NABILA

Part 3, pelan selongkar bilik Nabila.

Aku pakat dgn Zaida nak selongkar bilik Nabila hari minggu nanti. Selalunya hari minggu kami semua akan pergi ke Tasek Titiwangsa, joging kononnya. Tapi aku pakat dgn Zaida minggu ni kami cari alasan supaya tak join mereka.

Aku buat² demam, demam teruk sampai tak boleh bangun. Dan Zaida offer diri utk temankan aku kat rumah. Maka pergilah mereka bertiga, Aina, Adibah & Nabila.

Sebaik mereka pergi, Zaida panggil aku. Aku bangun dari baringku.

“Diorang dah pergi. So, apa plan kita? Pintu bilik dia berkunci tu,” kata Zaida.
“Aku kan ada simpan kunci pendua, kau lupa?” Aku berkata dgn berlagaknya padahal aku pun dah lupa mana aku letak pendua kunci tu semua.

Cari punya cari dekat setengah jam juga, akhirnya aku jumpa kunci pendua. Ada banyak. Tak pernah guna pun.

“Ni satu hal pulak nak cari mana satu kunci bilik dia ni.” Rungut Zaida. Sebab dah banyak masa terbuang. Risau kawan kami balik awal.

Tengah kami asyik membelek kunci yg selambak tu, tiba² terdengar bunyi pintu bilik terbuka perlahan. Masa tu kami berada dalam bilik aku. Dan pintu bilik aku tak tutup rapat. Aku dan Zaida bangun, bergerak perlahan ke pintu bilik dan mengintai ke luar. Kami pun tak pasti pintu bilik mana yg terbuka tadi.

Kami intai dari dalam bilik aku. Kebetulan bilik aku kat tengah, jadi aku boleh nampak dua bilik lain di luar. Kami nampak pintu bilik Nabila terbuka. Tapi kami tak nampak apa². Zaida tarik pintu bilik aku perlahan. Aku terkejut. “Kau nak ke mana?” Tanyaku cuak. “Aku nak pergi tengok apa ada kat dalam bilik dia la, bukan itu ke tujuan kita tinggal kat rumah ni?” Tanya Zaida turut berbisik sebab aku berbisik.

“Kau tak takut ke?” Aku pulak bertanya. Sebenarnya aku takut.
“Kalau takut, cemana nak setel hal Nabila ni?” Tanya Zaida dgn suara agak keras. Bengang kot sebab aku macam dah tak berani teruskan misi kami.

Zaida melangkah perlahan² keluar dari bilik aku menuju ke bilik Nabila. Ketika dia hampir nak sampai ke pintu bilik Nabila tak semena-mena ada sesuatu seperti mayat yg dah dikafankan bergolek laju dari arah ruang tamu terus masuk ke bilik Nabila dan PANG!!!! Pintu bilik dihempas kuat hampir mengenai muka Zaida.

“Cepat Fika, bukak pintu bilik ni!” Jerit Zaida.
Aku masih di tempat aku berdiri tadi. Aku takut. Jantung aku Tuhan je tahu macam nak pecah. Aku tak sangka Zaida seberani itu.

Zaida bengang melihat aku masih terpaku kat situ. Ditariknya tangan aku dan kami sama-sama berdiri mengadap pintu bilik Nabila. Dirampasnya kunci² dari tangan aku aku dan mencuba kunci² tersebut satu persatu utk membuka pintu bilik Nabila tu. Aku pulak? Rasa nak nangis kat situ. Mana taknya, dah lah macam² benda pelik yg aku nampak, sekarang kat dlm bilik Nabila tu, bunyi macam nak pecah. Macam ada seseorang yg menghempas semua barang ke dinding. Pintu pulak macam ada org ketuk kuat dari arah dalam.

Tengah Zaida kalut dengan kunci² tu, tiba² dengar suara orang berdehem kasar. Zaida berhenti. Aku mmg dari tadi tak bergerak. Bunyi berdehem tu kat belakang aku. Kami sama-sama menoleh ke arah suara tu.

Terkejut kami melihat Nabila sedang berdiri tenang menyilangkan kaki sambil bersandar kat dinding tepi pintu biliknya.

“Buat apa tu?” Tanya Nabila sambil tersenyum manis.
“Takde apa. Tadi macam ada benda masuk bilik kau. Aku nak tengok je kot pencuri masuk ke,” jawab Zaida bersahaja.
“Tipu…. Aku nampak semua le,” Jawab Nabila.
“Kau bukan ikut Adibah dan Aina ke tadi?” Tanya Zaida taknak kalah.
Nabila tak jawab tapi wajahnya dah lain macam. Memandang kami dgn sangat tajam.

Aku tarik tangan Zaida, masuk ke bilik aku sambil diperhatikan oleh Nabila.

Sebaik masuk bilik aku, Zaida ambil handphone dan telefon Adibah.

“Diba, korang kat mana? Belum balik lagi ke?” Tanya Zaida.
“Kami kat sini lagi. Instructor zumba lambat sikit. Kenapa? Kau nak datang ke?” Jawab Adibah.
“Takdelah. Aku nak temankan Fika ni. Aina dan Nabila dah balik?” Tanya Zaida lagi.
“Belum lagi la. Dua² pun ada kat sini lagi ha,” jawab Adibah.
“Nabila ada kat sana??” Tanya Zaida dgn suara terkejut.
“Iye. Nabila ada sini. Ada kat sebelah aku ni ha. Kenapa kau tanya byk sangat ni?” Tanya Adibah kehairanan. Zaida letak telefon sambil pandang aku.

Pintu bilik aku tiba-tiba terkuak perlahan. Kami menoleh sama². Dan nampak Nabila diluar pintu bilik yg terbuka, sedang meniarap sambil menongkat dagu memandang kami sambil senyum.

Opocot mak kau!!!!!! Melompat aku dgn Zaida. Terkejut weh…….!!!!

Dan aku takut. Baru teringat malam ni malam Jumaat. Tak mampu nak habiskan citer ni malam ni. Esok pulak aku sambung ye. Maaf sesangat.

2 thoughts on “NABILA

Leave a Reply to et Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s