KEKASIH JELMAAN

Bab 6

Mujur kejadian kerasukan di sekolah tak lama. Selepas semua yg terkena rasukan dimandikan, segalanya pulih seperti biasa. Aku melawat Hidayat di hospital tapi dia dah balik, pihak hospital kata Hidayat minta balik. Aku tak tahu di mana rumahnya. Takde siapa yg tahu. Ok, aku tekad takkan pulaukan Hidayat lagi. Aku akan kawan dengan dia balik. Cikgu kata dia mungkin stress.

Lepas 2 hari dari hari kejadian, Hidayat datang sekolah seperti biasa. Dia senyum dgn aku seperti tiada apa yg terjadi.

“Dayat, kenapa kau terjun bangunan haritu?” Aku tak sabar mulakan bicara. Tapi wajah Hidayat seperti terkejut.

“Mana ada aku terjun bangunan?” Jawabnya. Eh eh… Aku pulak konfius sekarang. Rasanya aku tak bermimpi.

“Laaa…. Kan 2 hari lepas kau terjun dari bangunan sekolah? Sampai ambulan bawak kau ke hospital. Aku nak lawat kau kat hospital tapi kau dah balik.” Aku gigih bercerita.

“Memang 2 hari lepas aku pergi hospital sebab aku demam panas. Aku tak datang sekolah pun haritu.” Jawab Hidayat lagi.

Aku terdiam. Aku pelik. Aku hairan. aku mimpi ke pun?

“Dayat, rumah kau kat mana?” Aku mengubah bicara. Tapi bukan kerana aku silap tapi terdetik di hati aku bahawa pasti ada sesuatu yg tak kena.

“Rumah aku? Hmmm…. Rumah aku jauh. Aku pun tak ingat jalannya,” Hidayat jawab.

“Ish kau ni Dayat. Mana ada orang tak tau jalan balik rumah sendiri,” kataku bertambah hairan.

“Iye, betullah tu. Selalunya masuk kereta aku tidur. Pak Deris akan kejutkan bila dah sampai rumah. Kenapa? Kau nak datang rumah aku ke?” Tanya Hidayat. Tiba-tiba aku rasa macam itu soalan bonus.

“Haah, aku teringin sangat nak tengok rumah kau. Aku kan kawan baik kau,” aku pujuk Hidayat.

“Nantilah aku tanya Jamilah, boleh tak kau datang rumah aku,” jawab Hidayat.

Aku tersentak lagi. ‘Ada lagi Jamilah tu’ bisik hati kecilku.

“Kenapa nak tanya dia pulak. Itu rumah kau kan?” Kataku lagi.

“Memanglah itu rumah aku tapi Jamilah tak suka orang datang rumah aku. Dia kata nanti orang akan ambil aku,” cerita Hidayat.

Aku diam. Makin banyak aku tanya, makin banyak soalan yg menjelma. Sampai aku tak mampu fikir dah. Kami masuk kelas.

Masa balik sekolah, aku dgn sengaja keluar kelas awal dari orang lain. Aku terus berlari ke pintu pagar dimana Pak Deris selalu tunggu Hidayat. Tengoklah rezki aku sebab selalunya Pak Deris datang lambat.

Tapi kebetulan haritu Pak Deris dah menunggu. Aku segera dapatkan Pak Deris yg sedang duduk di bus stop.

“Pak Deris, boleh saya tanya sikit?” Tanyaku sambil mata melilau mencari sosok tubuh Hidayat. Aku taknak Hidayat nampak aku berbual dgn Pak Deris.

“Apa dia Murni?” Tanya Pak Deris balik.

“Rumah Dayat ni kat mana sebenarnya? Dan siapa Jamilah ni?” Tanyaku terus tanpa bunga² bahasa dah.

Wajah Pak Deris berubah. Kelihatan seperti kerisauan. Dan dia pandang ke arah lain.

“Kenapa Pak Deris?” Tanyaku lagi tak sabar. Sebab aku takut Hidayat sampai sebelum Pak Deris jawab soalan aku.

“Murni, Pak Deris nasihatkan, janganlah rapat sangat dgn Dayat. Pak Deris taknak Murni dapat susah nanti.” Jawab Pak Deris tanpa memandang wajahku.

Belum sempat aku buka mulut bertanya lagi, Hidayat menegur aku dari belakang.

“Laju kau keluar kelas Murni? Tak tunggu aku pun. Aku cari kau merata, rupanya kat sini. Apa kau sembang dgn Pak Deris tu?” Tanya Hidayat yg datang dari arah belakang aku. Pak Deris berwajah serba salah, macam takut pun ada. Dan dia terus melangkah masuk ke dalam kereta di bahagian pemandu.

Aku pulak terkial² memerah otak nak bagi alasan kukuh kepada Hidayat supaya dia tak salah faham atau memandang serong kat aku.

“Takdelah, Cikgu Rahman minta tolong aku hantarkan buku dia ke keretanya tadi. Tu aku keluar awal tak tunggu kau. Lepas tu kebetulan nampak Pak Deris, aku bertanya khabar je. Salah ke?” jawabku berdalih.

“Ooo… Takpelah. Kalau macam tu, aku balik dulu,” jawab Hidayat lalu membuka pintu keretanya dan masuk dlm kereta.

Selama ini, aku tak pernah ambil tahu nak tengok kereta dia ke apa. Lagipun keretanya bercermin gelap, mmg tak nampak dalam langsung. Tapi hari ini mataku agak fokus utk mencari sesuatu. Sesuatu yg aku sendiri tak tahu. Semangat ingin tahu aku makin membara. Mataku melirik memandang sekilas ke dlm keretanya. Dan aku nampak ada satu lembaga hitam kat tempat duduk belakang!

Aku tak dpt lihat lama sebab Hidayat menutup pintu dgn cepat. Tapi aku ketuk cermin keretanya. Hidayat bukak sikit je cermin keretanya, nampak mata dia je. Tapi dia kelihatan tak selesa.

“Kenapa?” Tanyanya dgn cermin yg dibuka kecil sangat tu.

“Aku nak pinjam buku matematik. Tadi aku bertugas di padang masa subjek tu. Tak sempat nak salin,” aku masih memberi alasan tapi mataku cuba mencari sosok tubuh hitam yg aku lihat tadi. Dan dgn batasan penglihatan yg sangat terhad, aku dpt lihat. Memang benar, lembaga hitam tu masih duduk di situ dan dia memandang aku!

“Esoklah aku bagi. Dah, aku balik dulu.” Jawab Hidayat yg air mukanya dah berubah. Dia menutup cermin tingkap keretanya dan kereta berlalu pergi. Aku masih berdiri di situ sampailah Shima tarik tangan aku mengatakan bas sekolah dah sampai.

Aku ikut Shima naik bas. Balik rumah dan buat kegiatan harian aku. Tapi aku tak boleh fokus. Fikiran aku masih kat lembaga hitam kat dalam kereta Hidayat. Hinggakan mak aku pun perasan.

“Kamu dah kenapa Murni? Mengelamun je?” Tanya mak lepas makan malam.

“Mak, hantu tu wujud ke?” Aku terus tanya.

Mak aku pandang aku lama. Mungkin dia nak pastikan aku tanya sebagai budak kecik atau aku tanya sebagai remaja yg ingin tahu.

“Kenapa kamu tanya macam tu?” Mak tanya balik.

“Murni rasa, Murni ada nampak sesuatu. Rasanya dia bukan manusia. Tapi bukan binatang juga,” aku jawab.

“Kamu tengok di mana? Macammana rupanya?” Tanya mak seakan tertarik dgn cerita aku.

“Dia seperti satu lembaga hitam. Tak nampak rupa. Duduk dalam kereta Dayat. Murni tak taulah Dayat nampak dia atau tak,” cerita aku lagi.

Mak tarik nafas panjang. Mengalih pandangannya ke televisyen. Mungkin mencari jawapan bagi soalan aku.

“Hantu tak wujud. Yg ada cuma jin dan syaitan. Mereka ni sentiasa cuba menyesatkan kita. Kuatkan iman di dada, mereka tak mampu kacau kita. Sebab kedudukan kita lebih tinggi dari mereka ni.” Jawab mak. Aku diam. Apa yg mak cakap tu, memang aku dah tahu. Aku nak jawapan yg lebih meyakinkan.

“Kamu jangan tanya apa² kat Dayat tu Murni. Kita tak tahu hal keluarga dia. Sedangkan mak ayah dia pun kita tak kenal. Kamu jangan memandai. Kalau boleh, cuba jauhkan diri dari dia. Tak payah berkawan dgn dia lagi. Dari sekolah rendah kamu selalu susah hati sebab dia,” kata mak. Dan aku terus diam. Malas nak tanya lagi. Tapi itu membuatkan aku lebih nak tahu pasal Hidayat.

-Bersambung-

5 thoughts on “KEKASIH JELMAAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s