KEKASIH JELMAAN

Bab 9

Sejak ayah dan mak Hidayat hilang, Pak Deris yang menjaga Hidayat. Nasib baik ayah Hidayat pernah membuat wasiat tentang perbelanjaan Hidayat seandainya terjadi apa-apa yang tidak diingini kepada mak dan ayah Hidayat, jadi dengan duit tersebutlah Pak Deris menjaga Hidayat.

Pak Deris telah berusaha untuk mencari mak dan ayah Hidayat. Siasatan polis tidak menunjukkan apa-apa kejadian jenayah dan fail kehilangan mak ayah Hidayat ditutup begitu sahaja. Akhirnya Pak Deris bertanya seorang dukun tentang kehilangan mak dan ayah Hidayat dan dukun tersebut mengatakan bahawa mak dan ayah Hidayat telah di’kurung’ oleh satu kuasa yang bukan dari alam manusia. Sesuatu yg diluar pemikiran Pak Deris. Dan dukun tersebut mengatakan bahawa kuasa tersebut telah lama bertapak dalam keluarga itu, jadi agak sukar utk melepaskan mak dan ayah Hidayat.

Pak Deris jadi bingung. Tak begitu memahami apa yg dituturkan oleh dukun tersebut. Lalu mencari dukun lain dan jawapan yg diterima tetap sama.

Akhirnya Pak Deris putus asa dalam mencari mak dan ayah Hidayat. Pak Deris mengalah kerana dia tak menemui sebarang tanda yang mak dan ayah Hidayat akan dijumpai. Dia dan isterinya menjaga Hidayat dengan penuh kasih sayang.

Tapi segalanya berubah pada suatu hari apabila Mak Limah terdengar Hidayat bercakap seorang diri di dalam biliknya. Ketika itu usia Hidayat 8 tahun. Dari perbualan tersebut, Mak Limah mendengar Hidayat berbual riang. Tapi tak kedengaran suara orang lain, cuma suara Hidayat. Dia seolah sedang berbual dengan mak dan ayah dan seorang lagi yang dipanggilnya ‘Jamilah’. Mak Limah mengintai dari celahan pintu yang terbuka. Kelihatan Hidayat sedang duduk saling menghadap tiga lagi anak patung mainannya. Mak Limah menolak daun pintu dan memanggil Hidayat.

“Dayat cakap dengan siapa?” tanya Mak Limah.

“Dengan mak ayah dan Jamilah,” beritahu Hidayat. Mak Limah memandang ke sekeliling bilik. Tiada sesiapa di situ. Tapi suasana di situ memang menyeramkan seolah sedang diperhatikan.

“Mana ada sesiapa di sini,” kata Mak Limah.

“Mak Limah tak nampak ke? Ini mak, ini ayah dan ini Jamilah,” kata Hidayat sambil menunjukkan patung-patung di hadapannya.

“Dayat, itu kan cuma anak patung mainan?” kata Mak Limah sambil cuba mengangkat salah satu anak patung tersebut. Tapi anak patung tersebut sangat berat, seperti melekat di lantai.

Tiba-tiba Hidayat menjerit, “Jamilah, jangan pukul Mak Limah!” Dan seketika kemudian Mak Limah jatuh seperti ditolak seseorang. Kepala Mak Limah terkena bucu katil dan berdarah. Dalam samar-samar Mak Limah nampak satu bayang hitam menyerupai bentuk seorang wanita, dgn mata yg merah sedang memandangnya Mak Limah dgn marah. Dan Mak Limah nampak mak dan ayah Hidayat sedang duduk memandangnya dgn wajah sedih. Dan lepas tu Mak Limah tak sedar apa yg terjadi.

Mak Limah tersedar bila terasa seseorang mengusap kepala Mak Limah dan bila dia membuka matanya, Pak Deris sedang memandangnya dgn wajah risau. Mak Limah duduk.

“Hidayat mana?” Tanyanya.

Pak Deris memuncungkan mulut ke arah Hidayat yg berada di tepi katil yg sedang asyik bermain dgn anak patung. Wajah Mak Limah pucat bila melihat anak patung itu.

“Abg, buanglah anak patung ni. Ada roh jahat di dalamnya. Betul kata dukun tu, Tuan dan Puan memang terperangkap di dalam anak patung yg dua lagi tu. Kita kena cari seseorang yg arif utk buang benda ni tanpa membuang Tuan dan Puan sekali,” kata Mak Limah.

Tiba-tiba Hidayat bangun. Matanya jadi hitam tanpa mata putih. Dia berjalan tapi tak menjejak lantai, seolah di awangan. Bergerak ke arah Mak Limah dan Pak Deris. Pak Deris dan Mak Lagi kaku.

Hidayat terawang-awang mengelilingi Pak Deris dan Mak Limah.

“Kamu nak buang aku? Kamu tak tahu siapa aku. Dan kamu tak layak utk memandang aku sekalipun apatah lagi nak buang aku. Ingat, kalau kamu membuang aku, aku akan bawa Hidayat dan ibu ayahnya sekali ke alam aku. Kami akan hidup bersama sebagai sebuah keluarga bahagia. Kamu takkan mampu ikut kami,” kata Hidayat sambil mengelilingi Pak Deris dan Mak Limah.

“Siapapun kamu, kamu yg tak layak berada disamping kami. Ini bukan alam kamu. Dan bukanlah kamu yg paling berkuasa di dunia ini. Hanya Allah yg paling kuat dan kamu juga tahu itu,” sahut Pak Deris.

Hidayat merapatkan wajahnya ke wajah Pak Deris sambil merengus marah.

“Kau buang aku, kau akan kehilangan mereka. Mereka akan masuk ke alam ku dan takkan kembali lagi!” Jerkah Hidayat.

“Kau ada kelemahan. Kau lebih rendah dari kami,” sahut Pak Deris.

“Aku takkan menyusahkan sesiapa. Hidayat, ibu dan ayahnya akan kekal dalam rumah ini jika kamu mengikut kata aku. Segalanya seperti biasa. Aku cuma mahu merasai hidup sempurna. Aku mahu merasai bagaimana disayangi dan menyayangi. Aku takkan larang Hidayat menjalani kehidupan biasanya. Aku cuma mahu kasih sayangnya kerana bersama Hidayat sahaja aku merasai perasaan sayang,” kata Hidayat dgn suara sayu sambil menundukkan wajahnya.

“Tidak, kamu syaitan yg pandai menipu,” kata Pak Deris.

Hidayat mengangkat wajahnya dan memegang leher Pak Deris lalu mencekiknya kuat sekali. Pak Deris meronta kelemasan. Mak Limah yg kebuntuan, tak tahu apa nak buat mengangkat jag yg penuh berisi air di tepi katilnya lalu membaling ke arah Hidayat. Hidayat jatuh, tak sedarkan diri.

Dan sejak itulah Pak Deris dan Mak Limah seperti dipukau. Seperti tak berdaya nak melawan Jamilah. Mereka tetap menjaga Hidayat tapi dgn mengikut kehendak Jamilah. Mereka takut andai Hidayat turut di’kurung’ di dalam anak patung. Kelemahan Jamilah ialah pada air. Apabila anak patung yg dipanggil Jamilah dimasukkan ke dalam air, rohnya seolah tidur. Tapi tak lama, bila dia terjaga, dia akan menjadi lebih garang dan marah hinggakan Pak Deris dan Mak Limah semakin takut utk melawannya.

Namun keadaan tenang itu tak lama bila Hidayat mula rapat dengan aku. Jamilah telah memberi amaran agar tak rapat dgn sesiapa sahaja. Tapi bila bersama aku, Hidayat kelihatan lebih gembira. Dan akhirnya Jamilah mengamuk kerana Hidayat sering bercerita mengenai aku. Jamilah marah bila merasakan Hidayat lebih menyayangi aku dari dirinya. Dan apa yg ditakutkan oleh Pak Deris telah terjadi. Hidayat telah bertukar menjadi anak patung seperti mak dan ayahnya!

Pak Deris dan Mak Limah juga terus dipukau utk menuruti kehendak Jamilah jika mahukan Hidayat dan mak ayahnya tidak dibawa terus ke alamnya.

Pak Deris berhenti bercerita bila air di dalam kolam berkocak kuat. Dia menyuruh aku meninggalkan kawasan banglo itu secepat mungkin. Mulanya aku berdegil, nak lihat apa terjadi tapi Pak Deris merayu agar aku pergi jika tak mahu keadaan menjadi lebih susah.

Maka, nak taknak aku berlari keluar dari kawasan banglo mewah itu. Berlari ke arah skuter dan segera meninggalkan tempat itu. Tapi dikejauhan aku mendengar bunyi ngauman yg agak kuat dan diikuti jeritan suara Pak Deris. Meremang bulu roma, tapi masih nak ambil tahu, namun aku teruskan perjalanan pulang ke rumah.

Otak aku berfikir pantas. Maknanya 4 anak patung yg aku jumpa di dalam kotak di pondok tepi banglo itu ialah Hidayat, mak dan ayahnya serta Jamilah? Aku ketuk kepalaku sendiri. Macam tak boleh masuk akal je kisah ni. Bolehkah roh manusia masuk dalam badan anak patung? Mustahil! Tapi kalau betul, macammana nak keluarkan roh dari anak patung? Roh tu duduk di mana semasa dia di dalam anak patung? Macammana keadaannya? Banyaknya persoalan yg bermain di minda aku.

Walaupun aku masih buntu dan tak begitu yakin dgn apa yg berlaku, tapi aku pasti akan lakukan sesuatu. Aku mesti bantu keluarga ini. Ini janji aku.

-Bersambung-

4 thoughts on “KEKASIH JELMAAN

Leave a Reply to As Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s