NABILA

Part 4… Nabila Nabila Nabila….

Bila nampak Nabila meniarap macam tu, aku dah berdiri dan lari ke tingkap. Tapi Zaida tarik tangan aku. “Kau nak ke mana? Nak terjun tingkap?” Zaida jerkah aku. Aku diam, tapi mata aku tetap pandang Nabila yg masih dlm kedudukan tadi.

Zaida masih pegang tangan aku. Dia melangkah mendekati Nabila. Aku keraskan badan, takut weh. Tapi Zaida tetap tarik aku. Nak tak nak aku kena ikut.

Sampai kat pintu, Nabila dah berdiri tegak kat tengah² pintu bilik aku.

“Kau ni apa sebenarnya hah?” Tanya Zaida berani. “Akulah Nabila,” Nabila jawab sambil memusing²kan kepalanya ke kiri dan kanan.
“Tak! Kamu bukan Nabila,” Zaida masih berani.
“Kalau aku bukan Nabila, siapa aku ni?” tanya Nabila.
“Dah, kamu ke tepi! Kami nak lalu,” Zaida memberi arahan.
“Kamu nak pergi mana?” Tanya Nabila.

Zaida tak jawab tapi terus bergerak keluar melanggar bahu Nabila. Masa kami melintas bilik Nabila, tiba² je pintu tu mcm sedang ditutup. Maknanya tadi pintu tu terbuka.

Kami menoleh sekali lagi kat tempat Nabila berdiri tadi. Dia tiada di situ. Kami pergi ke dapur cari dia, tapi dia tiada.

Zaida pergi ke pintu bilik Nabila.

“Kau nak buat apa pulak ni Zaida?” Tanya aku ketakutan. Aku tak pasti la kenapa si Zaida ni berani sangat.
“Aku nak masuk jugak bilik si Nabila ni,” kata Zaida sambil memegang tombol pintu bilik Nabila.
“Sudahlah tu Zaida. Aku takut sangat ni. Rasa nak demam betul² dah ni,” aku merayu. Aku betul² takut.
“Kau diam je. Ikut je aku. Kan kita dah pakat nak setel hal ni hari ni,” kata Zaida sambil matanya melilau mencari sesuatu.
“Kau cari apa pulak Zaida? Dah la, jom kita keluar, tunggu Adibah dgn Aina balik,” jawabku.
“Aku cari kunci tadi, mana perginya?” Jawab Zaida tanpa pedulikan rayuan aku.

Dan Zaida jumpa kunci tu di tepi pasu bunga tepi bilik Nabila. Mungkin tercampak masa kami terkejut ketika ditegur oleh Nabila tadi.

Zaida ambil kunci tu dan mencari² anak kunci utk dicuba kat pintu bilik Nabila. Setelah 3 anak kunci dicuba, pintu bilik Nabila terbuka!

Tapi dari cara pintu tu terbuka, aku rasa macam ada seseorang membuka pintu tu dari dalam. Aku taknak masuk tapi Zaida tarik aku.

Bilik Nabila biasa je, sama macam bilik kami cuma bilik dia lebih berselerak. Zaida merapati almari. Dibukanya pintu almari dan laci. Aku cuit Zaida. “Tak salah ke kita menceroboh masuk bilik dia ni, buka almari dia?” Bisikku.
“Kita bukan nak curi barang dia. Aku cuma nak tau siapa dia. Dia kerja kat mana, kampungnya kat mana. Apa² saja mengenai dia. Apa saja.” Kata Zaida sambil menyelak lipatan kain kat dalam almari Nabila.
“Jom lah keluar Zaida. Aku tak sedap hati. Rasa macam ada yg sedang memerhati kita je ni,” qjqk aku lagi.
“Kau jangan mengada Fika. Kita dah pergi sejauh ini, baik kita selesaikan. Kau nak cepat, kau tolong cari maklumat. Cepat dpt maklumat, cepat lah kita keluar dari bilik ni. Aku pun rasa macam ada yg memerhati ni.” Jawab Zaida buatkan aku lebih takut. Nak taknak aku kena dapatkan sesuatu, baru Zaida nak keluar. Degil Zaida ni.

“Fika, aku jumpa gambar ni,” kata Zaida sambil tunjukkan gambar yg dia jumpa kat dalam almari Nabila. Keadaan bilik tu agak kelam, jadi kami tak dpt lihat dgn jelas gambar siapa tu.

Tgh aku belek laci, aku jumpa slip gaji dari Bank. Aku jumpa kad pengenalan, buku bank dan diari. Mungkin itu laci barangan peribadi dia. Sedang kami membelek dokumen yg baru kami jumpa, tiba² ada air menitik kat tepi kami. Air tu menitik dari atas siling, mula² sikit, lama² makin banyak. Diiringi bunyi rengusan.

Bulu roma aku meremang. Aku dan Zaida saling berpandangan. Dan perlahan² kami dongakkan kepala melihat ke siling bilik tersebut.

Aku nampak, benda putih yg bergolek dari ruang tamu tadi ada melekat kat atas siling tu! Dan ada air menitik dari bahagian atas benda tu. Tergamam aku. Kaki dah melekat kat lantai dah.
Zaida tarik tangan aku utk lari keluar. Elok je sampai kat pintu, tak sempat keluar lagi, tak semena-mena pintu bilik tu tertutup sendiri. Kuat hempasnya mcm nak tercabut daun pintu tu.

Aku makin menggeletar. Zaida dgn sepenuh tenaga cuba buka pintu tu.

“Kamu berdua memang tak serik ye? Betul² nak cari pasal dgn aku ye?” Tiba² Nabila berdiri kat tepi kami dan bersuara garau. Matanya hitam, takde mata putih. Rambutnya mengerbang, dia pakai baju putih yg dah lusuh. Bau bilik tu juga jadi busuk.

Aku menggeletar. Aku menangis. Zaida pun nampak goyah sikit.

“Kamu ni apa sebenarnya?” Tanya Zaida.
“Aku Nabila,” dia jawab.
“Lepaskan kami keluar,” Zaida melawan.
“Kamu di tempatnya aku sekarang. Takkan nak lepas begitu saja?” Jawab Nabila.
“Kamu yg sedang berada ditempat kami. Tempat kamu bukan di sini!” Beraninya Zaida menjawab.

Nabila merengus kasar. Mengilai panjang depan muka kami. Dan part lagi best terjadi. Benda putih yg melekat kat siling tu gedebuk jatuh ke lantai. Dan dia bergerak! Seolah mayat yg dikafankan. Benda tu tergolek ke arah kami. Nabila berdiri di satu sudut sambil memerhatikan kami yg ketakutan. Aku mmg tak boleh gerak. Zaida pun mcm dah hilang keberanian. Masa ni doa makan pun kami dah lupa.

Dan tiba-tiba kedengaran suara Adibah dan Aina di pintu masuk. Kedengaran pintu dibuka dan mereka masuk ke rumah. Benda putih yg bergolek tu bergolek kembali ke siling. Dan ‘Nabila’ yg berada dlm bilik bersama kami tadi dah lenyap entah ke mana.

Pintu bilik dibuka dari luar. Nabila masuk. Dia seperti tahu kami ada di dalam. Tapi dia macam buat² terkejut melihat kami berada di dlm biliknya. Kami menerpa keluar bilik.

Adibah dan Aina yg sedang duduk di meja pun terkejut melihat aku dan Zaida keluar dari bilik Nabila.

“Apa kamu berdua buat kat bilik Nabila?” Tanya Adibah.
Nabila berdiri di dlm biliknya dan matanya melilau mencari sesuatu.
“Adibah, ada sesuatu kat bilik dia. Benda tu melekat kat siling.” Zaida beritahu.
“Apa kau merepek ni Zaida?” Tanya Aina pula.

“Aku tak sangka kamu sangat berburuk sangka dgn aku,” Nabila bersuara dan terus menghempas pintu biliknya.

Adibah dan Aina menjegilkan mata ke arah kami. Zaida menunjukkan sekeping gambar yg berjaya dia bawa keluar dari bilik Nabila. Aku memerhati gambar tu. Itu gambar keluarga. Ada emak, ayah dan 2 orang anak perempuan. Mungkin salah seorang anak itu adalah Nabila. Di belakang gambar tu ada alamat. Aku dan Zaida berpandangan sesama sendiri.

“Aku tak masuk campur. Baik kamu berdua setelkan hal dgn Nabila. Kita tibggal serumah, sebaiknya tak perlu ada bermasam muka.” Adibah bersuara. Dia dan Aina bangun meninggalkan aku dan Zaida yg masih leka melihat gambar tu.

“Aku rasa aku tau alamat ni. Aku nak pergi cari,” kata Zaida tekad.
“Nak buat apa?” Tanya aku.
“Cepat siap. Jom ikut aku,” ajak Zaida sambil masukkan gambar tu di poket seluarnya.

.
.
.
.
.
Nampaknya kena sambung lagi la. Ngantuk dah ni.
Barangsiapa masuk rumah tu, sila lihat siling rumah anda. Mana tau, ada yg memerhatiiiiiiii……

One thought on “NABILA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s