DOSA SEMALAM

Bab 6

Datuk Iskandar termenung panjang menikmati gelap malam yang pekat. Jarum jam besar di dinding menunjukkan ke angka satu pagi. Namun mata Datuk Iskandar masih segar. Sesegar bintang bergerlipan di malam hari. Datuk Iskandar tidak minum kopi malam ini, tapi kenapa matanya masih belum terasa berat untuk menikmati mimpi yang indah? Kerusi malasnya itulah yang menjadi temannya. Lampu sengaja tidak dipasang.

Tiba-tiba bahunya disentuh orang. Datuk Iskandar menoleh. Azman duduk di atas lantai bersebelahan dengan kerusi malas ayahnya. “Kenapa ayah tak tidur lagi?” tanya Azman. “Ayah belum mengantuk,” sahut Datuk Iskandar. “Ayah mesti tidur awal. Nanti kesihatan ayah terganggu,” nasihat Azman kepada ayah yang disayanginya. “Ayah tahu. Tapi mata ayah tak boleh terlelap,” jawab Datuk Iskandar merenung jauh ke halaman rumahnya yang hanya diterangi oleh lampu kelip-kelip dari beranda rumah.

“Ayah minum kopi pekat malam ini agaknya,” teka Azman turut sama merenung jauh ke halaman melihat warna lampu kelip-kelip bertukar-tukar warna. “Sudah dua hari ayah tak minum kopi pekat. Kepala ayah rasa berat. Munkgin sebab kafein yang banyak dalam kopi agaknya,” kata Datuk Iskandar sambil melepaskan nafas panjang.

“Banyak kafein atau banyak masalah?” teka Azman. Datuk Iskandar memandang wajah anak lelaki sulungnya. “Ayah, janganlah ayah rahsiakan isi hati ayah dari Man. Man tahu segala-galanya.” Jawab Azman sambil melangkah menuju ke tingkap. Pandangannya tetap diarahkan ke halaman rumahnya. “Entahlah, Man. Sehingga kini ayah masih rasa terkilan. Sanggup Azhar menconteng arang ke muka ayah sedangkan ayah dan emak membelanya bagai menatang minyak yang penuh. Kalau keluarga kita sahaja yang dimalukan, ayah tidak kisah kerana itu adalah hukuman untuk dosa ayah, tapi dia telah melibatkan orang lain. Orang lain dari keluarga yang baik. Ayah terkilan teramat sangat,” keluh Datuk Iskandar.

“Jadi tak ayah ke rumah orang tua Shima hujung minggu ni?” tanya Azman. “Insya-Allah,” sahut Datuk Iskandar pendek. “Apa yang ayah nak katakan pada mereka?” tanya Azman lagi menduga. Datuk Iskandar terdiam sejenak. Azman tidak mengulangi soalan itu. “Entahlah, Man. Ayah tidak tahu apa yang ayah nak katakan. Ayah rasa malu untuk berdepan dengan orang tua Shima tu,” sahut Datuk Iskandar kembali bersandar di kerusi malasnya sambil menggerak-gerakkan kerusi itu.

“Man ada satu cadangan. Perkara ini Man sudah fikirkan semasak-masaknya dan Azman harap ayah terima. Man tidak mahu ayah menolaknya lagi. Ini semua untuk kebaikan kita bersama,” kata Azman serius. “Apa dia?” tanya Azman. “Ayah berjanji dahulu yang ayah akan terima cadangan Man. Kalau tidak, kita lupakan saja,” kata Azman tanpa memandang wajah ayahnya. “Biasanya, cadangan anak ayah ni logik serta bagus dan boleh diterimapakai. Baiklah ayah berjanji akan terima cadangan Man. Kalau tidak berjaya sekalipun, kita boleh cuba cadangan yang lain,” sahut Datuk Iskandar.

“Ayah, ayah pergi ke rumah orang tua Hashimah dan minta perkahwinan ini dipercepatkan. Mungkin penghujung bulan hadapan,” saran Azman. “Percepatkan? Azhar pun entah di mana. Macammana kita nak cari dia. Berita pun tiada. Kalau dia tiada di hari perkahwinan macammana? Atau kalau dia tetap tidak setuju?” tanya Datuk Iskandar hairan dengan cadangan Azman. “Ayah jangan risaukan tentang perkara Azhar,” kata Azman lagi. “Habis tu, Hashimah tu nak dikahwinkan dengan siapa?” tanya Datuk Iskandar masih hairan dengan cadangan Azman. “Man akan kahwin dengan Shima,” sahut Azman lebih serius.

Datuk Iskandar terdiam. Dia terkejut yang amat sangat dengan keputusan Azman itu. Dia tidak menduga sama sekali, cadangan itu yang akan disarankan oleh Azman. “Man, apa yang yang cakap ni? Man sedar tak?” tanya Datuk Iskandar inginkan kepastian. “Ayah….. bukankah ayah sudah berjanji dengan Man tadi, ayah akan terima pendapat Man?” kata Azhar seperti merayu manja sambil menggenggam erat tangan ayahnya. Datuk Iskandar memandang wajah Azman. Satu keluhan berat dilepaskan. Dia bangun dan melangkah ke tingkap. Apa pula yang akan terjadi kini? Apakah ini satu cadangan yang baik?

“Ayah bimbang Man,” kata Datuk Iskandar. “Apa yang ayah bimbangkan?” tanya Azman. “Kalau kau berkahwin dengan Hashimah hanya untuk menutup malu keluarga, bukan dari kasih sayang yang wujud di antara kau dan Hashimah. Perkahwinan hendaklah wujud daripada kasih sayang. Jika kamu berkahwin dengan Hashimah hanya untuk melepaskan masalah, ayah bimbang perkahwinan kamu berdua tidak selamat. Ayah bimbang Hashimah akan disisihkan memandangkan dia telah berbadan dua hasil hubungan dengan orang lain ketika berkahwin dengan kau. Perkara ini akan timbul dalam jangka masa panjang. Ayah tidak mahu kau menyesal di kemudian hari,” kata Datuk Iskandar menyatakan kebimbangannya.

“Ayah, bagaimana keadaan ayah ketika ayah berkahwin dengan emak?” tanya Azman menduga ayahnya. Datuk Iskandar memandang wajah Azman, tidak faham dengan soalannya. “Adakah ayah mempunyai perasaan cinta dan kasih pada emak kerana daripada apa yang emak selalu ceritakan, ayah hanya berjumpa dengan emak di hari perkahwinan, bukan?” duga Azman lagi. Datuk Iskandar diam. “Ayah, cinta dan kasih sayang boleh wujud setelah perkahwinan. Man rasa ayah mengakui hakikat itu, bukan?” tanya Azman. Datuk Iskandar masih mendiamkan diri memandang ke langit yang penuh dengan bintang berkerlipan.

“Tentang soal menutup malu yang ayah bangkitkan. Ini bukan soal menutup malu keluarga ayah. Terus terang Man katakan pada ayah, Man memang sukakan Hashimah ketika sama-sama menempah tiket ke London bersama-sama dengan Azhar dulu. Itu adalah kali pertama Azhar menemui Hashimah. Tapi Azman pendamkan kerana Azman tidak mengenalinya dan ayah pun maklum dengan perangai Man yang tidak pandai memikat. Man terperanjat besar pada hari Azhar membawa Hashimah pulang ke rumah dan Man juga tidak sangka bahawa Shima adalah anak kepada kenalan ayah. Jadi, Man terpaksa pendamkan perasaan Man kerana Man tidak mahu berebut dengan adik kandung Man untuk seorang gadis. Kerana itulah, Man lepaskan Azhar untuk berkahwin dahulu.” Cerita Azman terus terang.

Sememangnya dia pernah menaruh perasaan kepada Hashimah tetapi dia lebih rela jika perkahwinannya ditentukan sendiri oleh emak dan ayahnya yang dirasakannya lebih arif. Azman tidak mahu sebarang pilihannya tidak disukai oleh orang tuanya. Jadi, perasaan itu dipendamkan. Siapa yang tidak terpikat dengan gadis bernama Hashimah? Orang lemah lembut, mempunyai kecantikan asli tanpa mekap yang tebal dan berjenama tinggi. Hashimah hanya gadis kampung yang akan tertunduk malu apabila berhadapan dengan lelaki. Sememangnya Azhar tidak pandai menghargai pemberian Ilahi. Lagipun, tidak salah rasanya, jika dia memperisterikan Hashimah kerana kesilapan yang dilakukan adalah antara dia dan Tuhannya. Azman rasakan, dirinya tidak layak untuk menghukum Hashimah kerana kesilapan adiknya dan mungkin juga kesilapan dirinya dan ayahnya kerana terlalu memberi kebebasan kepada Azhar.

Azman tersentak dari lamunan apabila ayahnya menepuk bahunya. Azman berdiri berhadapan dengan ayahnya. Tiada kata-kata yang terkeluar dari mulut masing-masing. Datuk Iskandar memandang ke wajah anaknya dan bergitu juga Azman. Mereka berpandangan sesama sendiri. Sedikit air matanya menitis dari mata Datuk Iskandar. Air mata yang selama ini telah lama disimpan, kini berjujuran bagaikan air terjun membasahi pipinya. Datuk Iskandar menarik tubuh Azman lalu memeluk erat anaknya. Dia tidak tahu apakah ucapan yang perlu diungkapkan. Anaknya itu terlalu banyak berkorban untuk keluarga. Dari dahulu hingga kini. Sehinggalah ke syarikat ayahnya, dia juga yang membantu. Pada Datuk Iskandar, anaknya itu terlalu mulia, malah lebih mulia darinya. Dia redha jika anaknya itu terus dimasukkan ke syurga setelah matinya kelak. Dia sanggup menanggung segala dosa anaknya demi membalas pengorbanan yang tidak terhingga itu. “Bagaimana dengan emak kau?” tanya Datuk Iskandar setelah sebak di dadanya berkurangan. “Ayah jangan risau tentang emak. Man akan uruskan,” janji Azman. Datuk Iskandar tersenyum dan mencium dahi anaknya.

*******************************

“Apa? Man nak berkahwin dengan Shima? Emak tidak setuju,” keras sekali bantahan Datin Salmah apabila diberitahu tentang keputusan Azman untuk mengahwini Hashimah. “Kenapa pula emak tidak setuju?” tanya Azman buat-buat tidak tahu. “Emak tidak relakan kau jadi Pak Sanggup,” kata Datin Salmah dengan suara yang masih meninggi. Datuk Iskandar hanya berdiam diri mendengar perbincangan dua beranak itu. “Siapa kata Man jadi Pak Sanggup?” tanya Azman lagi menambahkan marah emaknya. “Bukan Pak Sanggup kau kata? Kau berkorban diri untuk menebus salah orang lain, kau kata bukan Pak Sanggup?” tanya Datin Salmah lagi. Berangnya semakin menjadi apabila Azman bertanyakan soalan yang begitu bodoh pada pandangannya.

“Menebus kesalahan siapa, emak?” tanya Azman sambil tersenyum melihat reaksi emaknya. “Hashimah tu sudah berbadan dua. Takkanlah kau nak kahwin dengan perempuan yang telah ditebuk tupai. Emak tak kisah kalau dia masih suci, tapi dia telah berbadan dua. Kau mesti ingat tu,” kata Datin Salmah membantah. Azman tersenyum lagi. ‘Jerat bakal mengena’ desis hati kecilnya.

“Emak, cuba emak beritahu Man, bayi dalam kandungan Shima tu anak siapa?” tanya Azman lagi. Datin Salmah terdiam. “Cucu siapa mak?” tanya Azman lagi memandang tepat wajah emaknya. Datin Salmah tunduk. “Azhar telah mengaku, bayi dalam kandungan Hashimah adalah anaknya. Azhar boleh lepas tangan, tapi bagaimana dengan Shima mak?” tanya Azman lagi apabila emaknya masih mendiamkan diri. “Emak, cuba emak bayangkan jika Shima tu anak emak dan Azhar anak orang lain, apakah perasaan emak? Apa yang emak akan lakukan? Apakah emak akan paksa orang yang merosakkan anak emak untuk menikahinya secepat mungkin? Atau emak mendiamkan diri sahaja?” tanya Azman lagi.

“Emak, emak boleh buat begini kerana anak emak adalah lelaki. Anak emak tidak rosak apa-apa. Emak suruh Man fikir, samada Man sanggup jadi Pak Sanggup. Man sudah fikirkan. Bayi itu dalam kandungan Shima, bukan dalam kandungan Azhar. Emak selalu mengajar kami agar bertanggungjawab, tidak pentingkan diri sendiri. Tapi kini emak yang menghalang Man dari melakukan perkara-perkara yang emak ajarkan.” Kata Azman lagi. Dia memandang wajah emaknya yang murung. Kemudian pandangannya beralih kepada ayahnya. Datuk Iskandar tersenyum ke arahnya, memberi semangat dan pujian di atas keberanian anaknya menegakkan kebaikan. Dia kagum dengan anaknya.

Azman melangkah merapati emaknya yang masih duduk di sofa. Tangan tua ibunya digengam erat.

“Emak, Emak sebagai kaunselor bebas. Sekiranya Shima datang menemui emak untuk mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini, apakah jalan ynag akan emak berikan kepadanya?” Tanya Azman.

“Emak sering menyelesaikan masalah orang lain tapi dapatkah emak menyelesaikan masalah keluarga kita sekarang ini? Sebagai contoh, tak semestinya seorang doktor mampu menyelamatkan nyawa pesakit walaupun pesakit itu adalah bapa kandung kita sendiri. Betul tak, mak?” Tanya Azman seterusnya.

Datin Salmah tetap diam. Setitik air jernih jatuh dari matanya terkena tangan Azman. Lama kelamaan, air itu semakin banyak lalu membasahi pipi tua Datin Salmah.

Azman tersenyum. Dia menyapu air mata ibunya dengan jari telunjuknya. “Janganlah menangisi perkara yang telah terjadi, mak. Kita sepatutnya memikirkan langkah untuk mengatasi apa yang telah terjadi.” Kata Azman lagi.

“Emak, restukanlah Azman untuk berkahwin dengan Shima,” pohon Azman.

Datin Salmah mengangukkan kepala. Dia tidak berdaya lagi berhadapan dengan soalan-soalan anaknya itu.

“Terima kasih, emak. Terima kasih kerana menginzinkan Man memilih masa depan Man sendiri. Kita hanya merancang tapi segalanya ditentukan oleh Ilahi. Mungkin ini rancangan kita hari ini tapi kita tidak tahu apa ketentuan Allah untuk esok dan hari seterusnya.” Kata Azman masih tidak melepaskan gengamannya. Datin Salmah menganguk lemah. Tiada lagi air mata yang mengalir di pipinya. Azman memendang wajah ayahnya. Datuk Iskandar tersenyum memberi isyarat bangga dengan kejayaan Azman memujuk ibunya.

**************************

Hari yang dijanjikan menjelang tiba. Kedatangan Datuk Iskandar, Datin Salmah dan Azman di sambut mesra oleh Hashimah dan kedua orang tuanya.

“Apa khabar, Shima?” Tanya Datuk Iskandar sambil memandang lembut ke arah Hashimah yang menyambut kedatangan mereka sekeluarga.

“Baik, Pakcik,” sahut Hashimah. Sebentar kemudian, Hashimah menghilangkan diri ke dapur.

“Jemputlah duduk. Rumah kami ni tiada sofa dan air-cond,” kata bapa Hashimag merendah diri.

“Sofa dan air-cond tu hanya di dunia saja. Tak ada pun tiada cacat celanya,” sahut Datuk Iskandar sambil menepuk bahu bapa Hashimah. Mereka duduk di kerusi. Langsir tingkap bergerak- gerak di tiup angin.

“Bagaimana Kuala Lumpur?” Tanya bapa Hashimah memulakan perbualan.

“Kuala Lumpur tetap begitu. Walau apapun yang melanda, Kuala Lumpur tetap Kuala Lumpur. Tiada bezanya,” sahut Datuk Iskandar.

“Macammana business? Dengar cerita semakin maju. Mesti untung besar, kan?” usik bapa Hashimah.

“Alhamdulillah, buat masa ni, bolehlah tahan. Hai, Encik Hasim kita ni pula apa kurangnya. Semasa lalu di warung tadi, bukan main ramai pelanggan. Pekerja pun ramai, taukehnya bole duduk di rumah saja. Boleh buka restoran dan cawangan baru tu,” balas datuk Iskandar. Berderai bunyi tawa mereka. Datin Salmah, Azman dan ibu Hashimah tersenyum melihat gelagat dua teman lama itu.

Suasana sunyi seketika. Hasimah muncul dari arah dapur membawa sedulang minuman panas dan sedikit kuih. Hidangan diletakkan pelahan di hadapan tetamu. Setelah itu, dia berlalu semula ke dapur di ekori oleh pandangan para tetamu ibu bapanya.

“Jemputlah minum. Ini saja rezeki yang ada,” pelawa bapa Hashimah.

“Ini pun sudah lebih dari baik,” sahut Datuk Iskandar sambil mencapai secawan kopi dan diikuti oleh Azman dan Datin Salmah.

“Kami datang ni bawa hajat.” Kata Datuk Iskandar memulakan bicara tujuan kedatangan mereka ke rumah itu.

“Besar nampaknya hajat Datuk tu,” seloroh ibu Hashimah yang diam sejak tadi sambil memandang wajah Datin Salmah.

“Memang besar. Kalau orang kata bukit Jalil itu besar, hajat kami lebih besar,” balas Datuk Iskandar di ikuti dengan deraian ketawa mereka semua.

“Apa hajatnya tu?” Tanya bapa Hashimah sebaik sahaja tawanya reda.

“Begini, kalau boleh kami nak mempercepatkan perkahwinan anak kita,” kata Datuk Iskandar. Ibu dan bapa Hashimag berpandangan sesama sendiri.

“Kalau boleh hujung bulan depan, setuju tak?” Tanya Datuk Iskandar lagi apabila melihat ibu bapa Hasimah mendiamkan diri.

“Setahu saya, dari apa yang Shima beritahu kami, kedatangan Datuk hari ini adalah untuk memutuskan pertunangan antara Azhar dan Shima. Kenapa lain pula?” Tanya bapa Hashimah membuatkan tetamunya tergamam.

“Jadi, Hashimah telah memberitahu segala yang terjadi?” Tanya Datuk Iskandar. Bapa Hashimah menganggukkan kepala. Ibu Hashimah tunduk.

“Kami pun terperanjat besar. Tapi segalanya telah ditentukan oleh-Nya. Kami tidak boleh buat apa-apa. Kalau kami bunuh dia sekalipun, dosa tetap telah dilakukannya. Jadi, kami terpaksa terima walaupun ianya sapahit hempedu. Silap kami juga kerana lalai dan kegagalan kami dalam mendidiknya. Begitulah, di hadapan mata kita, bolehlah kita tegur, kalau dibelakang kita, kita tak tahu apa yang di buatnya.” Kata bapa Hashimah memandang ke lantai. Jelas kekecewaan Nampak di wajahnya.

Semua yang ada di situ menundukkan kepala. “Saya minta maaf bagi pihak anak saya. Dan saya bersedia untuk memulangkan semula segala hantaran yang telah di berikan.” Kata bapa Hashimah seterusnya. Datuk Iskandar mengangkat muka memandang tepat wajah teman lamanya itu.

“Tetapi kedatangan kami ini adalah untuk mempercepatkan perkahwinan ini,” kata Datuk Iskandar lagi.

“Tidak. Saya tidak boleh menerima kebaikan ini. Anak saya yang buat silap. Dia yang mesti terima akibatnya,” kata bapa Hashimah lagi.

“Tapi kesilapan ini bukan hanya Hashimah seorang. Anak saya juga bersalah,” kata Datuk Iskandar mengakui kesilapan anaknya.

“Anak gadis saya yang curang, kenapa pula anak Datuk yang bersalah?” Tanya bapa Hashimah. Bapa dan ibu Hashimah berpandangan sesama sendiri. Begitu juga dengan Datuk Iskandar dan isterinya.

“Saya rasa terdapat salah faham sedikit di sini,” kata Datuk Iskandar. Semua yang ada si situ terdiam. Hashimah hanya membatukan diri di dapur mendengar perbincangan selanjutnya. Sengaja dia tidak memberitahu kepada ibu dan bapanya, siapa bapa bagi bayi dalam kandungannya.

“Apa yang Shima beritahu awak?” Tanya Datuk Iskandar.

“Dia cuma beritahu saya bahawa dia telah mengandung tiga bulan,” kata bapa Hashimah terus terang.

“Dia tidak beritahu anak siapa di dalam kandungannya?” Tanya Datuk Iskandar lagi. Bapa Hashimah memandang isterinya. Ibu Hashimah menggeleng-gelengkan kepala.

“Awak tahu siapa bapa dalam kandungannya?” Tanya Datuk Iskandar lagi.

“Saya tidak tahu dan saya terlalu berat untuk mengambil tahu. Saya Cuma salahkan anak saya. Kalau bertepuk sebelah tangan ia takkan berbunyi.” Kata bapa Hashimah.

“Jadi awak tak nak tahu, siapa bapa kepada bayi dalam kandungannya?” Tanya Datuk Iskandar. Ibu bapa Hashimah berpandangan sesama sendiri.

“Hashimah seorang gadis yang baik. Dia takkan semudah itu menyerahkan tubuhnya kepada orang yang tidak di kenalinya. Itulah yang saya kenal Hashimah,” beritahu Datuk Iskandar.

Suasana sunyi seketika. Semua yang ada si situ mengeluarkan satu keluhan berat.

“Kalau awak nak tahu, bayi dalam kandungan Hashimah adalah cucu kita bersama. Azharlah yang bertanggungjawab,” beritahu Datuk Iskandar. Kedua ibubapa Hashimah bungkam. Mereka tidak menyangka bahawa Azharlah bapa kepada bayi dalam kandungan Hashimah.

“Kerana itulah kami datang. Kami mahu mempercepatkan perkahwinan ini,” kata Datuk Iskandar. Hashimah yang berada di dapur hairan. ‘Apakah Azhar telah bersedia mengahwininya? Sedangkan menurut Azman tempoh hari ketika menelefonnya ke rumah, Azhar tidak dapat dikesan’ desis hati kecilnya. Hashimah tetap tenang mendengar perbincangan seterusnya.

Sementara itu, dada Azman berdebar kencang. ‘Adakah ibubapa Hashimah akan menerimanya sebagai pengganti?’ debar hati kecilnya.

“Tapi, kenapa Shima tak beritahu kami?” Tanya bapa Hashimah lagi tidak puas hati dengan apa yang didengarnya. “Mungkin kerana Azhar tidak mahu bertanggungjawab,” beritahu Datuk Iskandar terus terang.

“Azhar tidak mahu bertanggungjawab? Habis tu, kenapa na percepatkan perkahwinan ini?” Tanya ibu Hashimah keliru.

“Di sinilah silap saya. Saya yan tersalah langkah mendidik anak saya. Saya yang lalai sebenarnya.” Kata Datuk Iskandar tunduk. Bapa Hashimah turut tunduk.

“Kita masing-masing ada silap. Tidak mengapalah, jika Azhar tidak mahu bertanggungjawab, biarlah kami sahaja yang menjaga anak kami,” kata bapa Hashimah.

Tersentuh hati tiga beranak dari Kuala Lumpur itu. Betapa tabahnya keluarga Hashimah menerima dugaan yang mendatang. Kesalahan tidak dijatuhkan kepada orang lain, malah di jatuhkan kepada diri sendiri.

“Pada mulanya, kami pun tidak tahu bagaimana na meneruskan perkara ini. Saya sebenarnya malu pada keluarga ni,” kata Datuk Iskandar merendah diri.

“Sudahlah. Nasi sudah menjadi bubur. Tiada apa lagi yang boleh saya katakana. Anak saya perempuan, rosak tu tetap rosak.” Kata bapa Hashimah seolah-olah berputus asa.

“Begini, permulaanya memang kami terpaksa memutuskan pertunangan ini tetapi saya maasih mempunyai seorang anak yang pada saya lebih mulia dari diri saya sendiri. Dia bersedia untuk mengahwini Shima,” kata Datuk Iskandar tanpa mahu berselindung lagi. Ibubapa Hashimah memandang wajah wajah Azman yang masih tunduk.

”Adakah hanya untuk menutup malu keluarga?” Tanya bapa Hashimah. Datuk Iskandar dan Datin Salmah terdiam.

“Bukan untuk menutup malu keluarga pakcik,” Azman menjawab bagi pihak keluarganya.

“Kalau bukan menutup malu keluarga, untuk apa lagi?” Tanya bapa Hashimah, hairan.

“Pakcik, malu tetap malu. Kedua-dua belah pihak malu. Semua oraing tahu, Hashimah adalah tunagan Azhar tetapi berkahwin dengan saya. Jadi saya tidak berdaya untuk menutup malu,” terang Azman. Debaran didadanya kian mereda. Dia yakin dengan pendapatnya.

“Jadi, kamu nak jadi Pak Sanggup di atas kesilapan adik kamu?” Tanya ibu Hashimah. Azman menggeleng-gelengkan kepala. Dia bangun lalu melangkah ke tingkap. Merenung jauh ke tengah halaman.

“Saya bukan jadi Pak Sanggup. Tetapi saya tidak mahu oang lain menderita kerana kesilapan keluarga saya. Saya juga pernah menaruh hati kepada Hashimah tetapi memandangkan dia adalah tunangan adik kandung saya, saya pendamkan perasaan saya. Tapi kini, Hashimah telah di sakiti, bukan orang lain tetapi adik saya sendiri. Lagipun tiada orang yang mahu jadi begini. Tiada cacat celanya jika saya berkahwin dengan Hashimah sekalipun. Hashimah tetap Hashimah. Dia tidak bertukar menjadi sesiapa sekalipun. Segala-galanya terserah kepada Pakcik dan Makcik samada mahu menerima saya segabai menantu atau tidak.” Kata Azman mengakhiri kata-katanya. Hatinya lega. Segalanya yang terpendam di hatinya telah diluahkan.

Datuk Iskandar memandang kearah bapa Hashimah. Dia menganggukkan kepala meminta bapa Hashimah bersetuju. Bapa Hashimah memandang wajah isterinya. Ibu Hashimah diam. Suasana sunyi seketika.

Sementara itu, Hashimah teresak-esak menangis di dapur. Dia tidak menyangka sama sekali perkara ini akan berlarutan sampai begitu sekali. Bagaimana dia harus menerima Azman sebagai pengganti Azhar? Adakah dia sanggup untuk berhadapan dengan Azhar lagi setelah dia tinggal di rumah yang mana Azhar tinggal? Hashimah terduduk menangis. Sedih pilu menghiris hatinya. Dia juga tidak menyangka begitu mulia hati Azman untuk memperisterikannya. Hashimah menangis dan terus menangis.

“Begini sajalah, kami mesti tanya Shima dulu. Walau apapun, kami mesti dapatkan persetujuannya dulu.” Kata bapa Hashimah membuat keputusan.

“Baiklah. Cuma kami sangat mengharapkan agar permintaan kami ini diterima. Persetujuan dari keluarga ini adalah satu nikmat yang tidak terhingga dan tidak dapat kami nilaikan dengan wang ringgit. Kami amat berharap,” kata Datuk Iskandar lagi.
“Insya-Allah,” sahut bapa Hashimah.
“Kalau begitu kami minta diri dulu. Perjalanan kami ni jauh. Saya akan menanti keputusan dari pihak keluarga ni. Dan saya amat mengharapkan keputusan itu adalah menggembirakan,” kata Datuk Iskandar meminta diri untuk pulang.

Setelah bersalaman, Datuk Iskandar, isteri dan anaknya pulang. Hari hampir malam ketika itu. Ibu bapa Hashimah masuk ke dalam rumah. Diri mesti dibersihkan dan dihambakan kepada Pencipta. Dugaan mesti ditempuh dan diselesaikan. Penyesalan tidak berguna. Harapan baru diharapkan semoga membuahkan kehidupan yang lebih bermakna.

One thought on “DOSA SEMALAM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s