DIA KAWAN AKU

Bab 13

Aku tersedar bila aku terasa ada air sejuk disapu ke muka aku. Aku buka mata. Ada seorang wanita dalam usia mak aku kat depan aku. “Sedar dah?” katanya sambil tersenyum.

Aku duduk. Aku pandang keliling. Efa, Nurul dan Liyana pun sama macam aku, macam baru terbangun dari tidur. Bersama-sama kami ada dua orang wanita lain, wanita separuh abad tadi dan seorang lagi gadis muda, lebih kurang dalam usia 20 tahun. Aku pandang mereka berdua sambil kerutkan dahi.

“Makcik ni siapa?” aku dengar Nurul bertanya.

“Ini isteri saya, dan yang seorang lagi tu anak bongsu saya,” kami sama-sama menoleh ke dapur bila terdengar suara lelaki yang seperti baru je kami dengar. Aku nampak Tn Haji sedang berdiri di dapur tanpa memandang kami.

Aku, Nurul dan Liyana duduk sambil betulkan pakaian kami. Tak tahulah dah rupa apa.

“Macammana Tn Haji masuk? Bila? Maaf, kami semua terlena, tak sedar langsung,” kata Nurul.

“Pintu depan terbuka masa saya lalu nak pergi solat subuh tadi,” kata Tn Haji.

“Solat subuh???” aku, Nurul dan Efa menjawab serentak.

Aku terus tengok jam dinding, pukul 6.30 pagi. Terbeliak biji mata aku dan Efa. Kami kena pergi kerja. Dah lambat sangat ni. Aku dan Efa terus bangun. Masa nak melangkah ke tangga, baru aku teringatkan Erni.

Aku jenguk ke pintu biliknya. “Erni mana?” aku tanya Efa. Efa angkat bahu, terus melangkah ke tingkat atas.

Aku pandang Nurul yang masih duduk di sisi Liyana. Aku berpatah balik kepada Liyana dan pedang dahinya. Panas. Dia demam kot.

“Yana, kau ok ke?” aku bertanya. “Aku ok. Korang pergilah kerja dulu, dah lambat sangat ni. 6.30 sepatutnya korang dah kat dalam wad dah,” kata Liyana.

Aku pandang Nurul. “Kau pun kena pergi kerja ke Nurul?” aku bertanya.

“Takpelah, aku tunggu kat rumah. Nanti aku beritahu kat Kak Yam, minta dia gantikan aku untuk 2 jam pagi ni. Esok aku cover dia pulak,” kata Nurul.

Aku pandang Tn Haji. Dia masih berdiri di tengah dapur. Isteri dan anak perempuannya duduk di tepi dinding bersebelahan dapur sambil memandang kami yang kalut.

“Tn Haji, saya minta maaf sangat. Tak tahu macammana pintu tak tutup semalam. Kami semua penat sangat kot, itu yang semua terlena tak sedar diri sampai orang masuk pun kami tak sedar,” kataku memaklumkan Tn Haji.

“Kamu semua tak lena, tapi dipukau,” kata Tn Haji buatkan aku dan Nurul terbatuk kecil.

“Pukau? Siapa pukau kami?” aku bertanya.

“Saya tak pasti. Ada sesiapa yang masuk semalam ke rumah kamu tak?” kata Tn Haji lagi. Aku pandang Nurul dan Liyana.

“Erni?” kami bersuara serentak.

“Tn Haji, semalam ada seorang lagi kawan kami balik ke rumah ni. Sepatutnya dia bercuti kat Kedah, rumah mak dia. Erni namanya. Tapi semalam dia balik dan perangainya agak pelik,” kata Nurul.

“Mana dia?” tanya Tn Haji. Aku, Nurul dan Liyana gelengkan kepala tanda tak pasti.

“Ini biliknya,” kata Nurul sambil menunjukkan ke bilik Erni.

Tn Haji memegang pintu bilik tu. Tiba-tiba Efa berlari dari tingkat atas turun ke tingkat bawah dengan muka yang agak cemas.

“Kenapa ni Efa?” aku bertanya. Jarang nak tengok muka Efa cuak macam ni. Dia yang paling berani antara kami.

“Benda tu ada kat bilik air.” Efa menjawab.

“Benda apa?” Tn Haji bertanya.

“Tn Haji, Efa ni ada kelebihan sikit. Dia nampak benda-benda pelik yang kami tak nampak. Contohnya hantu,” kataku.

“Hantu tak wujud,” balas Tn Haji.

“Jin dan syaitan tu la kot,” aku balas balik.

“Kat mana?” Tn Haji bertanya.

“Kat bilik air. Memang selama ni dia duduk kat bilik air tu,” kata Efa.

“Boleh saya tengok?” Tn Haji minta izin. Efa anggukkan kepala.

“Sofia, ikut ayah. Maknya tunggu sini sekejap,” kata Tn Haji kepada anak dan isterinya.

Anaknya yang dipanggil Sofea anggukkan kepala dan terus melangkah mengikuti ayahnya menaiki tangga. Comel orangnya. Aku anggarkan dia masih belajar kat universiti ni.

Aku pun mengikut dari belakang walaupun dihalang oleh Nurul. Efa dah naik dulu sebelum Tn Haji tadi. Aku buat isyarat kat Nurul bahawa aku ok.

Tn Haji dan Sofea mengikut Efa yang melangkah masuk terus ke biliknya. Efa berhenti kat depan pintu bilik air lalu membuka pintu bilik air tersebut. Sebaik pintu bilik air terbuka, aku dengar Tn Haji dan anaknya beristighfar panjang. Sofea pula terus tunduk seolah tak sanggup melihat ke dalam bilik air.

Aku menjenguk tapi aku tak nampak apa-apa pun. Aku pandang Efa dan tanya dia apa dia. Dia hanya gelengkan kepala. Aku yakin ada sesuatu kat dalam bilik air tu.

“Akak nak tengok ke apa yang ada kat bilik air tu?” Sofea bertanya aku.

“Ada hantu ke?” aku tanya balik.

“Mana ada hantu. Ada jin yang tersesat,” katanya.

“Takpelah Sofea. Terima kasih je la,” kataku kepada Sofea.

“Kamu semua pergi tunggu kat luar bilik. Kalau belum solat subuh, sila solat subuh. Syaitan itu sentiasa melekakan kita.” Tersentak aku sekejap bila terdengar Tn Haji berkata macam tu. Betullah, dah hampir pukul 7 pagi tapi kami tak solat subuh lagi. Aku dan Efa melangkah ke tangga untuk mengambil wudhu kat bilik air tingkat bawah.

“Sofea, telefon abang kamu, suruh dia hantar botol kecil berbalut kain kuning kat dalam bilik ayah, penjuru kiri, tepi Al Quran,” aku sempat dengar Tn Haji memberi arahan kepada Sofea. Sofea akur. Dia melangkah keluar bilik dan mengeluarkan telefon dari dalam kocek baju kurung yang dipakainya lalu menelefon abangnya seperti yang disuruh oleh ayahnya.

“Dum!” pintu bilik air ditutup kuat dari arah dalam bilik air. Tn Haji masih berdiri di luar.

Aku intai dari luar bilik. Aku nampak Tn Haji berdiri sambil berpeluk tubuh dan memejamkan matanya dia di depan pintu bilik air. Efa menarik aku. “Jom kita solat dulu,” katanya. Dan aku akur.

Selesai solat kat bilik aku, aku keluar semula dan menjenguk ke bilik Efa. Masa ni Shahir dah sampai. Dia dan Tn Haji berdiri di depan pintu bilik air yang tertutup.

“Maknanya betullah kata ayah, benda tu tak pergi lagi,” aku dengar Shahir bercakap dengan ayahnya.

“Ayah tahu dia tak pergi lagi. Jin yang dah lama menumpang tubuh manusia, takkan pergi sebegitu mudah. Dia akan perdaya kita,” kata Tn Haji.

“Kenapa ayah tak selesaikan semalam terus?” Shahir bertanya semula.

“Nombor 1, setiap makhluk Allah layak diberi peluang walaupun dia adalah jin. Nombor 2, ayah Cuma halau dia saja, sebab kita berada di rumah perempuan bujang. Tak manis dilihat orang pada waktu tengah malam kita berada di dalam rumah ini. Syaitan sering menjurus kepada fitnah. Itu memang tugas dia. Sebab tu ayah hanya halau, dan ayah memang nak datang semula di sebelah siang. Tak sangka pula lepas kita balik semalam, benda tu datang semula dalam bentuk lain.” Kata Tn Haji kepada Shahir. Aku lihat Shahir anggukkan kepala.

Sofea masih berdiri di muka pintu bilik. Efa berdiri di sebelah aku.

“Efa, kau rasa ada sesiapa boleh tolong cover kita kejap tak pagi ni? Takkan kita nak pergi kerja dalam keadaan rumah kita macam ni? Yana tu pun entah ok entah tak lagi. Erni pula entah kat mana.” Kataku rasa serba salah nak pergi kerja dalam keadaan macam ni.

“Nanti aku call Kak Hani, kot dia boleh tolong cari orang ganti kita,” kata Efa. Aku anggukkan kepala. Efa terus melangkah ke tingkat bawah.

Aku kembali memandang ke arah Sofea yang sedang memerhati aku dan Efa sejak tadi. Aku senyum padanya dan dia membalasnya senyumku dengan manis sekali.

“Macammana Sofea boleh ikut Tn Haji datang sini tadi?” aku tanya.

“Ayah dan abang pergi surau untuk solat subuh. Lepas tu ayah balik rumah dan terus ajak Sofea dan mak ikut dia. Katanya ada rumah bujang perempuan ada masalah. Tak elok kalau dia pergi ke rumah tu sendirian atau bawa abang. Sebab tu dia suruh kami ikut. Sofea dan mak pun ikutlah. Masuk je dalam rumah, ada seorang perempuan sedang berdiri kat tangga bawah. Empat orang lagi macam berada di atas angin. Ayah masuk terus sergah perempuan tu, dia macam terkejut dan terus hilang entah ke mana. Masa tu kakak berempat jatuh ke lantai,” kata Sofea memberitahu keadaan masa dia datang ke rumah kami tadi.

“Kami di awangan?” aku bertanya. “Haah,” kata Sofea.

“Maknanya?” aku tanya lagi.

“Tubuh kakak berempat tak jejak lantai,” kata Sofea.

“Sofea, ambilkan kain hitam. Minta kat mak.” Aku dengar suara Tn Haji. Sofea akur, dia terus berjalan menuruni tangga dan mendapatkan kain hitam yang diminta oleh Tn Haji. Aku mengintai Tn Haji dan Shahir dari luar bilik.

“Keluar kau wahai jin yang mengganggu. Kamu sesat ke alam ini, tapi malangnya kamu tak mahu balik ke alam kamu walaupun kami dah tunjukkan jalan. Kamu berjanji denganku, tapi kau mungkiri. Memang dasar jin yang tak boleh dipercayai. Aku tak main-main masa aku beritahu kau bahawa aku kenal penghulu kau. Sekarang, aku takkan buat perjanjian lagi. Aku hantar kau balik ke tempat kau, terimalah nasib kau di sana nanti kerana telah kuadukan kejahatan kamu di alam ini,” aku dengar suara Tn Haji.

Seketika kemudian, aku dengan suara perempuan menangis. Sayu sangat bunyinya. Pada masa ini, aku lihat matahari dah mula timbul di ufuk timur.

“Di dunia jin, siang mereka adalah malam kita, begitulah sebaliknya,” kata Sofea kepadaku. Aku anggukkan kepala tanda faham.

“Maknanya bila kita dah siang, mereka malam la ye,” kataku. Sofea anggukkan kepalanya.

Seketika kemudian Efa datang menghampiri aku. Dia bagi isyarat ‘ok’. Maknanya Dah dapat orang ganti kami kat wad la tu.

“Efa, kau nampak apa kat dalam bilik air tu?” aku tanya.

“Ada satu lembaga seperti perempuan tua kat sana. Dia tergantung kat atas siling. Masa aku mula-mula masuk, aku tak nampak. Tapi aku perasan macam ada benda bergerak kat dalam bilik air tu. Aku malas nak peduli sebab kita dah lambat kan. Masa aku nak gosok gigi, aku tengok cermin. Masa tu baru aku nampak  berdiri kat belakang aku. Tu yang aku terus lari jumpa korang kat bawah.” Kata Efa menceritakan detik pertemuan dia dengan lembaga yang menghuni kat bilik air kami sejak Liyana masuk ke rumah tu.

“Benda tu la yang Tn Haji nampak tadi kot ye.” Kataku. Dan Efa anggukkan kepala.

 Bunyi tangisan makin kuat, sesekali terdengar bunyi rengekan anak kecil minta dilepaskan.

“Aku takkan percayakan kamu lagi. Kembali ke alam kamu atau aku hapuskan kamu sekarang,” kata Tn Haji.

“Aku suka tempat ni. Aku suka tuan aku. Dan aku ada ramai teman lain kat sini.” kata suara dari bilik air tu.

“Tuan kamu yang asal dah tiada. Tuan kamu yang baru tak perlukan kamu. Kamu baliklah,” kata Tn Haji, dengan nada agak keras dan serius.

Suara tangisan makin kuat. Aku dengar Tn Haji membacakan beberapa potongan ayat dari Al Quran. Makin kuat suara tangisan tu, makin Tn Haji menguatkan bacaannya. Hingga yang terakhir aku dengar suara tangisan itu makin lemah dan akhirnya hilang terus.

Aku lihat Shahir masuk ke dalam bilik air dan seketika kemudian dia keluar semula dengan bungkusan hitam kat tangannya.

– Bersambung –

One thought on “DIA KAWAN AKU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s