NABILA 2

Bab 4

Aku melangkah ke pintu tanpa pasang lampu. Aku buka pintu bilik perlahan-lahan. Dan dalam gelap tu jugak aku macam terperasan ada sesuatu yang bergerak di depan televisyen. Meremang bulu tengkuk aku weh. Dengan si Aina yang bernafas macam orang baru lepas lari pass button 200 meter, lagi la dup dap jantung aku. Tiba-tiba benda depan tv tu macam bergerak laju. Aku sempat nampak seperti sepasang mata berwarna merah memandang aku. Dan aku melompat bila tiba-tiba lampu terpasang.

Zaida berdiri kat tengah ruang tamu tu.

“Kenapa kau pasang lampu tu Zaida?” tanyaku.

“Kalau tak pasang lampu, macammana nak nampak?” tanya Zaida tak pandang aku tapi matanya tepat memandang pintu bilik Farhana. Aku diam je. Zaida ni kalau dia stress, jangan balas cakap. Bos dia pun takut kat dia.

Aku tengok jam dinding menunjukkan pukul 2.30 pagi. Zaida terus melangkah laju ke pintu bilik Farhana. Tanpa perasaan takut atau cuak, bimbang apatah lagi risau, terus pulas tombol pintu bilik Farhana. Dan ternyata pintu bilik tu berkunci!

Zaida pandang aku. “Kunci,” katanya. Aku diam je, nak kata apa lagi.

“Mana anak kunci semua tu tadi?” tanya Zaida.

“Kan kau yang last pegang pagi tadi?” jawab aku. Zaida berpusing-pusing di depan pintu bilik tu mencari anak kunci. Aku pun sama, begitu juga Aina dan Adibah.

Dan akhirnya Adibah jumpa jambakan kunci tersebut di bawah rak tv. Tanpa berlengah Zaida terus buka kunci bilik Farhana. Lama juga dia mencuba semua kunci baru dapat buka kunci bilik Farhana.

Zaida buka pintu bilik Farhana luas-luas dan pasangkan lampu. Melilau matanya melihat sekeliling bilik tu. Aku pun menjenguk jugak tapi tempat pertama yang aku lihat ialah siling. Fuh! Mujur takde apa kat situ.

“Takde apa pun,” kata Zaida.

“Haah, takde apa pun. Angin kot,” kata Adibah pula.

“Masa sebelum kau buka lampu kat luar tadi Zaida, aku nampak macam ada sesuatu yang bergerak depan tv, matanya merah. Tak sempat aku nak tengok apa benda, kau dah pasang lampu. Tu yang aku terkejut tu,” kata aku memberitahu.

“Hish kau ni memang mengarut. Tu kan lampu dari tv tu, suis tak tutup.” Kata Zaida. Aku diam sambil garu kepala yang tak gatal.

“Dah, biar je lampu ni berpasang. Biar semua lampu pasang. Kita semua tidur je kat ruan tamu ni. Tak payah tidur kat bilik,” Kata Adibah pula. Dan tanpa fikir panjang kami semua ambil bantal masing-masing, ketepikan meja dan tidur kat ruang tamu dengan lampu terbuka dan semua pintu bilik terbuka luas.

Mujur tiada kejadian pelik sampai pagi. Pukul 6 semua dah bangun. Aku yang selalunya pergi kerja paling lewat pun bangun awal dan keluar dengan mereka sekali. Taknak aku duduk dalam rumah tu sorang-sorang. Meremang je bulu roma duduk dalam rumah tu.

Petang selepas waktu kerja kami berpakat keluar awal dari tempat kerja masing-masing dan berjumpa di lobi hospital. Lepas semua berkumpul kami naik ke wad Farhana di tingkat 2. Sampai sana kami tanya dengan nurse kat situ. Dan mereka beritahu bahawa Farhana dah hilang dari hospital! Kami terperanjat.

“Macammana boleh hilang? Dia lari ke? Bukan ada pengawal ke?” tanya Aina.

“Masa mula-mula dimasukkan ke wad, dia meronta-ronta. Menjerit-jerit katanya ada hantu ikut dia. Kami cuba tenangkan dia tapi tak boleh, tenaga dia kuat. Sebab masa dia masuk wad pun dah malam, jadi doctor on-call. Kami kena tunggu doktor sampai dan doktor suruh kami ikat dia dan bagi ubat penenang dulu. Lepas bagi ubat penenang, dia tidur. Kami pun masukkan air dan tinggalkan seperti pesakit lain,” jelas jururawat itu lagi.

“Jadi, bila dia hilang?” tanya Adibah.

“Kami tak perasan bila dia keluar. Masa nak tukar botol air, jururawat bertugas tengok dia dah takde di katilnya. Pihak hospital pun dah cari di merata tempat tapi tak jumpa dia,” terang jururawat tu lagi.

“Kenapa tak telefon kami?” tanya Zaida.

“Kami cuba hubungi nombor telefon yang cik tulis di dalam borang pendaftaran tapi tak dapat.” Kata jururawat tersebut.

“Apa nombornya?” tanya Adibah pula sebab dia yang mendaftarkan kemasukan Farhana semalam. Dan tenyata nombor taliannya salah ditulis, sepatutnya 019 tapi dia tulis 016. Hah! Memang tak dapat la.

Zaida dah menjeling kat Adibah. Adibah pula tersengih-sengih kat tepi jururawat tu. Iyelah, orang dah salah kan, apa lagi nak buat selain sengih.

“Habis tu, macammana? Apa nak buat sekarang?” aku pula bertanya. Sebenarnya aku dah panik.

“Pihak hospital dah buat laporan polis. Sekarang kes ni dah jadi kes polis. Kami tak masuk campur dah,” kata jururawat tu lagi.

Kami berpandangan sesama sendiri. Tak tahu nak buat macammana lagi.

“Kita balik dulu. Bincang kat rumah. Kita geledah bilik dia kot boleh jumpa nombor telefon keluarga dia,” kata Zaida. Kami setuju dan bergerak untuk pulang ke rumah setelah memberi nombor telefon yang betul kepada jururawat bertugas. Harap-harap ada pihak samada hospital atau polis akan jumpa Farhana. Sian dia.

Sampai di rumah, jam dah dekat pukul 7 malam. Dah nak maghrib. Maka kami pakat nak solat maghrib dulu dan lepas tu baru nak geledah bilik Farhana.

Lepas maghrib, kami sama-sama pergi ke bilik Farhana dan membukanya perlahan. Berkeriut bunyi pintu bilik tu. Dan kami nampak seseorang sedang berbaring di dalam bilik tu! Dan aku mula panik. Rasa macam nasi ayam yang aku makan tadi nak terkeluar balik. Aku menggiggil. Aina pula masih paut tangan aku. Zaida yang begitu berani pun dah terdiam. Matanya tepat memandang sekujur tubuh yang sedang berbaring.

Adibah dah berlari ke tepi dinding bilik dia. Takut agaknya. Berdiri di sana dengan muka pucat.

Zaida angkat tangan nak pasang lampu. Aku cuba tahan tapi tak sempat. Lampu terpasang dan jelas kelihatan sesosok tubuh berbaring di dalam bilik tu membelakangkan kami. Tak bergerak.

-Bersambung-

3 thoughts on “NABILA 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s