NABILA 2

Bab 1

Jam menunjukkan pukul 8.30 malam masa aku, Zaida, Aina dan Adibah bersiap nak bawak ‘Nabila’ ke hospital. ‘Nabila’ masih duduk di meja makan, tak bergerak dari tadi lepas minum air jampi Ustaz Zahari. Kami berpandangan sesama sendiri. Nak tegur dia pun takut. Nama dia pun kami tak tahu. Walaupun kami dah tahu dia bukan ‘Nabila’, tapi rupa wajah dia tetap sama macam masa dia jadi ‘Nabila’ sebelum ni.

“Siapa nak bawak dia ke hospital ni?” aku tanya. Aku takut nak bawa dia, nanti tiba-tiba dia mengilai kat dalam kereta viva aku tu, tak ke aku langgar semua kereta lain kat Jalan nanti?

“Terus terang aku cakap, aku takut,” jawab Adibah pula. Dah masing-masing takut, takkan nak biar je ‘Nabila’ tu kaku keras kat situ.

“Biar aku bawa naik kereta aku tapi dengan syarat kita semua pergi,” sahut Zaida.

“Mestilah. Takkan aku nak tinggal kat rumah ni sorang-sorang. Tu kat bilik ‘Nabila’ kita tak tengok lagi macammana keadaannya. Mana tahu ada benda melekat lagi kat siling tu,” kataku lagi membuatkan yang lain merenung tajam ke arah aku. Dan aku tahu aku dah salah cakap.

Zaida menyentuh bahu ‘Nabila’.

“Kamu ok?” tanyanya.

‘Nabila’ anggukkan kepala tapi masih tak bersuara. Dia kelihatan sangat pucat dan tak bermaya.

“Kita kena cari juga pengenalan diri dia. Nanti macammana nak daftar kat hospital?” kata Aina membuatkan aku dah mula cuak.

“Kami masuk bilik kamu dan ambil dokumen pengenalan kamu ye. Nanti nak daftar kat hospital perlukan pengenalan diri,” kata Zaida kepada ‘Nabila’ lembut.

Dan ‘Nabila’ sekali lagi anggukkan kepala.

Adibah bangun dan melangkah ke bilik ‘Nabila’. Dia pasangkan lampu. Terang dah bilik ‘Nabila’. Aku ikut belakang Adibah, masuk ke dalam bilik ‘Nabila’. Aku tak boleh melihat ‘Nabila’ lama-lama. Sebab aku masih tak boleh lupakan apa yang dah terjadi. Sampai aku berharap agar wajahnya bertukar menjadi wajah orang lain sebab taknak terbayangkan ‘Nabila’ yang sebelum ini.

Adibah masuk ke bilik ‘Nabila’. Aku ikut tapi perkara pertama yang aku lihat ialah siling bilik. Takde apa, hah lega. Bilik tu berselerak. Semua pakaian dan barangan seperti tercampak ke merata tempat. Aku ingat lagi, aku ada terjumpa kad pengenalan di dalam laci almari. Maka aku terus buka almari tersebut dan tarik laci. Kat dalam laci tu memang ada buku bank, kad pengenalan, handphone dan semua dokumen peribadi milik ‘Nabila’.

Aku dan Adibah mula menggeledah lacinya mencari kad pengenalan. Tak jumpa. Mata aku mula meliar mencari di seluruh sudut bilik. Dan aku nampak satu bungkusan putih di bawah rak kat tepi almari. Aduh! Telinga aku dah kebas balik. Bulu roma tengkuk naik tegak dah weh. Aku tarik tangan Adibah dan aku tunjukkan bungkusan tu.

Dan Adibah tanpa apa-apa kesangsian terus menggapai bungkusan putih tu. Iyelah, dia tak tengok mayat berkapan yang tergolek kat lantai, lepas tu melekat kat siling bilik tu. Aku rasa kalau dia tengok, dia takkan setenang itu mengambil bungkusan putih tu.

Adibah mengangkat bungkusan putih tu. Nampak macam berat. Huhuhuhu…. Aku memang cuak. Dah terbayang mayat berkapan tadi. Adibah letak betul-betul depan muka aku dan membuka ikatan bungkusan itu. Jantung aku berdegup laju. Dah malam ni, nak lari ke mana lagi. Ustaz Zahari tu pun kenapalah balik cepat sangat?

Tengah aku terkaku menunggu Adibah buka bungkusan tu, tiba-tiba kami disergah. Melompat aku. Macam nak jatuh jantung aku.

“Korang ni cepatlah sikit. Malam makin tinggi, kawan kita ni makin tak bermaya. Cepat sikit boleh tak?” sergah Zaida dengan wajah serius. Terkejut aku tau tak. Kalau tak fikirkan masa tu dah malam, nak je aku lari keluar rumah.

Adibah segera buka bungkusan putih tu. Sebaik terbuka, kami jumpa beg duit dia dan beberapa barangan lain. Album gambar pun ada.

Dari dalam beg duit tu, kami jumpa kad pengenalan dia. Nama dia Farhana binti Ismail, berasal dari Ipoh, Perak, sebaya aku dan Zaida. Tengok gambar kat dalam kad pengenalan tu, membuatkan aku teringat kat ‘Nabila’ yang terjun dari penyidai haritu. Aduhai…Macammanalah aku nak lupakan semua tu?

Adibah bangun setelah mengambil kad pengenalan Farhana. Lalu berjalan ke luar bilik. Aku tutup lampu. Adibah menyerahkan kad pengenalan Farhana kepada Zaida yang sedang mengadap Farhana.

“Nama kamu Farhana kan?” tanya Zaida kepada ‘Nabila’ dan sekarang aku kena set dalam kepala aku, itu Farhana, bukan ‘Nabila’.

Farhana mengangguk.

“Jom kami bawak kamu ke hospital,” Kata Zaida sambil memegang tangan Farhana. Dengan keadaan yang amat lemah, Farhana bangun dan mengikut kami ke kereta Avanza milik Zaida. Aku duduk depan. Biarlah Adibah dgn Aina duduk dgn Farhana yg kaku je dari tadi.

Sebaik saja kereta Zaida mula bergerak, dum! Ada sesuatu jatuh di atas bumbung kereta. Zaida berhentikan keretanya, terus nak buka pintu kereta utk keluar. Aku menahannya.

“Jalan je la terus Zaida. Takde apa tu, mungkin kucing kot melompat dari atas.” Kata aku yang cuak. Entahlah kenapa bayangan mayat berkafan tu melekat kat kepala aku ni. Puas dah aku cuba fikirkan benda lain, fikirkan tempat kerja aku, fikirkan keluarga aku kat kampung. Tapi semua tu hilang lenyap di ganti dengan bayangan mayat berkafan tu.

Zaida tak jadi keluar. Dia masukkan gear dan mula nak tekan minyak. Tiba-tiba je ada bau busuk. Menusuk ke hidung. Tak tahan, kami buka tingkap kereta.

“Siapa melepas angin ni ha? Hadoi korang ni, bagi la isyarat kot ye pun,” kata Zaida sambil menutup hidungnya sambil membuka tingkap kereta.

“Bukan aku,” jawab Adibah.

“Bukan aku,” jawan Aina.

“Bukan aku,” aku pun jawab.

“Aku pun tak. Habis tu ni bau apa macam dah lama tak melepas ni?” tanya Zaida bengang. Memang busuk betul.

Dan tiba-tiba kami semua terdiam. Teringat kat Farhana. Dia je yang tak menyahut.

Aku pun bagi isyarat kat Zaida suruh dia bawa kereta cepat.

-Bersambung-

One thought on “NABILA 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s