NABILA 2

Bab 5

Zaida bertekad. Dia terus menyentuh tubuh yang berbaring tu dan menariknya perlahan.

“Farhana!” kami menyebut namanya serentak.

“Hana! Apa kamu buat di sini? Bukankah sepatutnya kamu berada di hospital? Kenapa kamu lari dari hospital?” Tanya aku bertubi-tubi. Macam tak percaya nampak dia di rumah.

Dengan keadaan lemah, Farhana bangun duduk sambil menggosok-gosok matanya yang merah. Dia duduk. Aina ambilkan air dan bagi dia minum.

“Lepas kamu semua tinggalkan aku kat hospital semalam, doktor suntik aku dan masukkan air dan glukos dalam badan aku. Aku tidur kejap. Lepas tu aku rasa macam ada sesuatu naik atas katil aku sebab katil aku berkeriut. Aku menoleh dan aku nampak satu lembaga macam mayat berkafan duduk di atas katil kat kaki aku! Aku takut, aku jerit. Nurse datang ikat aku dan lepas tu dia cucuk aku. Aku tertidur balik,” Farhana berhenti bercerita dan meneguk air.

Kami semua terdiam, tak tahu nak kata apa, masing-masing memandang wajah Farhana untuk tahu kisah selanjutnya.

“Masa aku terjaga tu dah subuh kot, aku dah tak berikat tapi benda tu masih kat kaki aku! Aku pun cabut semua jarum, bersembur darah sbb aku tarik jarum keluar, aku tekup dengan kain selimut hospital tu. Aku lari keluar. Mujur masa aku lalu kat pengawal, takde pengawal kat situ. Pergi tandas kot.” cerita Farhana dan terus menangis ketakutan.

Dan kami masih diam. Cuma Zaida bertindak memeluk Farhana memujuknya.

“Takpe takpe, jangan paksa diri lagi. Kau makan dulu dapatkan tenaga. Nanti banyak yang perlu kau ceritakan kepada kami,” pujuk Zaida.

“Tapi kan, macammana kau masuk rumah ni?” tiba-tiba Adibah bertanya.

“Kan korang bawak beg tangan aku, yang ada beg duit, kad pengenalan semua. Kunci rumah pun ada. Aku keluar je dari hospital aku ambil grab terus balik rumah ni. Masa aku sampai rumah ni, takde sape kat rumah. Aku masuk tidur. Tapi aku rasa macam ingat-ingat lupa kat rumah ni. Aku tahu rumah ni, tapi macam kabur-kabur,” cerita Farhana lagi.

“Takpe, kau pergi makan dulu. Nanti kita cerita lagi,” kata Zaida sambil menjeling ke arah kami sebagai isyarat jangan tanya lagi. Zaida suruh aku telefon pihak hospital untuk beritahu bahawa Farhana dah balik rumah. Esok mungkin kena bawa Farhana pergi ke hospital untuk tandatangan borang keluar wad atas kehendak sendiri. Iyelah, hospital pun taknak tanggung risiko kalau jadi apa-apa kepada Farhana.

Selesai makan, Farhana kelihatan lebih bertenaga tapi matanya melilau melihat sekeliling rumah membuatkan aku rasa gerun. Dia seperti mencari sesuatu. Sesekali dia senyum sendiri. Sesekali dia seperti takut. Terus terang aku cakap, aku masih tak percaya seratus peratus bahawa dia tu orang.

Dia duduk sambil bersandar di dinding. Aku, Adibah, Aina dan Zaida duduk jauh sikit sambil menonton tv. Tapi aku tak dapat fokus dengan cerita di tv. Mataku tetap melirik kepada Farhana. Dan aku yakin bukan aku sorang macam tu, Adibah dan Aina pun. Tadi Zaida ada pesan, walau apapun terjadi, jangan tinggalkan Farhana seorang diri.

Suasana sunyi seketika. Keadaan memang terasa janggal walaupun di depan kami adalah Farhana, bukannya Nabila mahupun Nazira. Tapi aku tetap tak dapat ubah minda aku lagi bahawa itu adalah Farhana. Aku masih tengok dia sebagai Nabila. Rasa takut takkan hilang semudah itu. Aku tengok dia berdiri atas penyidai kain kami, aku tengok dia masa dia jadi nenek kebayan yang makan budak tu, aku tengok semua rupa dia semasa dia adalah Nabila.

“Berapa lama dah kamu semua tinggal di sini?” tiba-tiba Farhana bertanya memecah kesunyian.

“Kami dah lama tinggal di sini. Kau tu yang baru sebulan kat sini,” sahut Zaida.

“Korang boleh ceritakan sikit tak macammana aku kat rumah ni? Sebab aku rasa macam tak ingat apa-apa,” kata Farhana sambil menggosok mukanya dengan tangan.

“Hana, kau ingat tak tempat asal kau? Keluarga kau semua. Kau datang KL untuk apa? Kami ada la tengok barang kau dalam laci tu masa nak cari kad pengenalan kau semalam. Kau dari Ipoh ye?” tanya Adibah memulakan soalan yang dah lama bermain di minda kami. Tapi seorang pun tak berani nak tanya.

“Sebenarnya aku tak berapa ingat. Mungkin aku perlu masa untuk ingat semua. Atau mungkin korang boleh refreshkan otak aku. Aku ingat aku datang dari Ipoh ke sini sebab aku dapat kerja kat sini. Tapi aku tak ingat samada aku dah lapor diri atau tak. Aku sendiri perlu geledah balik semua barang aku. Aku ingat keluarga aku. Aku ingat bahawa aku berjanji akan telefon mereka sebaik aku sampai rumah sewa. Tapi aku tak ingat samada aku ada telefon mereka,” kata Farhana.

“Kau tak ingat apapun?” aku tanya.

“Aku ingat rumah mak aku. Cuma aku tak ingat nombornya. Nanti aku nak telefon mak aku. Tapi tunggu lepas aku boleh ingat semua sebab aku taknak mak aku risau. Dan aku rasa macam ada sesekali aku ingat rumah ni. Aku ada memasak. Aku ada sembang dengan korang juga. Tapi semua tu macam mimpi je.” Jawab Farhana lagi.

Kami semua berpandangan.

“Sebenarnya apa dah jadi pada aku?” tanya Farhana pula. Dan kami masih berpandangan sesama sendiri. Tak tahu macammana nak ceritakan.

“Apa perkara terakhir yang kau ingat?” tanya Aina.

“Aku turun dari bas, melihat alamat rumah ni dan tahan grab untuk datang ke alamat ni. Dan masa aku sampai rumah ni dah maghrib. Aku jumpa Zaida, bayar deposit dan Zaida tunjukkan aku bilik tu. Aku masuk bilik tu, susun barang aku dan lepas tu aku lupa dah. Lepas tu aku cuma ingat sesekali. Aku ingat kita makan bersama. Aku ingat kamu semua. Tapi tulah, semua macam mimpi je,” cerita Farhana sambil mengerutkan dahinya seperti berusaha untuk mengingati.

“Bila kau rasa kau boleh ingat betul-betul?” tanya aku lagi.

“Masa kat hospital tu la, masa korang hantar aku kat hospital,” sahut Farhana lagi.

Dan kami berpandangan sesama sendiri lagi. Bermakna hampir sebulan kami duduk bersama ‘anak’ Nazira!

“Oh ya. Aku ingat sebelum sampai rumah ni, kat tingkat bawah flat ni aku ada jumpa seorang gadis. Cantik. Dia suruh aku tolong pegangkan satu bungkusan putih. Katanya dia nak ambil barang kat tingkat atas sebab tadi terlupa. Dia suruh aku tolong jagakan barang tu bersama dengan beberapa barang lain yang diletak kat tepi tangga. Lama aku tunggu, tapi dia tak muncul. Sebab aku dah dengar azan maghrib, aku terus naik sini dan jumpa Zaida,” cerita Farhana lagi.

“Bungkusan putih? Mana bungkusan tu?” Tanya Zaida.

“Aku tak ingat,” sahut Farhana.

Aku dan Adibah berpandangan sesama sendiri. Kami memang ada melihat bungkusan putih di dalam bilik Farhana semalam masa mencari kad pengenalan dia.

“Mungkin kau patut kemas bilik kau untuk tengok semua barangan kau, dan kalau-kalau ada barangan lain yang bukan milik kau,” kata Aina.

Farhana bangun. Dia berjalan ke biliknya. Dia masuk biliknya. Dan kami melihat dari luar. Aku menjenguk dan mencari bungkusan putih semalam. Memang aku yg buka bungkusan tu. Aku jumpa beg dompet dan album gambar kalau tak silap aku. Iyelah, masa tu kan kelam kabut, mana nak ingat apa yang ada kat dalam bungkusan putih tu. Aku nampak bungkusan putih tu di tepi almari.

“Itu barang kamu ke?” tanyaku kepada Farhana sambil menunjukkan bungkusan putih tu.

Farhana memandang ke arah bungkusan putih tu dan wajahnya berubah. Dia kelihatan pucat dan bangun lalu lari keluar bilik. Kami memandangnya dengan kehairanan. Adibah segera memeluknya. Takut dia lari keluar rumah.

“Kenapa?” aku tanya.

“Mayat berkafan tu ada kat situ. Kamu tak nampak ke?” kata Farhana membuatkan kami semua melompat menjauhi bilik itu. Dan tak semena-mena pintu bilik tu tertutup sendiri seperti ada seseorang menolaknya dari dalam.

Dalam kekalutan tu tiba-tiba lampu padam. Gelap gelita seketika rumah kami. Tapi tak lama, lampu menyala semula. Masing-masing masih kaku di tempat kami tadi.

Dengan keadaan yang agak kelam kabut tu, tiba-tiba terdengar bunyi ketawa. Semua pucat dan Zaida ketuk kepala aku. “Kan aku dah suruh kau tukar ringtone telefon kau? Banyak kali dah aku suruh tukar. Budak tak matang je yang guna ringtone macam tu,” kata Zaida dengan wajah yang memang bengang.

Aku capai telefon aku. Nama ‘Ustaz Zahari’ di skrin telefon aku membuatkan hilang semua kegelisahan aku. Aku senyum. Berbunga hati aku walau hanya melihat nama itu di skrin telefon aku. “Jawab la cepat! Yang kau tersengih-sengih tengok telefon tu dah kenapa? Kita banyak urusan lagi ni!” Herdik Zaida lagi. Marah sangat dia dengan ringtone aku tu. Sorilah, aku belum sempat tukar. Itupun nak marah. Huh..

Aku tekan butang hijau kat telefon aku. “Assalamualaikum Ustaz,” sapaku lembut.

“Waalaikumussalam Fika. Semua ok ke kat rumah tu?” tanya Ustaz Zahari di talian.

“Hmm… Ada ok ada tak ok. Kenapa ustaz? Oh ya, semalam ustaz ada missed call saya kan? Ada apa ye ustaz call saya semalam?”tanyaku nak panjangkan perbualan.

“Dah bawa kawan rumah kamu ke hospital?” tanya Ustaz Zahari lagi tanpa menjawab soalan aku.

“Dah. Tapi dia lari dari hospital. Katanya dia nampak…” Zaida tepuk aku, bagi isyarat jangan cakap apa-apa dulu. Aku pun akur. Aku beritahu Ustaz Zahari bahawa keadaan masih terkawal.

“Saya call semalam nak beritahu sesuatu. Saya rasa takde kena mengena dengan kamu semua. Tapi saya sekadar nak kamu berwaspada sebab ‘anak’ Nazira dah tiada pada Nabila. ‘Dia’ dah hilang dalam perjalanan kami balik pada malam tu. Dan sekarang saya dan ayah Nabila sedang usahakan sesuatu. Kamu janganlah risau sangat. Saya yakin dia dah lari kepada tuan asal sebab mungkin dia tak sesuai dengan tubuh Nabila yang kuat beribadah,” kata-kata Ustaz Zahari yang dari tadi ku rasa sangat permai, tapi kini seperti satu halilintar memanah jantung aku. Aku letak telefon.

“Kenapa Fika?” Tanya Aina bila lihat mukaku lain macam.

“’Anak’ Nazira yang Ustaz Zahari pindahkan dari Nazira atau Farhana tu, dah hilang. Takde lagi kat badan Nabila,” kataku perlahan.

Tak sempat kami terlopong mendengar berita itu, baru kami sedar Farhana tiada di tempatnya!

-Bersambung-

3 thoughts on “NABILA 2

  1. KAKLONG, SAYA SUKA SEMUA STORY DEKAT SINI !!!!
    Tapi boleh tak kak long archive post2 semua ikut bulan. Jadi senang nak refer balik. Sebab yang saya nampak di sebelah kanan hanya recent post, hehe. Tapi tak sure lah archive tu ada tak untuk wordpress, sebab biasa kat blog lain ada archive tu, Hehe, sekadar pendapat kecil saya k.
    Btw, teruskan menulis story yang best2 lagi. ❤ ❤ ❤

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s