GROUP WHATSAPP

messaggio-horror6148205887093045471.jpg

Part 2

Aku beranikan diri buka video berdurasi 15 minit tu. Mulanya nampak biasa je, ada budak2 tgh bermain. Cuma aku rasa tempat tu mcm aku pernah tengok. Jadi dejavu kejap. Seronok pulak, mcm mengimbau kenangan lama.

Masuk minit ke 5 baru aku cam, itu sekolah lama aku. Itupun bila nampak aku dgn kawan² main cop tiang tepi kantin masa rehat. Betul, aku nampak diri aku & kawan2 lain. Aku senyum sorang2, betul2 terkenang zaman sekolah rendah.

Masuk minit ke 7, tgh kami leka bermain, kelihatan kawan kami tu ada kat tepi tiang yg akhir. Dia tgk je kami. Tapi kami mcm tak nampak dia.

Lepas main, kami masuk kelas. Aik, kawan kami tu ada dlm kelas, mcm selalu. Habis tu yg tgk kami kat tiang tadi siapa. Ahhh.. Mungkin dia dah masuk kelas dulu.

Dlm kelas, kamera fokus dari depan. Nampaklah keseluruhan kelas. Kawan sorang tu pun ada kat tempat dia, mcm biasa la, tunduk sampai rambut tutup muka. Tangannya menggeletar conteng meja. Kalau org tak biasa tgk dia, mmg rasa seram.

Tiba2 mata aku tertumpu kat sesusuk tubuh di bahagian pintu belakang kelas. Susuk tubuh tu besar, seorang wanita. Dia seolah sedang memerhati seluruh kelas. Aku pause video tu, aku zoom gambar wanita tu. Mata aku terbeliak, handphone nyaris tercampak.

Wanita itu ialah kawan aku yg pelik tu. Tapi dlm versi yg lebih tua dan berbadan besar. Dia seolah memandang aku di luar kamera ni. Seram weh…..!!!

Aku tutup video tu. Takut nak tengok lagi. Aku pm seorang kawan, katanya dia tgk video tu sampai habis. Di akhir video tu, wanita tersebut meninggalkan bilik darjah mereka dlm keadaan terbang!! Mujur aku tak tengok sampai habis.

Esoknya, kat dlm group, kawan sorang ni atau lebih senang aku sebut namanya Azura, dia mulakan sembang. Kami semua memang dah stop sembang lepas dia hantar video tu.

“Kamu semua dah tengok video tu? Seronok kan zaman sekolah kita dulu?”

Tiada yg membalas.

“Kenapa kamu semua macam taknak sembang dgn aku?” Dia bertanya.

Tiba2 Zaiyanah membalas, “Azura, apa nombor telefon kamu? Siapa add kamu dlm group ni?”

Aku cepat² bukak senarai ahli group. Memang takde dia dlm senarai. Habis tu, mcmmana dia ada dlm group?

Azura is typing…. Aku menanti….

“Kenapa? Korang tak suka ke kalau aku ada dlm group ni? Memang korang tak pernah suka aku ye.”

“Kami bukan tak suka, cuma kamu nampak pelik. Video kamu pun pelik. Siapa yg ambil gambar tu? Kenapa kamu ada video tu?”

Azura jawab, “Aku pun tak tau. Video tu ada dlm phone aku. Aku forward je.”

“Siapa perempuan yg berdiri di pintu belakang kelas tu?”

“Laaa….. Itu kan mak aku. Korang ni…” Azura jawab.

Azura recording audio….

“Kamu semua tak suka aku kan? Kamu semua nak larikan diri dari aku kan? Hahahahahahhaha…. Lagi jauh kamu lari, lagi laju aku kejar,” garau suaranya, nyaring hilainya…. Meremang bulu roma.

Tiada yg menyahut. Tak berani nak tanya lagi. Semua berhenti di situ. Nak remove dia, dia memang takde dlm group. Nak sembang, dah takde mood dah.

Esoknya, Zaiyanah bukak group whatsapp baru. Add semua kawan kecuali Azura.

“Weh, semalam aku jumpa mak Azura kat pasar malam. Aku tanyakan hal Azura. Tau tak apa mak dia jawab?”

“Kenapa? Azura takde sekali dgn mak dia ke?”

“Memang takde la. Maknya kata Azura dah meninggal dunia masa umur 18 tahun sebab bunuh diri!”

“Hah!!!!!!!” kami semua terkedu.

“Habis tu yg sembang dgn kita kat group sinun tu siapa?”

“Mana aku tau. Dah la takde nombor phone, nama pun takde dlm senarai ahli group tu,”

“Then, korang rasa dia boleh masuk group ni tak?”

Krik krikkkkkk….. Semua diam….

Tiba kat group lama, Azura is typing…..

“Korang bukak group baru tak bagitau aku pun,”

Beberapa org kawan left group lama. Aku pun… Seram sejuk weh…. Walaupun musim panas.

Di group baru, semua menyatakan perasaan takut.

Dan tiba²…. Azura is typing…… Kat group baru!!!! Siapa add dia?????

“Korang ingat boleh lari dari aku?”

Semua tak reply. Seorang demi seorang left group. Akhirnya tinggal aku dgn dia. Aku tak tau kenapa aku belum left.

“Ira, kamu taknak left? Kamu tak takut ke?”

“Sebenarnya kamu ni siapa?”

“Aku Azura. Tak ingat ke kau pernah pinjam pemadam aku masa hari isnin 23/6/1987 pukul 3 petang sebelum waktu rehat masa subjek Alam & Manusia. Kamu kata pemadam kamu hilang. Tapi lepas tu kamu tak pulangkan balik,”

“Aku minta maaf. Mungkin aku terambil pemadam kamu. Kamu nak aku ganti balik ke?”

“Tak payahlah. Aku halalkan dah,”

“Ira, aku sebenarnya kesunyian. Takde kawan. Semua org taknak kawan dgn aku. Kau kawan dgn aku nak?”

Tiba² aku rasa kesian kat dia..

“Kamu yg menjauhkan diri dari org lain. Bukan org lain taknak kawan dgn kamu,”

“Baiklah, mulai hari ini, aku akan cuba bergaul dgn semua org. Bermula dgn kamu,”

“Tapi di sekeliling aku gelap. Takde org. Aku tak nampak jalan. Boleh tak kamu dtg kpd aku?”

“Gelap? Takde orang? Kamu kat mana ni Zura?”

“Aku di alam barzakh,”

Ok… AKU LEFT!!!!

Aku takkan masuk mana² group whatsapp lagi.
Ok bye….

– T A M A T –

One thought on “GROUP WHATSAPP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s