KEKASIH JELMAAN

Bab 7

Esoknya sesampai aku di sekolah, terus aku cari Hidayat tapi tak jumpa. Akhirnya baru aku tahu dia tak datang sekolah. Jarang dia tak hadir sekolah ni.

Setelah 2 minggu tak hadir, aku tanya pihak sekolah. Kata mereka Hidayat dah tukar sekolah. Tapi entah kenapa aku tak percaya. Aku cuba cari dia pindah sekolah mana. Tapi iyelah, pengetahuan dan pergerakan aku terhad masa tu. Mana boleh suka² pergi cari Hidayat kan.

Sebulan, setahun dan akhirnya sampailah aku habis ambil SPM aku tak dapat berita tentang Hidayat. Nombor telefon yg diberi kepada pihak sekolah juga tak dapat dihubungi. Walaupun ramai yang telah melupakannya, tapi tidak aku.

Aku tahu Hidayat masih ada. Tapi tak tahu di mana. Aku memang nak jumpa dia. Kalau dia mati pun, aku nak tahu di mana kuburnya.

Ketika nak meninggalkan sekolah setelah tamat SPM, aku minta alamat terakhir Hidayat dari pihak sekolah. Aku lihat alamat tu taklah jauh sangat dari sekolah tu. Tak tahulah kenapa aku sangat teruja nak tahu mana Hidayat.

Satu pagi Ahad tu, aku bawak skuter yg ayah aku hadiahkan kat aku. Aku dah ada lesen tau masa ni.

Aku pergi cari rumah di alamat tu. Aku jumpa satu banglo mewah di atas sebuah bukit, berpagar batu. Selalu je akualalu kawasan tu tapi tak pernah pulak nampak ada rumah kat situ.  Mungkin jugak aku tak perasan sebab kedudukan rumah tu dinatas bukit. Sekali pandang memang rumah tu nampak seperti rumah para jutawan. Tapi rumah tu nampak suram dan agak menyeramkan.

Rumah itu kelihatan terjaga. Ada rumput, pokok macam rumah orang lain. Tapi seperti ada sesuatu yg tak kena dgn rumah tu. Aku berhentikan skuter agak jauh dari rumah berkenaan. Aku berjalan di sekitar banglo tersebut. Dari celah² lubang di pagar batu rumah tu, aku tak nampak orang pun.

Aku beranikan diri melangkah ke pintu pagar besar rumah itu lalu memberi salam. Aku nampak kelibat seseorang atau sesuatu di bahagian beranda tingkat atas rumah berkenaan. Aku beri salam dgn lebih kuat.

Tak lama kemudian, kedengaran bunyi tapak kaki menghampiri aku dari arah belakang. Tiba-tiba aku rasa takut semacam. Tadi masa nak datang, berani bukan main.

“Kamu cari siapa?” Terdengar suara seorang lelaki yg agak kukenali. Aku menoleh. Dan aku nampak Pak Deris. Pak Deris nampak lain. Dia kelihatan kurus dan tak terurus.

“Pak Deris?” Tanyaku ingin kepastian.

“Siapa kamu? Macammana boleh sampai sini?” Tanyanya dengan suara agak tegas.

“Pak Deris, ni saya la. Murni. Kawan Hidayat. Pak Deris tak ingat saya?” Tanyaku lagi. Ada sikit perasaan lega bila nampak Pak Deris walaupun dgn keadaan yg begitu.

Pak Deris pandang aku. Ada rupa gembira, ada rupa takut juga. Matanya tak lepas memandang ke arah banglo mewah tu.

“Macammana kamu sampai sini? Kenapa kamu ke sini? Tempat ini tak sesuai utk kamu. Pergi balik, jgn datang lagi,” kata Pak Deris terus melangkah nak masuk ke dlm kawasan rumah.

“Pak Deris, mana Hidayat? Dia hilang begitu saja sejak 4 tahun lepas. Pihak sekolah kata dia bertukar sekolah tapi tiada maklumat dia bertukar ke sekolah mana. Tiada siapa yg tahu dia ke mana,” kataku mengharap.

“Kenapa lepas 4 tahun baru kamu nak cari dia?” Tanya Pak Deris lagi sambil tunduk. Dia memberhentikan langkahnya, tak jadi masuk ke dalam pagar.

“Pak Deris, saya masih belum cukup dewasa utk mencari dia sebelum ni. Saya tanya semua kawan sekolah tapi tiada yg tahu. Saya pun tak tahu rumah dia. Alamat inipun saya minta dari kerani sekolah. Saya tak pernah lupakan dia. Biar apa orang kata pasal Hidayat, saya tetap nak tahu kisah sebenar. Saya tahu dia masih ada.” Jelasku panjang lebar.

Pak Deris memandang sekali lagi ke tingkat atas banglo mewah tersebut. Kemudian dia menarik tangan aku berjalan laju meninggalkan perkarangan rumah berkenaan. Setelah agak jauh dari rumah berkenaan, disebalik sepohon pokok besar, Pak Deris berhenti menarik aku. Dia duduk di akar pokok tersebut. Dan diikuti aku.

Aku memandang wajah tua Pak Deris yg jelas kelihatan penuh dgn kebimbangan dan ketakutan.

“Kenapa Pak Deris? Apa dah jadi? Mungkin saya boleh tolong,” kataku kononnya berani sangat.

“Hidayat ada dalam rumah tu. Dia dikurung.” Pak Deris memulakan bicara.

“Kena kurung? Siapa kurung dia?” Tanyaku terkejut.

“Jamilah,” jawab Pak Deris.

“Jamilah???” Tanyaku sambil membeliakkan mataku sebesar-besarnya. Pak Deris anggukkan kepala sambil menyapu wajahnya dgn tangan. Wajahnya seperti dirundung malang yg teramat sangat.

“Jamilah tu siapa sebenarnya Pak Deris? Mak ayah Hidayat tak tahu ke?” Tanya aku lagi makin tak sabar.

“Mak ayah Hidayat dah terlebih dahulu dikurung oleh Jamilah,” cerita Pak Deris buatkan aku betul² hilang sabar nak tahu kisah selanjutnya.

“Kenapa Pak Deris tak beritahu perkara ni dari awal? Mungkin kita boleh buat aduan polis. Hidayat takkan tak tahu mak ayahnya dikurung? Tak perlulah tunggu bertahun² dikurung Jamilah tu. Tapi Jamilah tu siapa Pak Deris?” Kataku sangat terkejut dengan cerita Pak Deris. Aku syak keluarga Hidayat sedang didera.

“Ianya bukan semudah itu Murni. Banyak hal yg kamu tak faham. Jamilah tu bukan seperti yg kamu sangka. Dia boleh buat apa saja yg dia nak dlm kamu tak sedar. Entah² dia pun sedang mendengar perbualan kita ni. Mana tahu lepas ni Pak Deris pula yg dikurungnya.” Kata Pak Deris dgn wajah yg amat takut.

“Kenapa Pak Deris tak keluar je dari rumah tu?” Tanyaku masih sangsi dgn cerita Pak Deris.

“Pak Deris tak sampai hati tinggalkan keluarga ni begitu saja. Mereka sangat baik. Lagipun Hidayat tu Pak Deris dah jaga dari dia lahir lagi. Pak Deris sayangkan dia. Pak Deris harap sangat agar dapat lepaskan mereka sekeluarga. Tapi hingga kini belum berjaya.” Cerita Pak Deris terhenti bila terdengar satu suara memanggil Pak Deris dari banglo besar tu. Suara seorang perempuan tak pernah kudengar, sayup mendayu dan menyeramkan.

“Siapa tu Pak Deris?” Tanyaku.

“Murni, lebih baik Murni tinggalkan tempat ni dan jangan datang lagi. Ini utk kebaikan Murni juga. Dan jangan beritahu sesiapa tentang rumah ni dan tentang apa yg Pak Deris ceritakan ni tau,” kata Pak Deris sambil bangun tergesa-gesa.

“Pak Deris, siapa Jamilah?” Tanyaku ingin kepastian.

“Jamilah adalah satu roh yg tinggal di dalam salah satu patung mainan Hidayat masa dia kecil.” Kata Pak Deris sambil berlari pergi meninggalkan aku yg masih termangu di situ, mencari makna kata² terakhir Pak Deris tadi.

-Bersambung-

5 thoughts on “KEKASIH JELMAAN

Leave a Reply to Ungu Violet Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s