NABILA

Part 5

Dgn berat hati aku ikut juga Zaida. Kalau aku tak ikut pun, aku yakin dia akan pergi sendiri. Tak sampai pulak hati aku ni.

Perjalanan kami ambil masa sejam. Sempat la kami singgah makan dan solat zohor kat dlm kampung tu. Dan lepas tu sambung perjalanan. Kami sampai ke sebuah kawasan perkampungan, ada sawah padi. Cantik pemandangannya. Zaida tak peduli keliling dia. Bertekad sungguh dia cari alamat tu. Hinggalah kami sampai ke sebuah rumah ditepi sawah. Walaupun masa tu dalam pukul 2.00 ptg lebih kurang, tapi kawasan tu redup dan nyaman dgn angin dari sawah.

Zaida berhentikan keretanya. Dia membuka kembali gambar yg diambil dari bilik Nabila. Dia memeriksa alamat di belakang gambar tersebut utk pastikan kami berada di alamat yg betul.

“Jom Fika. Betul dah ini alamatnya.” Ajak Zaida sambil keluar dari kereta dan diikuti aku. Kami berjalan perlahan ke arah pintu rumah tersebut dan memberi salam. Lepas 3 kali memberi salam, kedengaran seseorang menjawab salam kami. Dan pintu terbuka. Seorang wanita dalam lingkungan umur 50an masih memakai telekung solat membuka pintu.

“Iye nak, cari siapa?” Tanya makcik tu.
Aku pandang Zaida. Aku tak tahu kami cari siapa kat situ.
“Kami cari Nabila makcik. Ini rumah dia ke?” Tanya Zaida, serkap jarang je budak tu.
“Ooo… Haah betullah ini rumah dia. Kejap ye makcik panggilkan dia,” kata² makcik tu buatkan kami terlopong.

Makcik tu menjemput kami masuk. Kami lihat rumahnya sempurna seperti rumah Muslim lain. Ada Quran, gambar Kaabah, ada gambar famili juga. Zaida cuit aku bila dia nampak sekeping gambar yg dah dibingkaikan dan digantung di dinding rumah. Itu adalah gambar yg sama yg Zaida jumpa kat dlm bilik Nabila. Tapi dalam gambar tu ada 5 orang termasuk seorang lagi yg mmg kami kenali sebagai Nabila yg kat rumah kami tu. Kami berpandangan sesama sendiri.

Sedang kami membelek-belek gambar tu, tiba² kami dikejutkan dgn suara seseorang. Kami menoleh dan melihat seseorang. Kami terkejut. Dia Nabila! Tak melompat ke aku? Pucat dah muka aku.

“Saya Nabila. Cik berdua cari saya? Urusan apa ye?” Tutur lembut gadis tu sambil senyum manis kat kami. Memang tak sama langsung dgn Nabila yg kat rumah kami tu.

Makcik tadi datang membawa dulang dgn 2 gelas air sirap. “Kenapa berdiri? Duduklah. Rumah makcik ni kuat lagi, belum nak runtuh lagi,” seloroh makcik tu buat kami senyum.

“Begini makcik. Kami ni menyewa rumah kat KL. Kami ada seorang kawan yg baru sebulan menyewa dgn kami. Kawan kami tu pelik sikit. Dan kami jumpa gambar ni di dalam bilik dia.” Kata Zaida sambil menyerahkan gambar yg ada padanya kepada makcik tu.

Melihatkan gambar tu, wajah makcik tu dgn anaknya Nabila berkerut. Dan mereka berpandangan sesama sendiri.

“Kenapa makcik?” Zaida tanya.
“Dia ada di rumah kamu sekarang?” tanya makcik tu.
“Iye makcik. Baru sebulan dia sewa rumah kami.” Beritahu Zaida.
“Dia ada ganggu kamu dan rakan serumah lain ke?” tanya makcik tu lagi.
“Hmmmm….. Susah nak cakap. Atas sebab tu jugalah kami datang sini,” jawab Zaida.
“Dia ke yg bagi kamu gambar & alamat rumah ni?” tanya makcik tu lagi.

Aku dgn Zaida berpandangan sesama sendiri. Macam mana ke nak jawab soalan tu? Takkan nak kata kami selongkar bilik dia dan ‘curi’ gambar tu?

“Kami jumpa gambar ni makcik. Mungkin terjatuh.” Aku jawab.
“Kenapa tak bagi dia balik gambar tu kalau dia jatuh?” tanya anak makcik tu.

Aku dan Zaida kelu balik.

“Ceritakan perkara yg sebenar kan senang?” Sahut makcik tu sambil senyum.

Maka kami pun ceritakan tentang Nabila yg kat rumah kami tu. Kami ceritakan apa yg kami nampak. Kami ceritakan betapa seramnya gadis yg bernama Nabila yg kat rumah kami tu. Kami cerita semua. Hah, senang….

Makcik tu tunduk. Terdengar suara dia menangis. Anaknya mengusap belakang ibunya, juga dgn wajah yg sangat muram, tak seceria kami mula² datang tadi.

Tiba² terdengar suara lelaki memberi salam. Kami semua menjawab serentak. Dan seorang pakcik berbaju melayu biru dan berkain pelikat serta kopiah hitam masuk ke dalam rumah tu.

“Eh, ada tetamu rupanya. Patutlah ada kereta kat depan sana. Ingatkan ada org tumpang parking je. Kenapa parking jauh sangat?” Tegur pakcik tu.

“Abang, mereka ni datang dari KL. Nazira ada dgn mereka,” cerita makcik tu kpd suaminya. Iyelah kot suaminya, dah masuk rumah tu dan pakcik tu pun ada dlm gambar tu.

Muka pakcik tu berubah sama sekali. Bukan muka sedih atau terkejut, tapi muka marah.

“Dia tak serik lagi ke? Aku ingat dia dah pergi tempat dia, kenapa masih ada lagi?” Pakcik tu bersuara dgn nada yg agak tinggi.

“Abang dah cuba banyak cara tapi semua tu dgn kekerasan. Cubalah kali ni buat dgn kelembutan dan kasih sayang. Baru dia tahu kita sayangkan dia. Baru dia tahu kasih sayang kita tak berbelah bagi antara anak²,” sahut makcik tu dgn suara sebak. Anak mereka Nabila tu pun muram je.

“Huh! Nanti bawa pakcik ke rumah kamu,” kata pakcik tu memandang aku dan Zaida. Aku dan Zaida angguk je. Tak berani nak kata apa.

“Aku pergi panggil Ustaz Zahari jap. Tunggu sini dulu,” kata pakcik tu terus keluar.

“Kenapa makcik? Apa dah jadi? Siapa Nazira? Kat rumah kami tu namanya Nabila,” kataku tak sabar. Aku takut silap orang.

“Nabila, kali ni kita ikut ayah kamu. Jangan biar dia terus berkeras dgn kakak kamu. Kalau mcm ni, sampai bila pun kakak kamu takkan pergi ke tempat dia.” Makcik tu bangun dan tinggalkan kami kat situ tanpa pedulikan kami.

Kami pandang Nabila dgn wajah mohon penjelasan.

“Nazira tu kakak saya. Saya Nabila. Kakak saya tu dah meninggal dunia 6 bulan yg lepas,” Nabila memulakan ceritanya.

Kami ada 3 beradik. Semua perempuan. Kak Nazira anak kedua. Dan kami ada seorang lagi kakak sulung yg dah meninggal dunia kerana cuba nak selamatkan kak Nazira masa tu. Kak Nazira seorang yg agak degil dan keras kepala. Kak Nazira tak habiskan persekolahan dia. Sikapnya agak liar. Dan sebab tu ayah selalu marah kak Nazira. Sampai satu masa kak Nazira kata mak ayah selalu lebihkan saya dari dia. Mak kata, masa saya baru lahir, kak Nazira pernah ambil pisau nak tikam saya. Mujur ayah nampak dan ayah tampar kak Nazira kuat masa tu sedangkan kak Nazira masa tu baru berusia 10 tahun. Katanya saya buat mak ayah dah tak sayang dia. Jarak saya dgn kak Nazira jauh, 10 tahun. Mungkin itu yg menyebabkan kak Nazira rasa terpinggir bila saya dilahirkan.

Ada satu hari tu, berlaku pertengkaran antara kak Nazira dgn ayah sampai ayah halau kak Nazira. Kak Nazira keluar dari rumah. Ayah tak peduli walau mak merayu minta ayah cari kak Nazira. Sampailah satu hari sampai berita mengatakan kak Nazira menuntutnya ilmu hitam dari seorang dukun. Tak taulah macamana dia terjebak dgn ilmu hitam dan utk tujuan apa dia tuntut ilmu tu. Kakak sulung kami dlm diam pergi cari kak Nazira. Tak tahu apa terjadi, penduduk kampung jumpa jenazah kakak sulung kami kat dlm pondok dlm hutan hujung kampung. Dan masa dijumpai, kak Nazira ada bersama jenazah. Katanya biar ayah rasa bila satu dari kasih ayah hilang. Masa tu kak Nazira dah tak macam dulu, dia berpakaian serba hitam spt pahlawan dulukala. Dan dia boleh menghilang bila org kampung cuba tangkap dia. Post mortem menunjukkan kematian kakak sulung kami kerana kehilangan darah yg banyak dan kegagalan fungsi jantung. Tapi tiada kesan tikaman atau luka. Sampai sekarang tak tahu kenapa kakak mati.

“Dan macammana Nabila mati?” Tanyaku tak sabar.
“Saya Nabila masih hidup. Yg bersama kakak berdua tu ialah kak Nazira. Dia meninggal dunia kerana gantung diri,” jawab Nabila.
“Mcmmana pula dia boleh kata dia Nabila kalau dia ialah Nazira? Kenapa dia gantung diri? Apa benda putih yg bergolek tu?” Aku tanya tak sabar.

Zaida cuit aku suruh sabar. Aku ni bukan apa, takut silap org je.

Eh eh…. Panjanglah pulak ceritanya. Petang nanti la akak sambung ye.

(Oitttt … Jgn marah. Akak dah bagi bonus hari ni sambung pagi kan. Dan ptg nanti kita sambung lagi. Hari ni 2 bab terus. Tunggu petang naaa…. Takmo marah, takmo mencarut… Tak baik tau…. 😘😘)

One thought on “NABILA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s