DIA MILIK AKU

Bab 8

“Jadi sekarang kau nak masuk bilik tu ke?” tanyaku.

“Bilik tu je yang aku belum geledah,” sahut Sabrina.

“Nanti Amran marah pula kau masuk dalam bilik kerja dia,” tanyaku lagi.

Sabrina tak jawab. Dia melangkah perlahan ke pintu bilik tempat Amran selalu buat kerja-kerja arkiteknya di tingkat bawah. Sebaik pintu terbuka, aku nampak seperti ada satu kelibat lembaga bergerak laju dalam bilik tu. Aku tak tahulah samada Sabrina pun nampak atau tak.

“Rina, kau nampak tak apa yang aku nampak?” tanyaku.

“Aku dah biasa nampak dulu. Jadi aku dah tak hairan,”katanya sambil memasang lampu. Melihat sekeliling. Begitu juga aku. Bilik tu tersusun rapi. Seperti yang dikatakan oleh Sabrina, bilik tu ada banyak barang, ada banyak kertas. Memang kalau aku pun takkan masuk bilik tu. Takut ada barang rosak atau hilang.

“Banyaknya barang kat bilik ni. Kau pun tolong tengok-tengokkan ye Dayah. Kalau tak, nanti kita lambat.” Kata Sabrina sambil membuka laci sebuah kabinet.

Aku tak tahu nak tengokkan apa. Aku duduk di kerusi tempat Amran selalu duduk buat kerja. Aku tengok je mejanya yang bersih dan tersusun. Aku tak berani nak pegang apa-apa. Tengah aku memerhati meja tu, aku terasa seperti ada angin meniup kat telinga aku. Meremang bulu roma aku. Aku bangun dari kerusi tu dan melangkah nak mendapatkan Sabrina yang masih di kabinet pertama tadi.

Disebabkan terlalu kalut, aku tertepis bingkai gambar kahwin Amran dan Sabrina lalu jatuh dan pecah. Aku rasa serba salah. Aku angkat bingkai gambar tu. Kacanya dah pecah. Aku angkat gambar dari celahan kaca dan bingkai. Ada dua gambar di sana. Aku pun angkat. Di hadapan ada gambar kahwin mereka yang selalu terpapar tu tapi di belakangnya ada lagi satu gambar seorang perempuan!

Aku panik seketika. Aku teliti gambar perempuan tersebut, rasa seperti pernah tengok. Aku panggil Sabrina.

“Siapa ni Rina? Bukan kau kan?” tanyaku ingin kepastian.

Sabrina mengambil gambar tu dari tangan aku dan membeleknya dengan dahi berkerut seribu. Aduhh, tiba-tiba aku rasa bersalah. Sepatutnya aku simpan dulu gambar tu. Aku ni bila dah panik, memang tak boleh fikir rasional dah.
“Inilah perempuan yang aku selalu nampak kelibatnya dalam rumah ni. Dialah yang tolak aku masa aku jatuh kat dapur sampai masuk wad haritu,” kata Sabrina. Dan aku merampas semula gambar tu dari tangannya.

“Iyelah, inilah perempuan yang aku nampak tu. Patutlah aku rasa macam pernah nampak. Ingat tak masa hari pertama aku datang rumah kau, aku tanya samada kau ada ambil orang gaji tapi kau kata takde. Lepas tu masa nak balik aku nampak lagi perempuan ni kat bilik tidur kau kat tingkat atas. Masa kenduri kau, kan aku kata aku nampak Rozana tapi kau kata Rozana tak datang sebab pergi Langkawi. Tapi aku pula nampak dia kat bahagian dapur belakang rumah. Mak kau dan mak Amran pun nampak masa orang baca yassin kat rumah kau,” kataku panjang lebar. Terlepas dah semua yang aku simpan di dada aku selama ni.

“Kalau dia boleh duduk dengar orang baca yassin, maknanya dia bukan hantu,” kataku menyambung lagi bila Sabrina masih diam.

“Siapa dia ni?” tanyak Sabrina perlahan. Air mukanya dah berubah lain. Macam kecewa pun ada, macam nak marah pun ada.

“Kita cari dulu benda lain yang Kamal suruh cari. Gambar ni mungkin kebetulan je.” Kata aku memujuk. Tapi Sabrina macam dah tak berminat nak menggeledah bilik tu. Dia melangkah keluar dari bilik tu, dan aku ikut. Meremang bulu roma aku duduk kat dalam bilik tu.

Sabrina duduk di sofa di ruang tamu. Dia diam je. Aku pula yang panik sekarang ni. Takut Sabrina pula yang maracau kena rasuk. Dah la aku dengan dia je ni.

“Rina, kau ok tak ni?” Tanyaku. Sabrina masih diam.

Seketika kemudian, aku dengar bunyi enjin kereta menghampiri rumah Sabrina. Aku berlari menjenguk di pintu. Aku nampak Kamal, lega rasa hati ni. Nampak macam dia ada membawa seseorang.

“Siapa yang teman Amran?” tanyaku sebaik sahaja Amran keluar dari kereta. Dan diikuti oleh Ustaz Alias.

“Mak dan ayahnya dah datang tadi.” Kata Kamal.

“Kenapa bawa ustaz?” tanyaku.

“Ada perkara perlu diselesaikan,” kata Kamal. Aku diam bila dia mengangkat tangan memberi isyarat supaya diam.

“Masa saya datang tempohari, saya nampak perempuan tu duduk di sebelah Amran. Sebab tu saya asyik bertanya kalau dia ada menyimpan apa-apa benda terlarang di rumah ni. Tapi dia tak mengaku. Syaitan itu licik. Adakala dia memesongkan mata kita supaya hati kita berburuk sangka dan memfitnah sesama manusia. Jadi, saya beranggapan bahawa ada jin yang mengganggu rumah baru mereka. Mungkin kita sebagai manusia dah ganggu penempatannya.” Kata Ustaz Alias membuatkan aku terlopong.

“Tapi saya yakin, Amran nampak perempuan tu,” sambung Ustaz Alias.

“Dia berbisik kepada saya di hospital. Katanya benda tu ada di dalam tanah,” kata Kamal.

Aku menghampiri Kamal dan menunjukkan gambar perempuan tadi kepadanya. “Kami jumpa gambar ni di bilik kerja Amran. Abang pernah tengok tak perempuan ni?” tanyaku. Amran mengambil gambar tu dan membeleknya.

“Inilah perempuan yang abang nampak tu,” kata Kamal.

“Dan ini juga perempuan yang saya nampak, yang Rina nampak,” kataku.

“Ustaz, inikah perempuan yang ustaz nampak haritu?” tanya Kamal sambil menunjukkan gambar perempuan tu kepada Ustaz Alias.

“Ya, inilah perempuannya,” sahut Ustaz Alias.

Ustaz Alias berjalan mengelilingi rumah itu. Aku kembali duduk di sini Sabrina yang masih mendiamkan diri. Aku peluk dia, gosok belakang bahunya perlahan.

“Kau kena bertenang Rina. Kau tu mengandung,” kataku memujuk. Namun Sabrina tak menjawab.

Kedengaran Ustaz Alias membacakan surah Al-Fatihah dan beberapa surah Al-Quran. Kemudian kelihatan dia berjalan pantas seperti mengejar sesuatu lalu masuk ke dalam bilik kerja Amran. Kamal mengikutnya dari belakang. Ustaz Alias berdiri di tempat kerusi yang aku duduk tadi.

“Hal ini dah berkaitan dengan polis. Mungkin kita perlu buat laporan polis untuk memeriksa rumah ini,” kata Ustaz Alias.

“Kenapa ustaz? Ada apa dalam rumah ni sampai nak melibatkan polis? Sebab Amran masih di hospital. Dan mak ayah mereka ni masing-masing tak tahu pasal ni,” kata Kamal.

“Ada roh yang tak tenang dalam rumah ni. Kita perlu keluarkan dia.” Kata Ustaz Alias.

“Mungkin ustaz boleh suruh dia pergi?” tanya Kamal lagi. Dia serba salah bila Ustaz Alias meminta pihak polis campurtangan.

“Dia yang minta dirinya dikeluarkan dari sini. Kamu perlukan waran polis untuk geledah rumah ini,” kata Ustaz Alias lagi.

“Takde cara lain ke ustaz? Kalau boleh tak perlulah ibu ayah mereka tahu. Nanti kalau dah melibatkan polis, semua akan tahu,” tanya Kamal lagi. Dan Ustaz Alias gelengkan kepala.

“Bermakna sekarang dah tiba masa untuk semua orang tahu,” katanya lagi lalu melangkah keluar dari bilik kerja Amran.

Kamal menghampiri kami.

“Kita balik dulu. Rina tidur di rumah mak Amran la. Tak perlu tinggal di rumah ni seorang diri,” kata Kamal. Sabrina bangun dan melangkah lemah pergi ke biliknya di tingkat atas. Kamal memberi isyarat menyuruh aku ikut Sabrina. Mungkin dia nak ambil pakaian.

Dalam lebih kurang pukul 6 petang, kami keluar dari rumah tu. Aku hantar Sabrina sampai rumah mak Amran kerana dia kata badannya letih sangat untuk ke hospital. Dia kata nak jumpa Iqbal, maklumlah dari semalam dia menjaga Amran di hospital. Tapi aku dapat rasakan kekecewaan dari riak wajahnya yang tenang. Dia seperti kehilangan kata-kata.
“Rina, aku balik dulu. Kau jaga diri baik-baik. Jangan fikir banyak sangat sebab kita tak tahu cerita sebenarnya lagi sebelum polis siasat rumah tu. Mungkin tapak rumah kau tu yang jadi penyebab semua ni. Kan rumah kau tu kat tepi gunung, bak kata ustaz, mungkin pembinaan rumah kau tu dah mengganggu penempatannya.” Kataku memujuk Sabrina.

“Kau jangan risau. Aku ok,” Kata Sabrina pendek. Terasa getar di dalam suaranya.

“Kau kena ingat, Iqbal rindukan kau. Kau main dengan dia malam ni ye. Mak Amran kata, dari semalam dia panggil kau. Sampai terlena dengan neneknya,” kataku lagi sebelum memeluknya.

Dalam perjalanan pulang, aku tanya Kamal, apa sebenarnya yang berlaku? Apa yang disembangkan olehnya dengan Amran semasa kami tinggalkan mereka berdua dalam bilik hospital tu? Apa Ustaz Alias beritahu dia?

Kamal diam je. Seperti taknak ceritakan kepada aku.

“Macammana hal polis tu? Bila abang nak pergi?” tanyaku lagi mengubah soalan.

“Abang pun tak tahu. Tapi selagi tak selesai, selagi tu Amran akan diganggu,” kata Kamal.

“Diganggu oleh siapa?” tanyaku lagi.

“Diganggu oleh penunggu rumah mereka tu,” kata Kamal lagi.

“Maknanya rumah tu memang ada penunggu la?” tanyaku lagi, geram juga bila Kamal jawab ringkas sedangkan aku tanya punyalah panjang.

Terdengar satu keluhan berat keluar dari mulut Kamal.

“Awak tolong jaga Sabrina je. Yang lain abang akan uruskan dengan Ustaz Alias. Esok abang bawa Ustaz Alias berjumpa dengan ayah Amran. Biar dia je yang bercakap dengan ayah Amran,” kata Kamal.

Aku diam. Bila Kamal dah cakap begitu, bermakna aku jangan bertanya lagi. Walaupun masih terlalu banyak soalan yang tidak berjawab dalam kepala aku ni. Aku memeluk Arif yang leka dengan patung ultramannya.

-Bersambung-

One thought on “DIA MILIK AKU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s