KEKASIH JELMAAN

Bab 4

Satu petang masa balik sekolah, aku duduk kat bus stop dgn Hidayat sambil tunggu bas sekolah. Hidayat pulak tunggu Pak Deris datang ambil. Ada beberapa murid lain yg duduk mengikut geng masing-masing. Maklumlah dah masuk sekolah menengah, masing-masing dah ada geng sendiri. Hidayat je yg suka menyendiri, tak berubah langsung dari masa aku sekolah rendah dgn dia dulu. Aku bukan taknak kawan dgn dia tapi aku ni perempuan, dia lelaki. Nanti apa pulak orang kata kan, tambahan kami masing² dah meningkat remaja. Tapi kalau aku tak tegur dan sembang dgn dia, mmg dia akan bercakap sorang-sorang, gelak sorang-sorang. Macammana la kawan lain nak geng dgn dia kan. Dah mcm org tak siuman pun ada.

Hidayat tu budak pandai. Dia tu sebenarnya kesunyian. Adik beradik takde, mak ayah sibuk, tak pernah ada masa utk dia. Paling sedih, Hidayat beritahu aku, dia masih bermain dgn patung² mainan yg tersimpan di rumahnya sejak dia kecil. Walaupun aku bukan dari keluarga kaya, tapi aku takdelah main dgn anak patung budak-budak lagi dah. Dah remaja kot. Takkan nak main anak patung lagi.

“Dayat, kau taknak ke berkawan dgn budak lelaki lain? Cubalah bergaul. Kau tak cuba mana kau tahu. Seronok tau bila dgn kawan²,” aku cuba ajak dia bersembang bila aku tgk dia termenung sorang.

“Aku taknaklah bergaul dgn mereka. Jamilah tak suka aku kawan dgn budak lelaki. Katanya budak lelaki suka ejek aku,” jawab Hidayat.

“Kau ni sikit² Jamilah, sikit² Jamilah. Habis tu Jamilah tu tak marah ke kau kawan dgn aku?” Aku tanya.

“Jamilah marah jugak. Tapi kau masih datang tegur aku. Dia tak boleh buat apa. Tapi Jamilah akan merajuk. Susah nak pujuk Jamilah, sampai aku kena bagi dia gigit ibu jari kaki aku, baru dia senyum balik dgn aku,” cerita Hidayat bersahaja tapi aku dah bulatkan mata aku memandangnya.

“Jamilah gigit ibu jari kaki kau Dayat? Kenapa?” Tanyaku ingin tahu.

“Aku tak tahu. Dari dulu dia selalu gigit kaki aku. Sampai aku dah terbiasa.” Jawabnya selamba.

“Sekarang Jamilah tu dimana?” Aku tanya.

“Ada tepi aku ni. Dia tengah merajuk sebab aku sembang dgn kau,” kata Hidayat membuatkan aku memandang ke sebelah tepinya. Takde siapa pun di situ.

“Kau tahu tak bahawa orang lain tak nampak Jamilah?” Tanyaku lagi.

“Aku tahu,” jawab Hidayat.

“Kau pernah fikir tak, mana ada orang yg tak dapat dilihat oleh orang lain,” aku bertanya.

Tiba-tiba Hidayat jatuh terlentang ke belakang dari kerusi yg dia sedang duduk. Belakang kepalanya berdarah. Aku cuba nak tolong dia tapi seperti ada sesuatu yg menolak aku hingga aku pun hampir jatuh. Dan aku dpt dengar hembusan nafas yg kuat seperti sedang marah di tepi telinga aku.

Aku bergerak menjauhi Hidayat. Hidayat bangun dan terus duduk semula di atas kerusi batu tadi. Dan aku nampak Hidayat bercakap dgn seseorang, seolah sedang memujuk.

Tak lama kemudian, bas sekolah sampai. Aku meninggalkan Hidayat. Dah duduk di atas bas, aku masih tengok Hidayat. Dan aku rasa macam aku nampak sesuatu bayang warna putih duduk di sebelah Hidayat. Tapi tak berapa jelas. Aku nampak ianya seperti asap pun ada. Dan bas yg aku naiki bergerak meninggalkan Hidayat.

“Berani ye kau kawan dgn dia?” Tanya Ain yg duduk di sebelah aku.

“Kenapa pulak tak berani?” Tanya aku pelik.

“Ada hantu bersama dia,” jawab Ain seperti takut.

“Hantu? Hantu apa?” Tanyaku lagi.

Setahu aku, tak ramai yg mengenali Hidayat dari sekolah rendah. Sebab Hidayat berpindah ke sekolah yg diluar kawasan kami dulu. Dan kebanyakan kawan di sekolah menengah ni adalah kawan baru. Jadi bagaimana mereka boleh kata Hidayat membawa hantu sedangkan masih di awal persekolahan. Bukannya dah kenal lama.

“Hari pertama dia masuk kelas pun ramai dah tahu. Beg dia bergerak sendiri, pemadam dia jatuh pun boleh bergerak sendiri ke tempat asal seperti ada orang tolong ambilkan,” cerita Ain lagi.

“Perasaan kau je kot. Aku kenal dia dari sekolah rendah kot. Takde pun keluar cerita² hantu ni. Dia ok je,” jawabku cuba menyembunyikan sesuatu.

“Terserahlah samada kau nak percaya atau tak. Aku cuma nak bagi amaran je. Haritu Sabri saja la nak usik Hidayat. Dia ambil air dan renjis ke muka Hidayat. Lepas tu Hisham usik rambut dia. Tak tahu macammana, Sabri dgn Hisham jatuh tergolek macam ditolak orang. Mereka kata mereka dpt rasa memang ada orang tolak,” cerita Ain lagi.

Aku diam. Tak tahu nak kata apa. Tapi aku memang kesian dgn Hidayat. Aku yakin Hidayat perlukan pertolongan. Cuma aku tak tahu pertolongan yg macammana tu.

Keesokan harinya, masa nak masuk sekolah, aku nampak Hidayat berjalan depan aku. Aku kejarlah sampai dapat berjalan sama dgn dia. Dia pandang aku macam takut. Dan dia jalan laju² seperti taknak jalan dgn aku. Aku terus kejar dia.

“Kepala kau ok ke Dayat?” Aku tanya.

“Aku tak apa². Kau pergilah sana, jgn jalan dgn aku,” kata Hidayat tanpa pandang aku.

“Kenapa pulak? Aku ada buat salah kat kau ke sampai kau taknak kawan dgn aku?” Aku tanya.

“Aku kata jangan dekat aku, janganlah! Kau tak faham bahasa ke?” Jerit Hidayat ke arah aku sambil berlari, membuatkan aku terkejut dan terhenti melangkah. Membiarkan Hidayat berjalan terus meninggalkan aku.

Entah kenapa, hatiku tersinggung. Aku sedih sebab Hidayat tengking aku begitu. Sedangkan selama aku kenal dia, dia seorang yg berbudi bahasa dan lembut tutur kata. Sebab tu aku suka kawan dgn dia walaupun orang kata dia gila ke, ada hantu ke. Sedih, mmg aku sedih dia tengking aku macam tu.

Dah! lepas ni aku takkan cakap dgn kau lagi Hidayat! Aku berkata sendirian melepaskan rasa jauh hati aku.

Berbulan² juga aku tak sembang dgn dia. Merajuk betul aku kan… Hahaha… Dia pun ada la pandang² aku sambil senyum. Aku jeling je. Kau dah tengking aku, nak senyum² pulak. Sudahlah. Kesian, memang kesian. Keseoranganlah dia.

Sampai satu hari, kecoh kat sekolah Hidayat nak terjun dari tingkat 3 sekolah. Dia berdiri di balkoni dan kata dia nak terjun. Guru besar, penolong kanan, semua dah panik. Semua murid diminta pergi berkumpul di padang.

Cikgu juga larang aku ke tempat Hidayat. Tapi aku beritahu cikgu bahawa aku dah kenal dia sejak dari sekolah rendah. Mungkin aku boleh pujuk dia. Paling tidak pun mungkin aku boleh lengahkan dia sementara tunggu mak atau ayah atau Pak Deris tiba. Dan cikgu benarkan.

Aku berjalan perlahan ke arah Hidayat.

“Kau kenapa Dayat?” Aku tanya perlahan.

“Kau tak perlu pedulikan aku. Biar aku terjun, semua orang akan senang.” Jawabnya tanpa pandang aku.

“Siapa yg akan senang Dayat? Kau ingat mak ayah kau takkan sedih ke bila kau buat macam ni?” Tanyaku lagi.

“Kau tak kenal siapa aku. Takde org yg kenal aku. Semua orang kata aku gila. Kau sebagai kawan lama aku pun taknak kawan dgn aku kan? Jamilah pun selalu ajak aku ikut pergi tempat dia. Tapi aku je yg tangguhkan,” kata Hidayat.

Aku geleng kepala. ‘Jamilah lagi’. Cikgu lain berpandangan sesama sendiri. Aku nampak ada kereta polis dan jentera bomba kat bawah sana.

“Jamilah ajak kau pergi mana Dayat?” Tanyaku, nak menarik perhatian dia. Tak sia² aku jadi pembimbing rakan sebaya kat sekolah kan. Tabah sungguh diriku.

“Jamilah ajak aku pergi tempat dia. Katanya kat tempat dia, kami boleh main bersama. Tak perlu pergi sekolah, tak perlu jumpa kawan pelik macam kat sekolah ni lagi. Takde org pandang aku macam aku ni makhluk asing. Semua orang akan sayang aku di sana.” sahut Hidayat.

“Ok Dayat. Kau turun dulu. Nanti kita pergi kat tempat Jamilah sama² nak tak?” Kataku.

“Kau janji nak ikut aku?” Kata Hidayat.

Aku tak berani jawab. Nanti betul² dia ajak aku ikut dia pergi tempat Jamilah tu, susah aku. Jamilah tu siapa pun aku tak tahu.

“Kau sendiri pun tak yakin diri sendiri, macammana kau nak yakinkan aku?” Kata Hidayat dan terus terjun. Aku tergamam. Cikgu-cikgu di situ menjerit.

– Bersambung –

One thought on “KEKASIH JELMAAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s