GROUP WHATSAPP

Part 1

Dulu masa mula² ada group whatsapp ni, aku dgn kengkawan excited la. Maklumlah, jumpa kengkawan lama, boleh borak panjang, kenang citer dulu², huhahuha tak sedar. Semua kenangan terimbau kembali.

Orang yg last kami add kat group tu ialah seorang kawan kami yg sejak sekolah memang tak banyak cakap. Selalu duduk dlm kelas, tak bergaul dgn orang lain. Selalunya bila kami cuba nak bergaul dengan dia, dia pasti akan pandang kami dgn pandangan yg menggerunkan, hingga meremang bulu roma. Kami jarang dengar suara dia.

Tak ingat dah siapa yg dpt nombor telefon dia. Dan add dia kat group kami tu.

Tapi yg paling mengejutkan, dia sangat ramah dalam group tu. Dialah yg paling banyak mengimbau kisah masa sekolah dulu. Dia boleh ceritakan semua kisah kami semua, ada yg kami pun tak ingat. Tapi dia tak buka cerita tentang dirinya.

Kami pun ingat mungkin dia dah berubah. Maklumlah, sedangkan pantai lagikan berubah, inikan pula sikap manusia. Jadi kami pun layan la dia sembang.

Tiba2 ada sorang kawan buka cerita pasal dirinya. Ditanya kenapa masa sekolah dulu dia taknak bergaul dgn kami semua. Lama dia diam. Kami semua pun diam, terasa mcm perasaan masa kat sekolah dulu kembali. Terbayang wajahnya yg memandang kami dgn wajah menggerunkan. Matanya jadi putih, giginya seolah bertaring.

Seketika kemudian, nampak dia record audio. Makin seram lak rasanya. Tetiba rasa nak left group tu. Bila dia post je audio, laju je tekan. Terdengar suara garau, “Aku sengaja perhati sorang², aku nak tgk siapa yg aku berkenan. Aku dah pilih beberapa orang utk aku bawak bersama aku. Tempat aku tinggi dari langit, tapi rendah dari tanah. Siapa yg aku bawak, pasti takkan balik lagi,”

Kami masing² diam. Tak balas audio dia. Masing2 meremang bulu roma. Lepas tu nampak dia record audio lagi. Aduhai la… Apasal aku rasa kecut perut sangat…

Dia post audio… Walaupun takut, kami masih nak dengar audio dia. Dengar suara berbisik, spt kat sebelah telinga je. Perlahan. Membuatkan kami kena dekatkan telefon ke telinga. “Aku cari kawan yg sedang mendengar suara bisikan aku ni. Fuh!” sekali ada angin halus tiup kat telinga kami. Real!

Aku pandang keliling… Takde apa. Mata kembali ke telefon. Nampak dia typing…..

“Tak payah tengok keliling. Kamu takkan nampak aku. Tapi aku nampak kamu… Hahaha….” Msg darinya di dlm group.

Beberapa kawan dah pm tepi. Tanya psl kawan sorang ni. Masing2 rasa ada yg tak kena dgn kawan ni. Aku pun tak tau psl ni. Aku diam je la.

Lepas tu dia rakam suara lagi. Suara garau sangat, dan mcm kat tepi telinga je… “Tau tak apa paling aku tak suka? Kamu sembang di sini tapi pm tepi bertanyakan hal aku. Kenapa tak tanya aku terus?”

Ada sorang kawan ni memberanikan diri, tanya dia kenapa suaranya lain mcm dan kenapa ayatnya spt berdendam? Dia rakam audio dan hantar ke group bunyi ketawanya yg mengilai dgn suara garau menggerunkan. Tiba2 dia left group. Sepatutnya kami lega, tapi kami tak rasa lega. Terasa spt dia keluar group utk mencari kami.

“weh… Kenapa aku rasa lain macam je dgn dia?” tanya sorang kawan dlm group.
“iyelah, aku pun rasa sama,” jawab sorang lagi.
“meremang bulu roma weh. Lagi gerun dari masa kita kat sekolah dulu,” jawab sorang lagi.
Sepanjang haritu kami berbicara tentang dia. Sampailah jam 10 malam, tiba² ada rakaman video masuk kat group kami. Dan lebih menghairankan ialah video itu dihantar oleh kawan kami yg dah left group siang tadi! Walau tiada siapa yg add dia semula dlm group!!!!

Aku tak berani nak bukak video tu. Aku takut.

Sampailah ada seorang kawan pm aku, bertanya samada aku dah tengok video tu atau belum. Dia mendesak aku tengok. Katanya aku ada dlm video tu. Lagi la aku takut. Takpe, aku tunggu siang esok baru tgk video tu.

2 thoughts on “GROUP WHATSAPP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s