BLOGGER ITU ADIK AKU 2.0

Bab 9

Malam tu, lepas solat isya’, aku whatsapp Ikram. Aku tak berani dah nak tanya kat group.

“Ikram, korang semua ok ke? Kenapa diam je? Dan siapa yang hantar audio tu? Takkan Hadi kot walaupun itu telefon dia,” kataku.

Satu tick.

Aku whatsapp Shahrul, ayat yang sama.

Satu tick.

Aku whatsapp Izat, ayat yang sama, juga satu tick.

Dah kenapa mereka semua ni off data masing-masing? Ke handphone aku yang problem? Atau data internet aku dah habis?

Aku test hantar whatsapp kat kakak aku. “Hai Kak, Kau apa khabar?” Satu tick, dua tick, blue tick.

“Kau dah kenapa Rashid? Kepala tak ok lagi ke? Nak aku ketuk lagi?” kakak aku balas. Garang sungguh la kakak aku yang seketul ni. Macammana la dia mengajar murid kat sekolah. Aku tergelak sendiri kat dalam bilik aku.

Maknanya telefon aku ok, data aku masih ada. Habis tu, kenapa mereka semua off data? Ok, takpe, aku cuba call Izat.

Tiga deringan, Izat jawab.

“Kau jangan call aku Rashid,” kata Izat.

“Kenapa pulak ni? Aku ada buat salah ke?” tanyaku terpinga-pinga.

“Blog tu berangkai. Kami semua kena kacau,” kata Izat dan dia terus putuskan talian.

Aku terdiam. Mereka semua kena kacau? Kenapa pula? Mereka tak baca blog tu pun.

Aku cuba call Haziq, tak jawab. Zaidi, pun tak jawab. Amirul, langsung takde deringan.

Tengah aku berfikir tu, tiba-tiba telefon aku berbunyi. Aku tengok kat skrin telefon aku, Hadi! Nak jawab ke tak? Nak jawab ke tak? Jawab, entah-entah bukan dia. Tak jawab, entah-entah itu dia. Aku pun memang perlukan seseorang untuk bantu aku selesaikan masalah makhluk dari blog tu.

Maka, aku jawab call tu. “Hello.” Tiada suara, hanya bunyi angin.

“Hadi, kau ke tu? Dengar cerita kau masuk wad. Aku nak jumpa kau,” kataku. Tiada sahutan.

“Hadi?” panggilku lagi. Dan aku dengar bunyi orang ketawa dengan suara perlahan.

“Hadi, kau jangan main-main lagi. Kita dalam masalah serius ni. Aku nak pergi jumpa Ikhwan, adik Aqil,” kataku.

“Kirim salam pada dia,” ada suara garau di hujung talian dan kemudian aku rasa telinga aku ditiup perlahan. Aku terus letak telefon. Meremang bulu roma aku.

Aku buka komputer aku. Aku buka email yang Hadi forward kat aku, yang aku belum baca.

Email 1 : “Tahniah! Anda telah membebaskan tiga Makluk Tak Terlihat secara rasmi dan tiga puluh tiga Makhluk Tak Terlihat secara tak rasmi sebagai penalti kerana tidak membaca cerita pada malam yang berturut-turut.”

Email 2 : Anda mahu membaca cerita seterusnya?

Email 3 : Anda tidak memilih samada mahu atau tidak membaca cerita berikutnya, maka, tiga lagi Makhluk Tak Terlihat akan dibebaskan.

Ok, aku tutup email. Aku surrender! Dan tiba-tiba ayah aku buka pintu bilik aku membuatkan aku melompat terkejut.

“Kau masih baca blog tu ke Rashid?” tanya ayah aku.

“Rashid baca email yang Hadi forward kat Rashid. Mungkin ada klu di sana,” kataku.

“Dapat klunya?” tanya ayah aku.

“Rashid tak boleh baca lagi, makin teruk je emailnya,” kataku.

“Hadi dah dihantar ke wad psikatrik. Dia meracau tak tentu hala sampai doktor terpaksa bagi ubat penenang,” kata ayah aku beritahu. Aku tersentak.

“Dan beberapa orang kawan kamu yang mengikut kita melawat Hadi kat rumahnya haritu, dah mula bersikap macam Hadi dulu. Duduk dalam bilik, tak keluar rumah, tak pergi kerja, tutup tingkap langsir semua.” Kata ayah aku dan lagi sekali aku tersentak.

“Patutlah Rashid cuba hubungi mereka, seorang pun tak jawab,” kataku.

“Apa kamu nak buat sekarang?” tanya ayah aku.

“Esok Rashid nak pergi ke rumah mak Aqil. Rashid nak jumpa Ikhwan.” Kataku.

“Kamu nak pergi dengan siapa?” tanya ayah aku.

“Dah semua kawan Rashid jadi macam tu, nak ajak siapa lagi. Pergi seorang je la.” Kataku.

“Kamu yakin kamu boleh selesaikan hal ni?” tanya ayah aku lagi.

“Rashid tak yakin boleh selesaikan, tapi Rashid yakin Ikhwan tahu sesuatu,” kataku.

“Bukan kau kata Ikhwan tu kurang upaya ke? Semua pun harapkan maknya,” kata ayahku lagi.

“Betul tu. Tapi Rashid tak boleh lupa cara dia pandang Rashid pada kali terakhir Rashid jumpa dia, masa kenduri tahlil Aqil dan isterinya,” kataku.

“Baiklah, ayah serahkan kat kamu. Kalau ada apa-apa yang ayah boleh tolong, beritahu ayah. Kesian ayah tengok Hadi tu. Macam makin melarat pula.” Kata ayahku.

Aku pandang ayah aku. Dulu masa aku jadi macam ni, bukan main ayah aku marah aku. Tapi bila anak orang lain kena, boleh kesian pula. Haish…

“Iye ayah, In Shaa Allah. Rashid akan usahakan,” kataku cuba memberi keyakinan kepada ayah walaupun aku sendiri tak begitu yakin sebenarnya.

Malam tu aku tidur lena, tiada gangguan. Sampai subuh. Lepas solat subuh, aku bersarapan dengan mak dan ayah aku. Kakak dan adik aku dah pergi sekolah awal subuh tadi.

Lepas bersarapan, aku terus start motor dan menunggang ke rumah mak Aqil. Kali ini aku tak ikut jalan belakang, aku takut nanti aku terserempak dengan Aqil lagi kat kawasan perkuburan tu. Aku ikut jalan depan macam yang Hadi tunjuk kat aku.

Sampai kat depan rumah mak Aqil, aku tengok rumah tu bertutup rapat. Aku turun dari motorsikal aku. Aku melangkah perlahan ke rumah mak Aqil. Aku bagi salam. Seketika kemudian pintu terbuka dan mak Aqil berdiri di muka pintu menjawab salam aku sambil tersenyum.

“Rashid rupanya. Apa khabar? Lama tak nampak,” kata mak Aqil, ramah sama macam dulu.

“Saya sihat makcik. Makcik apa khabar?” tanyaku pula.

“Makcik macam ni la, orang tua. Sakit pening sikit-sikit tu biasalah,” sahut mak Aqil.

Aku diam. Mataku melilau mencari kelibat Ikhwan.

“Kamu datang seorang je Rashid? Kenapa tak ajak Hadi sekali?” tanya mak Aqil sambil duduk di kerusi di ruang tamu. Aku masih berdiri di muka pintu.

“Kenapa tercegat kat situ, marilah masuk,” kata mak Aqil.

“Takpelah makcik, kita sembang kat luar je. Minta maaf sebab mengacau makcik pagi-pagi macam ni. Ikhwan mana?” tanyaku.

“Ikhwan ada kat dalam bilik dia. Makcik baru je siapkan dia. Tadi dia baring, dia tak berapa sihat dua tiga hari ni, demamnya on off,” kata mak Aqil.

“Boleh saya jumpa dia makcik?” tanyaku.

“Boleh je kalau dia tak tidur. Nanti sekejap makcik pergi tengok dia,” kata mak Aqil sambil melangkah ke bilik Ikhwan.

Seketika kemudian mak Aqil keluar dari bilik. “Masuklah Rashid, dia tak tidur. Cuma baring je. Biar makcik pergi ambilkan air,” kata mak Aqil sambil berlalu ke dapur.

Aku masuk ke dalam rumah dan terus melangkah ke bilik Ikhwan. Aku jenguk perlahan ke dalam bilik tu. Aku nampak Ikhwan terbaring di atas katil dan mengiring bila nampak aku masuk ke biliknya. Matanya masih memandang ke atas dan tangannya masih bengkok macam aku jumpa dulu. Mulutnya sentiasa ternganga dan air liurnya meleleh keluar dan meresap ke dalam tuala kecil yang mak Aqil letak di bawah dagunya.

“Hai Ikhwan. Apa khabar?” tanyaku sambil memegang tangan Ikhwan kerana dia seperti mahu menghulurkan salam.

Aku berdiri semula di biliknya, memandang ke sekeliling biliknya. Dari lantai, dinding, hingga ke siling. Tiada apa yang pelik, semua macam biasa. Aku berpusing sekejap kat dalam bilik tu, masih mencari-cari sehingga aku terasa ada sesuatu mengetuk kaki aku. Bila aku tunduk, aku nampak Ikhwan sedang memandang aku secara tepat, matanya memandang aku tepat. Mulutnya bertutup, tiada air liur yang mengalir.

Entah kenapa aku tiba-tiba rasa meremang bulu roma melihat keadaannya begitu. Ikhwan seperti berkata sesuatu tapi aku tak dapat mendengar sebab aku dah menjarakkan diri aku dengan dia. Ikhwan gamitkan tangannya ke arah aku. Terkejut aku melihat tangannya tak bengkok.

“Kenapa berdiri je Rashid? Kenapa tak duduk kat kerusi tu?” tanya mak Aqil tiba-tiba muncul dari dapur membuatkan aku terkejut dan rasa telinga aku macam dah panjang punyalah terkejut.

“Kamu ni dah kenapa Rashid? Macam nampak hantu,” kata mak Aqil sambil menuangkan air teh ke dalam cawan.

“Tak… Takde apa makcik. Terkejut sebab makcik tiba-tiba muncul,” kataku sambil memandang Ikhwan yang kembali seperti Ikhwan yang aku kenal.

“Takpelah makcik, saya datang ni saja nak tengok keadaan makcik dan Ikhwan. Sejak kenduri tahlil haritu, saya dan Hadi tak datang jenguk makcik kat sini,” kataku.

“Kot iye pun, minumlah dulu. Oh ye, Hadi mana?” tanya mak Aqil.

“Dia kerja makcik. Saya cuti seminggu ni. Tu yang saja jalan-jalan, terus sampai sini,” kataku sambil menghirup air the o yang mak Aqil hidang sambil mataku menjeling kat Ikhwan. Dalam kepala aku berfikir, kenapa tadi aku nampak Ikhwan dalam keadaan yang lain? Ikhwan ada dua watak ke? Atau betul kata doktor kat hospital tu bahawa kepala aku dan tak betul lepas terhentak kat katil haritu.

Lepas minum aku minta diri untuk balik. Aku cuba berlagak takde apa yang terjadi tadi. Aku hulurkan tangan dan bersalaman dengan Ikhwan. Masa salam dengan Ikhwan, aku dapat rasakan genggamannya kuat seperti taknak melepaskan. Hampir saja aku terjerit menahan sakit.

“Ikhwan, jangan buat macam tu kat Rashid.” Kata mak Aqil membuatkan aku pandang mak Aqil.

“Dia selalu buat macam tu ke makcik?” tanyaku.

“Ada masa dia bergurau juga, dia pernah pegang tangan makcik kuat-kuat lepas tu dia gelak. Itu cara dia bergurau. Doktor kata, dia boleh berfikir tapi fizikalnya dan derianya tak seperti orang biasa. Sebab tu jadi macam ni. Takpelah, dia tetap anak makcik. Makcik akan jaga dia selagi ada umur makcik,” kata mak Aqil dengan nada sedih.

Aku yang dengar pun rasa sedih tapi aku masih pegang tangan aku yang sakit akibat digenggam kuat oleh Ikhwan tadi. Sedih juga sebab aku tak dapat apa-apa klu dari Ikhwan hari ni. Aku balik nanti mesti ayah aku tanya apa aku dapat dari Ikhwan, entah la aku nak jawab apa. Takkan nak beritahu tangan aku sakit sebab digenggam oleh seorang lelaki kurang upaya. Sah la ayah aku kata aku dah mereng.

Selepas minta diri untuk pulang, aku pun start motorsikal aku terus menunggang ke stesen minyak nak isi minyak. Masa aku isi minyak kat tangki motor, tangan aku masih terasa sengal-sengal lagi. Nak angkat nozel minyak tu pun terasa sakit. Tapi aku bertahan la, sampai penuh tangki minyak aku. Lepas letak nozel kembali ke tempatnya, aku tengok tapak tangan aku, sakitnya sampai kebas.

Masa aku buka tapak tangan aku, aku perasan ada tulisan kat situ. Aku baca dengan teliti.

“No. 70, Jalan Mutiara, Serdang,”

Alamat siapa tu? Bila masa tertulis kat tangan aku? Siapa tulis? Aku mula terasa apa yang doktor hospital tu cakap adalah betul bahawa aku dah tak betul.

Tiba-tiba je aku teringat kat Ikhwan, terbayang pula mukanya yang memandang aku seperti lelaki normal tadi. Dan bila dia menggenggam tangan aku dengan kuat.

Aku tengok jam, pukul 12 tengahari. Tak jauh alamat tu, aku nak pergi. Mana tahu, firasat aku betul. Aku start motor dan terus menunggang ke alamat yang tertulis kat tangan aku walaupun aku tak tahu siapa yang tulis. Demi masa seminggu yang aku minta dari ayah aku, aku kena selesaikan perkara ni. Tak selesai pun takpe, asalkan aku dah usaha.

– Bersambung –

One thought on “BLOGGER ITU ADIK AKU 2.0

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s