WHATSAPP GROUP SE

Part 3

Di group ‘Teman Selamanya’.

Zaiyanah : Azura, kamu ni siapa sebenarnya? Jangan main-mainkan kami.

Azura : Bila masa pulak aku main-mainkan korang? Betullah ni, aku Azura.

Zaiyanah : Azura bt Ramli?

Azura : Iye, aku Azura bt Ramli.

Zaiyanah : Siapa guru kelas kita dulu?

Azura : Ms Lim. Dia juga ajar kita Matematik dan Bahasa Inggeris. Cikgu Rita ajar Muzik.

Zaiyanah : Cuba kau bagi gambar terkini kau.

Azura : Aku tak cantik macam korang. Sebab tu aku tak letak gambar profile.

Zaiyanah : Takpe, bukan nak tengok cantik atau tak. Nak tengok kamu serius ke atau nak main-mainkan kami je.

Azura : Alaa.. Janganlah marah. Sekejap aku selfie ye.

Masa ni aku dah kecut perut. Aku hantar whatsapp personal kat Zaiyanah.

Aku : Yana, tak payah la kau desak dia. Kang entah apa gambar yang keluar.

Zaiyanah : Takpe, kita tengok siapa dia. Aku yakin sangat ada orang nak mainkan kita ni.

Di group ‘Geng Sekepala’

Damia : Eh Yana, kenapa kau mintak gambar dia? Kang dibaginya gambar hantu kang. Aku ni penakut.

Fatin : Iyelah kau ni Yana, berani sangat.

Zaiyanah : Janganlah risau. Kita tengok dulu apa dia nak buat. Mana ada hantu main whatsapp. Ni mesti ada orang nak mainkan kita je ni.

Amira : Korang yakin ke dia tak boleh baca kita sembang kat group ni?

Semua diam.

Di group ‘Teman Selamanya’
Azura hantar gambar. Aku tak berani buka. Aku whatsapp personal kat Damia. Damia pun tak berani buka. Fatin pun tak berani buka. Amira pun tak buka gambar tu. Akhirnya aku tanya Zaiyanah.

Zaiyanah : Kau bukak je gambar tu. Takde apa, gelap je.

Di group ‘Teman Selamanya’

Zaiyanah : Aku tak nampak gambar orang pun dalam gambar kau ni. Kau sebenarnya nak mainkan kami kan?

Azura : Ada la gambar aku kat dalam tu. Cuba kat tengok elok-elok.

Di group ‘Geng Sekepala’

Zaiyanah : Weh korang, bukaklah gambar yang Azura hantar tu. Takde apa. Gelap je. Korang ni, kita kenalah sama-sama kalau nak tangkap siapa dia. Ni asyik aku sorang je yang berbual dengan dia. Korang jangan takut sangat la. Mana ada hantu main whatsapp.

Fatin : Aku takut la Yana.

Damia : Aku pun. Dulu dia boleh masuk group tanpa kita add dia. Dia boleh tahu kita sembang pasal dia semua. Dan kan mak dia kata dia dah mati.

Aku : Yana, kau jangan berani sangat Yana.

Zaiyanah : Hish korang ni. Cuba buka gambar tu dulu. Tolong aku ok. Korang taknak sembang dengan dia pun takpe, korang bukak gambar tu dan cuba tengok mana tahu mata aku yang tak nampak. Sebab aku buka gambar tu, gelap je. Gambar hitam semata-mata.

Di group ‘Teman Selamanya’

Aku beranikan diri buka gambar tu. Betul kata Zaiyanah. Hanya gambar latarbelakang hitam. Takde gambar apa. Aku suruh yang lain-lain pun tengok gambar tu. Dan mereka akui, gambar tu semata-mata latarbelakang hitam.

Azura is typing….

Kami panik gak. Sebab lepas dia hantar gambar, dia diam.

Azura : Kamu semua dah tengok gambar aku?

Zaiyanah : Takde apapun kat gambar tu. Cuma gelap je. Kau jangan nak main-mainkan kami.

Azura : Korang tak nampak ke aku dalam gambar tu? Cuba zoom dekat sikit.

Entah kenapa aku berani sangat nak zoom gambar tu. Makin aku zoom, aku makin nampak sesuatu. Dan aku zoom lagi. Aku nampak sepasang mata, yang sedang berkelip memerhati aku! Aku campak telefon. Jantung aku berdegup laju. Nafas aku kuat. Aku berpeluh-peluh.

Dah lain macam je aku rasa. Terasa macam ada orang lain dalam bilik aku tu. Kaki aku keras. Aku pandang keliling bilik. Ya Allah, Tuhan je tahu perasaan aku masa tu. Memang aku rasa ada yang memerhati aku. Tengah aku ketakutan tu, tiba-tiba telefon aku berbunyi. Serentak dengan itu, mak aku tolak daun pintu dan masuk bilik. Melompat aku dari atas katil. Mak aku pandang aku lain macam.

“Kau dah kenapa Qila? Macam orang baru nampak hantu. Tu telefon bunyi tu kenapa tak angkat?” tanya mak aku.

Aku pandang telefon. Dah lima missed call kot kat telefon aku. Mak aku pandang aku lagi. Dan tiba-tiba telefon tu berbunyi lagi.

Sebab mak aku pandang lain macam, aku angkat telefon. Zaiyanah call aku.

Aku : Hello, Yana. Kenapa kau call aku banyak kali? Kalau aku tak jawab tu maknanya aku ada kerja la. Jangan la call lagi. Nanti aku call kau balik.

Aku jawab dengan bengang. Dah la aku terkejut, dia call banyak kali. Dah tu mak aku pulak marah sebab aku tak jawab telefon.

Zaiyanah : Mana ada aku call kau banyak kali. Ni baru sekali aku call kau.

Aku diam. Dah salah orang la tu.

Aku : Ha, kau nak apa? Aku takut la. Kau kata gambar tu takde apa, lepas aku zoom, nampak mata orang tengah tengok aku la. Matanya berkelip macam hidup.

Zaiyanah : Iye, sebab tu aku telefon kau. Siapa dia ye?

Aku : Kan aku dah kata, jangan layan. Kau degil.

Zaiyanah letak telefon. Aku cuba tengok siapa yang call aku tadi sampai lima missed call. Aku buka satu persatu. Fatin 2 missed call, Amira 1 missed call, Damia 1 missed call, dan yang last tu buat mata aku betul-betul terbeliak. Azura 1 missed call!!! Aku tutup telefon. Aku off data. Aku bangun, pergi solat isya’. Mak aku dah takde kat ruang tamu, tinggal ayah aku sorang tengah tengok tv. Aqil dan Hafiz dah tidur kot.

Selesai solat isya’, aku tengok jam dah pukul 10 malam. Aku beranikan diri buka telefon. On data balik. Takde apa-apa conversation whatsapp lagi. Aku buka group ‘Teman Selamanya’. Aduh, masa tu la aku nampak …. Zaiyanah is typing…. Aku gelengkan kepala dah. Apa lagi dia ni nak cari pasal dengan si Azura ni.

Zaiyanah : Aku dah zoom, tak nampak apapun. Dah la, jangan main-main lagi. Bagitahu je siapa kamu ni.

Azura recording audio…

Dah macam kena pukau pulak, aku masih setia menunggu di dalam group. Menunggu Azura sending audio.

Azura : AKU AZURA. Kenapa kamu tak percaya aku??!! Atau kamu nak aku datang kepada kamu, tunjukkan diri aku di depan kamu baru kamu nak percaya??

Satu suara garau keluar dari audio tu. Aku makin berpeluh.

Di dalam group ‘Geng Sekepala’

Amira : Yana, dah dah la tu. Jangan layan. Aku dah takut ni. Nak left group tu pun tak boleh. Aku rasa nak uninstall whatsapp je.

Fatin : Iyelah Yana. Aku pun rasa lain macam. Gambar dia hantar tu, memang ada benda bergerak kat dalam tu. Cuma aku tak berani nak zoom dekat-dekat.

Di dalam group ‘Teman Selamanya’

Zaiyanah : Macammana kau buat setting yang buatkan kami tak boleh left group ni?

Azura : Kan aku dah bagitahu, aku sayang korang. Aku dah pilih korang untuk jadi teman aku. Sebab tu nama group ni Teman Selamanya. Aku akan sentiasa dengan korang dan korang tak boleh left aku.

Zaiyanah : Mak kau kata, kau dah mati. Macammana kau boleh hantar whatsapp kat kami? Macammana kau boleh buka group ni?

Azura : Tempat aku gelap. Aku sunyi. Aku takde kawan. Jadi aku kena cari kawan untuk teman aku di sini.

Di group ‘Geng Sekepala’

Azura is typing……

Aku tak boleh tunggu. Aku uninstall whatsapp, IMMEDIATELY!

Aku off data. Aku off telefon. Aku biar lampu pasang. Aku selimut seluruh badan aku walaupun masa tu panas. Aku tidur. Moga-moga Azura tak masuk dalam tidur aku.

-Bersambung-

One thought on “WHATSAPP GROUP SE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s