KEKASIH JELMAAN

Bab 5

Aku berlari ke pagar batu tempat Hidayat berdiri dan jatuh tadi. Aku jenguk ke bawah. Aku nampak Hidayat dah jatuh di atas bebola besar kain kanvas yang dibentang oleh anggota bomba di bawah sana. Fuh! Aku rasa lega sangat. Tapi tak tahu la macammana keadaan Hidayat. Dan aku nampak Pak Deris baru sampai, wajahnya sangat risau.

Aku segera berlari ke tingkat bawah. Keadaan sangat kelam kabut masa tu. Anggota bomba dah baringkan Hidayat di atas lantai yang dilapik dengan kain. Hidayat tak sedarkan diri. Dalam tak sedar aku menangis.

Aku nampak Pak Deris menghadap Hidayat dengan wajah yang amat bimbang. Cikgu Zaiton sedang bercakap dengannya. Aku tengok Pak Deris pandang aku. Cikgu Zaiton pun gamit aku suruh datang kepada mereka. Aku melangkah perlahan ke arah Pak Deris dan Cikgu Zaiton.

“Kamu rapat dengan Hidayat kan?” tanya Cikgu Zaiton.

Aku anggukkan kepala. Nak kata tak rapat nanti, macam dah langsung takde kawan si Hidayat tu.

“Dia ada cakap apa-apa tak sejak kebelakangan ni?” tanya Cikgu Zaiton lagi.

Aku diam. Sejak gaduh dengan dia haritu, aku memang tak layan dia dah. Kami memang takde sembang. Kalau dah takde sembang, macammana la dia nak ceritakan.

“Kamu kenal Jamilah?” tiba-tiba Pak Deris bertanya. Cikgu Zaiton pandang Pak Deris penuh kehairanan.

“Jamilah tu dari kelas mana Encik?” Cikgu Zaiton tanya Pak Deris.

Aku pandang Pak Deris jugak. Tapi pandangan aku dah lain. Sebab aku tahu Jamilah tak wujud di sekolah tu. Dan rasanya takde siapa tahu siapa Jamilah.

“Takpelah Cikgu. Jamilah tu kawan Hidayat di kawasan perumahan kami. Kalau di luar sekolah, Hidayat akan berkawan dengan Jamilah,” sahut Pak Deris.

“Oh, maknanya dia ada kawan lain la kat luar ye? Sebab kat sekolah ni, dia memang tak bergaul dengan sesiapa. Dia cuma berkawan dengan Murni ni saja. Saya pun pelik. Dia seperti ada di dunia dia sendiri. Tapi dia takde masalah pembelajaran. Dia budak pandai,” sahut Cikgu Zaiton.

“Iye cikgu, dia memang budak pandai,” jawab Pak Deris.

“Maaf saya nak bertanya Encik, saya tak pernah tengok mak ayah Hidayat ni. Mereka di mana? Tak pernah langsung mereka datang sekolah. Saya selalu tengok encik je yang datang.” Kata Cikgu Zaiton lagi.

“Mak ayah dia jarang berada di Malaysia. Mereka orang bisnes, selalu kat luar negara,” jawab Pak Deris tanpa memandang ke arah Cikgu Zaiton mahupun aku, seperti menyembunyikan sesuatu.

“Tak pernah balik?” tanya Cikgu Zaiton lagi.

Belum sempat Pak Deris jawab, Cikgu Rahman datang dan maklumkan bahawa pihak ambulan dan bersedia nak bawa Hidayat ke hospital.

Sebaik sahaja Hidayat dimasukkan ke dalam ambulan, tiba-tiba kedengaran seorang pelajar perempuan menjerit kuat. Dan dia berlari laju masuk ke bangunan sekolah. Beberapa guru dan murid lelaki mengejar dia. Dia laju sangat. Aku pun tak sempat nak lihat siapa tu.

Aku pun menyibuk sekali nak tengok siapa yg berlari dan menjerit tadi. Tapi semua murid tak dibenarkan masuk ke dalam bangunan sekolah. Aku cuma dapat lihat dari tingkat bawah. Aku nampak Suhana dari Tingkatan 3 Melur sedang berdiri ditepi pagar. Pagar tingkat 1 bukan pagar batu, jadi aku boleh nampak apa yg terjadi.

Aku nampak beberapa orang pelajar cuba nak pegang Suhana tapi tenaganya sungguh kuat. Dia menjerit dan mengilai. Seram sungguh bunyinya.

“Aku tak suka!!! Aku tak suka!!! Dia milik aku! Kamu semua tak boleh kacau dia! Tak boleh ambil dia! Tak bolehhhhh!!!!!” Jerit Suhaha sambil berjalan ke depan dan ke belakang.

Beberapa pelajar perempuan lain mula menangis dan ada yg mula bertindak agresif. Menjerit² sambil menarik rambut sendiri. Keadaan memang kelam kabut. Aku pun dah naik kecut perut walaupun sebelum ini aku ni jenis kuat semangat orangnya.

Cikgu Zaiton merapati aku dan tarik tangan aku. Dia juga mengarahkan beberapa pelajar perempuan lain yg masih sedar utk pergi ke surau. Aku berada di barisan belakang sekali bersama Cikgu Zaiton.

Entah macammana tiba² Suhana berdiri depan aku dan Cikgu Zaiton. Rambutnya kusut masai, baju putihnya dah kotor. Kasutnya dah entah kat mana dah, dia berkaki ayam je. Dia terbongkok-bongkok macam nenek kebayan sambil matanya tajam merenung aku.

Pelajar lain dah lari lintang pukang, tak sempat dah Cikgu Zaiton bagi arahan. Dah Cikgu Zaiton pun menggeletar.

Suhana berjalan perlahan-lahan mengelilingi aku, menghidu badan aku, menarik tangan aku. Lagaknya seperti monyet tu. Aku dah terpaku kat situ. Aku nampak Ustaz Meor memberi arahan supaya aku diam.

“Kaulah yg selalu kacau Hidayat kan? Sampai dia asyik sangat bercerita pasal kau. Kaulah paling baik. Kaulah paling bagus.” Kata Suhana sambil mendengus marah. Matanya merah. Masa dia jalan belakang aku, terasa² macam dia nak gigit leher aku. Masa tu la aku bayangkan pontianak langsuir bagai. Semua watak dlm citer hantu yg aku pernah tengok, semua tiba² terbayang kat otak aku. Allahh…. Ketarnya lutut aku. Gigi aku ni sampai berbunyi la sebab berlaga akibat aku menggigil.

“Kau tahu tak, Hidayat milik aku! Dia dah bersama dgn aku sejak dia lahir. Aku dah bagi amaran supaya dia tak lagi berkawan dengan kau tapi dia tetap cakap pasal kau. Kau perlu mati!” Suhana masih mendengus sambil mengelilingi aku sambil jln berdengkot. Aku nampak kaki Suhana dah berdarah. Lantai batu yg dipijaknya juga penuh dgn darah yg mengalir dari kakinya. Sesekali Suhana duduk menjilat darah di kakinya, macam kucing menjilat bulu tu.

Sedang Suhana asyik menjilat darah di kakinya tu, beberapa orang pelajar dan guru lelaki serentak memegang Suhana. Dia meronta. Kuat tenaganya sehingga beberapa lelaki yg memegangnya terpelanting.

“Cuba bertahan. Jangan lepaskan dia,” kata Ustaz Meor. Ustaz Meor menghampiri Suhana, memegang ibujari kaki kiri Suhana sambil membaca sesuatu. Lalu menarik kuat ibujari kaki Suhana hingga dia menjerit kesakitan dan terus pengsan.

“Kumpulkan semua pelajar perempuan, bawa ke blok belakang. Mereka perlu dimandikan segera.” Kata Ustaz Meor. Dan barulah aku nampak ramai pelajar bergelimpangan di lantai sekolah.

-Bersambung-

11 thoughts on “KEKASIH JELMAAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s