BAYANGKAN 2.0

Bab 4

Bunyi tapak kaki berhenti ketika dah berada hampir dengan pintu pentri. Kami berempat kat dalam tu diam membisu semua. Muka masing-masing cuak. Aku rasa kalau jarum jatuh masa tu pun boleh dengar.

Bila bunyi tapak kaki tu dah berhenti sejenak, Pija tanya “Siapa tu?” Masing-masing angkat bahu.

“Tadi lampu dah tutup kan?” Tanya Haiza berbisik.

Aku angguk kepala sebab aku yg last tinggalkan meja kerja tadi.

Haiza bangun.

“Kau nak ke mana Haiza?” Tanya Azie.

“Nak pergi tengok siapa tu,” sahut Haiza.

“Biar je la. Dia tak kacau kita,” kata Pija.

“Hish korang ni. Kalau pencuri yang masuk macammana?” Sahut Haiza.

Haiza bangun, basuh tangannya di sinki. Lepas tu melangkah perlahan keluar melalui pintu pentri. Azie tak sampai hati biarkan Haiza seorang diri. Dia pun bangun dan basuh tangan lalu mengikut langkah Haiza.

Seketika kemudian Haiza dan Azie datang semula ke pentri, duduk dan sambung makan sambil diperhatikan oleh aku dan Pija dengan penuh tandatanya.

“Weh, siapa tadi? Ada orang ke?” Tanya Pija.

“Amirul. Dia ambil barang tertinggal agaknya,” sahut Haiza.

“Kau nampak dia ke?” Tanya Pija lagi tak puas hati.

“Iyelah, aku nampak dia duduk kat meja dia la. Malas la aku nak pergi tegur dia.” Sahut Haiza.

“Dia masuk tak pasang lampu pun?” Tanya Pija lagi.

“Hish kau ni Pija. Banyak betul soalan. Kenapa kau tak pergi je tanya dia terus? Dia ada kat tempat dia lagi nun. Pergilah tanya,” kata Haiza dengan nada geram sebab Pija tanya bertalu-talu.

“Aku ni bukannya apa. Aku takut pisang berbuah dua kali,” sahut Pija.

Semua kat situ diam. Sambung makan makanan masing-masing. Sedang makan, dengar bunyi benda jatuh pulak. Haiza bangun sekali lagi, jenguk ikut pintu pentri. Lepas tu dia masuk duduk dan sambung makan macam takde apa yang terjadi.

“Apa yang jatuh tu Haiza?” Tanya Azie.

“Kerusi Amirul. Biarlah,” kata Haiza sambil menyuap nasi ke mulutnya.

Aku bangun. Semua mata pandang aku.

“Kau nak ke mana pulak Wani?” tanya Pija.

“Saya nak basuh tangan,” sahutku perlahan, cuak gak bila ditanya dan dipandang dengan begitu rupa. Dan mereka kembali menyambung makan.

“Saya pergi solat dulu la ye,” aku memberitahu.

“Tahu dah kan kat mana bilik solat?” Tanya Haiza. Aku menganggukkan kepala.

Aku melangkah meninggalkan pentri. Dengan cahaya dari pentri dan bahagian receptionist sahaja, aku melangkah ke bilik air untuk mengambil wudhu dan kemudian ke bilik solat. Keluar dari bilik air, aku nampak seseorang di pintu bilik solat. Aku fikir itu mesti Haiza atau Pija atau Azie. Semakin aku hampir ke bilik solat, makin jelas wajah orang itu. Seorang perempuan.

Tapi masa aku sampai kat bilik solat tu, perempuan tu dah takde kat situ. Dah la lampu tak pasang, aku pula tertinjau-tinjau dalam kesamaran tu. Aku pandang keliling, tak nampak apa-apa. Meremang pulak bulu roma aku.

Cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik solat. Aku pasang lampu. Sebaik lampu terpasang, aku lihat ada seseorang bertelekung duduk di bahagian penjuru bilik solat tu membelakangkan aku. Aku pandang je susuk tubuh tu untuk pastikan siapa dia.

Aku berjalan perlahan sambil memegang beg telekung. Aku cuba nak tengok siapa dia, kenapa dia tak pasang lampu?

Makin aku bergerak menghampirinya, dia seperti beralih pandang ke arah lain, seperti taknak aku nampak wajahnya.

“Haiza? Azie? Pija?” Panggilku perlahan.

“Hmmm” aku terdengar suaranya.

“Kenapa tak pasang lampu?” Tanyaku masih mencuba untuk melihat wajahnya.

“Hmmm” aku dengar lagi suaranya.

Tiba-tiba pintu bilik solat terbuka. Aku menoleh memandang ke pintu yang terbuka luas. Aku nampak Pija.

“Kau belum solat lagi ke Wani?” Tanyanya.

Aku tak jawab. Aku menoleh kembali kepada susuk tubuh yang kulihat tadi. Tiada sesiapa di sana!

“Tadi ada orang kat sini,” aku beritahu.

“Siapa?” Pija tanya.

“Saya tak nampak mukanya. Saya ingat salah dari kau bertiga la,” sahutku sambil menyarungkan kain telekung.

“Azie dan Haiza uzur, mereka tak solat hari ni. Kita berdua je la, mana ada orang lain?” Kata Pija.

“Tapi tadi memang ada orang duduk kat sini, dia pakai telekung juga,” kataku.

“Dah la tu. Jom solat. Nanti terlepas masa. En Loqman masuk nantu, kita takde kat meja. Bising dia nanti,” kata Pija.

Aku akur. Tapi aku jeling gak sekilas kat tempat orang tu tadi, memang takde apa kat situ. Seram weh…!

Sesudah solat aku cepat-cepat ikut Pija keluar sekali. Haiza dan Azie dah duduk kat tempat mereka.

Seketika kemudian, telefon berdering. Azie angkat telefon.

“Tak balik? Tadi bukan kau balik office ke?” Terdengar Haiza bersembang dengan orang di talian. Tak lama lepas tu dia letak telefon dengan wajah cuak.

“Kenapa Azie? Siapa telefon?” Tanya Haiza.

“Amirul call. Dia kata dia tak masuk office dah, tayar motor pancit. Dan dia kata sejak dia keluar pagi tadi, dia takde masuk office.” Kata Azie.

“Habis tu yang kita tengok tadi siapa?” Kata Haiza.

-Bersambung –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s