WHATSAPP GROUP SE

Part 5

Zaiyanah melangkah tenang menuju ke aras perempuan berbaju hitam tersebut, diiringi dengan pandangan mata kami berempat disertai staff KFC tersebut.

Setelah tiba di sisi perempuan itu, Zaiyanah menegur. “Maafkan saya cik,”

Dan perempuan itu menoleh ke arahnya. Kami juga dapat melihat dan mendengar dengan jelas memandangkan meja kami dekat je dengan tempat pengambilan sos tu.

“Iye dik,” sahut perempuan itu dengan lembut dan senyum manis. Cantik orangnya tapi kami memang tak kenal dia.

“Cik ada order cheezy wedges untuk meja kami ke?” tanya Zaiyanah sambil menunjukkan meja kami kepadanya.

Dan dia melihat ke arah meja kami.

“Saya memang ada order cheezy wedges tapi untuk meja saya kat sana,” katanya sambil menunjukkan meja di bahagian sudut di mana ada tiga anak lelakinya sedang duduk makan di sana.

“Eh, sekejap. Meja cik nombor berapa?” tiba-tiba staff KFC tu bertanya.

“No. 9. Ada papan yang bertulis 9 kat meja sana,” jawab perempuan itu lagi.

Staff KFC tersebut membuka kembali kertas order dari dalam poketnya.

“Maaf maaf, saya silap meja. Saya ingat meja no. 6. Rupanya meja no. 9. Maafkan saya, saya salah tengok,” kata staff KFC tadi membuatkan kami rasa lega. Silap meja rupanya.

Zaiyanah kembali duduk di tempatnya.

“Kan aku dah kata, korang jangan takut sangat. Mana ada hantu boleh beli cheezy wedges. Hantu mana ada duit,” kata Zaiyanah dengan berlagaknya.

“Bukan kau ke yang kata mungkin ada orang nak main-mainkan kita? Orang yang nak mainkan kita tu mungkin ada duit. Sekarang ni kami bukan takut hantu, tapi cuak la nak tahu sangat siapa yang belikan cheezy wedges untuk kita.” Kata Fatin selamba memulang paku buah keras kepada Zaiyanah.
“Tapi kan, sedap pulak aku tengok cheezy wedges tadi. Terasa-rasa pulak kat tekak aku ni.” Kata Amira.
“Kau ni Mira, tak kenyang lagi ke?” tanya Damia.
“Cheezy wedges tu tak la, muak tengok cheese dia tu. Tapi kalau ada French fries sedap gak kudap-kudap sambil kita sembang hal Azura ni,” sahut Zaiyanah pula.
“Biar aku pergi beli. Nak beli berapa?” tanya Amira.
“Beli la 2 saiz besar, cukup kot. Beli banyak nanti tak habis. Dah sejuk tak sedap,” sahut Zaiyanah.

Amira bangun dan berlalu pergi.

“Korang rasa, Azura ni siapa ye? Kalau betul dia dah mati, siapa yang berwhatsapp dengan kita tu? Siapa pulak yang sent friend request kat facebook tu?” tanya aku.

“Korang tengok tak gambar profile dia kat facebook tu?” tanya Zaiyanah pula.

“Tak berani aku nak buka. Itu bukan

gambar sama dia hantar kat group ‘Teman Selamanya’ tu ke? Yang ada mata berkelip kalau kita zoom tu,” sahut Damia.

“Tak sama. Kat facebook tu gambar lain. Kena zoom jugak kalau nak tengok,”sahut Zaiyanah.

“Kau dah tengok ke Yana?” aku tanya.

“Haah, aku dah tengok. Jap aku buka,” sahut Zaiyanah.

Mungkin sebab ramai kat situ, aku berani la nak tengok. Zaiyanah buka dari tablet dia, besar sikit. Dia buka profile gambar Azura di facebook. Dia zoom. Makin zoom, kami nampak seperti ada gambar seorang gadis memakai baju kurung putih lusuh, dengan rambut panjang menutup wajahnya dan kedua tangannya diangkat seolah nak menggapai kami. Gambar tu biasa je tapi serius seram bagi kami yang sedang berdepan dengan Azura.

“Excuse me!” sedang kami terlalu fokus dengan gambar tu, tiba-tiba kami dikejutkan dengan suara yang agak kuat. Kami memandang ke arah suara itu.
“Maaf, saya dah panggil 3 kali tapi cik semua tak dengar,” kata seorang staff KFC yang membawa 2 French fries.
“Sorry sorry kami tak perasan,” sahut Fatin sambil senyum.
“Cepat juga french fries sampai. Takde orang kot.” Kataku sambil mengambil beberapa French fries yang masih panas dan masukkan ke mulut. Dan diikuti oleh Zaiyanah, Fatin dan Damia.
“Eh, jangan habiskan. Kang mengamuk si Mira.” Kata Damia.
“Mana pula perginya si Mira ni?” tanya Fatin.

Sedang kami tertinjau-tinjau mencari Amira, dia muncul dari arah tandas. Melihatkan kami melilau mata seperti mencari sesuatu, dia terus datang ke arah kami.

“Wah tak sabar-sabar korang ye. Dah order French fries sendiri. Bak sikit,” katanya Amira sambil mengambil beberapa French fries ke mulutnya dikala kami yang lain terhenti makan dan melihat gelagatnya.
“Apa maksud kau kami order sendiri? Bukan kau ke yang kata nak pergi beli French fries ni tadi?” tanya aku.
“Iyelah, memang aku kata nak pergi beli. Tapi aku pergi tandas dulu, lepas tu baru aku nak pergi beli. Dah korang beli, buat apa nak beli lagi. Tadi kata dah kenyang la, muak la,” sahut Amira masih mengambil frech fries tersebut dan makan.

Kami berpandangan sesame sendiri.

“Mira, kami tak beli french fries ni,” kata Fatin membuatkan Amira berhenti makan dan memandang ke arah kami silih berganti.
“Habis tu, ni siapa yang beli?” tanyanya.
Kami semua angkat bahu.
“Kami ingat kau yang beli. Patutlah cepat sangat staff KFC tu hantar ke sini,” sahut Fatin.

Kami semua diam. Memandang French fries yang dah hampir habis kami makan.

Tiba-tiba tablet Zaiyanah yang masih di atas meja dengan gambar profile facebook Azura masih di sana, berbunyi. Ada whatsapp masuk di group ‘Teman Selamanya’.

Azura : Korang berjumpa tak ajak aku pun. Takpelah, aku belanja korang French fries. Makanlah. Itu sebagai tanda korang dah terima aku untuk jadi sahabat korang selamanya. Tak kira apa terjadi, kita akan bersama hingga akhir hayat.

Kami diam.

Azura : Kenapa korang diam? Takkan nak lari macam tu je. Korang berhutang dengan aku tau. Hari ini aku belanja korang, lepas ni korang belanja aku tau. Barulah kawan sejati namanya.
Tiada yang menjawab. Masing-masing berwajah cuak. Zaiyanah tutup tabletnya perlahan.
“Jom kita pergi rumah mak Azura. Tak jauh dari sini kan,” ajak Zaiyanah.
“Nak buat apa?” tanya Amira.
“Kita tanya mak dia tentang Azura, tentang kematian dia, semualah. Mana tahu kita dapat jawapannya nanti.
“Kau berani ke nak pergi rumah dia. Entah-entah dia memang mengumpan kita untuk pergi kepadanya. Nanti dia rasuk kita semua macammana?” Damia pula menyuarakan ketakutannya.
“Kita cubalah dulu. Lagipun hari masih siang. Kita cuba je la,” sahut Zaiyanah.
“Kenapa kalau siang? Siang takde hantu ye? Habis tu ni yang belikan kita French fries ni, hantu apa pulak? Hantu siang? Ada pulak hantu ni duit nak beli French fries kan?” kata Fatin dengan nada agak bengang.

“Ish korang ni. Janganlah gaduh pasal ni. Mungkin Azura tu memang roh jahat yang nak melaga-lagakan kita. Tapi aku setuju juga kalau nak pergi rumah mak dia. Kita menyelam sambil minum air. Kita pergi untuk menziarahi keluarga kawan kita, dan dalam masa sama kita koreklah rahsia,” sahut aku cuba melonggarkan keadaan yang kian tegang.
“Boleh juga. Tapi kita kena balik sebelum maghrib tau. Aku dah janji nak keluar dengan keluarga aku malam ni,” sahut Amira bersetuju.

“Jom la, aku ikut,” sahut Fatin. Dan diikuti Damia.

Maka berkonvoilah kami ke rumah mak Azura yang tak jauh dari situ. Lebih kurang 15 minit perjalanan kami sampai di rumah mak Azura. Dari pagar rumah, kami nampak ayah Azura sedang duduk di sofa. Kami bagi salam.

“Waalaikumussalam. Iye, nak cari siapa?” sahut ayah Azura menyambut kedatangan kami.
“Kami ni kawan Azura. Saja datang nak melawat keluarganya. Kami pun baru tahu dia dah meninggal.” Kata Amira.
“Oh, jemput masuk.” Sahut ayah Azura tapi kelihatan riak wajahnya tak seceria masa menyambut salam kami tadi.

Kami pun masuk ke dalam rumah.
“Mah, kita ada tetamu ni.” Kata Ayah Azura memanggil mak Azura kot. Tapi takde sesiapa yang muncul pun.

“Minta maaf. Makcik kamu sedang tidur agaknya. Duduklah, pakcik buatkan air,” kata Ayah Azura.

“Eh, tak payah susah-susah pakcik. Kami baru je lepas minum. Saja datang sebab dah kebetulan kami lalu sini. Haritu kawan kami ni jumpa dengan makcik kat pasar malam. Katanya Azura dah meninggal dunia. Kami tak tahu. Tu yang kami singgah nak bertanya khabar pakcik dan makcik,” kataku berbahasa basi, sambil kawan yang lain melilau mata melihat keadaan rumah Azura.

“Azura meninggal dunia sebab apa pakcik?” tanya Damia.
Ayah Azura tersenyum sinis. Dia memandang ke dinding yang kosong dan mengeluh perlahan.
“Dia mengalami kemurungan, tak tahu bagaimana terjadi, tapi dia mati selepas kehilangan banyak darah sebab dia potong salur darahnya sendiri di pergelangan tangannya,” sahut ayah Azura.

Kami semua melopong melihat ayah Azura.

“Dia kemurungan kenapa?” tanya Zaiyanah.

“Korang mesti tahu sikapnya masa di sekolah kan. Dia tak suka bercampur dengan orang lain. Katanya semua orang tak suka dia. Kat rumah pula, maknya selalu marahkan dia sebab tak belajar pandai macam adiknya. Result SPM dia tak elok. Cari kerja pun tak dapat. Satu hari kami pergi berkelah, adiknya lemas. Sebenarnya dia cuba nak tolong tapi dah ajal adiknya di sana, adiknya meninggal dunia akibat lemas. Tapi maknya menyalahkan dia di atas kematian adiknya. Segalanya diungkit oleh maknya sampai satu hari, kami jumpa dia dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dengan kesan torehan di pergelangan tangannya. Kami panggil ambulan, tapi dia meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.” Cerita Ayah Azura dengan panjang lebar. Kami yang mendengar tiba-tiba terasa sebak.

Semacam teringat-ingat wajah Azura yang tersenyum melihat kami bermain. Dia suka menyendiri. Tapi sebenarnya dia memerhati segala gelagat kami. Bukan kami tak ajak dia bermain dengan kami, tapi dia yang taknak. Dia selalu kena marah dalam kelas sebab tak fokus semasa cikgu mengajar. Selalu kena berdiri di atas kerusi sebab kerja sekolah sering tak siap. Masa sekolah menengah, dia selalu ponteng kelas. Kami pun tak tahu dia pergi mana. Masa hari bertemu waris, tak pernah tengok mak atau ayahnya datang sekolah. Semua murid lain balik awal bersama mak atau ayah, tapi dia seorang duduk dalam kelas sampai waktu persekolahan tamat.

“Pakcik, boleh saya tanya sesuatu?” tiba-tiba Zaiyanah bersuara.

Ayah Azura memandang kami sebagai isyarat memberi izin meneruskan pertanyaan.

“Kami ni sebenarnya ada soalan lain. Tapi soalan yang agak pelik. Kami tanya je mana tahu pakcik tahu sesuatu,” sambung Zaiyanah lagi.

“Tanya je. Kalau pakcik tahu, pakcik jawab,” sahut ayah Azura.

“Ada seseorang bernama Azura, selalu berbual dengan kami dalam group whatsapp dan facebook. Kami kenal Azura seorang je iaitu anak pakcik. Tapi yang menjadi kemusykilan kami ialah kami dapat tahu dia dah meninggal dunia. Jadi itulah yang kami nak tanya. Kami harap pakcik tak kecil hati dengan soalan ni,” kata Zaiyanah.

Ayah Azura tersenyum sedikit sambil menyapu wajahnya dengan kedua tapak tangannya. Satu keluhan berat keluar dari mulutnya.

-Bersambung-

One thought on “WHATSAPP GROUP SE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s