SIAPA TU AYAH?

Bab 1

Aku melangkah tenang ke bilik bos. Kat depan pintu bilik bos, aku tadah tangan, berdoalah kononnya, lepas tu aku tiup pintu bilik bos. Moga-moga mood bos baik hari ni, moga dia tak tolak permohonan cuti aku. Aku dah janji dengan anak bini aku, kalau tak lulus cuti aku kali ni, habislah aku, semua mogok la jawabnya nanti. Ini kali ketiga aku berjanji nak bawa mereka bercuti. Dua kali sebelum ni, terpaksa batalkan sebab bos aku tak bagi aku cuti panjang. Iyelah, kerja aku takde yang boleh back-up.

“Azam, dah dah berdoa tu, tak payah nak jampi serapah bagai kat pintu bilik saya tu, masuk cepat,” tiba-tiba terdengar suara En Mahfuz kat public intercom office aku. Merah padam muka aku. Kawan aku yang lain dah gelak berdekah-dekah tengok aku yang terkulat-kulat kat depan pintu bilik bos. Lupa pulak aku bos aku boleh tengok seluruh ruang pejabat dia ni kat cctv. Aku pula tu yang buat setting cctv tu, dah aku yang kerja bahagian IT office tu.

Cepat-cepat aku pulas tombol pintu bilik bos aku dan aku melangkah masuk. En Mahfuz dengan dahi berkedut seribu laksana landasan keretapi tu, sedang tekun melihat monitor komputernya. Aku berdiri kat depan En Mahfuz, menunggu dia menoleh ke arah aku.

“Duduklah, kamu nak tercegat kat situ sampai bila?” tanya En Mahfuz masih tak pandang aku. Aku pun terus duduk. Haish, selalunya aku takdelah takut sangat bila berdepan dengan En Mahfuz ni. Entah kenapa kali ni jantung aku berdegup laju, aku cuak habis. Tak tahulah aku cuak kepada En Mahfuz atau aku takut cuti aku tak lulus dan hampakan anak bini aku lagi.

“Ms Caron kata kamu nak cuti seminggu,” kata En Mahfuz memulakan perbualan selepas dia menutup skrin monitornya.

“Iye En Mahfuz. Minggu depan,” sahutku.

“Kenapa?” tanya En Mahfuz lagi.

“Saya nak bawa anak dan isteri saya bercuti,” kataku.

“Kat mana?” tanya En Mahfuz lagi.

“Dalam Malaysia je, saja nak jalan-jalan,” sahutku.

“Kalau setakat dalam Malaysia, tiga hari pun dah ok. Kenapa nak ambil sampai seminggu?” tanya En Mahfuz lagi, memulakan kekeluan lidah aku macam yang sebelum ni.

“Saya nak bawa mereka bercuti En Mahfuz. Taknak terkejar-kejar, saya nak bersama dengan mereka. Kita baru je selesaikan projek on-line kat syarikat Singapura tu. Seminggu saya tidur kat office masa tu En Mahfuz. Lagipun dah lama saya berjanji dengan mereka. Dua kali sebelum ni pun dah batal sebab system down. Kali ni kalau boleh saya taknak batalkan lagi,” kataku panjang lebar.

“Kalau system ada problem lagi macammana?” tanya En Mahfuz, soalan yang sering menjerat aku.

“Major problem takkan ada En Mahfuz, In Shaa Allah. Kalau ada pun, minor problem je. Saya dah ajar serba sikit kat Ms Chong dan Saiful, mereka pun dah tahu nak fix problem kecil macam tu,” kataku, aku nekad nak cuti.

Office aku ni bos baik, fasiliti ok, kebajikan staff terjaga, segalanya baik, cuma masalah nya ini la, susah sangat nak cuti. Mana taknya seorang jaga satu bahagian. Seorang tu dibantu oleh seorang kerani. Aku programmer, aku jaga bahagian IT. Saiful pembantu aku, dia pun dah pandai. Tapi En Mahfuz ni takut sangat nak harap kat kerani pembantu, sebab dia terlalu bergantung kepada pekerja senior. Padahal ramai je kerani pembantu yang pandai.

Office kami ni kecil, staff ada 5 orang je. Kami buat bisnes untuk mendaftarkan trade mark produk dari luar negara untuk pasaran dalam Malaysia. Macam watak kartun Doraemon, Avatar semua tu la, nak masuk tayangan dalam Malaysia, kena la daftar dulu. Kami pun ada supply program komputer untuk syarikat-syarikat kecil yang baru nak membangun. Kat sini akulah orang utama yang pakar sikit dalam bidang programming ni. En Mahfuz tu pandai bisnes, pandai cari klien, tapi dia tak berapa pandai dengan tugas-tugas programmer.

Ramai je staff lain boleh gantikan aku, tapi En Mahfuz ni takut sangat kalau terjadi apa-apa nanti, takde staff yang arif. Sebab dulu dia pernah kehilangan satu klien besar sebab programmer lama kemalangan masa tu. Aku belum kerja kat office ni lagi masa tu. Kebetulan, benda nak jadi. Masa tu la, system syarikat tu kena hack, panggil syarikat kami sebab kami yang bangunkan program tu untuk mereka. Sebab programmer yang arif tu kemalangan, takde orang boleh stop hacker tu. Banyak juga maklumat yang bocor. Dan marah punya pasal, klien tu putuskan semua tender dengan kami.

Lepas programmer lama berhenti kerja, aku pula masuk kerja kat sini gantikan dia. Sebab tu En Mahfuz takut sangat kalau aku takde kat office untuk satu tempoh yang lama.

“Baiklah, saya luluskan cuti kamu,” kata En Mahfuz, memecah keheningan yang seketika. Wah, cerah mata aku. Rasa nak pergi cium En Mahfuz punyalah seronok.

“Terima kasih En Mahfuz, terima kasih!” kataku dengan gembira sekali.

“Tak boleh selalu tau,” kata En Mahfuz sambil pandang aku.

“Iye En Mahfuz, saya faham,” sahutku kegirangan.

“Saya keluar dulu En Mahfuz,” kataku meminta izin keluar dari biliknya segera. Nanti tunggu lama-lama takut En Mahfuz bertukar fikiran pula.

Aku melangkah perlahan ke pintu. Masa nak buka pintu tu, En Mahfuz panggil aku. Aduh! Aku dah cuak, dah bertukar fikiran ke pun? Baru empat langkah je aku dari meja dia tadi.

“Nanti jumpa Caron, ambil elaun percutian,” kata En Mahfuz tanpa pandang aku sebab matanya dah pandang skrin komputer dia.

“Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi En Mahfuz,” kataku gembira. Aku tak minta elaun pun, aku cuma minta cuti, tiba-tiba dapat elaun sekali, tak melompat ke aku? Yes! Sebaik tutup pintu bilik bos, aku melompat tinggi bersorak keriangan sampai staff lain pandang aku sambil kerutkan dahi.

“Behave Azam,” suara En Mahfuz kat public intercom berbunyi lagi. Aku tutup mulut dan macam baru sedar diri. Lalu aku beredar ke tempat aku. Staff lain dok gelakkan aku. Ahh… Biarlah, asalkan aku dah dapat apa yang aku nak.

Aku ambil handphone, message Zurina, isteri aku, aku beritahu dia bahawa cuti aku diluluskan. Aku suruh dia yang uruskan bahagian tempahan chalet ke homestay ke ikut suka dia la. Memang selalu pun dia yang uruskan semua tu, aku mana ada masa. Aku ikut je apa yang dia rancang. Dan dia memang pandai bab ni semua. Tempahan chalet, pengurusan anak-anak aku yang tiga orang tu, makan minum kami, pengangkutan. Dia memang mudahkan kerja aku, yang susah cuma bab aku nak dapat cuti je.

Sampai hari yang dijanjikan, Zurina dan tiga anak aku dah bersiap. Teruja sungguh mereka. Sebab kali ini mereka pun terfikir akan batal macam sebelum ni juga, tapi bila kali ni aku tak batalkan percutian ni, seronok sangat mereka.

“Kita sewa chalet ke?” tanyaku masa Zurina bagi aku alamat tempat yang kami nak pergi tu.

“Chalet semua penuh. Sebab kita lambat booking. Yang ada kosong ini je, homestay. Tapi dekat dengan laut juga. Kedai makan pun dekat. Tiga bilik, dua bilik air. Ok sangat, dua malam cuma RM300 je.” Kata Zurina memaklumkan aku. Aku angguk kepala je.
“Nanti dekat nak sampai kawasan homestay tu, En Omar ni suruh kita singgah kat pintu gerbang sebelum masuk kawasan tu. Dia nak bagi kunci. Dia ada urusan nak keluar kawasan hari ni. Dia tunggu kita sampai je, lepas bagi kunci dia terus nak gerak ke Grik,” Zurina beritahu aku. Dan aku angguk juga.

Setengah jam yang pertama, riuhlah dalam kereta. Lepas tu semua dah lena. Anak-anak aku menyanyi gembira sangat. Aku biarkan saja, aku tahu mereka seronok. Aku jarang bersama dengan anak-anak aku. Selalunya masa aku balik kerja, mereka sibuk dengan kerja sekolah. Aku penat, lepas aku makan, aku terus ke bilik aku dan tidur. Takde masa untuk mereka. Mujur Zurina seorang cikgu, dia mengajar sesi pagi saja. Anak pertama dan kedua aku bersekolah sama dengan tempat Zurina mengajar. Manakala anak bongsu aku baru tadika. Jadi, semua tu Zurina yang uruskan.

Bukanlah aku lepas tangan, dah kerja aku memang macam ni, takde masa untuk hal lain. Kadang tu kesian juga biarkan Zurina uruskan semuanya sendirian, tapi mujurlah dia seorang yang memahami. Biarlah apa orang nak kata. Sebab tu percutian kali ni aku betul-betul nak luangkan masa dengan Zurina dan anak-anak aku.

Sampai kat pintu gerbang nak masuk ke kawasan homestay tu, ada satu perhentian bas kecil kat situ. Aku berhentikan MPV, freekan gear dan tarik hand brake. Anak-anak masih lena kat tempat duduk belakang. Aku keluar dengan Zurina, kami mendapatkan seorang lelaki dalam usian 50-an yang sedang menunggu di perhentian bas kecil tu.

“Pakcik Omar kan?” tanya Zurina kepada lelaki itu.

“Ya, saya. Anak ni Zurina? Yang nak sewa homestay pakcik tu kan?” tanya lelaki itu lagi.

“Ya, saya. Ini suami saya, Azam,” kata memperkenalkan aku kepada Pakcik Omar. Aku bersalaman dengannya.

“Ini kunci rumah. Rumah nombor 9. Sini semua homestay yang dimiliki oleh penduduk asal kampung ni. Kami beli seorang sebuah dan buat bisnes homestay. Tanahnya luas, sebab tu jarak antara setiap satu homestay tu berjauhan. Kat sebelah belakang rumah, lebih kurang sepuluh minit berjalan, ada kawasan air terjun.” Kata Pakcik Omar menerangkan. Aku angguk kepala je.

“Pakcik minta maaf sangat sebab tak dapat tunjukkan semuanya kat kamu. Sebab pakcik ada urusan penting kat kampung hari ini. Sepatutnya awal pagi tadi pakcik dah bertolak tapi sebab dah janji nak tunggu kamu ni, pakcik lengahkan masa sikit. Perkakasan dalam rumah semuanya pakcik dah sediakan semalam. Kamu gunalah. Kalau nak cari kedai makan, kena keluar dari kawasan ni. Kat tepi kawasan air terjun tu banyak kedai makan, tapi mereka berniaga di siang hari je.” Kata Pakcik Omar sambil menghulurkan sejambak kunci kepada aku.

“Terima kasih Pakcik.” Kataku ringkas.

“Pakcik gerak dulu ye. Kalau ada apa-apa, telefon pakcik. Nanti pakcik minta tolong kat pemilik homestay lain untuk tengokkan,” kata Pakcik Omar lagi.

“Baiklah pakcik.” Sahut Zurina.

Pakcik Omar melangkah ke arah kereta proton saganya yang diletakkan di sebelah perhentian bas tu. Ada seorang perempuan kat dalam kereta tu, pandang je kami dari dalam kereta. Isteri Pakcik Omar kot.

Aku mengajak Zurina untuk meneruskan perjalanan kami. Kami masuk ke dalam kereta. Azrul, anak sulung kami yang berusia 11 tahun dah terjaga dari lenanya. Azura anak nombor dua aku yang berusia 8 tahun dan anak bongsu aku Azim yang berusia 5 tahun masih lagi terlentuk lena.

Kami teruskan perjalanan. Aku pandu perlahan sebab dah masuk kawasan kampung. Kiri kanan penuh dengan pokok getah. Betul-betul suasana kampung. Lebih kurang lima belas minit aku memandu, kami dah masuk ke kawasan yang agak cantik. Penuh dengan pohon rendang dan kelihatan beberapa homestay tanpa pagar tapi kawasan setiap satu homestay tu agak berjauhan.

Dikeliling setiap homestay dipenuhi dengan pokok bunga dan pokok kayu kampung, ada pokok rambutan, ciku dan beberapa pokok lain. Nampaknya seperti kawasan itu ada yang menjaga. Dan untuk bayaran RM150 semalam, aku agak berpuas hati. Tapi takpe, kita kena tengok kat dalam homestay dulu.

Aku pandu perlahan, mencari homestay bernombor 9. Tak jauh sangat, kami jumpa dah homestay untuk kam menginap selama tiga hari dua malam ni. Aku terus masuk ke halaman homestay kami. Rumahnya cantik, kemas dan sedap mata memandang.

Aku matikan enjin kereta dan keluar dari kereta. Zurina pula kejutkan Azura dan Azim. Aku berjalan mengeliling kawasan rumah itu. Kat bahagian belakang rumah ada hutan tapi nampak seperti hutan yang berjaga. Ada laluan munkin untuk mereka yang nak berjalan dan menikmati keindahan hutan. Bak kata Pakcik Omar tadi, berjalan ke belakang akan jumpa kawasan air terjun. Mungkin inilah laluannya.

Aku kembali ke hadapan rumah bila aku dengar Azrul memanggil aku.

Aku keluarkan kunci dan buka pintu rumah tersebut. Aku masuk dan cari suis lampu. Cantik, kemas dan selesa. Lengkap dengan peralatan rumah. Sofa, tv, peti sejuk, meja makan, setiap bilik ada katil queen. Aku terus baring kat katil, penat aku memandu tak habis lagi.

Zurina dah mula mengemaskan pakaian anak-anak kami. Anak-anak aku dah mula pasang tv. Pandai je mereka cari remote.

Masa aku hampir terlena, Azura datang kat aku. “Ayah, Zura lapar,” katanya.

-Bersambung-

One thought on “SIAPA TU AYAH?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s