WHATSAPP GROUP SE

Part 2

Esoknya aku hantar handphone aku untuk repair. Bos aku bising lagi, telefon baru pun rosak lagi. “You buat itu telefon macam bola ka? Campak sana sini lepas tu jatuh, rosak?” Membebel bos aku. Aku macam biasa la, buat muka lima puluh sen. Alaaa bos, dah nak jatuh, nak buat macammana. Hish…

Habis waktu kerja, aku pergi ambil bali telefon aku. Mujur tak teruk rosaknya. Bayar upah RM70 je kat orang kedai tu, elok balik dah. Aku siap beli flip cover untuk telefon tu, nanti kalau jatuh takdelah senang tercabut segala spare part dalam dia.

Sampai kat rumah dah maghrib. Aku tak sabar, terus buka whatsapp. Dari kedai tadi aku dah nampak ada banyak message tapi aku taknak buka sebab aku nak drive. Kang tak pasal aku langgar kereta orang pulak.

Ada message dari Zaiyanah, Damia, Fatin, Amira, bos aku, Zalika budak tempat kerja aku, dan ada dua group baru. Jantung aku berdebar dah. Message lain aku tak peduli dah. Nak pulak message dari tempat kerja, dah aku bagitahu telefon rosak kan, masih nak whatsapp aku dah kenapa.

Ada satu group tu namanya ‘Teman Selamanya’ dan satu lagi ‘Geng Sekepala’. Tak tahu kenapa aku tertarik sangat dengan group ‘Teman Selamanya’. Aku bukak. Ada panjang perbualan di sana. Aku bukak senarai nombor yang ada kat dalam group tu. Semua kawan baik aku ada kat sana. Tapi ada satu nombor yang aku tak kenal. Bukan nombor pun, kat situ ditulis ‘private number’ dan aku tak boleh tekan kat nombor tu. Jadi aku tak tahu itu nombor siapa. Nombor lain semua aku kenal.

Aku bukak perbualan group tu. Berkobar-kobar aku nak baca tapi tak sempat. Baru baca bahagian private number added you, mak aku dah jerit. “Qilah, mandi solat la dulu. Takkanlah balik je terus nak belek telefon. Bersihkan diri tu dulu. Kamu kat luar sepanjang hari, dah maghrib baru sampai rumah. Entah apa benda tak elok ikut balik pun kita tak tahu. Dah berbuih mulut mak ni bercakap tapi kamu macam tu jugak. Kamu tu bukan baya adik-adik kamu yang mak nak marah selalu. Beringat sebelum kena. Jangan nanti dah kena kacau dengan hantu kat jalan, hantu kat telefon tu, baru kamu sedar,” Panjang aku kena ceramah. Tersentak aku dengan kalimah mak aku yang last tu. Cepat-cepat aku tutup telefon. Orang kata mak ni cakap macam doa. Kang apa mak aku cakap jadi betul nanti, teruk aku.

Aku tutup telefon. Walaupun hati aku berkobar-kobar nak tahu apa yang group ‘Teman Selamanya’ tu sembangkan. Selesai solat, aku buka telefon tu balik.

Private No : Hai, semua dah ada kan? Selamat datang ke group ni.

Damia : Group apa ni?

Fatin : Siapa ni?

Zaiyanah : Siapa admin ni? Tak tanya dulu pun nak add kami?

Sampai kat bahagian tu aku cepat-cepat buka semula senarai nombor dalam group tu nak cari admin. Admin ialah private nombor tu. Aku kembali ke conversation.

Private Number : Aku memang tunggu dah cukup semua teman lama yang aku sayangi ni baru nak buat group ni. Aku rindu kat korang. Nak sembang dengan korang. Korang tak rindu aku? Sampai hati korang left aku macam tu je haritu.

Amira : Private Number ni siapa? Kenapa tak keluar nombor atau nama?

Private Number : Oooo… Ini maknanya korang tak set nombor aku. Aku tak pernah tukar nombor dari dulu, masa aku join group korang sebelum korang left aku sendirian.

Zaiyanah : Siapa kau ni? Beritahu je la, kan senang.

Fatin : Aku simpan semua nombor kawan aku. Tapi nombor kau ni lain macam. Mana ada setting untuk letak private number sebagai nombor telefon dalam whatsapp. Dan kenapa kami tak boleh tengok profile kau?

Private Number : Korang tak nampak nombor aku ke? Aku takde setting apa-apapun. Korang dah buang aku jauh-jauh sampai korang tak nampak nombor aku sekali. Aku sedih. Korang ialah kawan yang paling aku suka, tapi korang buang aku, taknak kawan aku. Dari dulu sampai sekarang, korang suka tinggalkan aku. Sebab tu aku buat group ni, supaya aku boleh berkawan dengan korang. Korang jangan left group ni tau.

Melihatkan dari rekod masa di dalam perbualan ni, lama juga perbualan ni terhenti.

Private Number : Kenapa semua diam? Taknak sembang dengan aku?

Zaiyanah : Kami tak sembang dengan orang yang kami tak kenal.

Private Number : Saja je aku usik kamu semua. Okaylah, aku perkenalkan diri aku. AKU AZURA. Dulu kat dalam kelas B sama dengan korang semua.

Fatin : Azura?

Private Number : Iyelah, sekejap aku tukar nama profile aku. Aku taknak letak nama aku awal-awal sebab takut nanti korang left aku macam dulu.

Perbualan terhenti sekejap. Dan lepas tu nama profile dah tukar jadi Azura.

Azura : Okay, sekarang semua dah tahu siapa aku kan?

Tiada yang menyahut. Mata aku dah besar, tangan aku dah menggeletar. Aku taknak sambung baca. Aku cari butang left group. Aku tak jumpa. Puas aku belek, sebab aku fikir mungkin whatsapp ada kemaskini baru, butang left dah tukar tempat. Puas aku cari tapi aku tak jumpa. Aku keluar dari ruang perbualan group ‘Teman Selamanya’.

Aku buka message dari Zaiyanah.

Zaiyanah : Qila, kau kat mana? JANGAN BUKAK GROUP TEMAN SELAMANYA!

Telefon aku rosak kan, mana la aku baca warning dia.

Zaiyanah : Qila, ingat pesan aku. Jangan buka group tu. Aku rasa ada yang tak kena dengan group tu. Group tu dah lama tapi kami tak boleh left. Dan tiada siapa yang berbual di sana. Kami pun tak boleh taip di sana. Setiap kali kami cuba taip, akan keluar message ‘Bilangan ahli tak mencukupi. Sebarang aktiviti akan boleh diteruskan setelah bilangan ahli mencukupi,’ Dah macam game pulak.

Dan aku tetap tak jawab. Aku rasa bilangan ahli yang tak mencukupi ialah kerana aku belum ada dalam group tu. Dan bila aku dah buka group tu, bermakna bilangan ahli dah cukup. Dan group itu baru boleh beroperasi.

Aku garu kepala. Ada ke macam ni?

Yang pasti, aku menyesal sebab tak buka message Zaiyanah terlebih dahulu. Aku bukak message dari Damia, Fatin dan Amira. Mereka juga memberi mesej yang sama seperti Zaiyanah kepada aku. Aku buka group ‘Geng Sekepala’.

Zaiyanah : Assalamualaikum semua. Kat dalam ni ada aku, Fatin, Damia, Aqilah, Amira, dan semua bff kita. Nanti korang tengoklah kat senarai ahli group tu. Qila last masuk sebab baru semalam dia mesej aku dengan nombor baru. Aku harap Azura takde kat sini… Hahaha….

Damia : Waalaikumussalam. Kau jangan sebut nama tu boleh tak? Lepas kes hari tu, aku memang tak tidur malam weh. Rasa macam diperhatikan je.

Fatin : Aku pun sama. Qila, kau last tinggal berdua dengan dia je haritu kan. Apa dia sembang lagi dengan kau?

Amira : Entah-entah Qila dengan Zura dah jadi bff. Hahaha….

Aku tak tahu nak gelak ke nak takut. Aku tutup telefon bila Hafiz panggil aku makan malam.

Lepas kemaskan dapur, aku bawa telefon masuk bilik. Aku bukak mesej Zaiyanah.

Aku : Yana, kat group ‘Teman Selamanya’ tu, Azura yang buat grup tu ke? Aku tak faham la. Bukan dia dah mati ke?

Zaiyanah : Itulah yang aku takut ni. Nak left tak boleh, dia macam dah ikat kita. Kau pulak, kan aku dah warning, jangan buka group tu. Sebab aku rasa bila semua ahli dah bluetick, group tu baru boleh beroperasi. Kau je yang belum buka dan baca perbualan kat group tu.

Aku : Sorrylah. Telefon aku tercampak semalam masa mesej dengan kau. Ayah aku dah marah. Terus tak boleh on. Hari ni aku hantar kedai. Malam ni baru aku dapat baca semua mesej. Aku nampak group ‘Teman Selamanya’ tu . Tak tahulah hati aku nak sangat buka group tu. Mana aku tahu aku dah salah bukak.

Zaiyanah : Dah lepas dah pun. Tu dia macam nak kawal kita pulak. Apa mesej last kau dengan dia haritu?

Aku : Tak lama lepas korang left, aku pun left. Dah dia suruh aku datang ambil dia dan dia kata dia kat ‘alam barzakh’. Gila ke aku nak tunggu lagi?

Zaiyanah : Dia kata dia kat alam barzakh?

Aku : Iye. Aku tak tipu. Kalau kau minta skrinshot memang takdelah la. Takkan aku nak simpan perbualan dengan alam barzakh weh.

Zaiyanah : Aku rasa ada orang nak permainkan kita ni. Takpe, aku nak pergi tanya dia.

Aku : Berani ke kau nak sembang dengan dia Yana? Tak payah le. Biar je dia.

Dan Zaiyanah tak jawab dah. Hanya double black tick.

-Bersambung-

One thought on “WHATSAPP GROUP SE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s