NABILA

Part 6

“Lepas seminggu, ayah cari kak Nazira. Ayah seret kak Nazira ke tengah padang kat kampung. Ayah belasah kak Nazira dengan getah tayar di hadapan org kampung. Masa tu ayah macam hilang kawalan. Tapi mujurlah ada org kampung yg menahan ayah dari terus memukul kak Nazira. Ayah kata ayah nak serahkan kak Nazira kepada polis walaupun tiada bukti kak Nazira yg bunuh kakak. Beberapa penduduk kampung tenangkan ayah. Masa keadaan kelam kabut tu, tiada siapa yg perasan kak Nazira dah masuk ke bilik dan gantung diri,” Nabila berhenti bercerita dan mengesat air mata.

Tengah si Nabila bercerita tu, ayah dia balik bawa seorang lagi lelaki pakai serban. Kelam kabut Nabila bangun dari duduknya yg rileks tadi. Aku dgn Zaida je yg masih tekun menghadap dia sebab nak dengar citer lanjut.

“Jom bawak pakcik ke rumah kamu,” kata ayah Nabila. Dah kami pun kelam kabut bangun.
“Saya nak ikut sekali,” tiba² mak Nabila muncul, dah siap tukar baju.
“Ayah, Nabila pun ikut sekali ye,” sahut Nabila pula. Ayah Nabila tak jawab pun tapi mak Nabila dan Nabila tetap ikut sekali.

Jam dah pukul 4 ptg. Zaida drive kereta bawa keluarga Nabila. Sampai kat rumah kami, Adibah dan Aina terkejut sebab kami membawa orang lain. Aku perkenalkan Nabila dan mak ayahnya kepada Adibah dan Aina. Adibah dan Aina berpandangan sesama sendiri. “Nabila?” Aina berbisik perlahan. Aku tak sempa nak ceritakan semuanya. Biarlah mereka tercengang dulu.

“Nabila mana?” Tanyaku kpd Adibah.
“Ada la kat bilik dia. Tadi elok je duduk sini dgn kami, tetiba je dia kelam kabut masuk bilik,” cerita Adibah.
“Apa kes ni Fika?” Tanya Aina ingin tahu.
“Panjang ceritanya. Sekarang bukan masa utk aku ceritakan. Biar mereka selesaikan hal ni dulu,” kataku.

Di hadapan pintu bilik Nabila, lelaki yg mengikut ayah Nabila tadi yg kami dimaklumkan itu ialah Ustaz Zahari, berdiri tenang mengadap pintu bilik. Tunduk membacakan sesuatu.

“Kenapa tak panggil je Nabila keluar?” Tanya Aina.
“Nak panggil siapa? Dia bukan sama alam dgn kita utk kita panggil sama macam panggil manusia,” kata ayah Nabila tegas.
Aku bagi isyarat kpd Aina supaya diam.

Selang beberapa minit, pintu bilik Nabila terbuka sendiri. Tapi Ustaz Zahari tak masuk. Dia suruh ayah Nabila yg masuk. Ayah Nabila masuk bilik.

“Nazira, tempat ini bukan tempat kamu. Pergilah ke tempat yg sepatutnya,” kedengaran suara ayah Nazira bersuara lembut.
“Aku tak boleh pergi. Ada perkara yg belum aku selesaikan,” terdengar suara garau menyahut.
“Setelah seorang hamba Allah meninggal dunia, terputuslah semua hal dunianya. Tiada lagi yg perlu dia lakukan di dunia ini. Segala yg belum disiapkan, akan kami yg masih hidup ni selesaikan.” Kata ayah Nabila. Bilik itu gelap. Terdengar bunyi rengusan yg kuat, seperti binatang buas yg menunggu utk menerkam mangsa.

Mak Nabila bergerak perlahan ke pintu bilik Nabila. Mak Nabila memandang Ustaz Zahari seperti meminta izin untuk masuk ke bilik. Ustaz Zahari anggukkan kepala.

“Nazira, ini mak sayang. Mak tahu kamu terseksa. Dan kamu akan terus terseksa selagi kamu tak lepaskan segalanya. Mak ayah sayangkan kamu, tak pernah kurang dari adik beradik kamu yg lain. Kakak kamu mati, bukan salah kamu. Itu dah masa utk dia pergi. Walau bukan kamu penyebabnya, dia tetap akan pergi. Mak dah ikhlaskan segalanya, mak halalkan setiap susu yg kamu minum. Mak ampunkan segala dosa kamu. Pergilah nak, ke tempat yg lebih tenang.” Mak Nabila pula memujuk sambil mengesat air mata.

“Siapa Nazira?” Bisik Adibah kat aku. Aku angkat bahu, malas nak jelaskan masa tu.

“Aku tak boleh pergi. Aku ada ‘anak’ utk dijaga. Tiada siapa boleh jaga dia. Kamu semua jgn ganggu aku,” suara garqu tadi kedengaran lagi.

“Kami akan jaga ‘anak’ itu. Kamu cuma perlu serahkan ‘pakaian’ dia. Selebihnya kami akan uruskan,” tiba² Ustaz Zahari bersuara. Ayah dan Mak Nabila keluar dari bilik.

“Anak? Pakaian?” Bisik ayah Nabila kpd Ustaz Zahari.
“Dia pernah menuntut ilmu hitam yg memerlukan dia menjaga ‘anak’ dari kalangan jin. Selagi ‘anak’ ini tak dipisahkan dari ‘ibu’nya, mereka akan kekal bersama hinggalah ilmu hitam tersebut dihapuskan dari pemiliknya. Sebab itulah walau berapa kali kita rasa dirinya dah pergi ke alam sana, tapi dia masih muncul menggunakan jasad yg lain pula.” Terang Ustaz Zahari membuatkan semua yg ada di situ melopong. Adibah dan Aina lagi la kesian, langsung tak tahu hujung pangkal.

“Maknanya selama 6 bulan lepas kematiannya dia masih di sini sebab ‘anak’ tu? Bukan sebab dendam atau lain² hal?” Tanya mak Nabila.

Ustaz Zahari menganggukkan kepala.

“Mana ustaz tau?” Tanya ayah Nabila.
“Saya nampak ‘anak’ itu di siling biliknya,” sahut Ustaz Zahari.
“Bagaimana nak lepaskan’nya’? Tanya mak Nabila.
“Kena ada seseorang yg perlu mengambil’nya’,”. Sahut Ustaz Zahari.
“Saya akan ambil,” tiba² Nabila, adik Nazira bersuara. Semua mata memandang ke arahnya.
“Asalkan kak Nazira dpt pergi ke tempat sepatutnya,” jawabnya lagi.

Jap lagi akak sambung bab 7.

One thought on “NABILA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s