Me Time

Bab 6

Aku belek gambar yang Amira post tu. Aku nampak wanita yang kat belakang Amira tu macam sedang tengok aku je. Meremang sungguh bulu roma ni. Aku campak handphone aku ke atas tilam. Aku bangun menuju ke tingkap semula. Aku selak langsir dan aku masih lihat tubuh-tubuh manusia yang berdiri di luar chalet tadi masih di sana dengan keadaan yang sama, berdiri dan tunduk tanpa bergerak. ‘Apa benda tu?’ aku bertanya kepada diriku sendiri.

Anjing terus-terusan melolong seolah berada di tepi dinding chalet aku ni je. Bersahut-sahutan. Tapi aku tak nampak seekor anjing pun.

Aku tutup semula langsir tingkap. Aku duduk di atas kerusi yang ada kat situ. Aku pandang ke arah Hana dan Fika yang sedang tidur. Entah kenapa aku rasa seram melihat mereka, terasa macam itu bukan kawan-kawan aku. Aku rasa macam nak lari balik rumah je sekarang ni.

Handphone aku asyik berbunyi je dari tadi. Aku ambil telefon aku. Aku buka. Ada message dari Aisyah. “Weh, korang kat mana? Aku tak nampak korang semua pun,”

Aku jawab cuba menduga, “Tadi bukan kau dengan Amira ke. Tu gambar kat atas kemain korang berselfi,”

Aisyah balas,” Mana ada aku dalam gambar tu. Aku nampak macam perempuan yang tumpang van kita semalam je,”

Ayat Aisyah membuatkan aku yakin dengan apa yang aku nampak.

“Amira?” aku panggil. Tiada sahutan, mungkin Amira tidur.

Tapi kalau Amira berada kat bilik dia, Aisyah pun kat bilik dia, tapi mereka tak berjumpa, adakah bermakna mereka berada di lain bilik? Tapi kami cuma tempah dua bilik je.

“Aisyah, kau kat mana?” tanyaku.

“Kat bilik aku la. Nisa dengan Mira takde. Tu Mira bergambar dari mana tu?” tanya Aisyah pula.

Aku makin keliru. Apa yang sedang terjadi? Aku bangun dari kerusi, melangkah ke arah Hana. Aku goyang kaki Hana. Aku goyang bahu Hana. “Hana, bangun,” panggilku. Tapi Hana tak menyahut malah tak bergerak pun.

Aku melangkah ke arah Fika. Aku goyangkan tubuh badannya juga dan panggil nama dia tapi dia tak bergerak juga. Aku dah mula rasa cuak dan was-was. Handphone aku berbunyi lagi. Aku ambil telefon aku. Aku buka message dari group.

“Weh korang kat mana? Kenapa semua orang takde kat bilik ni? Korang, aku takut. Jangan tinggal aku kat bilik sorang-sorang macam ni. Tempat ni pelik la,” message dari Hana!!! Bulat mata aku, kembali memandang ke arah Hana yang sedang tidur. Masih dalam kedudukan tadi.

Aku menggeletar. Seluruh tubuh aku terasa sejuk. Sekarang aku berada dengan siapa di dalam bilik tu?

Aku tutup group. Aku pm Hana. “Hana, kau kat mana?”

“Aku kat dalam bilik kita la, kau kat mana Lina?” tanya Hana.

“Aku pun kat dalam bilik kita. Aku nampak kau sedang tidur kat sini,” aku balas.

“Hah!! Tidur apa pulak? Aku kat sini ni ha, sorang-sorang, takde siapa kat sini,” sahut Hana.

“Aku rasa macam ada sesuatu yang dah kaburkan mata kita. Kita tak nampak kawan-kawan kita. Ada seseorang atau sesuatu yang nak kita rasa takut, yang nak kita rasa kita keseorangan kat sini,” sahutku.

“Apa kau cakap ni Lina? Cepatlah mari datang kat aku,” kata Hana.

“Kan aku dah kata, aku memang ada kat bilik kita ni, sejak dari kita sampai tadi lagi. Takde kemana pun,” sahutku.

“Aku pun tak keluar ke mana pun. Tapi kenapa aku tak nampak kau?” tanya Hana. Aku tak balas message Hana.

Aku terus message Amira. “Mira, kau tidur ke?”

“Aku tak boleh tidur. Aku takut dengar bunyi anjing kat luar chalet ni,” kata Amira.

“Nisa dengan Aisyah mana?” tanyaku lagi.

“Mereka dah tidur. Aku kejutkan diorang, tapi diorang tak bergerak langsung. Penat sangat kot, tu yang tidur mati,” sahut Amira.

“Tapi baru je kejap ni aku pm Aisyah, katanya dia tak tidur pun. Ada dalam bilik dia seorang diri. Kau dan Nisa takde dalam bilik,” kataku.

“Apa pulak takde, aku ada je kat sini. Aisyah tu tengah tidur, ada kat depan mata aku sekarang ni. Nak aku ambil gambar dia sedang tidur?” tanya Amira.

“Ehh, tak payah. Aku tak tahu nanti gambar apa pula yang keluar,” sahutku.

“Cuba kau message Nisa. Jangan message dalam group. Kau pm dia,” kataku.

“Kau ni dah kenapa Lina oii, suruh aku message orang yang tengah tidur?” tanya Amira lagi, pelik dengan cadangan aku.

“Takpe, kau cuba je dulu,” kata aku.

Sementara itu, aku pm Fika. “Fika?”

“Lina, kau kat mana? Kenapa tinggal aku sorang kat bilik? Hana pun takde,” Fika jawab. Aku makin menggeletar. Aku pandang tubuh Hana dan Fika yang masih di atas katil, tak bergerak langsung.

“Aku ada kat bilik kita ni ha. Aku tengok kau sedang tidur,” kata aku.

“Merepeklah kau ni. Aku ada je duduk tercokoh kat bilik ni sorang-sorang. Tak nampak kau dan Hana pun.” Kata Fika. Aku tak jawab.

Amira message aku.

“Lina, betullah kau kata. Aku message Nisa. Dia balas katanya dia berada dalam bilik seorang diri. Aku dan Aisyah takde kat dalam bilik sedangkan aku ada je kat bilik ni ha dan Aisyah dan Nisa ada tidur kat depan mata aku sekarang. Habis tu, kalau Nisa yang message dengan aku, siapa yang tidur kat sini?” tanya Amira. Dan aku tak jawab juga. Aku takut.

Aku berpeluh sejuk. Tak tahu nak minta tolong kat siapa. Takkan aku nak lari keluar dari chalet ni. Dah lah kat luar tu ada banyak susuk tubuh lagi yang aku tak tahu siapa. Semua pun tunduk tak bergerak macam patung. Aku tengok jam, pukul 3 pagi. Ya Allah, lambatnya lagi nak tunggu masuk waktu subuh. Lambatnya nak tunggu matahari naik. Aku nak balik, aku tak kira apa nak jadi pun jadilah, aku nak balik. Kalau mereka semua taknak balik, aku sanggup balik naik bas. Aku taknak pergi ke jeti ke, Pulau Tioman ke, tengok matahari naik ke, matahari terbenam ke, aku taknak dah semua tu. Aku nak balik. Muktamad!

Sedang aku berfikir-fikir tu, tiba-tiba pintu chalet aku diketuk. Kuat dan bertalu-talu. Aku melompat terkejut. Siapa pula yang ketuk pintu pukul 3 pagi ni? Nak buka ke taknak? Kalau buka, entah apa benda kat luar tu. Tapi kalau tak buka pun, entah apa benda yang ada kat dalam bilik ni.

Dalam terketar-ketar, aku call nombor Amira.

“Hello. Mira, kau kat mana?” aku tanya. Suaraku macam dah tak boleh keluar.

“Aku kat bilik ni. Aku takut. Aku takut sangat. Sekarang ni ada orang ketuk-ketuk tingkap chalet aku. Aku takut nak selak langsir pun,” aku dengan suara Amira seakan menangis.

“Aku pun sama. Ada orang ketuk pintu chalet ni. Aku tak tahu nak buka ke tak?” kata aku, juga dengan suara hampir menangis.

“Kita nak buat apa ni Lina? Tolonglah,” kata Amira.

“Aku tak tahu,” sahutku.

Sedang aku bercakap dengan Amira, ada call lain masuk. “Mira, aku letak telefon dulu. Nanti aku call kau balik,” kata aku dan terus letak call Amira untuk ambil call yang satu lagi.

“Hello?” kataku, tak sempat tengok nama pemanggil.

“Hello sayang. Awak ok ke kat sana?” suami aku atas talian. Pukul 3 pagi dia telefon aku?

“Macammana abang boleh call saya time ni?” tanyaku.

“Abang tak boleh tidur. Tadi mimpi macam awak terperangkap dalam lubang besar. Abang buka whatsapp. Dari pukul 12 tadi awak online, abang terjaga pukul 1 pun awak online, dan sekarang abang terjaga pukul 3 pun awak online lagi. Tak tidur ke pun? Takkanlah jumpa kawan depan-depan pun nak main message kot,” kata suami aku. Bila terdengar suara suami aku, memang aku terus rasa sayu, rasa nak lari balik peluk dia. Nak nangis puas-puas.

“Kenapa ni?” tanya suami aku bila aku tak menyahut.

“Ada benda kacau kami,” sahutku.

“Benda apa?” tanya suami aku lagi.

“Tak tahu. Kami enam orang dah macam terpisah,” sahutku.

“Tu yang bising-bising kat belakang awak tu siapa? Siap gelak ketawa macam happy sangat je,” kata suami aku lagi membuatkan aku menoleh ke sekeliling aku.

“Mana ada sesiapa kat sini,” kataku lagi, aku makin takut.

“Ok takpe takpe. Awak tenang je. Istighfar banyak-banyak. Ambil wudhu, buat solat sunat 2 rakaat, mohon Allah tunjukkan arah. Kat handphone ada aplikasi Quran kan? Awak duduk tenang, baca Al Quran, tak kisah la surah apa. Baca je. In Shaa Allah, takde apa. Nanti awak jumpa balik kawan-kawan awak.” Kata suami aku.

“Saya takut nak masuk bilik air. Tadi ada Pontianak kat dalam tu,” kata aku lagi.

“Pontianak ke hantu ke semua tak tu wujud ok. Yang ada cuma jin dan syaitan, mereka nak kita takutkan mereka lebih dari takutkan Allah, itu je. Mereka takde benda lain nak buat. Nanti dia basuh pinggan lagi la awak takut.” Kata suami aku dengan nada bergurau. Dia sememangnya suka berjenaka dan buat aku ketawa. Tapi dalam keadaan sekarang, aku tak boleh nak ketawa. Aku takut.

“Awak pergi je buat apa yang abang suruh. Abang nak datang pun bukannya dekat. Kalau abang gerak sekarang pun, mungkin subuh nanti baru sampai sana,” kata suami aku lagi. Aku tarik nafas panjang-panjang, nak atau tak, aku kena kuatkan semangat aku. Sekarang aku kena berdikari.

“Baiklah,” sahutku pendek.

“Pergilah, takde apa. Kot ada yang muncul pun, dia tak boleh buat apa, cuma boleh tengok je. Tahan mata tu sekejap. Percayalah. Takde lagi orang mati sebab kena bunuh dengan hantu. Jangan off handphone, jangan off data. Apa-apa hal nanti call abang,” pesan suami aku lagi.

Aku putuskan talian. Ketukan kat pintu dah takde. Aku pandang Hana dan Fika, mereka juga dah tiada di atas katil. Aku tak perasan bila mereka bangun. Mungkin masa aku berbual dengan suami aku tadi.

Aku melangkah ke bilik air. Aku tolak pintu bilik air perlahan. Aku langkah masuk. Aku pandang keliling. Dan di satu sudut, aku nampak makhluk yang aku kata Pontianak tadi sedang bertenggek di atas mangkuk tandas. Dia pandang aku. Menggeletar segala sendi dan lutut aku. Allahu…….!

-Bersambung-

One thought on “Me Time

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s