak berdikari, masih duduk dengan mak ayah aku. Adik-adik aku masih belum habis belajar. Jadi, dapat juga aku bantu dari segi perbelanjaan sekolah adik-adik aku. Mak aku pun tak bagi aku menyewa rumah lain. Katanya membazir je. Rumah kami pun cukup besar. Melainkan aku dapat kerja kat tempat lain yang jauh, ataupun aku dah kahwin, barulah mak aku kata aku boleh menyewa dan tinggal di luar.

Hidayat pula membantu meneruskan perniagaan ayahnya yang terganggu masa di’kurung’ dek Jamilah si anak patung. Untung jadi anak orang kaya ni, dan rezeki dia berkahwin pula dengan anak ustaz. Aku rasa kehidupan Hidayat dah cukup sempurna. Itulah hikmah di atas segala yang pernah terjadi dalam hidupnya. Masa baru-baru berkahwin dulu, ada juga dua tiga kali dia call aku, message aku. Tapi lepas dia dah ada anak, dah kurang sangat kami berhubung. Aku pun dah sibuk dengan assignment dan pengajian aku. Aku pun taknak la berhubung dengan dia selalu sangat, suami orang kot. Kang tak pasal-pasal jadi fitnah. Walaupun dia tak pernah menolak setiap kali aku menghubunginya, bahkan dia sangat gembira tiap kali aku call dia.

“Murni, Dayat ada call kamu?” tiba-tiba mak aku tanya aku, masa tu aku sedang semak buku anak murid aku.

“Lama dah dia tak call, lepas dapat anak. Dah dekat dua tahun dah. Kenapa mak?” tanyaku, pelik juga mak aku tiba-tiba tanya pasal Hidayat, padahal selama ni takde pula mak tanya aku.

“Kamu tak call dia?” mak aku tanya lagi.

“Tak pulak. Dulu sibuk nak habiskan pengajian. Sekarang baru mula kerja. Sibuk mak. Lagipun, tak elok la Murni call dia mak, dia dah jadi suami orang kot. Kenapa mak tiba-tiba teringat kat Dayat ni mak?” tanyaku.

“Ayah kamu kata, haritu dia bertembung dengan ayah Dayat, Encik Johan tu. Encik Johan kata, dalam tiga bulan ni, Dayat tu asyik termenung. Bercakap seorang diri. Macam orang tak betul.” Kata mak aku sambil lipat kain. Berkerut dahi aku. Terus letak pen dan berpusing ke arah mak aku.

“Dia stress kot mak. Sebab dia kan dah ambil alih bisnes ayah dia,” kataku.

“Ayah kamu cakap macam tu juga kat ayah Dayat tu. Tapi ayah Dayat kata, ayah Dayat masih bekerja kat pejabat dia tu. Takde apa yang nak stressnya.” Kata mak aku.

“Kali terakhir Dayat call Murni, masa tu anak dia bertatih nak berjalan. Happy je dia. Siap buat video call. Murni nampak dia dengan isterinya nampak happy. Tak nampak pun macam dia murung atau stress,” kataku.

“Entahlah, cuba kamu call dia. Mana tahu, kot dia nak sembang dengan dia. Harap-harap takde apalah.” Kata mak. Dan aku diam. Kembali berpusing ke meja yang penuh dengan buku sekolah anak murid aku yang belum diperiksa.

Walaupun aku menghadap buku sekolah, tapi otak aku dah melayang memikirkan pasal Hidayat. Aku memang tak dapat memikirkan bagaimana Hidayat boleh stress sampai kemurungan macam yang mak aku cakap. Sebab aku dapat rasakan kebahagiaannya dari suaranya setiap kali dia menghubungi aku. Dia banyak ketawa. Kalau betul pun Hidayat jadi macam tu, mungkin sebab stress. Isteri Hidayat pun baik orangnya, dia tak bekerja, menjaga rumahtangga mereka dengan baik. Aku rasa ada silap faham kot. Mungkin ada masalah di tempat kerja yang Hidayat tak ceritakan kepada sesiapa, mungkin dia nak selesaikan sendiri. Sebab tu dia lebih banyak berdiam diri.

Lepas siap semak buku-buku anak murid aku, aku kemas meja dan terus masuk bilik. Aku ambil telefon. Aku call Hidayat, tidak berjawab. Aku hantar message, tanyakan khabarnya. Satu tick, macam takde line je telefon dia. Aku pandang jam, dah pukul 11.30 malam. Mungkin dia dah off telefon dia sebab dah tidur. Takpelah, aku pun off telefon aku sebab aku pun dah nak tidur.

Keesokan harinya, aku pun dah lupa pasal Hidayat. Sebab kat sekolah aku ada majlis Hari Guru. Aku pula dilantik jadi pengacara berganding dengan Cikgu Zuhaidi. Jadi fikiran aku fokus kepada aturcara majlis. Tak ingat dah kat Hidayat dan apa yang mak aku cakap semalam. Nak pula teman pengacara aku cikgu hensem, takkanlah aku nak ingat yang lain dah kan.

Tapi masa aku bangun tidur dan on balik telefon aku, aku tengok juga kalau-kalau Hidayat ada balas mesej aku semalam. Tapi takde pun, tetap satu tick je macam semalam. Tapi masa tu baru pukul 5.30 pagi, mungkin dia belum on telefon atau line internet dia. Jadi aku pun tak tengok dah lepas tu. Sebab aku dah kalut dengan majlis kat sekolah.

Malam tu, masa aku sedang asyik melihat-lihat gambar majlis siang tadi, telefon ayah aku berbunyi. Aku tak begitu peduli pun, sebab aku amat fokus dengan hal aku. Tapi bila aku dengar suara ayah aku yang agak serius, aku cuba pasang telinga.

“Bila? Ya Allah. Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Anaknya macammana?” aku dengar suara ayah aku. Aku tutup gambar-gambar dalam telefon aku. Aku bangun dari meja tulis dan melangkah keluar dari bilik aku. Aku nampak ayah aku sedang menjawab salam dan memutuskan talian telefon. Aku pandang mak aku yang sedang duduk di sofa menonton televisyen. Mak aku angkat bahu.

“Kenapa bang? Siapa telefon?” mak aku terus bertanya sebaik sahaja ayah aku letak telefon di atas meja dengan dahi yang berkerut.

“Jamilah, isteri Hidayat meninggal dunia,” kata ayah aku membuatkan hati aku bagai direntap kasar.

“Innalillahi wainna ilaihi rojiun. Bila? Meninggal dunia kenapa?” tanya mak aku lagi. Aku pula dah terkedu tak tahu nak tanya apa. Masih berfikir samada aku bermimpi atau realiti.

“Dia jatuh dari tingkat 4 kat pejabat Hidayat siang tadi. Dan masa dia jatuh tu, dia sedang dukung anaknya,” kata ayah aku, dan sekali lagi jantung aku berdegup laju.

“Astaghfirullah al azeem. Ya Allah. Macammana boleh jatuh? Habis tu anaknya macammana?” kata mak aku.

“Anaknya masih di hospital, tapi keadaan anaknya stabil sebab masa kedua-duanya ditemui di tingkat bawah, arwah Jamilah sedang peluk anaknya dan kedudukan anaknya di atas badannya. Jadi anaknya keadaan anaknya tak teruk, cuma mungkin gegaran dan terkejut,” kata ayah aku.

“Jenazah kat mana? Kat rumah En Johan atau rumah Ustaz Ehsan?” mak aku tanya lagi.

“Jenazah masih di hospital. Akan dibawa terus ke rumah Ustaz Ehsan nanti. Akan dikebumikan sesudah subuh esok.” Kata ayah aku.

“Murni, kau dengar tak apa yang ayah kamu cakap ni?” mak aku tanya aku yang masih tak bercakap apa-apa dari tadi. Aku betul-betul terkejut.

“Dayat macammana ayah?” aku bertanya.

“Entahlah. Tadi ayahnya dapat cakap kejap je. Esok kita pergi ziarah mereka. Ikut mereka ke pengebumian Jamilah.” Kata ayah aku.

“Murni, kamu nak ikut tak esok? Esok Jumaat, kamu ada kelas tak?” mak aku bertanya.

“Murni ikut mak. Esok ada satu kelas je, nanti Murni minta tolong Cikgu Azrin gantikan.” Kataku sambil melangkah masuk semula ke dalam bilik. Aku duduk di birai katil. Kegembiraan aku melihat gambar-gambar majlis siang tadi, dah hilang lenyap lepas dapat perkhabaran yang amat menyentap hati aku.

Aku buka telefon, aku lihat mesej yang aku hantar kepada Hidayat semalam. Masih dengan keadaan satu tick. Aku dail nombor Hidayat, tiada sahutan. Aku cuba lagi, tiada sahutan juga. Semua masuk ke dalam peti simpanan suara. Mungkin dia bersedih dengan pemergian isterinya. Dalam tak sedar, air mata aku mengalir perlahan.

Bertahun-tahun dia hidup dalam ketakutan, seorang diri tanpa ibu ayah. Dan baru saja dia mengecapi kebahagian, dengan isteri yang baik dan anak yang comel, dia kehilangan isteri pula, dengan keadaan yang menyayat hati. Ya Allah, besar sungguh ujian insan bernama Hidayat ni.

Jam dinding dah menunjukkan pukul 11 malam. Mak aku beritahu tadi, kami akan keluar jam 6.30 pagi esok. Perjalanan ke rumah Ustaz Ehsan ambil masa setengah jam. Sempatlah kami menziarahi jenazah dan mengikut ke upacara pengebumian nanti.

Aku bangun dan menutup lampu. Lalu aku berbaring di katil. Telefon aku berbunyi. Alamak, tadi aku lupa nak off telefon, sekarang aku tak tahu kat mana telefon aku. Aku meraba-raba bawah bantal dan merata katil, takde telefon aku. Dan bunyi panggilan itu berhenti. Aku bangun semula dan pasang lampu. Baru aku nampak telefon aku kat atas meja tulis. Aku lupa nak ambil tadi, kerana terlalu memikirkan pasal Hidayat.

Aku ambil telefon aku, tengok siapa yang call aku. Hidayat! Cepat-cepat aku dail semula nombornya. Dan telefonnya berjawab. “Hello, Dayat. Assalamualaikum. Aku dapat tahu khabar sedih tentang Jamilah. Aku betul-betul simpati. Salam takziah,” kataku. Tiada sahutan.

“Dayat?” aku panggil lagi.

“Dayat, kalau kau marah aku pasal aku tak pernah tanya khabar kau, aku minta maaf. Aku pun sibuk, maklumkan aku baru je bekerja, banyak perkara aku kena belajar lagi,” kataku.

Masih tiada sahutan.

“Dayat?” aku panggil. Aku dengar bunyi nafas seseorang melalui corong telefon.

“In Shaa Allah, esok aku datang dengan mak ayah aku. Untuk beri penghormatan terakhir kepada arwah Jamilah. Eh, anak kau macammana? Ok dah?” aku tanya lagi. Dan masih tiada sahutan.

“Dayat, kau ok tak?” aku tanya lagi.

“Hihihiiiii… Haaaaaaaaaa……” aku dengar suara bisikan. Itu bukan suara Hidayat. Suara tu perlahan seakan berbisik.

“Eh, siapa ni? Saya silap nombor ke?” aku tanya.

“Heeeee heeeee heeeeeeeeeeeeeeeeeeeee……,” aku dengar lagi suara tu. Meremang bulu roma aku. Siapa pulak yang menjawab telefon berbunyi macam tu? Kalau silap nombor sekalipun, takkan orang tu tak boleh cakap elok-elok.

Talian diputuskan. Ada mesej masuk. Mesej tu dari nombor Hidayat. Entahlah kenapa jantung aku berdebar-debar.

Aku buka mesej tu. Ada satu gambar. Gelap je. Aku buka gambar tu. Tak nampak apa-apa, Cuma hitam. Tapi makin aku tengok gambar tu, aku rasa macam ada sesuatu yang bergerak dalam gambar tu.

Aku cuba zoom gambar tu. Ada gambar anak patung! Tersenyum pada aku dan matanya berkelip pandang aku! Aku campak telefon.

-Bersambung-

One thought on “KEKASIH JELMAAN 2.0

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s