BLOGGER ITU ADIK AKU 2.0

Bab 7

“Encik, tolong duduk semula di atas katil encik. Saya nak tukar botol air,” kata nurse tu lagi. Aku pandang dia dari atas ke bawah dari bawah ke atas.

“Encik ni dah kenapa pandang saya macam tu? Cepatlah, saya nak tukar botol orang lain pula,” kata nurse tu dengan nada yang agak keras, marah kot sebab aku tengok dia macam tu.

Aku pun duduk kat atas katil aku. Aku hulurkan tangan aku yang berjarum tu kepada nurse tu. Aku tak pandang dah nurse tu, aku takut tiba-tiba dia bertukar rupa pula.

Sebaik sahaja tugasnya selesai, ketika nurse tu nak melangkah pergi, dia cakap, “Saudara encik ke tu? Bolehlah suruh dia balik dulu, sebab kecederaan encik tak teruk. Tak perlu tunggu.”

“Saudara? Mana?” tanyaku. Nurse itu memuncungkan bibirnya ke arah luar tingkap di sebelah aku. Kat situ memang pihak hospital membenarkan ahli keluarga pesakit menunggu saudara yang ditahan di wad. Tapi untuk kecederaan yang serius, bagi pesakit yang tak boleh menguruskan diri mereka sahaja. Aku pandang ke arah yang dia tunjukkan tu, tiada siapa. Aku pusing balik kat nurse tu, takde pula dia. Takkan cepat sangat dia jalan, aku kat katil hujung kot, dia perlu lalu empat lagi katil lain sebelum dia belok ke lorong lain. Aku jenguk kiri kanan, tak nampak sesiapa.

Ahhh… Lantak dia la. Tapi memang botol air aku dah tukar baru. Maknanya nurse tadi betul la tu. Aku tampar pipi aku dua tiga kali, sakit. Maknanya aku tak mimpi. Aku ketuk kepala aku, mana tahu otak aku dah tak betul. Semua orang aku rasa macam hantu.

Handphone aku vibrate lagi. Cepat-cepat aku capai handphone aku dari dalam laci. Aku buka, jam pukul 12 malam. Aku tengok whatsapp, aku ingat Hadi whatsapp aku, rupanya group whatsapp kawan-kawan aku.

“Weh, korang tahu tak, Hadi masuk wad?” Shahrul bertanya.

“Kenapa? Setahu aku, Rashid je masuk wad,” sahut Izat.

“Dia terjun dari dari bumbung rumah dia. Rumah dia kat dua tingkat, tambah bumbung, tinggi la,” kata Shahrul.

“Laaa…. Kenapa pula?” tanya Zaidi.

“Kalau nak bunuh diri, takkan boleh mati setakat rumah dua tingkat tu,” kata Ikram.

“ Hish kau ni Ikram, tak baik cakap macam tu. Dia ada masalah kot,” sahut Haziq.

“Bukan aku suka-suka nak cakap macam tu, malam lepas kita pergi jumpa dia tu, dia ada message aku. Katanya dia dah tak tahan, benda tu terus memaut kat kaki dia, kadang-kadang melingkar kat leher dia. Dan bukan satu je, banyak benda lain lagi kat dalam bilik dia, rumah dia. Dia ke dapur ada nenek tua duduk kat atas peti ais, dia masuk bilik air, ada langsuir bertenggek kat paip semburan mandi, dia nak tidur, kat atas katil dia ada makkluk berbulu macam siamang katanya,” sahut Ikram.

“Ya Allah, makin teruk keadaan dia,” kata Zaidi.

“Aku suruh dia istighfar, aku suruh dia baca Al Quran. Duduk kat tempat yang ramai orang, jangan duduk sendirian,” kata Ikram.

“Lepas tu dia cakap apa?” tanya Shahrul.

“Dia gelakkan aku. Dia hantar voice message. Aku forwardkan kat korang, sekejap,” kata Ikram.

Kami masing-masing menunggu Ikram hantar voice message tu. Sebaik sahaja voice message tu masuk ke dalam group, kami cepat-cepat buka.

“Kau ingat aku tak tahu solat? Aku lebih pandai dari kau. Hahahahahaah….. Jangan sampai aku cari kau,” bunyi dari voice message tu.

Kami masing-masing terdiam. Tiada yang berani bersuara. Voice message itu mampun meremangkan bulu roma kami.

“Itu macam bukan suara Hadi je,” kata Izat.

“Kan? Aku pun rasa macam tu,” sahut Haziq.

“Habis tu, siapa pula yang pandai record audio dan hantar voice message kat aku macam tu. Itu terang-terang telefon Hadi kot,” kata Ikram.

“Kenapa aku tiba-tiba je rasa macam ada benda dah ikat kita sekali ni. Macam dia akan cari kita sebab kita dah datang jumpa Hadi haritu,” kata Irwan.

“Aku pun ada rasa macam tu,” sahut Zaidi.

“Hish korang ni, takkanlah. Itu hal Hadi, dia yang baca blog tu. Kita tak buat apapun,” kata Izat.

“Tapi korang tau tak, benda tu kacau aku juga,” sahutku tiba-tiba selepas habis membaca perbualan mereka.

“Hah! Benda tu cari kau juga? Macammana pula?” tanya Ikram.

“Mungkin sebab kau dah pernah baca blog tu kot,” sahut Shahrul.

“Tak, sebab Hadi dah forward email dari blog tu kepada aku dan aku Cuma baca cerita dari blog yang Hadi forward tu, bukan aku join blog tu,” sahutku.

“Pulak. Habis tu, kau kena selesaikan jugalah baru semua benda tu pergi? Kau jatuh pagi tadi, sebab benda tu ke?” tanya Zaidi.

“Aku jatuh sebab aku pening. Tapi benda tu memang kacau aku pulak lepas aku baca cerita tu,” sahutku.

“Kau nak kata blog ni berangkai? Dia akan cari orang lain yang baca cerita dia juga walaupun hanya forward message sahaja?” tanya Ikram.

“Mungkinlah,” sahutku.

“Jadi, voice message yang Hadi forward kat aku, lepas tu aku forward kat korang tu. Macammana? Berangkai juga ke?” tiba-tiba Ikram bertanya.

Semua terdiam.

“Eh, takkanlah. Dahlah, jauh malam dah ni. Aku nak tidur,” kata Izat.

“Aku pun sama, selamat malam. Esok aku nak kerja,” sahut Haziq pula.

Dan akhirnya semua berhenti berbual.

“Encik tak tidur lagi?” nyaris tercampak handphone aku bila tiba-tiba seorang doktor berdiri kat bahagian kaki katil aku.

Aku terus letak handphone aku kat dalam laci.

“Kena tidur awal, baru penyakit boleh sembuh,” kata doktor tu.

“Saya boleh balik dah kan doktor? Tak serius pun kecederaan saya ni,” kataku.

“Kamu boleh balik lepas saya tandatangan surat pelepasan. Buat masa ni, kamu perlu tidur. Jangan risau, ramai yang menjaga kamu di sini,” kata doktor tu. Aku tak dapat lihat dengan jelas doktor tu, sebab lampu tak pasang. Aku Cuma nampak dia berpakaian putih macam doktor tu je. Pelik juga aku doktor tu tak pasang lampu datang kat aku.

“Waktu malam nurse tak ramai, tiga orang je doktor. Nak jaga berpuluh orang kat sini,” kataku cuba nak bergurau.

“Nurse ada tiga, tapi yang lain yang kamu tak nampak, akan jaga kamu. Mereka ada di tepi, di bawah, di atas, di mana-mana saja.” Kata doktor itu lagi.

“Hish doktor ni, pandai buat lawak pulak,” kataku sambil ketawa perlahan.

“Tu kat katil nombor 5B tu, kenapa masih bercakap tu. Tidur!” aku dengar suara nurse yang tukar botol air aku tadi melaungkan nombor katil aku. Aku toleh ke kanan, aku nampak nurse tu sedang berdiri di satu lagi katil kat hujung sana sambil melihat ke arah aku.

Buta ke nurse ni, aku sembang dengan doktor ni, dah kenapa dia kata aku cakap seorang diri.

Aku toleh semua kepada doktor tadi. Doktor tu sedang berjalan meninggalkan aku, pergi ke katil lain pula. Dari belakang aku nampak doktor tu jalan terjengkot-jengkot. Tiba-tiba je bulu roma aku meremang. Aku baring, masuk bawah selimut, aku pejam mata dan aku terlena.

Aku terjaga bila ada seseorang tepuk kaki aku. Aku buka mata, aku pandang keliling, tiada siapa. Aku ambil telefon aku, tengok jam pukul 3.30 pagi. Aku rasa nak buang air kecil. Air yang dimasukkan dalam tangan aku buatkan aku asyik nak terkencing.

Aku bangun perlahan-lahan, bergerak ke tandas. Ada dua orang nurse sedang menulis di kaunter jururawat sana. Seorang lagi nurse tiada di situ. Mereka pandang aku. Aku tak pandang mereka. Takut aku, nanti elok aku tengok lawa, tiba-tiba bertukar rupa jadi macam apa pula.

Ada lima tandas kat dalam tu. Tapi semua pun bertutup, dan ada bunyi air di dalamnya, bermakna ada orang kat dalam tu. Aku dah la tak tahan ni, jalan pun terkepit-kepit dah ni.

Aku tunggu kat sinki. Aku pandang cermin. Dari cermin tu aku nampak ada benda hitam kat atas siling. Benda tu bergerak-gerak. Mula-mula kecil je, lama-lama makin besar dan akhirnya menyerupai seekor monyet besar. Monyet tu merangkak secara terbalik di atas siling. Aku gosok mata aku, nak pastikan aku tak salah tengok. Bila aku buka balik mata, takde pun monyet kat siling tu. Maknanya mata aku dah salah tengok.

“Tengok apa?” tanya seseorang kat tepi aku. Terkejut aku, bila pula mamat di keluar dari toilet dan berdiri kat tepi aku.

“Takde apa.” Sahutku. Aku tengok ke arah semua tandas, aku tengok semua masih bertutup. Eh, mamat ni tadi keluar dari tandas yang mana?

“Kenapa tak masuk lagi tandas tu? Tunggu siapa?” tanya lelaki kat sebelah aku yang sedang basuh tangan tu.

“Semua pun ada orang. Pintu bertutup tu. Tadi abang guna tandas mana?” tanyaku.

“Tu, nombor 3. Tapi semua tandas pun takde orang. Masuk je la mana-mana,” katanya sambil melangkah nak keluar dari pintu tandas utama, meninggalkan aku yang masih tercari-cari pintu mana yang takde orang.

Aku dah tak tahan ni. Aku berjalan ke arah tandas nombor 3, aku tolak pintunya perlahan. Takde sesiapa. Tapi tadi memang sah aku dengar bunyi air. Takpelah, sebab aku dah tak tahan, aku masuk juga tunaikan hajat aku. Sebaik aku selesai, aku dengar bunyi ketawa dari tandas sebelah.

Aku taknak peduli siapa pun yang yang ketawa kat situ dah, aku cepat-cepat tarik pintu tandas, aku nak keluar. Tapi pintu tu tak boleh buka, macam ada yang menyekat di luar. Aduh, apa pulak kali ni?

Bunyi ketawa tadi berhenti. Tapi tak lama, terdengar pula bunyi orang menangis di tandas sebelah lagi. Sedih sangat bunyinya. Pernah dengar lelaki menangis? Jarang kan? Tapi kali ni memang bunyi lelaki menangis teresak-esak. Aku cuba tarik pintu tandas, tak boleh juga.

Aku perasan ada sesuatu yang bergerak di atas dinding tandas ku. Dinding tandas tu tak ditutup hingga ke atas, bermakna orang dari tandas sebelah boleh masuk ke tandas lain hanya dengan memanjat dinding. Aku dongakkan kepala aku, aku nampak tangan seseorang dari tandas sebelah. Berderau darah aku.

Dan aku nampak dia seolah nak memanjat dan melihat aku di tandas sini. Aku nampak dua tangan, aku nampak kepalanya seperti sedang berusaha nak panjat dinding tu. Dan bila aku nampak rupanya, aku dah tak tentu hala. Seorang lelaki dengan gigi taring, muka pucat macam vempire tu, matanya putih, rambutnya hitam. Dia bertenggek kat atas dinding antara dua tandas tu, merenung aku. Lepas tu dia ketawa.

Aku tak mampu lagi. Aku tarik pintu tandas dan aku jerit sekuat hati aku. Hilang dah rasa malu aku. Lantaklah siapapun yang dengar aku menjerit.

Dan tiba-tiba pintu terbuka. Seorang nurse berdiri di situ dan memandang aku dengan wajah pelik. “Kenapa encik?” tanyanya.

“Pintu tak boleh buka,” sahutku sambil melangkah keluar dengan laju dan matanya sesekali memandang ke arah atas dinding pembahagi tandas. Tiada siapa di situ.

“Kenapa pula tak boleh buka?” tanya nurse tu sambil membelek pintu tandas.

“Manalah saya tahu,” sahutku rasa macam nak marah pulak. Iyelah, mana aku tahu kenapa pintu tu tak boleh buka. Ini bukan rumah aku.

“Tadi encik tolak atau tarik pintu ni,” tanya nurse tu lagi. Eh eh, banyak tanya lak. Dah la kaki aku menggeletar tak habis lagi ni. Mata aku melilau tengok keliling.

“Tarik la. Pintu kat kena tarik baru la terbuka,” sahutku sambil melangkah nak keluar dari tandas tu.

“Patutlah, pintu ni sepatutnya ditolak keluar,” kata nurse tu sambil mengikut langkah aku. Aku diam je. Malu pun ada, dah sendiri yang salah tarik pintu, lepas tu nak marahkan nurse tu pulak.

“Kat sini memang ada banyak hantu ke?” kataku sambil melangkah terus bertanyakan nurse yang sedang mengikut di belakang aku.

“Hantu?” tanyanya.

“Iyelah hantu. Hantu tau tak?” tanyaku lagi. Entah kenapa aku rasa nak marah je.

“Tahulah hantu. Tapi hantu ni selalunya tak tunjuk diri dia.” Sahut nurse tu.

“Dia tak tunjuk diri dia pun, tapi saya boleh nampak,” kataku lagi.

“Macam saya sekarang ni la kan?” kata nurse tu lagi dan membuatkan aku berhenti melangkah dan menoleh ke belakang, ke arah nurse tadi, tiada siapa di situ.

“Nurse, ooo nurse,” panggilku.

“Iye encik,” seorang nurse dari kaunter jururawat datang ke arahku.

“Tadi ada seorang nurse datang sini kan?” tanyaku.

“Takde, kami tiga orang ada kat kaunter tu,” sahutnya.

“Habis tu yang datang tolong saya buka pintu tadi siapa?” tanyaku.

“Ha?” tanya nurse tu lagi dengan wajah blur.

“Ah, takpelah.” Kataku sambil melangkah terus ke katil aku. Dari jauh aku nampak ada seseorang berdiri kat katil aku.

Dah siapa pulak tu?

– Bersambung –

One thought on “BLOGGER ITU ADIK AKU 2.0

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s