DIA MILIK AKU

Bab 3

Selepas seminggu, Sabrina telefon aku, katanya Amran izinkan dia buat kenduri doa selamat dan bacaan yassin di rumah baru mereka. Sabrina kata dia juga dah beritahu mak ayahnya dan mak ayah mertuanya juga. Mereka semua bersetuju walaupun Sabrina tak memberitahu kejadian yang dilaluinya. Dia cuma menceritakan kepada aku dan suaminya sahaja. Lagipun Amran pun pesan kat dia, tak perlu ceritakan perkara tersebut kepada ibu ayah mereka. Amran kata biar mereka saja yang berikhtiar dulu. Nanti dah lama kalau semua ikhtiar dah dibuat tapi Sabrina masih rasa tak selesa, barulah mereka minta pendapat lain dari ibu ayah mereka masing-masing.

Aku pun dah beritahu suami aku. Dia pun setuju untuk bantu Sabrina buat majlis doa selamat kat rumah barunya pada hari minggu nanti.

Tiba pada hari Sabrina nak buat majlis tu, aku datang awal sikit. Dia nak buat majlis tu lepas maghrib, jadi aku lepas zohor dah sampai kat rumah dia.

Masa aku sampai, aku nampak Rozana, adik Sabrina sedang menjirus pokok bunga di halaman rumah. Pelik juga aku, tengahari buta jirus pokok. Mula-mula aku nak pergi tegur Rozana tapi belum sempat aku menghampiri Rozana, Sabrina dah panggil aku. Aku batalkan hajat aku untuk menegur Rozana lalu terus mendapatkan Sabrina yang sedang memasak air gula di dapur. Semerbak bau daun pandan kat dalam rumahnya.

“Terima kasih sebab datang awal. Aku pulak rasa kalut ni. Maklumlah, aku tak pernah buat majlis macam ni. Selalunya majlis-majlis macam ni buat kat rumah mak aku la, kadang kat rumah mak mertua aku, tapi bila buat kat rumah sendiri, terasa panik pulak. Mak aku petang nanti baru sampai, tunggu ayah aku balik dari rumah kawan dia lepas asar. Mak mertua aku pulak tunggu Amran pergi ambil dia. Ayah mertua aku takde di Malaysia, dia ke Bandung atas urusan bisnes kat sana,” cerita Sabrina kepada aku. Nampak sangat dia terasa lega bila nampak aku dah sampai.

“Habis tu Rozana datang dengan siapa?” tanya aku. Sebab dia kata maknya datang lepas asar, kenapa maknya tak datang je sekali dengan Rozana.

“Rozana? Dia ada meeting hari ni katanya kat Langkawi. Tak dapat datang. Sebab tu lah mak aku kena juga tunggu ayah aku baru boleh datang sini,” kata Sabrina masih mengacau air gula yang sedang mendidih di atas dapur.

“Habis tu, siapa yang sedang jirus pokok bunga kat luar tu tadi?” tanya aku.

Sabrina pandang aku. Aku pandang Sabrina.

“Mana ada orang kat luar tu,” katanya lagi.

“Ada. Tadi sebelum kau panggil aku, aku nak pergi tegur dia. Aku ingat itu Rozana,” kata aku.

“Patutlah laju semacam je kat ke arah sana sampai tak nampak aku kat sini. Tapi memang aku dengan Iqbal je. Makanan semua catering hantar lepas asar nanti.” Kata Sabrina lagi.

Aku diam. Tapi aku yakin sangat ada orang sedang jirus pokok bunga kat luar tadi.

 Aku pun datang seorang. Petang nanti baru suami aku datang dengan Arif. Sengaja aku tak bawa Arif sekali sebab aku taknak nanti aku sibuk dengan anak aku je, macammana nak tolong Sabrina kan.

Aku bangun. Aku tak puas hati. Aku menjenguk ke luar. Memang tak nampak sesiapa. Tapi pokok-pokok semuanya basah seperti baru dijirus air. Aku panggil Sabrina.

“Kau ada jirus pokok ke tengahari buta ni?” tanyaku.

“Takde. Aku sibuk kat dapur. Nanti Iqbal bangun, semua kerja aku tak boleh buat,” sahut Sabrina.

“Kau tengok pokok kau tu, semua basah macam baru lepas dijirus kan?” kata aku. Dan Sabrina memandang ke arah pokok-pokok bunganya.

“Iyelah. Pokok aku basah. Aku takde jirus pun. Dan tadi tak hujan pun,” kata Sabrina.

“Takpelah, jom kita selesaikan majlis ni dulu. Harap-harap lepas ni tiada apa yang berlaku.” Kataku memujuk Sabrina. Tiba-tiba rasa bersalah sebab buatkan Sabrina hilang mood untuk majlis rumahnya hari ini.

Sabrina kembali ke dapur, mengangkat air gula yang telah siap dimasaknya tadi lalu menuangkan ke dalam jag. Aku tolong kupaskan kulit pisang emas, katanya nak buat kek pisang. Itulah kelebihan Sabrina, dia pandai memasak. Dulu masa sekolah menengah, dia masak nasi lemak la, bihun la, kuih kek semua, jual kat kami kat sekolah. Maklumlah, dia bukan dari keluarga senang. Sebagai anak sulung, dia banyak bantu mak ayahnya menambah pendapatan keluarga.

“Ada terjadi lagi ke perkara-perkara yang kamu cakap kat aku haritu?” tanyaku.

“Ada. Aku dah tutup tv, tiba-tiba terpasang sendiri. Aku kat hall depan nun, ada bunyi orang pasang paip kat sinki dapur. Bila aku cakap kat Amran, dia kata dia tak dengar apapun. Kadang-kadang aku rasa macam ada orang lain dalam rumah ni. Mainan Iqbal, biasanya sebelum tidur malam aku akan kemaskan, simpan dalam laci. Tapi bila aku bangun pagi, mainan tu dah bersepah macam ada orang budak yang main.” Sahut Sabrina.

“Kau pernah nampak orang lain tak? Kalau tak nampak betul pun, mungkin sekilas pandang ke,” tanya aku lagi. Sebab aku rasa macam nak buka cerita yang aku dan suami aku nampak perempuan masa datang kat rumah mereka haritu.

Tak sempat lagi Sabrina menjawab soalan aku, tiba-tiba terdengar suara Iqbal menangis. Lalu dia tergesa-gesa berlari ke arah bilik sebelah dapur untuk melihat anaknya.

Aku pula dah selesai kupas kulit pisang, aku berjalan-jalan di bahagian dapurnya, melhat-lihat kabinet dapurnya yang cantik. Barang mahal, nak pulak suami arkitek, mestilah semua cantik. Sedang aku melihat-lihat tu, aku nampak kelibat seseorang melintas melalui pintu dapur. Aku terus keluar melalui pintu dapur. Perlahan-lahan aku melangkah ke tempat aku nampak kelibat orang tadi.

Masa tu matahari dah turun sikit ke barat. Dalam pukul 3.30 petang kot. Aku melangkah perlahan-lahan. Dan aku nampak seseorang! Dia membelakangkan aku. Seorang perempuan, memakai baju kurung kuning berbunga merah. Rambutnya panjang hingga ke paras pinggang dan tersisir rapi.

Tiba-tiba je meremang bulu roma aku.

“Cik,” panggilku. Dan perempuan itu berhenti melangkah. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah aku.

Aku beranikan diri memandang dia. AKu nampak jelas wajahnya. Cantik juga. Aku senyum ke arahnya tapi dia tak membalas senyuman aku. Dia sekadar memandang aku dan lepas tu berpusing kembali ke arah asal dia tadi.

“Cik ni siapa?” tanyaku. Tiada sahutan.

“Dayah! Ooo Dayah! Kau kat mana?” Tiba-tiba Sabrina memanggil aku.

Aku menoleh ke arah suara Sabrina. “Aku kat sini,” jawabku sambil melambai-lambaikan tangan setelah nampak Sabrina.

“Kau buat apa kat situ? Mari tolong aku buat kek pisang ni. Nanti boleh hidang kat orang masjid,” kata Sabrina lagi.

Aku menoleh semula ke arah perempuan tadi. Tapi dia dah tiada di sana.

“Cik! Cik!” panggilku lagi sambil mataku melilau mencari.

“Kau panggil siapa tu Dayah?” tanya Sabrina dari dalam dapur. Aku diam. Lalu melangkah masuk ke dapur.

“Kau cakap dengan siapa Dayah?” tanya Sabrina sambil melenyek pisang emas di dalam besen.

“Takde siapa. Aku nampak kucing tadi. Tegur kucing tu la,” sahutku. Aku taknak merunsingkan fikiran Sabrina. Biar dia selesai dengan majlisnya dulu.

Segalanya berjalan lancar hingga majlis selesai ketika hampir isya’. Setelah pihak catering balik, aku mengemas dapur dengan Sabrina, mak dia dan mak mertuanya. Manakala suami aku dan Amran sama-sama menjaga anak masing-masing sambil berbual di tepi kolam di halaman rumah mereka.

“Tadi ada seorang perempuan muda pakai baju kurung warna kuning tu siapa Rina? Mak tak pernah nampak dia pun. Jiran sini ke?” Mak Sabrina tiba-tiba bertanya.

“Jiran mana pulak mak. Rumah kami ni lot hujung. Sebelah kanan ni bukit. Sebelah kiri ni tanah orang tapi tak buat rumah. Selang 5 lot baru ada rumah orang. Ada dia datang tadi tapi takdelah muda sangat, dah umur-umur mak dah,” sahut Sabrina sambil mengelap meja makan.

“Haah, mak pun nampak tadi. Tapi takdelah pulak mak tegur. Sebab sibuk ke hulu hilir. Dia duduk je kat tepi pintu bilik tu. Tunduk je, tak bercakap dengan siapapun,” sahut mak Amran pula.

Aku pula terus teringat kat perempuan yang aku nampak siang tadi. Dia pun pakai baju kurung warna kuning. Orang yang sama ke? Tapi aku tak bersuara.

“Entah. Rina tak perasan pulak tadi. Mungkin isteri salah seorang orang masjid yang datang baca doa tadi kot,” kata Sabrina. Dan tiada lagi soalan dari mak Sabrina mahupun mak Amran. Aku tetap mengunci mulut.

Selesai semuanya, aku meminta diri untuk pulang ke rumah.

“Tidur je la kat sini. Esok Ahad kan, bukannya kerja pun,” pelawa mak Amran.

“Dia memang macam tu mak. Bukannya Rina tak pelawa dia tidur sini, dia yang menolak. Macam-macam dalih dibaginya.” Kata Sabrina.

“Takpelah. Kamal tu tak biasa tidur kat rumah orang. Arif tu pun sama. Lagipun rumah kami bukannya jauh sangat. Tak sampai sejam, sampailah kami kat rumah. Hari ini datang sini, banyak lagi hal rumah tak selesai. Maklumlah saya bekerja, Sabtu Ahad je la hari nak siapkan hal rumah yang bersepah tu,” kataku memberi alasan seperti selalu. Kamal tu suami aku.

“Iyelah kan, orang kalau bekerja lepas tu ada anak kecil, semua kelam kabut. Sabtu Ahad je la masa sesuai untuk kemaskan apa yang patut.” Sahut mak Sabrina pula.

Setelah bersalaman, aku mengajak suami aku balik. Arif pun dah nak terlena.

Dalam perjalanan balik, aku bagitahu suami aku bahawa aku nampak perempuan berbaju kurung kuning tu. Dan suami aku kata, dia pun nampak. Perempuan tu tak bergaul dengan sesiapapun. Dia hanya duduk di suatu sudut dan tunduk memandang lantai.

“Siapa dia ye? Kenapa Rina tak nampak dia?” kata aku.

“Mungkin dia nampak tapi dia tak perasan siapa tu,” kata suami aku.

Aku diam. Takkanlah hantu pulak kot. Selamba je dia duduk sekali masa orang bacakan yassin tadi. Kalau hantu, mesti dia terbakar dah.

“Dah, awak tu tak payah fikir banyak. Doa je moga-moga segalanya akan beransur baik selepas ni,” kata suami aku. Dan aku tetap diam. Boleh ke aku tak fikir?

– Bersambung –

One thought on “DIA MILIK AKU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s