NABILA

Part 1

Dulu kan, masa aku sewa rumah bujang kat KL, aku ada sorang kawan aku ni namanya Nabila, mmg suka cakap sorang². Bila aku tanya dia cakap dgn sape, katanya kawan dia. Bila aku kata aku tak nampak pun kawan dia, katanya kawan dia tu suka duduk dlm bilik dia, mmg tak campur org.

Aku nak test dia. Aku kata la kawan dia kena bayar sewa jugak, sbb kongsi rumah, kongsi api dan air rumah tu. Dia kata kawan dia tu tak guna benda tu semua. Cukuplah setiap 3 bulan sekali, dikala bulan penuh tepat jam 3.00 pagi, kawan dia akan hisap darah dari ibu jari kaki dia.

Cuak gak aku. Kawan lain pun sama. Kami pakat nak buat dia keluar dari rumah tu. Tapi apapun kami nak buat, dia mcm tau.

Sorang kawan aku ni kata, mungkin dia ni kuat berimaginasi kot. Byk sgt tgk citer hantu kat tv. Maka, utk pastikan dia bercakap benar atau berimaginasi, kami perlu selongkar bilik dia.

Cuma masalahnya ialah, bilik dia sentiasa berkunci. Dan dia sentiasa ada kat rumah tu.

Pernah kami tanya dia tak kerja ke. Katanya dia kerja tapi dia pergi selepas kami semua pergi dan balik sblm kami semua balik. Kami pun pelik. Ada ke org kerja mcm tu?

Ada satu hari tu aku tak sihat, aku dapat MC. Aku balik rumah nak tidur. Masa aku nak masuk rumah, aku dengar bunyi lain macam kat dlm rumah tu. Bunyi mcm anjing merengus. Aku pandang keliling, baru teringat rumah aku tu flat tingkat 5, mana boleh dengar kalau anjing merengus kat tingkat bawah nun.

Aku malas fikir byk. Aku demam, aku nak tidur. Aku terus buka pintu. Masa aku tolak daun pintu, aku nampak sekilas bayang seperti dari depan tv lari masuk bilik. Meremang bulu roma aku. Siapa tu?

Tapi sbb dia lari masuk bilik Nabila, maka aku panggillah nama dia. Belum sempat panggil nama dia, terdengar suara dia kat bhgn dapur. Aku masuk perlahan, cari dia di dapur. Aku nampak dia berdiri di atas tempat sidai kain kami. Sebab dia membelakangkan aku, jadi dia tak perasan aku ada kat situ. Aku dengar dia seperti menyeru sesuatu.

Tgh aku cuba fokus utk dengar apa dia kata, aku dengar bunyi pintu bilik Nabila terbuka perlahan². Tiba² je bulu roma aku meremang. Aku tak boleh nak bergerak. Pintu bilik Nabila tu betul² kat belakang aku. Tapi nak toleh tak berani.

Bunyi merengus tadi kembali kedengaran. Aku panik. Nabila yg sedang berdiri kat atas penyidai kain tadi pun berhenti menyeru, menoleh memandang aku.

Ok, skrg aku pun rasa takut. Esok aku sambung, kalau berani.

One thought on “NABILA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s