HANTAR AKU BALIK

Bab 5

Lepas aku solat subuh, aku terus masuk ke kelas. Tak sempat dah aku nak ambil sarapan. Ada enam orang je kat dalam kelas. Murid perempuan ada dua orang je, Mirza dan Nisa. Murid lelaki ada empat orang je, yang lain kemana aku pun tak tahu. Kelas aku cuma ada 16 orang je. Kalau ada tujuh orang kat sini, maknanya 9 orang lagi kat mana? Dalam kelas aku tu, murid perempuan ada sembilan orang, kalau ada dua kat sini, maknanya tujuh lagi belum masuk. Atau yang tujuh orang lagi tu termasuk dalam murid yang terkena histeria tu.

“Mana yang lain? Tanyaku kepada Izam yang sedang duduk kat tempat dia, menongkat dagu dengan mata kuyu nak tidur. Izam angkat bahu, tak tahulah dia tak tahu atau dia malas nak layan aku.

Aku pandang ke arah Mirza. “Za, mana yang lain?” tanyaku dari tempat duduk aku.

“Semua dah kena histeria.” Sahutnya.

“Kenapa kau tak kena?” tanyaku selamba.

“Aku terjaga masa Ulin mula-mula terkena. Seram weh. Aku terus bangun, keluar dari dorm aku, terus pergi ke dorm 2B.  Aku tumpang kat sana sekejap. Kat tingkat dua takde yang kena. Sebab tu aku tak kena kot,” sahut Mirza.

“Pandai kau lari ye,” kataku lagi.

“Seram weh. Katil Ulin kan kat sebelah aku. Aku terjaga sebab terdengar bunyi orang bercakap sambil ketawa. Bila aku buka mata, aku nampak Ulin sedang duduk mengadap aku. Terkejutlah aku. Aku tanya dia buat apa. Katanya tengah tengok aku tidur. Nak tengok aku bernafas atau tak. Katanya dia nak kira berapa kali aku tarik nafas dalam masa seminit. Tak pelik ke?” kata Mirza.

“Ulin kan ambil aliran akaun? Apa hal pulak dia macam nak test subjek biologi tu?” tanyaku sambil tergelak kecil.

“Tu la pasal. Aku tanya dia balik, kau dah kenapa Ulin? Dia gelak. Lepas tu dia kata kat aku, kau rasa kalau seorang manusia berhenti bernafas dalam tempoh seminit, apa yang akan terjadi kat paru-paru orang tu? Aku tak jawab dia, rasa lain macam pulak. Aku pusing ke arah lain. Bila aku pusing ke sebelah kanan, aku nampak Husna pula. Rupanya sama macam Ulin. Fuh! Meremang bulu roma aku masa tu. Terus aku bangun dan lari keluar dari dorm. Lepas tu aku tak tahu apa jadi kat dorm tu. Tau-tau aku dengar suara menjerit mengilai je dari tingkat 3 blok tu,” kata Mirza menghabiskan ceritanya.

“Kau rasa mereka tu kenapa?” tanyaku lagi.

“Bukan kau tak percaya ke benda-benda macam ni Aiman? Kenapa banyak tanya pulak?” tanya Nisa yang dari tadi diam je mendengar perbualan aku dengan Mirza.

“Aku tanya je. Bukan sebab aku percaya pun.” Aku menyahut, masih berlagak mengatakan aku tak percaya semua itu.

“Kau pula kenapa tak kena Nisa?” tanya aku, cari pasal dengan Nisa pula.

“Semalam aku asma, aku tidur kat rumah ayah aku,” sahut Nisa. Nisa adalah anak kepada Cikgu Oden, salah seorang guru yang mengajar di sekolah aku. Cikgu Oden tinggal kat kuarters guru kat sebelah sekolah. Nisa memang selalu diserang asma. Bila dia diserang asma, dia akan pergi ke kuarters guru ayahnya.

Tak lama kemudian, Izzat masuk ke kelas. “Cikgu kata hari ni kelas dibatalkan.” Kata Izzat sambil berlalu meninggalkan kelas dan aku nampak dia berjalan ke dorm. Balik dorm nak tidur kot.

Aku pun bangun dan mengemas buku kat atas meja aku. Aku pun nak balik tidur. Semalam aku tak tidur, kalau tidur pun tak sampai setengah jam. Aku mengantuk.

Masa aku tengah susun barang,  aku terdengar suara seseorang memanggil nama aku. “Aiman!” aku toleh kiri kanan, melihat kawan-kawan aku yang berada di dalam kelas. Tapi tak nampak pun macam mereka sedang memangggil aku. Mirza dan Nisa sedang menulis. Izam dah terlentok kat meja. Lena kot. Haris, Adli dan Wan dah hilang entah ke mana.

Aku tunduk semula menyusun barang, aku dengar lagi nama aku dipanggil. Kali ni lebih kuat dan panjang.

“Aimaaannnn! Aimaaaannnnn!” berdiri bulu roma aku. Aku yakin itu suara perempuan. Cepat-cepat aku susun barang aku dan terus melangkah keluar kelas.

Baru je aku melangkah keluar, aku nampak susuk tubuh seseorang membelakangkanh aku. Aku memerhatikannya dari jauh. Aku rasa dia adalah perempuan yang sama minta aku carikan cincin perak ayahnya dulu. Dia ke yang panggil aku tadi? Aku melangkah perlahan-lahan menuju ke arah perempuan tu. Ketika aku hampir nak sampai dekat perempuan tu, tiba-tiba dia berpusing ke arah aku. Aku lihat kepalanya berlumuran darah, tangan kanannya terkulai seperti dah patah. Dan dia berjalan terjengkut-jengkut ke arah aku.

“Kenapa ni? Awak ok?” tanyaku menjauhkan diri sedikit daripadanya bila dia semakin dekat dengan aku.

“Mana barang aku?” tanyanya.

“Cincin tu?” tanyaku lagi.

“Bagi barang aku,” katanya lagi sambil terus melangkah ke arah aku dengan wajah yang agak marah. Mengikut teori biologi sains yang aku belajar, kalau orang dah cedera macam tu, mana boleh dia berjalan lagi. Tapi macammana dia ni boleh berjalan dalam keadaan begitu?

“Barang apa? Cincin tu la kan?” tanya aku lagi agak kabur perempuan tu sedang cakap pasal apa.

“Aku nak barang aku. Selagi kau simpan, aku akan kacau sekolah ni. Dan kau akan lihat perkara yang kau tak patut lihat,” kata perempuan itu lagi.

“Kalau kau nak cincin tu, ada kat dorm aku,” kataku sambil berundur dua tiga tapak setiap kali dia melangkah ke arah aku. Lain macam je aku tengok perempuan tu. Dan naik seram pula aku dengar ugutan dia.

“Kau tunggu kat sini, aku panggilkan cikgu,” kataku lagi.

“Aku nak barang aku!” katanya separuh menjerit dan dia tiba-tiba melompat ke arah aku membuatkan aku tergamam dan terjatuh.

“Aiman, kenapa ni?” tiba-tiba Ustazah Rotipah menegur aku bila melihat aku terjatuh kat situ. Aku pandang Ustazah Rotipah.

“Ustazah, murid ni cedera,” kataku sambil menuding jari ke arah perempuan tadi. Ustazah Rotipah memandang ke arah tempat yang aku tunjuk.

“Murid mana Aiman? Mana ada sesiapa kat situ. Kamu tu yang cedera. Tengok tangan kamu dah luka terkena batu masa jatuh tadi,” kata Ustazah Rotipah. Aku pandang tangan aku. Betullah, tangan aku luka. Aku pandang semula perempuan pelik tadi, dia berdiri kat belakang Ustazah Rotipah. Aku lihat dia macam lebih tinggi dari Ustazah Rotipah sedangkan perempuan tu taklah tinggi sangat aku rasa.

“Cikgu tak nampak dia? Dia ada kat belakang Ustazah,” kataku membuatkan Ustazah Rotipah menoleh memandang ke belakangnya.

“Mana ada sesiapa Aiman,” kata Ustazah Rotipah sambil memandang aku dengan wajah pelik.

Aku diam.

“Dah, Aiman, kamu ikut Ustazah. Jangan balik ke dorm,” kata Ustazah Rotipah masih memandang aku dengan wajah pelik.

Aku menurut. Tapi aku tak tahu samada aku yang ada masalah atau macammana. Sebab tiba-tiba je aku macam nampak banyak benda pelik kat dalam kawasan sekolah tu. Aku nampak perempuan berambut panjang kat pokok nangka atas bukit kat blok junior. Aku nampak orang tanpa kepala berdiri kat tepi bas sekolah kami. Aku gosok mata aku berkali-kali, tapi aku masih nampak mereka.

‘Itukah hantu? Siang-siang pun hantu boleh keluar ke?’ desis hati kecilku.

“Aiman. Kamu ok ke tak ni?” tanya Ustazah Rotipah yang masih ragu-ragu melihat aku.

“Ustazah, kenapa tiba-tiba saya nampak macam-macam benda pelik hari ni?” tanyaku dengan mata yang masih melilau melihat keliling.

“Kenapa? Kamu nampak apa?” tanya Ustazah Rotipah sambil memperlahankan langkahnya dan bersaing melangkah bersama aku. Aku rasa Ustazah Rotipah dalam perjalanan menuju ke padang kecil kat belakang blok Teratai. Kat sana rasanya beberapa orang murid yang terkena histeria tu sedang dimandikan.

“Kat atas pokok nangka sana saya nampak perempuan berkain putih dan rambut panjang, kat tepi bas tu saya nampak lelaki takde kepala. Kat tepi blok tu pun ada macam-macam. Semua macam pandang kita. Ustazah tak nampak?” tanyaku berjalan rapat dengan Ustazah Rotipah. Hilang dah malu aku.

“Hish kami ni Aiman. Kalau ye pun kamu nampak hantu, mana ada hantu siang-siang buta ni. Dah, jangan merepek. Jalan cepat. Jom kita jumpa Ustaz Ismail.

“Betul Ustazah. Kat bahu Ustazah tu pun macam ada sesuatu,” kataku lagi bila nampak macam ada anak kecil yang sedang bertenggek kat bahu Ustazah Rotipah.

Ustazah Rotipah berhenti melangkah. Dia terus menepis bahunya.

“Sudah Aiman! Jangan cakap apa-apa lagi. Cepat kita pergi jumpa Ustaz Ismail,” kata Ustazah Rotipah sambil memandang aku dengan marah. Aku terus diam. Aku cuma beritahu apa yang aku nampak. Aku bukannya sengaja.

Sampai kat kawasan padang kecil kat belakang Blok Teratai, Ustazah Rotipah melangkah laju ke arah Ustaz Salleh yang sedang membantu Ustazah Aini menjirus Dayah. Dayang orang terakhir yang dimandikan. Murid lain dah dibawa ke bilik mereka. Dengar cerita, mak ayah mereka dan dipanggil untuk membawa pulang anak mereka. ‘Seronoknya mereka boleh balik.’ Bisik hati kecilku.

Ustazah Rotipah bercakap sesuatu kepada Ustaz Salleh dan sesekali mereka berdua memandang aku dengan wajah serius. Tu mesti Ustazah Rotipah sedang mengadu kat Ustaz Salleh kata aku menyakat dia. Aku tersengih-sengih kat situ. Dah besar pun nak mengadu lagi.

Ustaz Salleh melangkah ke arah aku. “Aiman, kamu ok ke?” Ustaz Salleh tanya aku.

“Saya ok Ustaz. Cuma mengantuk, semalam tak cukup tidur. Boleh saya balik ke dorm?” tanyaku.

“Ustazah Rotipah kata kamu nampak macam-macam benda pelik, betul ke?” tanya Ustaz Salleh.

“Haah,” sahutku perlahan sambil matanya sedang melihat seorang perempuan berkelubung dengan kain hitam, sedang berdiri di tepi pagar sekolah, memerhatikan gelagat Ustazah Aini dan Ustazah Rotipah yang sedang membantu Dayah yang baru lepas mandi.

“Kamu berkhayal ke Aiman?” tanya Ustaz Salleh lagi.

“Tak la Ustaz. Saya memang nampak. Selama ni saya tak nampak benda ni semua. Pagi ni baru saya nampak,” kataku bersungguh. Risau juga aku bila Ustaz Salleh menuduh aku berkhayal.

“Mari ikut saya berjumpa dengan Ustaz Ismail,” kata Ustaz Salleh.

“Nak buat apa?” tanyaku. Aku memang tak berapa suka jumpa Ustaz Ismail sebab dia sangat serius. Nanti dia tanya apa-apa, aku takut nak jawab.

“Kalau tak salah, kenapa nak takut?” Tanya Ustaz Salleh lagi sambil memegang bahu aku. Aku diam, tiada pilihan lalu megikut langkah Ustaz Salleh ke bilik kaunseling.

Kat sana, aku nampak Ustaz Ismail, Ustaz Khairi, Cikgu Rohiman dan pengetua sedang berbincang. Mereka menggamit Ustaz Salleh bila nampak kami kat pintu bilik. Ustaz Salleh melangkah ke arah kumpulan mesyuarat tu tapi aku tak ikut. Sebab aku nampak satu lembaga hitam besar dan berbulu sedang berdiri kat belakang kerusi guru besar. Menggeletar lutut aku melihatnya.

“Kenapa bawa Aiman ke sini?” tanya Ustaz Ismail. Ustaz Salleh membisikkan sesuatu di telinga Ustaz Ismail, membuatkan Ustaz Ismail memandang aku. Dia kemudiannya melangkah ke arah aku.

“Kat sini, kamu ada nampak orang lain selain dari kami berempat?” tanya Ustaz Ismail tiba-tiba.

“Ada,” sahutku perlahan. Takut nak bertentang mata dengan Ustaz Ismail, yang selalu rotan aku sebab tak solat Jemaah subuh pada pagi minggu.

“Kat mana?” tanyanya lagi.

Aku menunjukkan ke arah lembaga hitam yang berdiri di belakang kerusi guru besar. Membuatkan pengetua cepat-cepat bangun dari kerusinya dan menoleh ke belakang.

– Bersambung –

One thought on “HANTAR AKU BALIK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s