KEKASIH JELMAAN

Bab 8

Aku tak begitu faham dgn ayat Pak Deris. Mcmmana pulak Jamilah tu adalah anak patung mainan? Lagi la perasaan ingin tahu aku membuak². Aku tengok jam tangan baru pukul 12 tengahari. Awal lagi ni, boleh la aku pergi jenguk banglo mewah tu kejap. Degil betul aku ni kan.

Aku melangkah perlahan-lahan menuju ke banglo mewah tadi. Aku nampak Pak Deris di pintu besar tingkat bawah banglo berkenaan. Pintu pagar pulak tak tutup. Wah, bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku pun terjengket² masuk dalam pagar.

Perlahan-lahan aku pergi ke bahagian dapur. Dapur la kot sebab aku boleh dengar bunyi pinggan mangkuk dan air sinki.

Aku jenguk ikut tingkap. Aku nampak seorang perempuan dalam lingkungan usia 60an, mcm muda sikit je dari Pak Deris. Itu mungkin Mak Limah, isteri Pak Deris. Aku ronda lagi kawasan banglo tu. Sebenarnya halaman dan banglo tu sendiri cantik dan kelihatan terjaga. Tapi tak tahulah kenapa ianya kelihatan seram, macam ada yg memerhati.

Di satu sudut di halaman bahagian tepi banglo tu terdapat satu pondok. Pondok kecil, macam utk kanak-kanak main permainan pondok-pondok tu. Aku lihat ke dalamnya, ada beberapa alat mainan. Mainan tu seperti kepunyaan anak perempuan kerana ianya adalah mainan peralatan dapur dan peralatan mekap.

Aku nampak satu kotak. Aku bukak kotak tu. Aku nampak ada banyak anak patung. Ada 4 kot. Patung perempuan dan patung lelaki, ada dewasa dan kanak-kanak.

Tengah aku membelek-belek anak² patung tu, aku tertarik dgn satu anak patung ‘barbie’. Entah kenapa aku rasa macam pernah tengok anak patung tu. Puas aku cuba mengingatkan kat mana aku tengok anak patung tu, tapi memang aku tak ingat. Patung ‘barbie’ memang ada dimana-mana terutama kat shopping mall tapi yg ini lain sikit. Bila aku pegang, seperti dejavu. Memang ada sekilas ingatan bermain di minda.

Tiba-tiba bahagian belakang leher aku terasa sejuk. Sejuk sangat macam diletakkan ais batu. Aku toleh ke belakang, takde siapa, masih aku sorang di situ.

Aku kembali melihat anak² patung tadi. Entah kenapa aku asyik sangat dgn anak² patung tu. Tapi kotak yg berisi anak patung tadi dah takde. Cuma tinggal anak patung ‘barbie’ saja kerana aku masih memegangnya. Aku pandang ke merata bahagian dalam pondok itu tapi aku tak jumpa kotak tadi. Meremang pula bulu roma aku.

Aku melangkah keluar dari pondok kecil itu. Masa aku keluar dari pondok tu, aku perasan ada sesuatu dari salah satu tingkap di tingkat atas banglo tu. Aku angkat kepala dan cuba melihat apakah itu. Aku nampak suatu lembaga hitam, bentuknya seperti seorang perempuan, sedang berdiri di bahagian luar tingkap, seolah melekat di dinding luar banglo berkenaan. Dan dia memandang tajam ke arah aku!

Aku tersentak. Masa ni la segalanya jelas di fikiran aku. Aku teringat anak patung ‘barbie’ yg bergayut di leher Hidayat masa di sekolah rendah dulu. Dan aku teringat tentang lembaga hitam yg duduk di dalam kereta Hidayat sehari sebelum Hidayat ‘hilang’.

“Lepaskan….. Lepaskan……,” Aku dengar suara mendayu. Tanganku masih kuat menggenggam anak patung tu. Bukan taknak lepaskan tapi aku kaku.

“Lepaskan aku… Lepaskaaaannnnnnn……..!” Suara tu makin kuat. Seperti merayu dalam ketegasan dan marah.

Aku takut dan panik. Tanganku menggenggam kuat anak patung itu sampai aku tak sedar leher patung itu terpatah akibat genggaman aku yg terlalu kuat. Dan, aku dapat lihat dengan jelas, leher lembaga hitam itu turut terpatah! Dan diikuti dengan bunyi rengusan kuat, seperti singa yg dalam kemarahan yg amat sangat.

Aku tersentak lalu melepaskan anak patung tersebut ke tanah. Dan tak semena-mena lembaga hitam yg melekat di dinding banglo itu pun jatuh meleret ke tanah juga, tak jauh dari tempat aku berdiri. Aku kaku di situ.

Lembaga hitam itu bangun perlahan-lahan, berdiri dgn kepala senget kerana lehernya yg patah, menghadap ke arah aku. Menggeletar lutut aku. Nak menjerit suara dah entah pergi mana. Lembaga hitam itu melayang perlahan menuju ke arah aku. Aku nak nangis, tak sangka hantu boleh muncul di siang hari, ketika matahari terpacak di atas kepala. Dan andai benar benda itu adalah hantu, tak sangka aku dapat tengok hantu!

Tengah aku berserah diri dgn apa yg bakal terjadi, aku nampak Pak Deris berlari menghampiriku dan menggapai anak patung yg kucampak sebentar tadi. Memegangnya kuat hingga terdengar bunyi jeritan halus dari arah lembaga hitam itu. Pak Deris menarik tanganku kasar, namun tidak melepaskan anak patung tadi. Aku mengikut langkah Pak Deris yg laju. Dan lembaga hitam itu turut mengikut langkah kami dgn bunyi rengusan marahnya.

Sampai di pintu pagar, Pak Deris mencampakkan anak patung tadi ke dalam kolam ikan yg terletak bersebelahan dgn tempat parking kereta. Dan lembaga hitam yg meleret mengikut kami tadi hilang.

Pak Deris menyentap tangan aku kuat. Berkerut jugaklah muka aku menahan sakit. Dan Pak Deris memandang aku dengan wajah yg amat bengis. Tak pernah aku nampak wajah Pak Deris begitu. Pak Deris yg aku kenal, sangat manis orangnya, senyuman tak terpisah dari bibirnya.

“Aku dah kata pergi dari sini kan? Kenapa kamu degil? Kamu pun nak terima nasib yg sama macam Hidayat? Hah!!? Kamu nak selamanya duduk di dalam kurungan Jamilah? Kamu nak tinggalkan seluruh hidup kamu yg ada sekarang? Kamu nak???!?” Jerkah Pak Deris.

“Pak Deris kena jelaskan semua ni kepada saya barulah saya faham. Saya cuma nak tahu, mana Hidayat. Pak Deris kata dia dikurung oleh Jamilah. Saya tanya siapa Jamilah, Pak Deris kata Jamilah itu roh. Semua yg Pak Deris cakap, memang tak masuk akal. Cuba beritahu saya perkara sebenar,” jawabku juga dengan suara yg agak tinggi.

Pak Deris tunduk. Dia seperti menangis.

“Pak Deris, cuba ceritakan kepada saya. Mana tau saya boleh tolong. Dan… Apa benda tadi tu?” Aku bertanya lagi sambil menunjukkan anak patung yg terendam dalam kolam.

“Kamu tak boleh tolong. Dah lama Pak Deris cuba tapi tak berdaya. Inikan kamu yg masih mentah dan tak tahu menahu segalanya,” kata Pak Deris lagi.

“Kalau Pak Deris tak bagitahu, macammana saya nak tahu? Tak semestinya yg muda itu tak mampu. Mana tahu saya mampu. Pak Deris jelaskan pada saya apa benda semua ni.” Rayuku lagi memohon Pak Deris menceritakan segalanya. Aku benar-benar ingin tahu kerana aku benar-benar merasakan ada sesuatu yg tak kena dgn rumah ini, dengan keluarga Hidayat juga.

Pak Deris duduk di atas batu di luar pagar. Dia merenung ke satu tingkap di tingkat atas banglo. Aku pun merenung sama. Memang ada kelibat seseorang di sana tapi tak jelas. Dan Pak Deris merenung anak patung yg masih terendam di dalam kolam. Seolah kelibat yg dilihat di tingkap ada kena mengena dgn anak patung dlm kolam.

Pak Deris mengusap wajahnya perlahan dan disertai dgn keluhan berat.

Dulu, keluarga ni adalah sebuah keluarga yg bahgia. Mereka orang baik² dan kaya raya. Tapi mereka kesunyian kerana mempunyai hanya seorang anak iaitu Hidayat. Mak Hidayat tak boleh mengandung lagi kerana kemalangan setahun selepas Hidayat dilahirkan. Atas cadangan beberapa orang kawan, mereka mengambil seorang anak angkat perempuan yg ketika itu berusia setahun dari sebuah rumah anak yatim. Beza umur antara mereka ialah 4 tahun. Nama anak angkat mereka ialah Suzana. Mereka sangat sayangkan Suzana. Dan ketika mengambil Suzana dari rumah anak yatim tu, ada satu anak patung ‘barbie’ bersamanya yg dipanggilnya ‘Jamilah’. Tak tahulah pulak dari mana nama ‘Jamilah’ itu diperolehi. Disebabkan sangat sayangkan patung itu, mereka membiarkan Suzana dgn anak patungnya tanpa pernah terfikir bahawa anak patung itu sebenarnya mempunyai ‘roh’.

Suzana selalu menangis bila anak patung itu hilang. Dia akan jatuh sakit. Dia akan memanggil² nama Jamilah setiap kali jatuh sakit. Dan akhirnya, atas kehendak Allah, Suzana meninggal dunia ketika berusia 3 tahun akibat demam panas. Dan dari situlah bermulanya kisah hitam dalam keluarga ini.

Hidayat yg masih kecil ketika itu tak dpt melupakan Suzana. Maklumlah, mereka hanya berdua dan tiada dunia luar. Maka perasaan sayang tu tak dpt digambarkan. Dia sering menangis meminta agar dibawakan kepada Suzana. Hinggalah akhirnya dia dipujuk utk memeluk anak patung Jamilah setiap kali merindui Suzana.

Hinggalah satu hari sesuatu terjadi. Ketika itu dah jauh malam. Ayah dan mak Hidayat baru balik dari luar kawasan kerana urusan bisnes. Mereka masuk ke bilik Hidayat utk melihat anak mereka yg telah ditinggalkan seminggu.

Masa itulah mereka nampak anak patung ‘barbie’ atau ‘Jamilah’ seperti hidup. Dia dalam keadaan yg lebih besar dari saiz asal, seperti manusia biasa, sedang mengusap² rambut Hidayat yg sedang tidur. Ayah dan mak Hidayat berpandangan sesama sendiri, dgn penuh tandatanya, siapa perempuan itu.

Keesokan harinya, ayah dan mak Hidayat menyuruh Pak Deris mencari dukun utk menyiasat siapa perempuan yg bersama dgn Hidayat. Andai benar wujudnya roh dlm anak patung tu, mereka mahu menghalau roh ‘Jamilah’ yg berada dalam anak patung yg menjadi kesayangan Hidayat. Pak Deris bercadang nak bawa dukun tersebut pada hari esoknya tapi malam sebelumnya mak dan ayah Hidayat hilang tak dapat dikesan. Puas Pak Deris dan Mak Limah mencari mereka. Pelik juga sebab selalunya kalau mereka keluar kawasan utk urusan bisnes, mestilah Pak Deris atau Mak Limah akan diberitahu.

Sehari seminggu sebulan, mak ayah Hidayat tak pulang. Hidayat juga tak pernah mencari mak atau ayahnya kerana asyik sangat dgn anak patungnya.

Pernah Pak Deris bertanya Hidayat, tak rindu ke pada mak dan ayah? Hidayat jawab, Dayat selalu je jumpa mak dan ayah. Bila Pak Deris tanya jumpa mak ayah dimana? Hidayat jawab dalam kotak!

-Bersambung-

11 thoughts on “KEKASIH JELMAAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s