GROUP WHATSAPP SE

Bab 1

Sejak aku jadi orang terakhir left group whatsapp kawan sekolah, hampir sebulan jugak aku tak main whatsapp. Bukan tak main je, aku uninstall whatsapp aku weh. Paling best, aku tukar nombor kot. Aku memang takut. Lepas seminggu baru aku install balik, itupun sebab bos aku bising. Selalunya kerja aku akan disalurkan melalui whatsapp. Bila aku kata phone aku problem, tak boleh install whatsapp, syarikat siap bagi elaun untuk trade-in handphone lama, tukar baru katanya. Jadi, nak taknak, aku kena gak guna whatsapp.

Tapi aku takde whatsapp orang lain selain tempat kerja aku. Bukan kat group je aku trauma, private message pun aku tak berani. Kira terputus jugaklah hubungan aku dengan kawan-kawan sekolah aku masa tu. Tapi aku je la yang trauma macam tu, sebab aku orang last left. Dan aku juga yang dapat maklumat bahawa dia dari alam ‘barzakh’. Aku tak sempat pun bagitau kat kawan aku semua pasal Azura kata dia kat alam ‘barzakh’ tu.

Kadang tu aku fikir balik, boleh ke dari alam lain hantar message kat kita? Macam mustahil je. Tapi kalau nak fikir mustahil, cemana lak roh dari alam lain boleh masuk dalam jasad orang di alam lain. Tapi tu lain, takde kena mengena dengan media social kan? Habis tu, yang orang kerasukan bila tengok citer seram pulak tu cemana pulak? Haishhh… Makin aku fikir, makin tak betul otak aku. Sebab tu aku tak pandang whatsapp. Aku cuma tengok facebook je untuk kehidupan luar aku. Mak aku pun marah, katanya itulah asyik sibuk dengan whatsapp kawan je sampai lupa nak tolong mak aku buat kerja rumah. Tu balasan Tuhan la tu sampai peringatan dari alam ‘barzakh’ pun sampai. Hahaha…. Padan muka aku. Tu lah kata orang, mak ni bila dah marah, takde yang mustahil yang boleh terjadi. Sampai hantu pun boleh main whatsapp kan?

Bila keadaan aku dah neutral balik, satu malam tu aku godek-godek la telefon baru aku. Telefon baru weh, lagi canggih dari yang dulu. Memori pun lagi besar, gambar pun lagi jelas. Lawa je muka aku bila ambil gambar. Jadi, ada jugak la hikmah di sebalik kejaadian Azura ni kan.

Orang kata, handphone ni pemukau terhebat di alam siber. Kenapa? Kerana bila kita tengok handphone, nak-nak pulak ada internet yang laju, macam-macam benda kita nak tengok. Mulalah kita lupa benda lain, perkara lain. Kita akan asyik dengan handphone. Tengok itu, tengok ini. Gelak sorang-sorang, senyum sorang-sorang. Sampai segala kerja jadi tertangguh. Sedar-sedar dah lambat untuk hal lain yang lebih penting. Last-last kena bebel dengan mak. Jangan sampai mak marah lagi sudah, kang entah hantu apa pulak keluar dari handphone ni. Hishhh… mintak simpang la.

Tapi takut tu kejap je. Tengah belek-belek tu, aku teringat kat kawan-kawan sekolah aku. Apa khabar mereka? Apa citer mereka lepas masing-masing left group hari tu? Mungkin mereka cuba hubungi aku tapi sebab aku uninstall whatsapp, tukar nombor tanpa bagitahu. Tapi aku masih melihat aktiviti mereka kat facebook dan instagram. Cuma aku tak berani berhubung. Aku tak komen, tak berani like pun. Begitulah takutnya aku.
Maka, aku bukak playstore. Aku taip ‘WhatsApp Messenger’, laju je jari tu tekan ‘Install’. Cepat je dah install. Maklumlah. telefon baru kan. Aku bukak list ‘contact’ kat phone aku. Berderet nama kawan sekolah aku. Hati aku excited sangat nak message diorang. Dah terlupa dah pasal Azura tu.

Aku klik nama Zaiyanah. Dia online.

Aku : Yana, ni aku, Aqilah. Lama tak dengar khabar.

Zaiyanah : Weh, Qila. Kau pergi mana? Hilang tanpa berita. Ni nombor baru ke? Kami semua try contact kau. Pm kat kat FB pun kau tak balas, tapi kau dah baca. Kau pun takde pos apa-apa kat FB dah. Ingatkan taknak kawan dah.

Aku : Aku ok je. Sibuk sikit kat tempat kerja.

Zaiyanah : Kau tukar tempat kerja ke?

Aku : Taklah. Tempat lama jugak.

Zaiyanah : Bukan tempat kerja kau tu dari dulu memang sibuk ke? Dulu ada je masa kau borak dengan kitorang?

Sekali Zaiyanah bagi soalan perangkap. Terkebil-kebil aku tengok keypad. Lama aku nak jawab. Aku cuba sedaya upaya untuk tak buka cerita Azura.

Zaiyanah : Qila, kau ok ke? Kau sakit?

Aku : Takdelah. Aku ok. Dulu pejabat aku dapat projek besar. Tu yang kelam kabut sikit tu. Selalu keluar kawasan.

Aku cuba bagi jawapan selamat.

Zaiyanah : Weh, dulu aku orang second last left group whatsapp tu. Lepas aku left, kau masih kat dalam group dengan Zura kan? Ke kau pun terus left lepas aku left?

Akhirnya Zaiyanah hilang sabar, terus tanya. Tapi aku tak terus jawab. Aku trauma balik bila nama tu disebut. Laju je degup jantung aku bila nama tu ditaip di skrin handphone.

Zaiyanah : Qila, jangan la tinggal bluetick je. Aku tenung skrin ni dah macam nak tembus tunggu kau jawab.

Dan aku masih tinggalkan bluetick. Masih fikirkan jawapan bagi mengelakkan cerita pasal Azura ni keluar lagi. Sedang aku memikirkan jawapan selamat, tiba-tiba ada satu benda berat hempap belakang aku. Tercampak handphone aku. Berderau darah aku. Fuh, rasa macam nak jadi heart attack dah. Nak bergerak pun sakit. Patah kot pinggang aku. Aku pusing badan aku. Adik aku yang sedang duduk kat belakang aku tergolek ke tepi.

“Sakitlah. Mai sini aku hempap belakang kau pulak,” Jerit aku kat adik bongsu aku, Hafiz yang berusia 9 tahun. Hafiz lari menjauhkan diri dari aku bila tengok muka aku dah nak tukar jadi hijau.

“Mak ajak makan,” kata Hafiz sambil menggosok-gosok belakang kepalanya sebab terkena lantai masa aku pusingkan badan tadi.

“Ajak elok-elok tak boleh? Mesti nak hempap belakang Akak kenapa?” Marah betul aku.

“Haa, tu lah dia. Bila mengadap telefon tu, semua orang nak dimarah. Selalu je Hafiz tu menyendeng kat kamu, takde pulak kamu marah. Ni sebab mengadap telefon, lupa dah dunia lain,” tiba-tiba dengar mak aku membebel.

Aku bangun sambil jelling Hafiz yang menutup mulut menahan gelak sebab aku kena marah. Aku jalan ke dapur, mak dah siap berhidang untuk makan malam. Abah dengan Aqil dah duduk bersedia nak makan. Aku tarik kerusi sebelah Aqil lalu duduk tapi mataku tak lepas memandang Hafiz. Terkejut betul aku tadi.

Selalu pun begitu, aku balik kerja memang aku rehat. Mak tak ganggu aku di hari kerja. Kadang tu dah pukul 7 baru aku sampai rumah. Mak akan sediakan makan malam. Lepas makan, tugas aku pulak kemaskan dapur, basuh pinggan semua. Takdelah aku lepas tangan pulak.

Lepas aku dah kemas semua kat dapur, aku kembali mengadap telefon. Mak dan abah duduk kat sofa tengok tv . Aqil dan Hafiz kat bilik, buat kerja sekolah.

Aku tengok dah ada 12 whatsapp conversation dari Zaiyanah.

Zaiyanah : Qila, kau ni. Takpe, kau taknak cerita pasal kau, aku cerita pasal aku. Bukan pasal aku sangat la. Sebab aku takde cerita pelik ni. Banyak cerita aku nak bagitahu ni. Kau tahu tak, lepas Fatin dan Damia left group tu, diorang pm aku. Dia kata ada satu unknown number pm dia, tanya kenapa dia left group. Dia cuba call nombor tu tapi dia cuba dengar bunyi macam orang bernafas je. Dia dok hello hello, lepas tu dia dengar bunyi macam suasana kat dalam gua ke apa entah tapi tak dengar suara orang. Tapi line jalan, sebab orang belah sana jawab phone call dari Damia dengan Fatin. Tapi aku tak terima pun apa-apa message dari unknown number.

Aku : Aku pun tak terima apa-apa.

Zaiyanah : Jap, aku bukak group baru ye. Nanti kita sembang kat sana.

Muka aku dah berubah. Bulat mata aku tengok skrin telefon.

“Kamu tengok apa tu Qila?” Tiba-tiba ayah sergah aku. Tercampak telefon aku. Sampai terbuka penutup belakang phone tu. Lepas tu phone aku off sendiri. Kuat kot terhentak tadi.

Mak aku pandang aku sambil gelengkan kepala. Ayah pula jeling aku.

“Kamu jangan tengok benda bukan-bukan Qila. Kamu dah besar, tahu mana baik mana buruk.” Ayah pula berleter. Ni mesti mak aku dah bagitahu apa-apa kat ayah aku.

“Takdelah ayah. Ni whatsapp dengan Yana je. Janganlah risau, Yana tahu mana baik mana buruk,” aku jawab sambil membetulkan telefon tapi telefon aku tak boleh on. Aduh, esok kena bawa gi kedai la ni.

-Bersambung-

3 thoughts on “GROUP WHATSAPP SE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s