NABILA 2

Bab 10 (Akhir)

Ustaz Zahari merapati jenazah Bomoh Tukiman. Mengangkat kain yang terselak lalu menutup semula jenazah Bomoh Tukiman yang terdedah. Istighfar tak lepas dari bibirnya. Lembaga perempuan yang berdiri di bahagian atas kepala jenazah masih di situ, memerhati setiap tindakan tenang Ustaz Zahari. Sesekali dia merengus seakan marah, sesekali terdengar suaranya seakan menangis mendayu.

Ustaz Zahari duduk menghadap jenazah.

Al Fatihah…
Bismillahirrahmaanirrahim.. Alhamdulillaahirobbil aalamin…
Bismillahirrahmaanirrahim.. Yaa Siinnnn, Walquraanil Hakim, Innakalaminal Mursalin, Alaa sirotimmustaqim….

Lima belas minit berlalu, suasana masih tenang. Ustaz Zahari masih mengadap jenazah, ayah Nabila di belakang Ustaz Zahari, lembaga perempuan masih di situ, penduduk kampung yang berada di halaman rumah semakin resah dan matahari semakin condong ke barat.

Ustaz Zahari bangun berdiri dengan posisi mengadap ke arah lembaga perempuan tadi.

“Tiada apa yang tinggal untuk kamu di sini. Pulanglah kamu ke tempat kamu yang sepatutnya.” Kata Ustaz Zahari tenang. Dan kedengaran suara mendengus.

“Aku akan pulangkan barang kamu. Kamu pergilah ke tempat kamu. Sini bukan tempat kamu. Pergilah dengan cara yang kamu mahu. Atau aku pulangkan kamu dengan cara yang menyakitkan. Jangan ganggu kami di sini,” kata Ustaz Zahari tenang dalam tegas memandang tepat kepada lembaga itu.

Lembaga itu mengangkat kepalanya seolah memandang ke arah Ustaz Zahari. Dan tak semena-mena di menerkam ke arah Ustaz Zahari. Ustaz Zahari mengangkat tangannya dan pergerakan lembaga itu terhenti. Ustaz Zahari memejamkan matanya dan membaca surah-surah Al-Quran dan di pengakhirannya dia melaungkan azan menyebabkan lembaga itu menjerit seperti kesakitan yang amat sangat. Raungannya dapat didengari oleh orang-orang kampung yang berada di halaman rumah Bomoh Tukiman. Amat menyeramkan tapi ada suara tangisan di hujungnya.

Lembaga itu dilihat terbang menembusi dinding rumah Bomoh Tukiman dan hilang.

“Ayuh kita uruskan jenazah secepat mungkin. Kalau boleh kita kebumikan sebelum maghrib,” kata Ustaz Zahari kepada ayah Nabila. Dan ayah Nabila mengangguk tanda faham dan keluar dari rumah Bomoh Tukiman lalu memberi arahan kepada orang kampung yang sedang menunggu di luar rumah.

Seketika kemudian, sebji kereta polis masuk ke perkarangan rumah Bomoh Tukiman. Mereka telah dipanggil oleh orang kampung tadi setelah Bomoh Tukiman meninggal dunia. Dua orang anggota polis keluar dari kereta dan melangkah masuk ke rumah Bomoh Tukiman.

“Tuan, kes ini agak sukar untuk dijelaskan. Jadi, saya mohon agar jenazah ini tidak dibawa ke mana-mana. Dan mohon izinkan kami menguruskan jenazah dan mengebumikannya sebelum maghrib atau palling lewat pun sebelum isya’. Walau macammana keadaan sekalipun, jenazah tetap akan dikebumikan malam ini juga.” Kata Ustaz Zahari kepada anggota polis itu.

Dan setelah berbincang, anggota polis tersebut memberi kebenaran untuk jenazah Bomoh Tukiman diuruskan oleh orang kampung dan mereka berjanji akan membuat laporan kepada pihak yang terlibat bagi urusan pengeluaran sijil mati.

Tak ramai yang sudi membantu menguruskan jenazah Bomoh Tukiman. Dengan keadaan jenazah yang agak mengerikan dan bau yang amat busuk, ramai yang menanti di luar rumah sahaja. Setelah jenazah dikafankan, mereka mengangkat keranda dan berjalan menuju ke kawasan aaakubur. Di sepanjang perjalanan, beberapa kali keranda hampir terlepas dari pegangan orang kampung kerana keranda tersebut bergerak seolah-olah ada sesuatu yang meronta di dalamnya.

“Jalan terus. Jangan berhenti. Biar apapun yang terjadi. Kuatkan semangat. Kita perlu selesaikan hari ini juga.” Pesan Ustaz Zahari. Dan mereka akur. Sesekali mereka nampak lembaga perempuan tadi berterbangan mengikuti perjalanan mereka ke tanah perkuburan dengan suara tangisan mendayu-dayu kesedihan tapi agak menyeramkan pada mereka yang nampak kelibat lembaga itu dalam suasana yang hampir senja.

Sesampainya di tanah perkuburan, kubur yang masih belum siap digali kelihatan ditinggalkan oleh di penggali kubur.

“Kenapa tak siap gali ni?” tanya ayah Nabila kepada penggali kubur yang dilihat duduk di pintu pagar masuk kawasan perkuburan.

“Kami diganggu lembaga perempuan sepanjang kami mengorek liang. Mula-mula dia sekadar mengelilingi kami tapi bila kami tak peduli, dia merengus dan menerkam ke arah kami. Masa tu lah kami lari. Takut,” jawab si penggali kubur.

“Dah 20 tahun saya buat kerja ni, macam-macam perkara aneh yang berjaya saya lalui. Tapi saya tak pernah diterkam hantu,” sambungnya lagi.

“Mana ada hantu dalam dunia ni. Yang ada cuma jin dan syaitan.” sahut ayah Nabila.

“Takpelah, dah masuk waktu maghrib ni. Jom kita bawa jenazah ni ke masjid sebelah ni dulu. Kita solat maghrib dan kita solatkan jenazah ini sekali lagi. Lepas tu kita selesaikan urusan pengebumiannya,” Kata Ustaz Zahari. Tiada bantahan.

Sepanjang keranda berada di dalam masjid, pelbagai bunyi yang kedengaran dari luar masjid dan dari dalam keranda. Namun atas pesanan Ustaz Zahari, semuanya tak menegur. Namun hati masing-masing tetap kecut. Tambahan pula kepada yang belum pernah mengalami kejadian seperti ini.

Selesai solat, mereka bergotong royong menyiapkan liang lahad untuk mengebumikan jenazah Bomoh Tukiman. Mujurlah tiada masalah dalam proses mengebumikan walaupun ada yang melihat jenazah seperti menggelupur beberapa kali ketika diangkat masuk ke liang lahat. Ketika balutan di wajahnya dibuka sedikit, matanya seolah berkedip dan mengalirkan air mata. Namun diabaikan oleh mereka seperti yang telah dipesan oleh Ustaz Zahari dari awal tadi.

Setelah pengebumian selesai, talkin dibaca.

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakan Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kitab kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Allah Taala Tuhanku,
Muhammad Nabiku,
Islam agamaku,
Kitab suci Al Quran ikutanku,
Seluruh umat islam adalah saudaraku,
Baitullah itu Kiblatku,
Kalimah yang ku bawa di hidup dan matiku, LAILAHAILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH.

Sesungguhnya…
Mati itu benar,
Soalan Mungkar Nangkir itu benar,
Bangun dari kubur dan dihidupkan semula itu benar,
Dihimpunkan di padang mahsyar itu benar,
Dihisab amalan kita itu benar,
Minum di kolam nabi itu benar,
Dan syurga dan neraka itu juga benar.

Kullu nafsin zaa iqotul maut – Setiap yang bernafas, pasti akan mati. ITU BENAR.

Selepas kematian anak Adam, terputuslah segala hubungannya dengan dunia melainkan tiga perkara, amal ibadat semasa hidupnya, sedeqah jariah yang ikhlas kerana Allah dan doa anak-anak yang soleh dan solehah.

Jam menunjukkan pukul 9.00 malam ketika tugas mengebumikan selesai. Semua yang terlibat meminta diri untuk pulang ke rumah namun dipesan berkali-kali oleh Ustaz Zahari agar tiada yang menceritakan segala kejadian kepada orang lain samada penduduk kampung mahupun orang luar.

“Tutuplah aibnya sebagaimana Allah menutup aib kita. Kita pun bukannya baik, cuma Allah menutup aib kita. Apa yang terjadi adalah dengan izin Allah, Dia mahu kita mengambil iktibar, bukan untuk membuka aib sesiapa,” pesan Ustaz Zahari.

Setelah semua beredar, Ustaz Zahari memanggil ayah Nabila. “Saya nak pergi kampung sebelah. Saya nak kembalikan ini kepada yang sepatutnya. Andai tidak diselesaikan, bimbang dia menuntut melalui orang lain yang kita tak tahu. Lebih baik selesaikan sementara dia masih mengikut kita,” kata Ustaz Zahari sambil menunjukkan bungkusan kain kuning yang berisi hati mayat yang dipuja oleh Bomoh Tukiman.

“Pakcik faham. Takpe, pakcik ikut ustaz,” jawab ayah Nabila.

Maka selepas solat Isya’, bergeraklah Ustaz Zahari dan ayah Nabila ke kampung sebelah. Proton Saga Ustaz Zahari membelah malam demi menyelesaikan hal yang tersekat di antara dua alam.

Sepanjang perjalanan, mereka ditemani lembaga perempuan yang sesekali menunjukkan kelibatnya. Mungkin ada masa dia duduk di atas bumbung kereta kerana beberapa kali tedengar bunyi benda jatuh di bumbung kereta. Dan beberapa kali juga mereka diberi isyarat oleh pemandu kereta lain bahawa ada sesuatu di atas bumbung kereta.

Ketika mereka sampai ke rumah ketua kampung, jam hampir pukul 10 malam. Kebanyakan rumah telah gelap. Orang kampung, biasalah, tidur awal kerana mereka bangun awal. Kebanyakannya menoreh getah.

Namun begitu, kami disambut mesra oleh Tok Ketua dan isterinya, kedua-duanya dalam usia 70an tapi masih sihat. Tanpa sebarang ayat pemanis membuka kata, hari pun dah jauh malam, maka ayah Nabila membuka bicara memaklumkan maksud kedatangan mereka di waktu begitu.

“Sebenarnya, kampung kami telah diganggu sejak berbulan yg lalu oleh jelmaan lembaga seorang gadis yang merayau-rayau dalam kampung pada malam menjelang. Dia menyerupai arwah Latifah, anak Megat yang ditemui mati kerana menggantung diri setelah kecewa dalam hidupnya, sehari sebelum orang kampung terserempak dengan lembaga gadis berkenaan. Kami dah panggil beberapa orang untuk menghalaunya tapi tak berjaya kerana menurut mereka ada sesuatu yang perlu dikembalikan kepadanya sebelum dia pergi ke alamnya. Dan akhirnya kami menemui jalan buntu,” kata Tok Ketua.

“Maka dengan ini kami datang nak memulangkan apa yang sepatutnya. Dan kami mohon maaf bagi pihak anak kampung kami yang melakukan perkara syirik tanpa ada perkemanusiaan demi kesenangan hidup di dunia yang sementara,” kata ayah Nabila sambil menundukkan wajahnya.

“Ini bukan silap kampung atau sesiapa, ini cuma kesilapan individu yang tak takut dengan Allah, yang merasakan diri dia lebih berkuasa dari segalanya,” sahut Tok Ketua.

“Jadi, saya minta izin untuk mengebumikan bungkusan ini yang telah kami ‘bersihkan’ bersebelahan dengan kubur arwah Latifah. Dan kami mohon agar Tok Ketua boleh mengadakan bacaan Yassin dan tahlil untuk arwah. Semoga rohnya dapat pergi dengan tenang,” kata Ustaz Zahari.

Dan setelah itu, tiada lagi gangguan di kampung kami dan kampung sebelah bahkan dengan kejadian ini, hubungan antara dua kampung ini lebih akrab dan selalu berganding bila ada apa-apa majlis keraian atau majlis keagamaan.

Ayah Nabila menghabiskan ceritanya lalu meneguk air teh ‘o’ yang dihidangkan oleh Nabila.

“Tapi Bomoh Tukiman meninggal dunia kenapa?” Tanyaku.

“Dia di’bunuh’ oleh ‘anak-anak’nya. Segalanya dengan izin Allah. Ia satu kematian yang dahsyat apabila mati di masa kita mensyirikkan Allah. Moga Allah mengampunkan dia,” sahut ayah Nabila.

“Nazira?” tanya aku lagi.

“Kami dah ampunkan segala dosanya. Kami sentiasa berdoa agar Allah mengampunkan dia,” sahut mak Nabila.

Kami semua diam. Tak sangka kami akan melalui kisah sebegini dalam hidup kami.

Ok, itu semua cerita masa aku bujang dulu la. 10 tahun yang lepas kot. Sekarang aku dah kahwin, dah ada anak dua pun. Alhamdulillah.

Aku kahwin dengan siapa? Ehem ehem.. Hish korang ni, itupun nak tahu….
Dengan Ustaz Zahari la….. Cinta pandang pertama aku.

Macammana aku boleh kahwin dengan dia?
Itu rahsia la, aku kan ada nombor telefon dia?

Siapa mulakan dulu? Hahahaha….

Ni aku nak bagitahu kepada para gadis bujang di luar sana. Jika kamu sukakan seorang lelaki, kamu boleh mulakan. Jangan malu atau rasa bersalah. Tiada istilah pergi cari timba ok. Kalau dia on, kamu pun on. Kalau dia tak on, kamu boleh move on.

– T A M A T –

PENAFIAN :

Kisah ini adalah rekaan semata-mata. Segala nama dan watak dalam cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa, samada hidup atau mati. Segala persamaan adalah secara kebetulan. Mohon maaf andai ada pihak yg tersinggung dgn cerita yg direka dan diolah oleh penulis.

9 thoughts on “NABILA 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s