NABILA

Akhirnya…. Part 7 …
Nabila dah balik…
Nazira dah pergi…

“Kita tak cukup masa. Kena ambil ‘anak’nya sekarang juga. Sbb takut Nazira berpindah ke jasad lain pula. Sbb dia dah tahu kita sedar akan kehadiran’nya’. Risau nanti kita tak dpt cari dia berada di jasad mana pula selagi takde yg mengadu.” Kata Ustaz Zahari. Wajah mak dan ayah Nabila seperti tak merelakan Nabila mengambil risiko.

“Jangan risau. Nabila seorang yg beriman. Jin dan syaitan juga boleh diperdaya. Mereka tak sekuat yg kita sangka. Kita pindahkan dulu, selebihnya kita uruskan kemudian. Sekurang²nya kita tahu ‘anak’nya di mana.” Terang Ustaz Zahari lagi.

Tiada pilihan lain. Mak dan ayah Nabila setuju. Ustaz Zahari menyuruh Nabila masuk ke bilik. Bunyi rengusan makin kuat. Suasana di luar pun semakin gelap kerana hari semakin senja.

Ustaz Zahari berdiri tenang di depan pintu bilik Nabila sambil tunduk dan pejamkan mata. Selang beberapa minit kemudian kedengaran bunyi seseorang menyedut sesuatu seperti kita menyedut air minuman yg dah habis dari straw. Dan mendengar bunyi raungan dan hilaian silih berganti. Seram weh … Dah la hari nak maghrib. Mmg tak jadi kerja lain. Aku dah tekad, lepas ni aku akan pindah rumah lain!

Lepas tu aku dengar Nabila menjerit diikuti satu raungan kuat bergema kat dlm bilik tu. Mak Nabila dah lari nak masuk bilik tu tapi ditahan oleh ayah Nabila kerna Ustaz Zahari dah pesan agar jgn ganggu proses pemindahan ‘anak’ tu. Meraung menangis la mak Nabila. Kami nak tenangkan dia pun tak boleh sbb kami pun berpelukan sesama sendiri. Tapi suasana tu tak lama.

“Boleh masuk bilik ni sekarang dan bawa Nabila keluar. Kita bawa dia balik. Selebihnya kita selesaikan di kampung. Kita pulangkan kepada pemilik asal kerana ‘anak’ ini dari kampung kita juga.” Kata Ustaz Zahari. Ayah Nabila segera masuk ke bilik dan memapah Nabila yg kelihatan pucat dan lemah. Mak Nabila menangis tak berhenti dari tadi.

“Kamu panggilkan ambulan. Tuan punya jasad ni perlu dapatkan pemeriksaan kesihatan sebab dah sebulan jasadnya dipinjam menjadi org lain. Dia mungkin dah kekurangan nutrisi.” Kata Ustaz Zahari sambil pandang aku. Aku mengangguk walau masih tak faham.

“Kerja kita selesai. Nazira dah pergi.” Kata Ustaz Zahari.
“Semudah itu?” Tak sedar aku bertanya. Zaida pandang aku sambil geleng kepala.
“Ianya tak sesusah yg kita fikir. Cuma kita tak tau perkara sebenar. Kita hanya diperdaya bila dia menggelarkan dirinya Nabila hingga kita asyik fikir bahawa rohnya tak pergi ke tempat sepatutnya kerana dendam dgn keluarga atau kerana dia mahu dirinya menjadi Nabila kerana inginkan perhatian seperti yg adiknya dapat. Tapi sebenarnya dia tak pergi kerana perkara lain. Jin dan syaitan juga makhluk Allah. Dia juga pandai memperdaya dan boleh diperdaya. Kita jangan cepat percaya dgn helahnya. Mmg sumpah syaitan utk sesatkan cucu cicit Nabi Adam.” Jawab Ustaz Zahari tenang. Aku angguk. Tiba-tiba nampak hensem pulak ustaz tu. Tu yg buat tak berkelip mata aku tengok dia sampai Zaida tepuk belakang aku.

“Kamu semua jangan risau lagi. Dah takde apa yg nak ditakutkan. Cuma pergi tolong kawan kamu kat dlm bilik tu. Jangan takut, dia manusia macam kamu. Bawa dia buat pemeriksaan kesihatan. Tapi rasanya kamu kena berkenalan balik dgn dia sbb masa dia masuk dulu, mungkin Nazira yg check in. Dia mungkin tersedar sebagai dirinya sendiri sesekali sahaja.” Sambung Ustaz Zahari lagi. Kami semua anggukkan kepala.

“Dan kamu tak perlu pindah rumah pun,” kata Ustaz Zahari lagi sambil tersenyum memandang aku. Aku terkejut gak sbb ustaz tu mcm tahu je detik hati aku tadi.

Kami masuk bilik ‘Nabila’. Pasang lampu. Ada ‘Nabila’ yg kami belum tahu nama sebenar dia. Kami papah dia keluar. Bagi dia minum air.

“Kamu ok? Lepas maghrib nanti kami bawa kamu ke hospital ye” kata Adibah sambil mengusap belakang ‘Nabila’. Dia hanya anggukkan kepala. Tak tahu la macammana kami nak lupakan kisah ‘Nabila’ ni sbb jasadnya masih di sini walaupun kami tahu sekarang ialah pemilik jasad sebenar dan bukannya ‘Nabila’.

Nabila sebenar dah balik rumah, Nazira dah pergi ke tempat yg sepatutnya. Moga menjadi ikhtibar buat kita semua.

“SESUNGGUHNYA TIADA KUASA YG LEBIH BESAR DARI ALLAH YG MEMBERI SEGALANYA KPD KITA TANPA MINTA BALASAN.”

– T A M A T –

3 thoughts on “NABILA

Leave a Reply to kaklongakaijan Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s