BAYANGKAN 2.0

Bab 8

Dalam perjalanan balik, Azie bertanyakan hal aku menulis buku tu.

“Kau dah tulis berapa cerita Wani?” tanyanya.

“Ada la 3-4 cerita.” Sahutku.

“Ada yang dah terbit jadi buku ke?” tanyanya lagi. Mengalahkan mak aku pulak.

“Takde pulak. Dah hantar banyak tempat tapi semua pun diam je.” Sahutku. Pelik gak aku dia tiba-tiba berminat nak tahu hal cerita aku tu.

“Semua cerita yang kau tulis, memang akan jadi betul ke?” tanyanya lagi.

“Taklah, cerita yang terakhir tu je,” sahutku.

“Dalam cerita kau tu, apa pengakhirannya?” tanya Azie lagi.

“Cerita tu stop bila mak saya panggil saya. Masa tu Pija lari balik rumah lepas Ina masuk kereta dia yang enjinnya mati kat ladang getah,” kata aku.

“Kau cadang nak sambung macammana?” tanya Azie lagi buat aku terdiam merenung jauh ke luar.

“Wani, aku tanya kau ni. Dalam cerita kau tu, kenapa Ina tu masih berada di alam ni sedangkan dia dah mati?” tanya Azie lagi bila aku tak jawab soalannya.

“Kalau saya teruskan cerita tu, saya nak tulis bahawa Ina masih di situ kerana ada hal yang belum selesai. Itu je. Apa hal tu, saya belum fikir lagi masa tu,” sahutku.

“Perkara belum selesai? Maksud kau?” tanya Azie tak faham.

“Maksudnya, ada sesuatu yang Ina sangat teringin nak buat tapi tak kesampaian sebab dia meninggal dunia dalam kemalangan tu. Mungkin bukan untuk dirinya, mungkin untuk ibunya atau untuk orang lain. Jadi dia nak minta tolong kita yang masih di alam ini untuk menunaikan hasratnya tu,” kataku tiba-tiba teringat kembali cerita aku tu. Kalau tak sebab mak aku bertukar kaler haritu, memang dah siap dah cerita aku tu.

Azie diam. Dia seolah sedang berfikir tentang apa yang aku cakap. Masa kereta Azie berhenti di lampu merah, aku macam ternampak seseorang. Seorang perempuan, seperti biasa aku lihat sejak kebelakangan ni. Dia memandang tepat ke arah aku dan Azie. Dia sedang berdiri di tepi jalan yang juga di tepi kereta Azie. Betul-betul kat tepi kereta Azie. Aku cuit Azie, suruh dia tengok perempuan tu.

Melopong mulut Azie bila melihat perempuan. “Ina” terpacul nama tu dari mulutnya, perlahan je. “Jadi, betullah itu Ina ye? Arwah Ina, kawan korang. Aku ganti tempat dia la kan?” tanyaku semula. Azie masih berdiam diri memandang perempuan itu, wajahnya memang kelihatan terkejut dan takut.

“Azie, jangan pandang lagi. Nanti kau takut. Dia tak kacau kita,” kataku.

“Seumur hidup aku, aku pernah dengar saja cerita bahawa ada orang boleh lihat orang mati. Tapi sekarang aku lihat dengan mata kepala aku sendiri.” Sahut Azie, sedikit terketar.

Sedang dia leka memerhati Ina di celahan orang ramai tu, tiba-tiba “Pinnnnn!” kereta di belakang membunyikan hon kuat. Lampu dah hijau tapi Azie masih tak bergerak.

Cepat-cepat Azie masukkan gear dan menekal pedal minyak. Aku pula terus memandang Ina yang masih memandang tepat ke arahku. Mungkin sebab aku dah selalu nampak, jadi aku dah lali. Tapi kalau tiba-tiba dia berada dalam kereta Azie, aku rasa aku takkan boleh tenang macam tu kot.

Sampai di rumah aku, mak aku dah berdiri di beranda menunggu aku.

“Azie, kau ok tak ni?” tanyaku risau melihat wajah Azie yang agak muram. Nampak sangat dia terkejut betul dengan apa yang dilihatnya.

“Aku ok. Jangan risau. Cuma terkejut sikit. Takpe, hari Isnin nanti kita ikhtiarkan sesuatu. Aku balik dulu. Kita jumpa Isnin nanti,” kata Azie. Aku anggukkan kepala lalu keluar dari kereta Azie. Dan Azie berlalu pergi.

“Macammana kawan kamu tu? Sakit lagi?” tanya mak sebaik sahaja aku berdiri di depannya.

“Dia masih demam. Mak dia kata nak bawa dia pergi tertemas petang ni. Sebab dah pergi beberapa klinik, keadaan dia masih tak ok,” kataku.

“Kenapa pula nak tertemas? Demam terkejut ke?” tanya mak lagi.

“Dia nampak hantu kat office kami tu mak,” kataku. Mak bukak matanya besar-besar.

“Office kamu ada hantu?” tanya mak. Sebab mak nampak seperti sangat berminat, aku duduk kat atas tangga berdepan dengan mak.

“Tak tahulah mak, nak kata hantu ke apa. Tapi kami selalu nampak jelmaan kawan-kawan kami sendiri kat office tu. Wani sendiri pun selalu nampak. Yang lagi seram, kami nampak kawan yang dah meninggal dunia pun masih berlegar-legar kat office tu mak,” ceritaku.

“Kenapa tak cakap kat mak pun?” tanya mak lagi.

“Nak cakap apa? Nanti mak kata Wani cari pasal untuk berhenti kerja lagi,” kata aku.

“Bukanlah mak nak suruh kamu berhenti kerja. Tapi sekurang-kurangnya kita boleh carikan ustaz ke tengokkan office kamu tu,” kata mak membuatkan aku pula berminat nak teruskan perbualan.

“Ada ke mak? Ustaz yang boleh tengokkan benda macam ni?” tanyaku.

“Mestilah ada. Kat dunia ni bukan kita je yang menghuni. Ada alam ghaib yang kita tak nampak. Ada jin, ada syaitan. Hanya orang terpilih je yang boleh nampak dan boleh berkomunikasi dengan mereka ni,” kata mak lagi.

“Apa dibuat bersembang dua beranak kat atas tangga ni? Tadi kata lapar sangat, nak tunggu Wani balik nak makan sama. Ni dia dah balik, melangut pula kat tangga. Jom la makan,” kata ayah yang tiba-tiba muncul dari dalam rumah.

Mak bangun dan aku menuruti. Kami terus ke dapur. Mak dah siap masak dan berhidang. Tunggu aku balik je. Sebab aku janji akan balik cepat, makan dengan mak ayah aku.

“Mak tahu tak, cerita kat office Wani ni, sama je macam cerita yang Wani tulis dalam cerita terakhir Wani. Yang masa Wani menulis, mak marah sebab Wani terlalu berimaginasi sampai tak ingat yang Wani sedang tulis buku cerita,” kata aku kepada mak masa aku basuh pinggan dan mak lap meja makan.

“Iye ke?” tanya mak. Selalunya kalau aku cakap perkara macam ni, mak cepat je nak marah aku. Katanya aku kuat berangan la, apa la. Tapi sejak aku kerja ni, mood mak selalu tenang je. Selalu sembang dengan aku dan dengar cerita aku.

“Kebetulan je tu. Jangan fikir jauh sangat,” kata mak.

“Mungkin kebetulan je. Tapi bila semua nama watak, keadaan, suasana dan jalan ceritanya sama, Wani pun jadi konfius mak. Sedangkan Wani tak pernah berada di pejabat tu, tak kenal sesiapapun di situ,” kata aku meyakinkan mak.

“Kalau macam tu, kau habiskanlah cerita tu. Nanti baliklah semua hantu tu.” Kata mak. Aku tak tahu sama mak aku sedang memberi semangat atau sedang perli aku. Aku diam.

Pagi Isnin, Azie, Pija dan Haiza dah berada di dalam office ketika aku sampai. Mereka seolah sedang mencari-cari sesuatu di dalam office tu. Dan mereka tertumpu di tempat duduk aku. Aku letak beg, dan pandang mereka semua.

“Kenapa ni?” tanyaku.

“Kami nak cari barang yang kemungkinan Ina dah tinggalkan kat tempat dia. Mungkin betul apa yang kau cakapkan Wani, ada sesuatu yang dia nak kita buat untuk meneruskan hajatnya yang tak kesampaian.” Kat Azie.

Aku diam je. Tak sangka Azie betul-betul percaya dengan cerita aku. Aku pun tolong mereka mencari-cari kalau ternampak apa-apa yang pelik. Sedang tercari-cari tu, aku perasan laci paling atas kat meja aku terbuka sendiri, perlahan-lahan. Aku pandang keliling, memang tiada siapa berdiri dekat dengan meja aku masa tu. Aku cuit Haiza, tunjukkan dia laci yang terbuka sendiri tu. Tak lama lepas tu, kerusi aku pula berpusing sendiri, dan turun naik seperti ada orang duduk dan bangun dari kerusi itu. Keyboard komputer aku pun seperti ada orang yang menekan. Menggeletar lutut kami tengok laci yang terbuka dan tertutup sendiri di depan mata kami.

“Siapa tu?” tanya Azie bila dia pun melihat apa yang kami lihat. Aku dan Haiza angkat bahu. Nasib baik Pija sedang berada di bilik En Loqman masa tu. Kami memang taknak dia nampak sebab dia baru pulih semangat lepas demam minggu lepas.

Aku beranikan diri melangkah ke tempat aku. “Kau nak ke mana Wani?” tanya Azie sambil menarik tangan aku. Aku tak jawab dan aku tarik tangan aku dari pegangan Azie.

Masa aku sampai kat meja aku, laci tu berhenti terbuka dan tertutup. Kerusi aku pun berhenti berpusing. Keyboard komputer aku pun berhenti ditekan. Aku buka laci bahagian atas sekali. Aku teringat sesuatu. Masa hari pertama aku sampai kat office tu, aku jumpa satu bungkusan kecil berbalut kain di dalam laci paling atas meja aku. Tapi aku memang tak usik la, cuma aku ketepikan. Dah bukan barang aku, takkan aku nak usik. Mak aku pesan jangan usik barang yang bukan milik kita.

Aku buka laci tu dan bungkusan tu masih di situ. Aku ambil bungkusan tu dan serahkan kepada Azie. Azie pula macam takut-takut nak pegang. Haiza jadi tak sabar lalu mengambil bungkusan tu dari tangan aku.

Masa Haiza nak buka bungkusan tu, tiba-tiba pintu pejabat terbuka. Melompat kami akibat terkejut. Amirul masuk. Kami masing-masing mengurut dada melihat dia. Dia pulak memandang kami dengan wajah pelik kat situ.

“Korang tengah buat apa? Kenapa muka korang macam tu?” tanyanya sambil melangkah perlahan menuju ke mejanya tapi masih memandang kami. Kami tak jawab soalan Amirul. Kami tak pedulikan dia. Nak cakap banyak pun kat dia takde gunanya sebab dia bukannya kenal Ina. Dia cuma diberitahu bahawa dia menggantikan tempat despatch lama yang dah berhenti kerja. Agaknya kalaulah dia tahu bahawa dia menggantikan tempat Rohiman yang meninggal dunia sebab kemalangan, mungkin dia tak jadi masuk kerja di situ.

Ketika Haiza sedang mencuba untuk membuka bungkusan itu, Azie menahan. Aku dan Haiza memandangnya.

“Aku rasa sebaiknya jangan buka dulu. Kita tak tahu apa yang ada kat dalam tu. Kang tak pasal-pasal makin banyak hantu pulak kat dalam office ni,” kata Azie.

“Kita kena buka, barulah tahu apa ada kat dalamnya. Mana tahu inilah punca dia masih berlegar di alam sini,” kata Haiza.

“Wani, dalam cerita kau, ada tak cerita pasal bungkusan ni?” tanya Azie. Aku terdiam, nak gelak pun ada. Tak sangka dia percaya bulat-bulat dengan cerita aku.

“Cerita apa pula ni Azie?” tanya Haiza.

Dan tiba-tiba Pija datang. “Korang buat apa kat meja Wani tu?” tanyanya.

“Kami jumpa ni kat dalam laci Wani. Ini bukan barang Wani. Mungkin ini barang Ina,” kata Haiza.

“Bukalah tengok apa kat dalam tu,” kata Pija pula tak sabar.

Belum sempat kami bertindak, tiba-tiba pintu bilik air ditutup dengan kuat sekali, seperti ada seseorang yang menghempas pintu tu dengan keadaan marah.

Cepat-cepat Haiza ambil bungkusan tu dan simpan dalam begnya.

-Bersambung-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s