NABILA

Ok kita sambung…
Part 2 pulak.

Tengah aku panik tergamam tu, dgn Nabila yg pandang aku semacam je, dgn rupa dia tak macam biasa, dgn bunyi binatang apa entah merengus kat belakang aku, tiba² aku rasa macam ada sesuatu yg berkuku tajam memaut kaki aku. Rasanya seperti kucing mencakar masa dia keluarkan kuku, pedih weh. Aku rasa betis aku dah berdarah kot.

Benda tu macam memanjat belakang aku. Dari betis ke peha, naik ke pinggang aku. Aduh, aku rasa macam nak terkencing dah. Dah la aku demam. Dpt MC balik rumah nak tidur tapi lain pulak jadinya sekarang.

Nabila lompat turun dari atas tempat penyidai kain tu, lalu berjalan terdengkut sambil membongkok bergerak ke arah aku. Dgn kepalanya terteleng² membelek aku macam tak pernah tengok aku. Aku keras kat situ. Kalaulah ada org offer aku dadah bagi aku khayal masa tu, mmg aku ambil dah.

Tiba² Nabila mengangkat kepalanya memandang sesuatu di belakang aku. Matanya putih, takde mata hitam. Dia bersuara dgn bahasa yg aku tak tahu maknanya. Makin kuat suaranya, makin tajam cengkaman kat belakang aku.

Nabila menengking, seolah marah sangat. Dan masa tu aku terasa seperti ada benda melurut turun dari belakang aku. Aku sempat menoleh sikit, menjeling ke arah ‘benda’ yg memanjat belakang aku tu. Aku nampak seseorang atau sesuatu yg memakai serba putih seperti kain telekung, merangkak laju masuk ke bilik Nabila.

“Tak payah tengok sangat, bukannya lawa pun,” Nabila bersuara bersahaja. Aku pusing kepala memandang ke arah Nabila. Dia sedang menyusun pinggan di sinki seolah tiada apa yg terjadi. Aku menghampiri Nabila. Aku pandang wajahnya. Dia masih selamba.

“Nabila, apa benda tadi tu?” Aku tanya.
“Itulah kawan aku.” Jawabnya tanpa perasaan.
“Kawan kau? Dia tu ‘apa’?” Aku tanya lagi.
“Sbb tu aku tak nak bagitahu kamu, nanti sibuk semua nak tahu,” jawabnya lagi.
“Dan apa kau buat naik kat atas penyidai tu tadi?” Tanya ku terus.
“Aku tengah halau kelawar yg bergayut kat situ,” jawab Nabila.
“Kelawar? Tak pernah pulak rumah ni ada kelawar?” Tanyaku lagi.
“Kau jangan banyak tanya boleh tak?” Suara Nabila agak garau masa ni.
“Kau tak kerja ke hari ni?” Aku terus bertanya.
Nabila memusingkan badannya memandang tajam ke arah aku sambil mengangkat tangannya seolah nak mencekik leher aku.

Kringggg…. Kringgggg…. Telefon bunyi.

Aku jawab telefon. Aina di talian. Dia nak tahu samada aku dah sampai rumah. Dia risau sebab aku demam. Tapi aku pun dah tak rasa aku demam lagi. Cuma rasa nak lari keluar dari rumah ni je.

Pang!! Pintu bilik Nabila dihempas kuat. Aku menoleh. Pintu biliknya tertutup rapat. Aina yg dlm talian pun boleh dengar bunyi tu.

“Siapa tu?” Tanyanya.
“Aku tak boleh cerita sekarang. Ptg nanti kita jumpa lepas kau habis kerja.” Jawabku dan terus letak gagang telefon.

Sebaik letak telefon, aku terkejut beruk bila melihat Nabila sedang duduk mencangkung kat tepi aku.

“Jumpa petang nanti, nak sembang hal apa?” Tanyanya sambil memandang tepat mata aku.
“Takde apalah, byk hal nak sembang. Hal sewa rumah, hal duit bil, macam² la,” jawabku sambil bangun dan melangkah ke bilik aku.

Nabila mengikut langkahku tapi dia merangkak! Euwwww…..! Kau dah kenapa Nabila wehhhhh…. Aku lari masuk bilik dan terus tutup dan kunci bilik. Menggeletar seluruh badan aku. Aku dengar bunyi cakaran kuku panjang kat luar pintu bilik aku. Aku tgk jam baru pukul 12 tghari. Ada lagi 6 jam sebelum Aina dan Adibah balik kerja.

Aku baring. Cuba lelapkan mata. Dan aku sangat harap agar apa yg aku lihat tadi adalah mimpi. Mungkin sbb takut, letih & tak sihat, aku terlelap. Aku tersedar bila terdengar bunyi ketukan pintu. Aku bangun dan buka pintu. Aku nampak Nabila sedang menghidangkan makanan.

“Aina kata kau demam. Kau belum makan kan? Mari makan, aku dah siapkan. Lepas tu kau makan ubat,” bersahaja Nabila bersuara. Dan masa tu baru aku teringat apa yg terjadi tadi. Aku tak bersuara tapi cuma memandangnya.

“Dah, mari makan. Bila kau demam, mmg fikiran kau serabut. Semua yg betul nampak tak betul, semua yg tak betul nampak macam betul. Dah jangan fikir lagi.” Aku pun seperti dipukau, duduk makan.

Petang tu, Aina balik aku terus tarik dia masuk bilik. Rumah tu ada 3 bilik. Aku dengan Aina sewa sebilik. Adibah dengan Zaida sewa sebilik. Nabila je yg sewa seorang.

Aku ceritakan padanya apa yg terjadi masa aku balik rumah tadi. Aina nampak macam nak gelak. Tapi sebab aku bersungguh bercerita, dia cuba tahan gelaknya.

“Haritu Zaida cerita kat aku dia nampak Nabila berdiri atas air dalam kolah kat bilik air. Sekarang kau pulak nampak dia berdiri kat ampaian baju. Adoi la korang ni. Kuat sangat imaginasi. Sampai tak tahu bezakan yg mana betul dgn khayalan. Aku tengok Nabila tu ok je,” jawab Aina buat aku sakit hati. Aku terus diam. Tapi aku akan sembang dgn Zaida pasal ni. Dia mesti percaya cerita aku sebab dia pun pernah nampak.

Malam tu aku menyelinap masuk bilik Zaida. Aku tanyakan Zaida pasal yg dia nampak Nabila berdiri atas air tu. Dan Zaida mengakuinya.

Katanya masa tu malam, kami semua termasuk Nabila sedang tonton tv citer kelakar kot masa tu. Dia nak buang air tapi dia dengar bunyi air berkocak dalam bilik air. Dia pun pelik. Rumah tu ada 5 org je termasuk dia. Semua pun ada tgh tgk tv. Habis tu siapa kat bilik air? Sbb dah tak tahan sangat, dia tolak pintu bilik air perlahan² dan intai ke dalam. Masa tu la dia nampak Nabila berdiri kat atas air tu. Masa dia nak patah balik, Nabila tercongok kat belakang dia memandangnya tajam. “Tgk apa tu?” Tanyanya. Zaida tak jawab tapi terus lari masuk bilik.

“Sebab tu aku jarang sembang dgn dia. Kalau dia kat luar, aku masuk bilik. Bila dia dia masuk bilik baru aku keluar.” Kata Zaida. Aku pun ceritakan padanya apa yg aku lihat siang tadi dan Zaida percaya.

Kami berpakat nak selongkar biliknya. Dan kami akan buat sesuatu. Itu pasti! Kami kena selidik siapa Nabila.

Rehat jap. Nak fikir cemana nak selongkar bilik Nabila dgn ‘teman’nya tu… Nanti sambung balik.

One thought on “NABILA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s