BAYANGKAN 2.0

Bab 5

Suasana petang itu agak sunyi berbanding pagi tadi. Haiza, Pija dan Azie diam je, tak bersembang apa pun. Mereka sekadar bercakap hal berkenaan kerja je. En Loqman pun duduk dalam bilik dia je.

Masa balik, ayah dah tunggu aku kat depan kedai tingkat bawah. Senyum je dia bila nampak aku keluar dari tangga bangunan lama tu.

“Macammana kerja baru ni? Ok?” tanya ayah sebaik sahaja aku masuk ke dalam kereta.

“Kerja ni ok ayah. Staf pun tak ramai sangat, jadi takdelah pening sangat.” Jawabku.

“Jadi rasanya bolehlah kerja lama kat sini kan?” kata ayah sambil memasukkan gear dan mula memandu kereta pulang ke rumah.

“Tak tahu lagi ayah, baru hari pertama. Tapi office tu macam seram je. Macam ada sesuatu yang mereka sorokkan. Macam ada sesuatu yang pernah terjadi.” Kataku sambil memandang ke luar tingkap.

“Kenapa? Ada hantu ke?” tanya ayah lagi.

“Wani tak tahu. Tapi macam ada sesuatu yang tak kena je. Mereka pun macam taknak Wani tahu, bisik-bisik sesama mereka,” jawab Wani.

“Takde apalah tu. Wani kan orang baru. Mungkin ada perkara yang pernah berlaku sebelum ni tapi semua tu takde kena mengena dengan Wani, sebab tu mereka taknak sembang perkara tu dengan Wani. Jadi biarkanlah,” kata ayah.

Aku diam. Taknak sambung perbualan tapi aku tetap memikirkan apa sebenarnya yang berlaku di pejabat tu? Siapa perempuan yang aku nampak beberapa kali hari ni di pejabat tu sedangkan mereka semua tak nampak? Kenapa segalanya, suasana, tempat, orang-orangnya mirip sangat dengan cerita yang aku pernah tulis? Kebetulan sangatkah?

Sampai kat rumah, mak dah siap masak untuk makan malam padahal baru je pukul 6 petang. Mak kata sengaja siapkan makanan awal, risau kalau aku lapar balik kerja hari ni. Sayang betul mak aku kat aku, walaupun luarannya nampak macam mak tiri je. Tapi memang betul pun, balik je rumah, buka tudung saji, perut aku automatik lapar. Lapar yang macam dah tiga hari tak jumpa nasi. Maka, aku lupakan seketika hal di pejabat. Aku makan dengan nikmatnya, mak aku memang pandai masak, patutlah ayah aku sayang kat mak aku.

Keesokan harinya, aku sampai pukul 8.45 pagi. Iyelah, kan kata masuk pukul 9 pagi, buat apa aku datang awal, aku bukannya ada kunci pun.

Aku panjat tangga ke pejabat aku di tingkat 3. Sampai kat tingkat 3, pejabat aku dah terang benderang. Maknanya dah ada orang masuk. Aku tekan loceng, pintu terbuka dan aku masuk. Aku lihat keliling, tiada sesiapa.

Aku terus pergi ke meja aku. Letak beg dan bekalan makanan aku. Aku buka komputer. Aku pandang keliling, masih tiada siapa.

Aku dengar air sinki dipasang di pentri. Aku bangun, melangkah ke pentri. Aku nampak seseorang berdiri di sinki, sedang menadah air ke dalam jag elektrik untuk masak air agaknya. Aku tengok je dari luar pintu pentri, sedang cuba mengecam siapa tu. Tapi dari susuk tubuh tu, macam bukan Haiza atau Pija apatah lagi Azie yang agak gempal dan pendek.

Susuk tubuh tu kecil molek je, mungkin lebih kecil dari aku.

“Haiza?” aku panggil. Tiada sahutan tapi bunyi paip air berhenti.

“Pija?” aku meneka lagi bila tadi dia tak menyahut. Dan kali ini susuk tubuh perempuan itu menoleh ke arah aku. Bukan Pija, atau Haiza atau Azie pun. Itu perempuan yang aku nampak semalam.

“Eh, cik ni siapa? Dari semalam saya nampak cik dalam pejabat ni. Tapi mereka semua tak kenal cik pun. Dan macammana cik masuk office ni? Cik ada kunci ke?” tanyaku lagi.

Perempuan itu tak menyahut. Dia sekadar diam di tempat asalnya tapi matanya memandang tepat ke arah aku.

Tiba-tiba aku dengar suara Pija dan Azie. Aku menoleh ke arah pintu masuk dan nampak mereka bertiga melangkah masuk ke dalam pejabat dengan wajah yang penuh tandatanya. Mereka terhenti bila nampak aku berdiri di pintu pentri.

“Macammana kamu masuk Wani?” Tanya Azie.

“Saya sampai memang lampu dah berpasang dan saya tekan loceng, ada orang buka pintu. Saya masuklah. Mungkin dia ni yang buka,” kataku sambil menunjuk ke arah pentri. Aku memandang semula ke arah perempuan tadi tapi tiada sesiapa di situ.

Pija merapati aku dan menjenguk ke dalam pentri. “Siapa?” tanyanya.

“Tadi dia ada kat sini,” sahutku.

“Siapa?” sekali lagi soalan yang sama ditanya oleh Haiza pula.

“Perempuan semalam, yang datang masa saya seorang saja kat meja,” sahutku.

Haiza, Pija dan Azie berpandangan sesama sendiri.

Seketika kemudian, Amirul masuk.

“Good Morning Ladies!” katanya dengan ceria sekali. Tiada yang menyahut. Semuanya memandang Amirul sampailah dia duduk di mejanya.

Bila tiada respon dari salah seorang di antara kami, Amirul menoleh semula ke arah kami dan empat pasang mata kami masih memandangnya.

“Korang ni dah kenapa pandang aku macam tu? Aku hensem kan?” tanya Amirul mengusik.

“Mirul, semalam kau ada masuk tak dalam pukul 1.30 tengahari macam tu?” tanya Haiza.

“Kan aku dah call semalam beritahu aku tak masuk office sejak aku keluar pagi tu?” jawab Amirul.

“Tapi semalam dalam waktu tu, ada seseorang duduk kat tempat kau tu. Lampu tak pasang pun, dia duduk kat dalam gelap je. Bila aku panggil, dia menyahut “hmmmm” je. Aku ingatkan itu kau,” kata Haiza.

“Hish, korang ni. Kalau nak menyakat aku pun, tak payah la hari ini. Tunggulah hari lain. Ini Amirul la, tak semudah itu nak terpedaya dengan cerita korang ni,” sahut Amirul.

“Betul Mirul. Kami tak tipu. Kerusi kau tu pun jatuh terbalik semalam.” Kata Azie pula.

“Saka aku la tu,” kata Amirul sambil ketawa.

“Kau jangan main-main Mirul. Kami serius ni,” kata Pija meninggikan sikit suaranya.

“Iyelah aku dah kata aku tak balik semalam, korang tak percaya. Habis tu aku nak jawab apa lagi? Kang aku jawab arwah tok aku datang sini pun korang kata aku nak main-main juga kan?” sahut Amirul terus memusing badannya menghadap mejanya seperti malas nak melayan kami.

Sekali lagi kami berempat berpandangan sesama sendiri.

“Dah lah. Jom kerja. Sekejap lagi En Loqman masuk, tengok kita tak start apa-apa pun.” Kata Pija.

Dan kami semua duduk kembali di tempat masing-masing. Tiada sesiapa yang berbicara masa tu. Aku pula asyik menjeling ke arah pintu pentri yang paling rapat dengan tempat duduk aku. Macam terbayang-bayang pula perempuan tadi akan menjenguk keluar dari situ. Hish, meremang bulu roma aku. Siapa perempuan tu? Kerap sangat aku nampak dia.

Dalam pukul 9.30 pagi, En Loqman masuk. Cepat pulak dia hari ini.

“Assalamualaikum bos. Awal sampai hari ni bos,” tegur Haiza.

En Loqman tak jawab, hanya memandang tepat ke arah semua yang berada di situ. Seketika kemudian, dia melangkah masuk ke biliknya. Dan kami di situ, terpinga-pinga.

“Kenapa tu?” tanya Pija. Haiza angkat bahu.

Kami teruskan kerja.

Tepat jam 10 pagi, seseorang masuk. En Loqman! Kami semua berdiri.

“En Loqman bukan dah masuk ke tadi?” tanya Haiza.

“Eh korang ni. Saya baru masuk ni. Dah tak pandai nak bagi salam ke?” tanya En Loqman.

“Tapi tadi kan En Loqman dah masuk,” kata Pija tanpa pedulikan soalan En Loqman.

“Korang ni dah kena sampuk ke apa. Dah la, saya masuk bilik saya dulu,” sahut En Loqman sambil melangkah masuk ke biliknya.

Dan kami berlima masih terpinga-pinga di situ.

“Pija, kalau En Loqman baru masuk, yang masuk awal tadi siapa?” tanya Amirul tiba-tiba.

“Mana aku tahu, saka dia kot,” sahut Pija mengulang kata-kata Amirul sekejap tadi.

“Aku tanya betul-betul ni,” kata Amirul.

“Manalah aku tahu. Kami pun kata kami nampak kau semalam, kau kata kau tak masuk. Haa, sekarang kau sendiri dah tengok kan. Memang office ni dah berhantu kot,” kata Pija, dengan nada yang sedikit marah kerana pagi tadi Amirul mempermainkan kata-kata mereka,

“Hish kau ni Pija, cubalah mulut tu jangan cabul sangat. Cukuplah dengan apa yang kita dah lalui sebulan lebih ni.” Kata Azie.

“Wani, mari sini sekejap,” Azie memanggil aku. Dan aku melangkah ke arah Azie.

Azie buka handphonenya. Buka galeri. Ada beberapa gambar di sana. Dia buka satu gambar di mana ada dia, Pija, Haiza, En Loqman, seorang lelaki dan seorang perempuan. Aku terpegun sekejap. Dalam tak sedar aku mengambil handphone tu dari tangan Azie. Bulat mata aku melihat gambar tu.

“Inilah perempuan yang saya nampak sejak semalam tu, yang masuk kat office ni. Dan pagi ni dia yang saya nampak kat pentri tu,” kataku sambil menunjukkan gambar perempuan yang bersama mereka di dalam gambar tu.

Haiza dan Pija merapati kami berdua. Dan kemudian mereka berpandangan sesama sendiri dengan wajah risau dan takut.

“Wani, ini kami kami Qistina atau kami panggil Ina. Dia dah meninggal sebulan lebih.” Kata Pija membuatkan bulu roma aku meremang. Tiba-tiba je aku rasa sejuk sangat, seluruh badan. Dan aku yakin mereka juga berasa yang sama.

“Tik!” terdengar bunyi kuat seperti fius besar jatuh dan tiba-tiba office gelap. Kami masih berdiri di situ bertemankan cahaya lampu dari handphone Azie yang masih terpampang gambar di mana Ina berada di sana seperti sedang memandang kami yang keresahan.

-Bersambung –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s