NABILA 2

Bab 2

Kami teruskan perjalanan tanpa seorang pun bersuara. Cuma dengar bunyi kenderaan diluar kerana kami buka tingkap. Mujur malam tu tak sesak sangat Jalan, jadi kami sampai ke hospital dengan cepat. Cuma sebaik saja kami melepasi kawasan taman perumahan kami tu, kami ada terdengar bunyi ketawa perlahan. ‘Heheheheheheheheheheee…….,’ kami berpandangan sesame sendiri. Tiada di antara kami yang buat bunyi tu. Kami pandang Farhana, dia yang sedang buat bunyi tu! Dan matanya memandang kami silih berganti. Kami tak berani tanya dia. Dah kenapa kau buat bunyi tu pulak Farhana oooiiiii….

Masing-masing pandang keluar tingkap. Zaida yang paling berani di antara kami pun diam je. Tapi nasib baiklah sekali je dia buat bunyi tu. Kalau dia buat dua tiga kali, mahu kami semua keluar dari kereta kot.

Tapi kan, setiap kereta lain yg berselisih dgn kami, pasti akan pandang atas bumbung kami dgn wajah pelik dan lepas tu pandang kami sambil buat isyarat tunjuk ke atas bumbung. Hai laaa…. Otak aku memang bayangkan ‘anak’ Nazira tu je. Zaida nak berhentikan kereta tapi aku kata tunggulah sampai hospital, dah tentu org ramai kalau nak jadi apa-apa pun.

Masa kat trafik light simpang nak masuk ke hospital tu, boleh pulak tiba-tiba kami dengan suara orang gelak. Gelak yang mengekek tu. Goyang jugak la tangan Zaida yang sedang pegang stereng. Nasib baiklah lampu bertukar merah, jadi dia kena berhenti, kalau tak tak tahulah divider mana dia dah langgar. Bunyi mengekek tu makin kuat. Kami kat dalam kereta makin resah. Tengok Farhana, dia diam je, takde pun mengekek macam yang kami dengar tu.

Dan tiba-tiba aku rasa paha aku seperti bergetar. Aku pejamkan mata dah. Terbayang dah ‘anak’ si Nazira ada kat kaki aku, tengah nak panjat aku. Macam ‘dia’ pernah buat dulu, panjat belakang aku sampai bahu. Ya Tuhan, tolonglah aku.

Dalam aku panic tu, Aina tepuk bahu aku kuat. “Jawab lah telefon kau tu Fika. Yang kau pejam mata macam kena gigit dengan hantu tu dah kenapa? Dah tahu penakut, tak payah la setting ringing tone bunyi macam hantu tu!” Jerkah Aina. Oh ya, telefon aku yang berbunyi. Telefon aku dalam beg dan beg aku kat atas peha aku. Bila bunyi, telefon tu vibrate. Tu yg bergetar peha aku tu. Adoi… Sorry guys.

Aku jawab telefon. Mak aku yang call.

“Hello mak. Assalamualaikum,” jawabku setelah angkat telefon.

“Kenapa lambat jawab? Dah tiga kali mak call. Risau mak,” kata mak aku di talian.

“Takde apalah mak. Fika sibuk sikit dua tiga hari ni. Ni pun kat luar dengan kawan,” jawabku.

“Kawan serumah tu ke? Aina semua tu?” tanya mak.

“Ye mak,” jawabku.

“Tu yang gelak sakan tu siapa? Korang tengah tengok wayang ke? Gelak mengilai sungguh. Anak dara tak elok gelak macam tu,” kata mak lagi membuatkan aku melihat semua kawan aku yang berada di dalam kereta sambil kerutkan dahi.

“Mana ada siapa yang mengilai kat sini mak. Mak kat dalam kereta Zaida ni, nak pergi hospital kejap. Bawa kawan ni tak sehat,” jawabku.

“Ooo iye ke, sahih sangat mak dengar bunyi orang mengilai. Macam dekat sangat dengan kamu,” kata mak lagi membuatkan telingaku kebas.

“Bunyi dari luar kot mak. Sebab kami buka tingkap kereta,” sahutku.

“Mungkinlah kot.” Sahut mak melegakan sedikit hatiku walaupun sebenarnya tak berapa nak tenteram.

“Oklah mak, kami dah sampai hospital. Nanti Fika telefon mak balik ye,” kataku di hujung perbualan.

“Ok. Hati-hati dan jaga diri tu. Nanti free telefon mak tau,” kata mak lagi dan terus putuskan talian.

Sampai di hospital cepat² kami keluar kereta dan tengok bumbung kereta. Ada satu bungkusan plastik sampah yg busuknya aduhai… “Ni la perangai org tak bertamadun, elok duduk dlm gua je kalau dah tak tahu adab duduk rumah flat. Main campak je sampah dari tingkat atas. Dia ingat campak sampah waktu malam, takde orang nampak kot. Hish.. geramnya aku!” Zaida membebel sambil mengangkat plastik sampah dan membuangnya ke tong sampah. Kami semua diam. Faham sangat bila Zaida naik hantu, lagi seram dari hantu. Huhuhu….

Kamu masuh ke bahagian kecemasan hospital. Adibah ambil bahagian mendaftarkan Farhana. Farhana pula kelihatan pucat dan menggigil masa tu, dia kesejukan kot. Selesai urusan pendaftaran, kami menunggu di bilik doktor.

“Kita tak payah la masuk ramai-ramai. Sorang je untuk temankan Farhana. Yang lain tunggu kat luar.” Kata Aina.

“Siapa nak temankan dia?” tanyaku. Aku taknak. Bukan takut atau apa, risau nanti doctor kata aku mengarut bila aku ceritakan kenapa Farhana jadi macam tu. Bukan aku tak pandai nak bercerita secara matang tapi nanti bila doktor tu tanya lebih, atau sergah aku, atau doktor tu hensem sangat ke, aku mesti jadi panic. Bila aku panik, faham-fahamlah, semua akan keluar tanpa aku fikir baik buruknya.

“Biar aku temankan. Sebab aku tak tahu semua cerita. Jadi aku akan kata dia demam dah lama je. Ok tak?” tanya Aina. Yang lain mengangguk setuju.

Tak lama kemudian, nombor giliran Farhana dipanggil. Aina memapah Farhana masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Lama juga mereka di dalam, hampir setengah jam. Selalunya kalau aku masuk bilik doctor sebab demam, tempat duduk aku tu pun tak panas lagi doktor dah suruh keluar.

Aina keluar sambil memapah Farhana. “Doktor kata dia cuma tak cukup rehat. Dah boleh ambil ubat dan balik.” Kata Aina.

“Macam tu je?” kata Zaida dgn muka tak puas hati. Dah la hatinya masih marah dgn kes sampah tadi.

“Iyelah, macam tu je.” Balas Aina.

Zaida bangun dan masuk bilik doktor. Aku ikut, risau gak aku dengan perangai baran si Zaida ni.

“Doktor, saya rayu agar doktor periksa kawan saya tu betul-betul. Dia bukan demam biasa. Rasanya dia dah kehilangan nutrisi hampir sebulan,” kata Zaida kepada doktor yg terkejut dgn kehadiran Zaida dan aku secara tiba-tiba dlm biliknya.

“Dia hanya demam biasa. Lepas makan ubat, dia akan ok,” sahut doktor india perempuan tu sambil tersenyum walaupun nampak seperti kurang senang dengan perbuatan Zaida.

“You pembantu pegawai atau doktor pakar?” tanya Zaida lagi. Aku dah garu kepala.

“Saya pembantu pegawai perubatan. Untuk masa sekarang, pakar hanya di wad. Pakar tak merawat di bilik rawatan pesakit luar,” sahut doktor tu lagi dengan tenang. Kagum aku dengan kesabaran doktor ni.

“Ok, kalau macam tu, tolong masukkan dia ke wad supaya doktor pakar boleh periksa dia,” kata Zaida sambil membuat isyarat merayu kepada doktor tersebut.

Doktor tersebut memandang aku dan kemudian tunduk sambil menggelengkan kepala.

“Nurse, tolong check kalau ada katil kosong kat wad 2B,” kata doktor tersebut kepada jururawat yang turut berada di bilik tersebut.

“Cik berdua boleh tunggu di luar. Nanti kami panggil dan beritahu kalau ada katil kosong,” kata jururawat tadi masih dengan senyuman manis.

Aku tarik Zaida keluar.

“Yang kau pergi mengamuk kat doktor tu dah kenapa?” tanyaku kepada Zaida.

“Macam ni katanya takde apa? Aku taknak balik nanti dia pengsan ke apa ke. Esok kita semua kerja. Nak tinggalkan dia sorang-sorang kat rumah? Dia perlu sihat betul-betul baru boleh balik rumah.” Kata Zaida. Aku diam, betul juga apa yang dia kata.

Dalam 10 minit selepas tu, jururawat tadi maklumkan kepada kami bahawa ada katil kosong untuk Farhana. Dan pihak hospital akan uruskan urusan kemasukan wad buat Farhana. Masa tu pun dah pukul 11 malam. Kami terus balik rumah.

Sampai di tempat parking kereta kat kawasan flat kami, tiba-tiba Adibah tegur kenapa lampu di bilik Farhana terpasang. Iyelah, sebab dari tingkat bawah, memang kami nampak rumah kami di tingkat 5. Dan bilik Farhana pula adalah sebelah pintu masuk rumah, bermakna bilik dia di bahagian depan.

Aku pun mendongak sama. Iyelah, lampu bilik Farhana terpasang. Rasanya aku dah tutup lampu bilik Farhana tu tadi sebab aku yang akhir keluar dari bilik dia.

“Kau keluar last dari bilik dia tadi kan Fika? Kau tutup lampu ke tak?” tanya Adibah.

“Aku rasa aku tutup dah,” sahutku.

“Terlupa tutup la tu. Dah jom kita naik. Aku dah penat sangat seharian ni. Esok nak kerja. Mesti penat kat office. Dah la Monday blues,” sahut Zaida.

-Bersambung-

One thought on “NABILA 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s