DIA MILIK AKU

Bab 7

Hari Jumaat aku telefon Sabrina. Sebab aku teringat bahawa Amran akan pergi Johor pada hari Rabu. Saja aku telefon dia, nak tahu keadaan dia dan keadaan rumah dia lepas Ustaz Alias ‘pagar’kan rumah dia. Kalau perlu, aku boleh temankan dia hari Sabtu dan Ahad sebab aku cuti. Kamal pun dah beri kebenaran.

Aku dengar suaranya seperti sedang kerisauan. Macam baru lepas menangis pun ada. Aku dah mula risau semula.

“Rina, kau ok ke?” tanyaku.

“Aku kat hospital ni Dayah. Emergency,” sahut Sabrina. Aku terkejut. Jatuh lagi ke dia. Aduh.

“Kenapa Rina? Kau jatuh lagi ke? Ya Allah,” sahutku.

“Bukan aku tapi Amran. Dia jatuh dari tingkat atas, tergolek dari tangga atas sampai bawah. Sekarang dia doktor sedang periksa dia,” sahut Sabrina dengan nada risau.

“Ya Allah. Macammana boleh jatuh? Bukan dia ke Johor ke?” tanyaku lagi.

“Panjang ceritanya Dayah. Nantilah kita jumpa, aku ceritakan,” kata Sabrina dan terus letak telefon.

Aku pula yang resah. Aku hantar message kepada Kamal, beritahu dia Amran jatuh di rumahnya. Amran pun terkejut.

“Awak tunggu Rina beritahu keadaan dia dan beritahu samada dia masuk wad tak. Kalau dia masuk wad, nanti kita pergi lawat dia. Tapi bukankah sepatutnya dia ke Johor?” tanya Kamal balik.

“Entah, tak jadi pergilah kot,” sahutku.

Dua jam lepas tu Sabrina hantar message kat aku. Katanya Amran masuk wad untuk pemeriksaan lanjut. Keadaan dia tak teruk sangat, cuma ada luka ringan di tangan dan kepalanya. Doktor cuma risau luka di kepalanya saja.

Keesokan harinya aku dan Kamal pergi melawat Amran di hospital. Kami terkejut dengan perubahan Amran. Dia nampak lain. Dia diam tak banyak cakap, tengok kami pun macam tak kenal. Matanya melilau melihat sekeliling. Sesekali terdengar suara dia berbisik tapi tak tahu dia cakap dengan siapa. Rina menyambut kehadiran kami. Jelas kerisauan di wajahnya.

“Rina, kau ok?” tanyaku. Dan Rina menganggukkan kepala.

“Macammana boleh jatuh? Dia tak jadi pergi Johor ke?” tanyaku bertalu sambil memandang Amran.

Kamal menghampiri Amran, memegang tangannya yang berbalut bandage.

“Amran, kau ok?” tanya Kamal perlahan. Amran tak jawab, dia cuma memandang Kamal dengan wajah takut, seperti nak memberitahu sesuatu. Dengan tak semena-mena Arif yang sedang didukung oleh Kamal menangis kuat sambil menggelupur. Aku dan Kamal terkejut, sebab tadi dia elok je. Aku ambil Arif dari dukungan Kamal. Muka Arif nampak pucat tapi dia tak menggelupur lagi cuma masih menangis seperti ketakutan. Bila aku pusingkan dia ke arah Kamal, dia menangis semula dan memusingkan mukanya ke arah aku, memeluk aku dengan kuat dan tangannya menggeletar.

Kamal beri isyarat supaya aku bawa Arif keluar. Mungkin risau tangisan Arif mengganggu Amran. Aku keluar dan Sabrina pun ikut aku keluar meninggalkan Kamal bersama Amran.

Di luar kami aku dan Sabrina duduk di sebuah sofa yang disediakan di situ. Arif dah diam, tak menangis lagi. Aku baringkan dia di sofa dan tepuk dia perlahan hingga dia tertidur.

“Dah tertidur pun dia. Panas kot. Memang dia belum tidur lagi tadi, terus kami datang sini,” kataku memberitahu Sabrina.

“Tapi Iqbal pun menangis sama macam Arif bila dia tengok Amran,” sahut Sabrina sambil menggosok-gosok kepala Arif.

“Sejak bila?” tanyaku lagi sambil mengerutkan dahi.

“Lepas kau balik dengan ustaz haritu,” sahut Sabrina.

“Kenapa pula? Apa dah jadi?” tanyaku.

“Aku tak tahu. Lepas kau dan Kamal balik haritu, dia tak banyak cakap. Diam je, sepatah aku tanya sepatah la dia jawab. Aku ajak makan pun dia taknak.” Kata Sabrina.

“Kau rasa dia kecik hati ke sebab aku dengan Kamal bawa ustaz ke rumah tu?” tanyaku.

“Aku tak tahu. Aku tanya dia banyak kali tapi dia diam je. Hari Isnin malam macam biasa la aku tidur dengan dia kat bilik kami tingkat atas. Tengah malam aku tersedar, dia takde kat sebelah aku. Aku bangun cari dia. Aku jumpa dia tidur di bilik kecil sebelah dapur di tingkat bawah. Pelik juga aku, tak pernah dia tidur kat bilik tu. Dan dia bukan jenis mengigau berjalan macam tu. Aku kejutkan dia, dia bangun tapi rupa dia pelik. Dia pandang aku macam tak kenal aku. Aku pegang badannya, dia demam panas.” Kata Sabrina bercerita.

“Keesokan harinya aku telefon ayah mertua aku, beritahu keadaan Amran. Dia demam dan meracau-racau.” Kata Sabrina lagi.

“Dia penat kot, kerja kuat sangat. Stress kerja lagi. Mana kita tahu. Tu yang sampai sakit tu,” sahutku lagi.

“Ayah mertua aku kata biar dia sihat dulu baru pergi Johor. Sebab tu dia tak jadi pergi. Ayah mertua aku pun dah ganti arkitek lain untuk pantau projek mereka di Johor,” kata Sabrina lagi.

“Tapi dia tetap macam tu. Macam tak kenal sesiapa. Matanya melilau memandang keliling. Iqbal pun taknak langsung kat dia. Menangis je bila nampak ayahnya. Selalunya kalau Iqbal menangis, Amran la yang akan lari dulu dukung Iqbal. Tapi kali ni bila Iqbal menangis dia buat tak tahu je,” kata Sabrina terputus-putus seperti nak menangis. Aku gosok bahunya. Aku turut simpati. Lepas satu, satu ujian yang datang.

“Hari Rabu aku bawa dia pergi klinik. Sebab dia tak makan apa-apa sejak Isnin. Masa doktor timbang berat dia, doktor tu buat muka pelik. Dia tengok rekod lama Amran, lepas tu dia tukar penimbang. Dan doktor tu masih buat muka pelik. Bila aku tanya kenapa. Doktor tu kata berat Amran memang stabil dari dulu, iaitu antara 70-80 kg. Tapi kali ni beratnya 125 kg! Aku pun terkejut. Sepatutnya berat dia makin turun sebab dah tak makan dua hari. Lepas tu doktor bagi aku ubat, suruh aku bawa Amran balik. Katanya kalau demamnya tak kebah lepas tiga hari, dia suruh datang semula. Tapi mujurlah lepas balik dia tak demam teruk sangat. Makan pun boleh dah sikit-sikit. Cuma dia masih taknak bercakap. Diam je, mata melilau merata. Seram je aku tengok dia. Lepas tu dia mengadu kakinya sakit. Aku pun sapu dengan minyak angin. Iqbal memang tak boleh rapat dengan dia. Mesti menangis lepas tu tunjuk-tunjuk kat kaki Amran.” Kata Sabrina lagi.

“Tapi rumah tu ok dah la? Takde dah kelibat perempuan dengan budak lelaki tu?” tanyaku.

“Alhamdulillah takde dah. Terima kasih tau sebab bawakan ustaz tu ke rumah kami. Ni dah Amran pula jadi macam ni. Pening aku, dah la aku pun masih mual-mual lagi ni,” kata Sabrina. Aku diam je. Nak kata apa lagi, aku pun simpati tapi tak boleh nak tolong apa-apa.

Sabrina berhenti bercerita bila Kamal muncul dari dalam bilik.

“Rina, Amran panggil. Dia nak makan kot,” kata Kamal.

Sabrina bangun. Melangkah ke bilik Amran. Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik, Sabrina menjerit. Aku yang sedang mengangkat Arif yang lena tu pun terkejut. Kamal lantas berlari ke arah Sabrina. Dia terus masuk ke bilik Kamal dan Sabrina masih berdiri di pintu dengan wajah ketakutan.

“Kenapa?” tanyaku sepatah.

Sabrina diam. Dia menggeletar. Aku peluk dia. Dari bahagian yang bercermin di pintu masuk bilik Amran aku nampak Kamal sedang membaringkan Amran dan memegang tangan Amran yang nampak seperti terangkat-angkat.

Aku bawa Sabrina kembali ke sofa. Duduk di sana dan biarkan dia bertenang. Seketika kemudian, Kamal datang semula.

“Rina, kau ok?” tanya Kamal. Sabrina mengangguk.

“Sayang, hantar Arif ke rumah Makcik Rubiah, minta dia tolong jaga Arif sekejap. Lepas tu bawa Rina balik rumah dia. Cuba cari apa-apa barang pelik kat rumah tu. Carilah dalam almari ke, bilik tempat Amran selalu buat kerja dia ke, mana-manalah. Kalau-kalau ternampak benda yang tak biasa dilihat dalam rumah tu atau kedudukannya di tempat yang agak tersembunyi.” kata Kamal.

“Kenapa bang?” tanyaku hairan.

“Takde apa. Cuma abang teringatkan kata Ustaz Alias haritu, takut ada apa barang orang lain yang tertinggal di situ. Nanti ayah Amran datang sini, abang pergi ke rumah Rina. Sekarang ni tak boleh tinggal Amran seorang diri,” kata Kamal.

“Barang lain tu macammana?” tanya aku lagi tak pasti.

“Takpe, aku rasa aku faham apa yang Kamal cakap. Jom Dayah, kau ikut aku ye,” sahut Sabrina. Aku pandang wajah Kamal dan Kamal mengangguk sambil memberi isyarat agar mengikut Sabrina.

Aku tumpang kereta Sabrina je. Lepas hantar Arif ke rumah Makcik Rubiah, aku dan Sabrina balik ke rumah mereka.

“Kenapa kau menjerit tadi Rina?” tanyaku.

“Aku nampak bayang-bayang hitam duduk di atas badan Amran,” jawab Sabrina. Dia nampak tenang tapi aku pulak yang rasa nak melompat.

“Apa bendanya?” tanyaku lagi. Sabrina tak jawab, dia hanya mengangkat bahunya menandakan dia tak tahu. Aku pun diam bila melihat Sabrina serius begitu. Aku kenal sangat Sabrina ni. Kalau dia serius, jangan cakap banyak dengan dia, nanti dia mudah naik angin.

Sampai je kat rumah dia, aku tak nampak apa-apa yang pelik. Dan perasaaan aku pun taklah segerun masa dulu aku datang. Mungkin betullah Ustaz Alias dah ‘pagar’kan rumah tu. Aku mengikut Sabrina masuk ke rumahnya. Dia masuk ke bilik utama mereka. Menggeledah segala almari yang ada di dalam bilik tu.

Lepas habis menggeledah di bilik utama, dia pergi ke tiga lagi bilik lain. Namun dia tak jumpa dengan apa-apa yang pelik. Aku mengikut dia je. Takkanlah aku nak tolong dia geledah pula, itu rumah dia kan.

“Sekarang baru aku teringat sesuatu,” tiba-tiba Sabrina bersuara.

“Teringat apa?” tanyaku.

“Ada satu malam sebelum kau bawa ustaz tu datang rumah aku, aku terjaga tengah malam. Sebab aku dengar bunyi pintu bilik aku diketuk dari luar. Aku tengok Amran ada tidur di sebelah aku. Aku kejutkan dia tapi dia tidur juga. Dia kan tidur mati. Aku bangun buka pintu,” cerita Sabrina.

“Beraninya kau,” kataku memotong cerita Sabrina.

“Berani ke tak, aku kena juga pergi tengok. Sebab bunyi tu kuat sangat dan bertalu-talu. Aku jerit dari dalam dan tanya siapa, dia tetap ketuk. Aku buka pintu bilik. Takde orang. Aku keluar bilik. Dari tingkat atas aku nampak sesuatu yang bergerak dia ruang tamu tingkat bawah. Aku cuba tengok teliti. Aku rasa macam aku nampak kelibat perempuan tu sambil memegang tangan budak kecil. Aku nampak mereka berdua macam terawang-awang je. Mereka hilang di pintu masuk bilik tempat Amran selalu buat kerja pejabat dia,” kata Sabrina.

“Kau tak pernah masuk ke bilik kerja dia?” tanyaku.

“Pernah. Tapi takdelah selalu. Buat apa aku masuk bilik tu? Penuh dengan buku dan barang kerja dia. Tambah pula sejak Iqbal dah lasak, lagi lah aku tak masuk bilik dia. Nanti takutlah rosak barang-barang pejabat dia.”

-Bersambung-

One thought on “DIA MILIK AKU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s